Wednesday, January 28, 2004
posted by nile at 10:38 AM
27 Januari 2004

pagi2 lagi saya dah buat list apa yang saya nak buat pagi satu hari nie sebab malam nie dah nak balik

perkara tempat
~print html note library
~medical check-up pusat kesihatan pelajar
~pinjam html note Sue
~kemas barang kat rumah

tapi hari ni memang sibuk sket. dalam senarai tu satu pun saya tak buat. nak balik malam nie pon tak tau nak suruh sapa hantar lagi. housemate yang bawak kete tu ada tuisyen malam nie. yang bawak motor tu saya tahu mesti takut sebab hentian kajang tu sunyi tempatnya. so, saya amik keputusan mintak tolong seorang akak yang juga bawah penyelia saya. alhamdulillah dia boleh tolong. so part tu dah selesai. saya dah decide nak singgah rumha kakak bila sampai pagi esok. tapi tak inform lagipon kat dia. susah sket kalau tak cakap awal2 sebab saya tak der handset. malam nie baru call agaknya.


 
Tuesday, January 27, 2004
posted by nile at 10:48 AM
kipas, metabolisme, lemak dan rumah sewa

Sejak 2, 3 hari ni banyak betul saya kena gigit nyamuk masa tengah tengok tv. Apa taknya sliding door terbukak, nyamuk pun masuk la. Kitaorang kat rumah kalau turun jer lepak kat bawah 24 jam la sliding door tu terbukak sebabnya kat bawah tak der kipas. jadi kena gunakanlah sumber semulajadi utk sejukkan badan. saya sebenarnya tak suka bukak sliding door tu sebab mengganggu pandangan saya utk tengok tv. angin yang masuk menolak langsir sampai macam nak terbang. dah la saya duk sebelah tu, sampai naik atas muka saya. tapi housemates saya semuanya metabolisme tinggi. asyik2 panas, asyik2 panas. saya pulak boleh pakai sweater masa diorang kata panas tu.

baru ni ada terbaca dalam paper tentang runtuhan kat bam , iran tu. ada seorang nenek yg umurnya 92 ke 72 tak ingat dah boleh hidup lagi walaupun terperangkap dalam runtuhan selama seminggu lebih. bagi org biasa ianya suatu keajaiban tapi seorang doktor yang memeriksanya pula kata nenek tu boleh hidup sebab kadar metabolime dia rendah. maknanya lemak badannya tak dibakar dengan cepat. sebab tu kadang2 saya cakap jugak kat housemataes saya yang selalu kepanasan tu, andainya ditakdirnya kita semua terperangkap dalam runtuhan, korang semua akan mati dulu dari saya sebabnya kadar metabolisme saya rendah. saya tak cepat rasa panas.... itu sebabnya....

lagi satu saya selalu merungut jugak tentang berat badan saya yang semakin hari makin bertambah. sebelum saya masuk rumah sewa sekarang nie, berat saya cuma 52 kg. lepas duk rumah tu latest weight saya ialah 56.4 kg. kenaikan yang mendadak. padahal saya makan sama dengan bebudak tu makan. malah diorang lagi la selalu makan tengahari. saya lak cuma makan pagi dan malam. sebab saya makan makanan kat rumah jer. lunch pulak memang jarang.... tapi kenapa lemak badan makin bertambah? tapi bebudak tu kata badan saya dah ok. bila cakap berat saya 56 diorang tak caya sebabnya saya ni memang nampak macam berat kurang dari 50kg. org kata saya ni berat tulang. bukannya pemalas yer.... oh yer... sebab lemak makin bertambah kerana kadar metabolime saya rendah. budak2 tu tak pe la makan banyak pun, lemaknya sentiasa dibakar. saya lak tersimpan jadi kuih lapis.

tapi diorang tak tahu banyak lemak tersembunyi yang diorang tak nampak. memang la muka saya tak tembam, lemak tak naik kat badan tapi kat peha dan bahagian lain memang naik. dah cuba jugak nak diet. sebab tu kebelakangan ni puasa. tapi itu puasa ganti. selain tu dapat jugak saya merehatkan perut.

