Thursday, January 22, 2004
posted by nile at 12:34 PM
21 Januari 2004

aku gi lewat giler ke lab. Pukul 11 pagi baru kuar. Singgah bank lak tu, lagi la lambat. Aku masukkan dalam bank duit yang housemate aku bagi tu. Setakat ni memang aku boleh hidup lagi la… jadi baik aku simpan jer duit tu. Lepas tu aku pegi lab, tapi tak buat keje pun. Aku masuk internet dulu pastu petang lepas solat zohor baru aku buat keje. Sekarang ni kat ukm sunyi sepi skit. Budak2 ramai dah balik… raya cina kan…

hari ni aku balik awal sikit. Lagipun aku kena masak ari ni,. Tukar syif… dulu ari jumaat tapi housemate aku pegi usrah setiap hari rabu jadi dia mintak tukar hari masak. Aku masak lewat sikit sebab tak de barang. Kuar kejap gi beli baru masak.

Itu jer kot kisah aku hari ni. Malam macam biasa tengok tv….. aku tidur lewat sikit hari ni sebab buat poem baru... bukannya best pun tapi sekadar minat dan hiburan sendiri. lagi satu kebanyakannya berkaitan dengan kehidupan seharian aku...

::...Happy Birthday Adik Zuriana...::

Hari nie 1 Mei 2004, kita semua cuti Hari Pekerja. Buat semua pekerja saya ucapkan selamat bercuti... saya tak keje lagi.. menumpang jer hari nie. Selain tu, saya nak ucapkan selamat ulangtahun hari kelahiran buat Adik Zuriana atau Zue atau Zurie, junior saya masa kat sekolah asrama dulu. Kalau sapa-sapa baca Blues Selamanya cite "Warkah Untuk Adik" episod 2, issue 15 April, dalam tu ada sikit citer pasal dia nie. Sikit jer... tak banyak.

Bagi saya, dia adalah antara sahabat, junior dan kawan serta insan istimewa yang pernah hadir dalam hidup saya. Sampai hari nie pun saya masih ingati kisah persahabatan kami yang tak mungkin luput ditelan masa.

Ucapan istimewa buat Adik Zue....
Sekiranya Adik membaca blog nie (saya baru call dia tadi untuk wish selepas hampir 3 tahun lost contact. Dia yang membisu sebenarnya.... saya selalu hantar surat dan kad tapi tak dibalas. Tadi saya juga maklumkan address blog nie), semoga hidup Adik Zue sentiasa diberi rahmat Allah, panjang umur dan dimurahi rezeki. Saya doakan Adik akan dapat kerja cepat-cepat. Saya sentiasa menganggap Adik sebagai sahabat baik saya sampai bila-bila dan maafkan saya kiranya saya pernah lukai hati Adik sehingga membuatkan Adik lupakan saya selama ini (sedih sangat nie... berpucuk surat, kad dilayang.. satupun tiada balasan). Saya rindukan gelak-tawa, senyum, kebaikan dan kemesraan Adik dulu yang sehingga kini masih diingatan. Semoga persahabatan kita yang telah terlerai akan kembali bertaut dan berkekalan selamanya. Kalau ada masa konteklah saya. Tu pun kalau sudi....