Tuesday, January 20, 2004
posted by nile at 3:29 PM
20 Januari 2003
Hari ini aku keluar awal... 7.30pg dah bertolak dari rumah. Puasa sebenarnya jadi tak yah tunggu org siapkan breakfast. Lagipun housemate mintak hantar dia pegi lab. Aku datang awal-awal pun bukannya buat keje tapi cam biasa lah buka internet dulu baru masuk lab buat keje.

Masa gi gathering ari tu, aku dah simpan soalan nak tanya pasal blog kat budak-budak geju. Teringin gak nak buat tapi tak tau camner. Rupa-rupanya free jer. Selama ni ingat kena bayar. Jadi ini firstday aku ada blog sendiri. percubaan pertama. Ada masa aku cuba baiki... InsyaAllah.

aku balik lewat sikit hari ini. Macam biasalah... sekarang nie keje melambak tapi aku tambahkan lagi dengan aktiviti baruku... iaitu berforum. maknanya hari2 aku akan balik pukul 6 ke atas. Balik rumah aku solat dulu. Teruknya aku nie, lambat2 kan solat pulak. Biasanya aku akan solat sebelum balik tapi hari ini aku tak selesa sikit dengan pakaian aku ni... ada la sebabnya tu.

Lepas solat aku terus bersiap utk ke pasar malam nak beli makan berbuka. Lagipun hari ni hari selasa memang rumah aku tak masak kalau hari pasar malam. Sebenarnya niat aku hari ni nak berbuka dengan makanan yang ada kat rumah jer. tapi kawan kirim suruh beli lak jadi baik aku beli sekalilah. Terpaksalah pegi. Aku turun tangga dan bukak backpack aku nak amik duit. Duit tu duit syiling yg aku letak dalam bekas filem Kodak tu. Sekarang ni aku tengah banyak duit syiling. Sebabnya msa gi gathering hari tu aku naik komuter beli tiket guna mesin. Balance tiket la tu. Masa aku tengah keluarkan duit tu, housemate aku balik. Dia tanya nak ke mana aku jawab la nak ke pasar malam. Pastu dia tengok aku semacam dengan satu pertanyaan yang bisa menggugurkan air mata ku, "Awak ada duit tak nie". Aku pun jawab la ada. Pastu dia kata lagi, "kalau saya bagi duit awak nak tak?", pertanyaan tu akhirnya membuat mata ku bergenang. Memang nampak la aku tak de duit sebab cam tengah keluarkan duit dari tabung jer. Tapi sebenar-benarnya memang yer pun aku tengah pokai. Aku tahu cerita ku malam tadi membuat hatinya tersentuh. Tapi aku tak berniat pun nak meraih simpati orang. Sambung balik... Aku jawab berulang kali, saya ada duit, saya ada duit. Tapi dia pulak kata "saya ada duit lebih nie, kita kan housemate kena jaga jugak kawan lain". Dia hulurkan jugak duit di dalam gengaman tangannya ke dalam helmet aku.. maknanya nak bagi kat tangan la tu... aku terpaksa ambil dengan sebuah tangisan terharu dengan sikapnya… aku amik jugak walaupun sebenarnya aku memang ada duit lagi rm 50 untuk aku belanja bulan nie. Aku bukak gengaman tangan ku dah tengok note 50 yang benar2 mengejutkan aku.

Sejak duduk di rumah sewa nie memang ini kali pertama kawan2 aku bagi duit untuk aku belanja. Selama ini memang la aku sengkek kerana tak dapat apa2 biasiswa atau bantuan dari sapa2. Cuma aku confirm akan dapat RM100 sebulan dari bestfriend yang setia dan kakak aku jugak seratus. Dan bila aku kesempitan baru la aku telefon menagih simpati dari abang aku yang keje kilang tu ngan kakak yang sorang lagi. Dengan duit itulah aku bayar sewa dan beli barang2 atau mungkin alat tulis utk pelajaran aku di sini. Tapi susah2 aku pun tak penah aku tunjuk yang aku ni sengkek. Sebab aku ni memang cool org nya. Hehehe... Tengah susah pun boleh buat macam biasa. Sejak aku sambung belajar nie, aku terharu dengan sikap 2 org kawan. Bukan atas sebab dia bagi ku duit tapi hanya dengan kata2 yang dia imgin membantuku. Sekarang ni aku menambah seorang lagi koleksi kawan2 yang baik.

Aku benar2 bersyukur pada Allah kerana pertolonganNya selalu datang tika aku benar2 memerlukannya........



Cerita Aku

Pengenalan.....


saya dan adik

17 Januari 2004

Hari ini seharian saya rasa terganggu dek pertemuan kita tengahari tadi. Teringat balik kenangan lama. Ntah la... dulu semuanya dah hampir normal tapi sekarang nie hati saya berkecamuk balik. Teguran adik mengejutkan saya yang langsung tidak menyedari kehadiran adik di situ. Ada rasa seperti bermimpi. apa taknya kita tidak bertemu hampir 3 bulan. Cukup lama kalau saya terus cuba bermain dengan perasaan saya tapi cukup sekejap bila saya cuba melupakan segalanya tentang persahabatan kita dulu...