tapi kesimpulannya best jugak kadar metabolisme saya rendah. jimat letrik. lagipun saya tak boleh duduk dalam aircon... sakit kepala kalau sejuk sangat. dulu masa mula2 nak pindah rumah baru, rumah kitaorg memang kossong. tuan rumah datang nak pasang kipas tapi 3 ajer. saya pulak dengan baik hatinya menawarkan yang bilik saya tak pasang kipas pun tak per. yang satu lagi tu pasang kat ruang tamu. tapi diorang lak kesian kat saya... kot2 nanti kepanasan. dah macam tu biarlah, saya nak tawar diri tak nak....

sampai bulan nie dah cukup la 3 bulan kitaorang duk rumah baru. tapi tuan rumah tak pasang2 kipas. budak2 tu dah merungut.saya pun merungut jugak. saya merungut bukan sebab saya rasa panas tapi sebab tuan rumah buat janji manis ajer. lepas raya pasang. tak pasang jugak. ok la.... pastu janji lagi. lepas bayar sewa bulan Jan nak pisang kipas. tapi sampai hari nie tak pasang jugak. jadi untuk sewa bulan Feb ni saya ada rancangan sulit la.... tapi tak bincang lagi ngan kawan2. kitaorang tak nak bayar sampai la tuan rumah pasang kipas. ok tak plan tu?

dulu kitaorang dah buat sekali. masa sewa bulan 12. tuan rumah tak pasang grill kat atas. kitaorang ni perempaun kena la jaga2 sikit. lagi satu raya dah dekat. safety kena jaga. jadi kitaorang pun bincang ngan tuan rumah kitaorang pasang sendiri la. sebab bila kitaorang suruh dia pasang dia kata dia tak der duit. tak de duit konon. kitaorang dah bayar 1500 deposit rumah masa masuk ari tu. takkan tak leh pasang grill complete. dah alang2 pasang kat bawah, pasang la terus kat atas. tuan rumah kiranya bertah kitaorang sanggup sewa dari dia. apa taknya rumah dia kosong tapi dah tampal untuk disewa. tapi saya ngaku saya yang cari rumah tu. salah saya jugak. sebenarnya ada ader rumah lain yang dah complete dengan api, air, kipas, grill tapi saya tak mintak. bukannya apa mula2 dah letak RM800. tapi bila kurang bagi RM600. rumah saya sekarang memang dah letak RM600 masa mula. akhirnya pun RM600. tapi yang RM800 tu kawan saya yang tawarkan sampai dapat RM600. tapi dia tak cakap kat saya tuan rumah bagi 600. dia cakap kat saya lepas saya dah cinfirm nak rumah yang tak complete tu... jadi terlepaslah.... kalau tak memang kitaorg duk rumah tu sekarang.
 
Monday, January 26, 2004
posted by nile at 4:35 PM
26 januari 2004

lab work
aku dah mula boring buat lab work nie. tapi aku dah buat 1:500 masih tak capai hasil yang aku nak. esok aku nak sambung untuk formula baru. kenapa la aku takut jumpa supervisor aku ha....? sebab tu jadi cam nie... baru padan muka.


tiket bas

dah bosan lab work tak jadi aku gi cari tiket balik raya. semua dah habis kecuali esok 27hb. tengah2 aku banyak keje nie terpaksa lak balik awal. aku beli jer la tiket tu sebab aku memang kena balik jugak utk cari penjamin scholar aku tu. tak cadanfg nak balik tu jadi cam nie. akhirnya tiket bas abis. membazir betul masa aku cam nie. balik rumah pun bukannya buat apa.

tapi aku cadang nak raya rumah kawan aku tahun nie. tapi kat paka la. lagipun dah janji ngan adk nak gi jumpa dia.


lab coat
aku teman kawan aku gi cari kain nak buat lab coat pukul 2 ptg tadi. cari punya cari tak der kain yang setebal lab coat yg kitaorg biasa pakai. dah cari kain tak jumpa kitaorg shopping. aku beli sikit punya banyak barang sampai tak muat raga motor. kena pegang kat tangan lain. satu lagi problem aku beli 2,3 jenis buah dan 2,3 jenis makanan ringan. padahal esok aku dah nak balik. tapi tak per, sku kan puasa hari ni. malam ni memang aku nak pulun sampai habis.
 
posted by nile at 4:31 PM
25 Januari 2004

hari ni aku bangun tidur lewat sikit. ada la dalam pukul 10. nak gi lab buat keje tak jadi. tapi aku gi gak kul 12 sebab nak baiki blog aku. tapi ada brader tu tengah guna.aku balik kul 2 lebih.

tak der apa nak citer la... tak der mood ni.
 
posted by nile at 9:16 AM
24 Januari 2004

semalam aku cakap aku nak buat breakfastkan...? tapi aku bangun lewat... tak la lewat sangat tapi kat kul 9. tengok2 housemate dah siapkan breakfast hotdog aku tu... biarlah... lepas breakfast cam biasa aku gi lab.

aku buat keje kali ni sebab aku dah janji semalam tak nak tuju pc dulu. pas abis buat keje baru la aku gi tengok2 apa yang patut tapi sejak kebelakangan ni aku baiki blog aku. nak buat cantik2 macam org lain.

aku balik pukul 2 lebih. macam biasa la pas solat aku tido. sejak kebelakangan ni aku tidur siang. tapi hari cuti ajela. kalau weekdays aku tak de masa nak tido, banyak keje. hari ni pasar malam. aku ke pasar lepas maghrib sebab nak cari bagpack kawan2 lab aku kirim. tapi tak de yang cantik macam aku beli dulu.

setakat ni dulu. tak de idea la...
 
Saturday, January 24, 2004
posted by nile at 2:05 PM
Kiranya Ku Tahu

Kiranya aku tahu...
Hatimu sekeras batu
Tak kan aku menangis tersedu
Berlinangan airmata memujukmu.

Kiranya aku tahu...
Ini balasanmu padaku,
Takkan ku beri madu
Untuk kau balas dengan hempedu

Kiranya aku tahu...
Segala kata-kata itu dusta
Tak kan ku beri cinta
Dengan sepenuh jiwa

Kiranya ku tahu...
Kenangan bersama cuma sementara
Tak kan ku bina anganan
Untuk kekal selamanya.

Kiranya ku tahu...
Kisah persahabatan hanya mainan
Tak kan ku beri jalan
Untuk kau pergunakan.

Kiranya ku tahu...
Kau teman tak setia
Tak ku biar janji
Terlafaz darimu untuk dinodai.

Hasil taipan,
NC
 
posted by nile at 12:39 PM
23 Januari 2004

Bangun lewat lagi... dah 3 hari berturut2 aku solat subuh gajah. Pukul 7 lebih baru bangun. Ni susahnyer hidup sorang diri. Tak faham ? Maksud aku...aku nie kan duk bilik sorang, tak ada roommate nak tolong kejutkan. Tapi salah aku jugak dah bangun awal tapi tidur semula.

Hari ni giliran aku buat breakfast. Jadi pas solat aku terus masak. Hari ni aku masak mee goreng. Tapi mee aku kali ni pelik sikit...pelik camner tu ? best sikit kot... hehehe...
Tak de la, cuma macam mee kat kedai. pikir la sendiri. Pas masak, mandi, aku pun pegi lab.

Sampai kat lab tuju kat pc dulu. Nak buat keje tak jadi jugak hari ni. Susah betul kalau internet depan mata nie. Rabun aku... keje pun tak terbuat. Tapi esok aku janji... 1st thing aku mesti buat keje. Jangan duk melepak depan pc lagi.

Aku balik rumah pukul 2 lebih. Boring la, tak der org online... mostly budak geju pakai internet kat ofis, jadi hari cuti memang forum sunyi sepi. Tak per la... aku boring2 tu bukak la balik topik lama. Nak tambah msg. Hari ni dah cecah tahap melampau... ok la tu. Tapi target aku selagi tak cukup 2123 msg, selagi itu la aku rasa nak kumpul msg banyak2. Itu nombor yang ada sentimental value dalam hidup aku. Plat kete nanti pun aku nak beli nombor tu. Jangan ada sapa lak yang curi nombor aku tu...

Aku ingat nak buat breakfast hotdog esok. Sebab tu pas solat maghrib aku terus blah gi kedai cari roti. Sosej dah ada. Kawan aku kirim vcd jutawan fakir, so aku singgah pasar malam cari. Kat rumah aku kalau hari cuti weekend kitaorang volunteer sapa nak masak. Dah lama aku tak volunteer ni sebab tu aku nak masak esok. Lagipun buat hotdog tu benda paling simple.

Dah beli vcd tu kitaorang pun tengok la... tengok2 sambil duk mengata kat waheeda sebab dia pakai baju singkat nampak punggung. Kitaorg ingat dia ni alim la jugak. Tapi ok la tu. Awal2 kan... kurang2 dia dah tunjukkan teladan yg baik.

Sampai sini dulu kot ari ni. Eh... tiket tak beli lagi ni. Camner la... Blog aku ada perubahan lagi la hari ini. Dah masukkan counter pelawat ngan counter sapa oline. Target aku satu perubahan satu hari. Oneday... ia pasti akan jadi antara blog yang terlawa dan tercanggih... Aku janji... Lagipun aku nak menang anugerah weblog baru terbaik kat geju. InsyaAllah…
Tapi bagilah aku masa setahun dua sebelum menang... hehehe....
 
Friday, January 23, 2004
posted by nile at 10:53 AM
22 Januari 2004

hari ni raya cina tapi aku ke lab macam biasa. Hari ni aku puasa lagi. Puasa ganti. Aku gi lab ingat nak buat keje tak jadi kerana aku duk terperap depan komputer lebih kurang 6 jam. Sebenarnya aku nak baiki weblog aku. Hari ini ada kemajuan sebab aku dah masukkan chatterbox. Semua ni sebab salji dah reply msg aku semalam. Dia kata nak tolong aku lagi jadi esok aku ingat nak send kat dia templete aku. Nak suruh dia masukkan background yang aku nak tu. Aku dah cuba tapi tak dapat la. Background ada tapi tulisan lak hilang.

Aku balik rumah dekat pukul 3. aku ingat nak datang lab balik lepas asar tapi tertidur sampai pukul 530. tapi lepas solat aku pegi balik lab. Duk rumah pun bukannya ada apa nak dibuat. Aku ingat pukul 7 baru nak balik tapi ada brader tu datang lab nak guna komputer. Kacau betul la. Jadi 630 aku dah balik. ½ jam jer guna…. Rugi aku datang.

Hari ini tak der perkara menarik dalam hidup aku. Cuma sebelum tido aku sambung cerita saya dan adik tu dari kul 10 sampai 12. tu pun aku stop sebab ada h/mate aku nak pinjam pc. Tak la panjang sangat aku sambung cuma aku duk perah otak camner nak buat ayat jiwang karat sikit. Ok la untuk aku tapi org sastera memang tak lulus lagi tu. Rasanya citer tu akan stop dalam seminggu dua sebab tak der idea. Aku akan ada ideal menulis kalau jumpa kawan aku tu. Ntah la kenapa… dia banyak bagi inspirasi kat aku kot.

Aku ingat nak gi beli tiket raya la… bila ntah. Jangan habis sudah ler. Kali ini aku memang kena ponteng lab dalam seminggu sebab byk benda nak di buat bila balik nanti. Nak buat x-ray, nak cari penjamin pun aku kena berhenti di dua negeri yang berbeza. Susah la kalau adik beradik duk jauh nie. Aku memang niat tak nak balik tapi demi scholarship yang bakal mengkayakan aku ni aku sanggup buat apa saja demi mu!!!

Coretan,
NC
 
Thursday, January 22, 2004
posted by nile at 12:59 PM
Biar takdir yang menentukan

Biar takdir yang menentukan
Hala tuju sebuah persahabatan
Yang dibina atas dasar kasih sayang
Akhirnya berkecai tanpa bayang

Adakah ini sudah suratan
Nasib aku sebagai kawan
yang sentiasa sahaja dikecewakan
Oleh teman yang sudah bosan

Aku ini macam kamu juga
Ada jiwa dan juga perasaan
Sungguh aku tak terduga
Tapi semuanya terpaksa aku telan

Hari-hari aku tabur kebaikan
Demi sahabat yang benar-benar aku sayang
Aku tidak mengharap balasan
Tapi berikanlah aku secebis kesetian.

Aku rasa sedih sangat ni
Rasa pening kepala dan sakit hati
Ada jugak rasa nak lari
Malas nak tengok muka kau lagi

Tapi tak boleh ler aku buat camtu
Nanti belajar aku pula yang tersangkut nanti
Aku tak nak jadi hantu
Ilmu tak ade orang pun benci

Sampai sini dulu coretan aku
Esok lusa aku sambung semula
Aku nak balik baca buku
Menambah ilmu amalan mulia









 
posted by nile at 12:34 PM
21 Januari 2004

aku gi lewat giler ke lab. Pukul 11 pagi baru kuar. Singgah bank lak tu, lagi la lambat. Aku masukkan dalam bank duit yang housemate aku bagi tu. Setakat ni memang aku boleh hidup lagi la… jadi baik aku simpan jer duit tu. Lepas tu aku pegi lab, tapi tak buat keje pun. Aku masuk internet dulu pastu petang lepas solat zohor baru aku buat keje. Sekarang ni kat ukm sunyi sepi skit. Budak2 ramai dah balik… raya cina kan…

hari ni aku balik awal sikit. Lagipun aku kena masak ari ni,. Tukar syif… dulu ari jumaat tapi housemate aku pegi usrah setiap hari rabu jadi dia mintak tukar hari masak. Aku masak lewat sikit sebab tak de barang. Kuar kejap gi beli baru masak.

Itu jer kot kisah aku hari ni. Malam macam biasa tengok tv….. aku tidur lewat sikit hari ni sebab buat poem baru... bukannya best pun tapi sekadar minat dan hiburan sendiri. lagi satu kebanyakannya berkaitan dengan kehidupan seharian aku...

::...Happy Birthday Adik Zuriana...::

Hari nie 1 Mei 2004, kita semua cuti Hari Pekerja. Buat semua pekerja saya ucapkan selamat bercuti... saya tak keje lagi.. menumpang jer hari nie. Selain tu, saya nak ucapkan selamat ulangtahun hari kelahiran buat Adik Zuriana atau Zue atau Zurie, junior saya masa kat sekolah asrama dulu. Kalau sapa-sapa baca Blues Selamanya cite "Warkah Untuk Adik" episod 2, issue 15 April, dalam tu ada sikit citer pasal dia nie. Sikit jer... tak banyak.

Bagi saya, dia adalah antara sahabat, junior dan kawan serta insan istimewa yang pernah hadir dalam hidup saya. Sampai hari nie pun saya masih ingati kisah persahabatan kami yang tak mungkin luput ditelan masa.

Ucapan istimewa buat Adik Zue....
Sekiranya Adik membaca blog nie (saya baru call dia tadi untuk wish selepas hampir 3 tahun lost contact. Dia yang membisu sebenarnya.... saya selalu hantar surat dan kad tapi tak dibalas. Tadi saya juga maklumkan address blog nie), semoga hidup Adik Zue sentiasa diberi rahmat Allah, panjang umur dan dimurahi rezeki. Saya doakan Adik akan dapat kerja cepat-cepat. Saya sentiasa menganggap Adik sebagai sahabat baik saya sampai bila-bila dan maafkan saya kiranya saya pernah lukai hati Adik sehingga membuatkan Adik lupakan saya selama ini (sedih sangat nie... berpucuk surat, kad dilayang.. satupun tiada balasan). Saya rindukan gelak-tawa, senyum, kebaikan dan kemesraan Adik dulu yang sehingga kini masih diingatan. Semoga persahabatan kita yang telah terlerai akan kembali bertaut dan berkekalan selamanya. Kalau ada masa konteklah saya. Tu pun kalau sudi....
 
posted by nile at 12:24 PM
::Di Sini Segalanya Bermula::

Inilah tema weblog nie. Entah kenapa la saya pilih tajuk nie....
 
Wednesday, January 21, 2004
posted by nile at 12:12 PM
Memori Persahabatan
Tujuh Bulan Dalam Kenangan
Dis 2002-Jun 2003

Disember,
Pertemuan kali pertama
Dia datang untuk bertanya
Dengan senyuman pembuka bicara
Kita berborak sampai ke pagi buta.

Januari,
Bulan ini tiada kenangan
Kerana dia tidak bertandang
Tapi semua itu hanya permulaan
Kepada sebuah cerita persahabatan

Februari,
Minggu exam hampir bermula
Dia datang untuk kali yang yang kedua
Masih lagi untuk bertanya
Sebagai penambah ilmu di dada.
Setiap hari dia bertandang
Tak kira pagi, petang dan malam
Kita berborak berdegang-degang
Sampai buku pun aku dah tak pegang.

Mac,
Rasa sayang sudah berbunga
Pada sahabat yang berbudi bahasa
Dia beri kan aku saat-saat bahagia
Tanpa sekelumit perkataan duka.
Semester kini dihujung hari
Pulanglah semua membawa haluan
Ku simpan erat segala kenangan
Sebagai peneman waktu ku sendiri.

April,
Kad, surat, sms dan telefon
Jadi penghubung kukuhkan persahabatan
Tapi tak semua seperti yang dirancang
Lain diharap lain yang datang.
Aku telefon tiada jawapan
Ke mana pula dia menghilang
Segala janji tidak dikotakan
Apakah yang perlu aku lakukan
Untuk perbaiki ikatan persahabatan.


Mei,
Ku tunggu balasan satu pun tiada
Apa lagi aku sungguh berduka cita
Ku harap persahabatan kekal selamanya
Tapi ia hilang sekelip mata.
Setiap malam aku menangis
Terkenang segala detik manis
Adakah ia mungkin berulang
Pada masa yang akan datang.

Jun,
Semester baru kini bermula
Akhirnya kita bertemu semula,
Tapi ia sudah tidak seperti biasa
Jumpa aku pun dia dah tak suka.
Sudah puas aku bertanya
Kenapa kita begini jadinya
Tapi kata putus sudah kau kata
Akhirnya persahabatan terlerai jua.



Kawan
Hidup tak selamanya indah
Kadangkala senang kekadang ia susah
Ada kisah suka dan ada cerita duka
Yang buat kita gembira dan berduka cita.

Secantik pelangi di awangan
Ia pasti akan hilang
Sekuntum senyuman menawan
Juga boleh padam.

Hari ini kita melangkah jauh
Meniti kejayaan dengan angkuh
Esok lusa kita tersungkur
Tapi jangan pula engkau gugur.

Impian tak seindah kenyataan
Tapi tak bermakna kita perlu berdiam
Kuatkan semangat tanamkan azam
Kejayaan mutlak pasti kan datang.

Usaha itu pedih
Duka itu sedih
Jangan cuba berdalih
Nanti semuanya pasti akan pulih.


Dulu & Kini

Dulu,
Kita ada kenangan
Yang tak mungkin hilang
Kita ada cerita
Yang buat diri ketawa.

Dulu,
Kita pernah bersama
Menjulang detik bahagia
Kita sama-sama membina
Sebuah ikatan setia.

Dulu,
Kita sama-sama berjanji
Ketika terbit mentari
Kita tanamkan kesalahan
Untuk manfaatkan kebaikan.

Dulu,
Kita pernah berlari
Di tepi realiti mimpi
Kita sama-sama mencari
Erti ikatan suci.

Dulu,
Kita cuba melawan
Segala ketentuan tuhan
Kita angkat sebuah anganan
Untuk jadikannya kenyataan.

Dulu,
Segalanya indah
Tiada erti susah
Walau berpenat jerih
Tiada erti pedih.

Kini,
Kita sudah jauh
Tiada lagi tempat berteduh
Kita ada dendam
Yang kini jauh terpendam.

Kini,
Kita ada benci
Yang dulu bagai terkunci
Kita masih ada kenangan
Yang sukar untuk dikenang.

Kini,
Kita ada rasa
Yang boleh jadi binasa
Kita rasa terseksa
Pada jalan yang dulunya selesa

Kini,
Kita cari teman
Yang dulu kita abaikan
Untuk kita bercerita
Kisah lama yang membawa duka.

Kini,
Persahabatan kita sudah parah
Kerana kita jauh berubah
Kita tidak endahkan
Walau ditabur kebaikan.


Kini,
Aku masih mencari jalan
Untuk ku baiki segala kesalahan
Tapi engkau sudah melupakan
Segala kenangan manis persahabatan.







 
Tuesday, January 20, 2004
posted by nile at 3:29 PM
20 Januari 2003
Hari ini aku keluar awal... 7.30pg dah bertolak dari rumah. Puasa sebenarnya jadi tak yah tunggu org siapkan breakfast. Lagipun housemate mintak hantar dia pegi lab. Aku datang awal-awal pun bukannya buat keje tapi cam biasa lah buka internet dulu baru masuk lab buat keje.

Masa gi gathering ari tu, aku dah simpan soalan nak tanya pasal blog kat budak-budak geju. Teringin gak nak buat tapi tak tau camner. Rupa-rupanya free jer. Selama ni ingat kena bayar. Jadi ini firstday aku ada blog sendiri. percubaan pertama. Ada masa aku cuba baiki... InsyaAllah.

aku balik lewat sikit hari ini. Macam biasalah... sekarang nie keje melambak tapi aku tambahkan lagi dengan aktiviti baruku... iaitu berforum. maknanya hari2 aku akan balik pukul 6 ke atas. Balik rumah aku solat dulu. Teruknya aku nie, lambat2 kan solat pulak. Biasanya aku akan solat sebelum balik tapi hari ini aku tak selesa sikit dengan pakaian aku ni... ada la sebabnya tu.

Lepas solat aku terus bersiap utk ke pasar malam nak beli makan berbuka. Lagipun hari ni hari selasa memang rumah aku tak masak kalau hari pasar malam. Sebenarnya niat aku hari ni nak berbuka dengan makanan yang ada kat rumah jer. tapi kawan kirim suruh beli lak jadi baik aku beli sekalilah. Terpaksalah pegi. Aku turun tangga dan bukak backpack aku nak amik duit. Duit tu duit syiling yg aku letak dalam bekas filem Kodak tu. Sekarang ni aku tengah banyak duit syiling. Sebabnya msa gi gathering hari tu aku naik komuter beli tiket guna mesin. Balance tiket la tu. Masa aku tengah keluarkan duit tu, housemate aku balik. Dia tanya nak ke mana aku jawab la nak ke pasar malam. Pastu dia tengok aku semacam dengan satu pertanyaan yang bisa menggugurkan air mata ku, "Awak ada duit tak nie". Aku pun jawab la ada. Pastu dia kata lagi, "kalau saya bagi duit awak nak tak?", pertanyaan tu akhirnya membuat mata ku bergenang. Memang nampak la aku tak de duit sebab cam tengah keluarkan duit dari tabung jer. Tapi sebenar-benarnya memang yer pun aku tengah pokai. Aku tahu cerita ku malam tadi membuat hatinya tersentuh. Tapi aku tak berniat pun nak meraih simpati orang. Sambung balik... Aku jawab berulang kali, saya ada duit, saya ada duit. Tapi dia pulak kata "saya ada duit lebih nie, kita kan housemate kena jaga jugak kawan lain". Dia hulurkan jugak duit di dalam gengaman tangannya ke dalam helmet aku.. maknanya nak bagi kat tangan la tu... aku terpaksa ambil dengan sebuah tangisan terharu dengan sikapnya… aku amik jugak walaupun sebenarnya aku memang ada duit lagi rm 50 untuk aku belanja bulan nie. Aku bukak gengaman tangan ku dah tengok note 50 yang benar2 mengejutkan aku.

Sejak duduk di rumah sewa nie memang ini kali pertama kawan2 aku bagi duit untuk aku belanja. Selama ini memang la aku sengkek kerana tak dapat apa2 biasiswa atau bantuan dari sapa2. Cuma aku confirm akan dapat RM100 sebulan dari bestfriend yang setia dan kakak aku jugak seratus. Dan bila aku kesempitan baru la aku telefon menagih simpati dari abang aku yang keje kilang tu ngan kakak yang sorang lagi. Dengan duit itulah aku bayar sewa dan beli barang2 atau mungkin alat tulis utk pelajaran aku di sini. Tapi susah2 aku pun tak penah aku tunjuk yang aku ni sengkek. Sebab aku ni memang cool org nya. Hehehe... Tengah susah pun boleh buat macam biasa. Sejak aku sambung belajar nie, aku terharu dengan sikap 2 org kawan. Bukan atas sebab dia bagi ku duit tapi hanya dengan kata2 yang dia imgin membantuku. Sekarang ni aku menambah seorang lagi koleksi kawan2 yang baik.

Aku benar2 bersyukur pada Allah kerana pertolonganNya selalu datang tika aku benar2 memerlukannya........



Cerita Aku

Pengenalan.....


saya dan adik

17 Januari 2004

Hari ini seharian saya rasa terganggu dek pertemuan kita tengahari tadi. Teringat balik kenangan lama. Ntah la... dulu semuanya dah hampir normal tapi sekarang nie hati saya berkecamuk balik. Teguran adik mengejutkan saya yang langsung tidak menyedari kehadiran adik di situ. Ada rasa seperti bermimpi. apa taknya kita tidak bertemu hampir 3 bulan. Cukup lama kalau saya terus cuba bermain dengan perasaan saya tapi cukup sekejap bila saya cuba melupakan segalanya tentang persahabatan kita dulu...