Friday, January 23, 2004
posted by nile at 10:53 AM
22 Januari 2004

hari ni raya cina tapi aku ke lab macam biasa. Hari ni aku puasa lagi. Puasa ganti. Aku gi lab ingat nak buat keje tak jadi kerana aku duk terperap depan komputer lebih kurang 6 jam. Sebenarnya aku nak baiki weblog aku. Hari ini ada kemajuan sebab aku dah masukkan chatterbox. Semua ni sebab salji dah reply msg aku semalam. Dia kata nak tolong aku lagi jadi esok aku ingat nak send kat dia templete aku. Nak suruh dia masukkan background yang aku nak tu. Aku dah cuba tapi tak dapat la. Background ada tapi tulisan lak hilang.

Aku balik rumah dekat pukul 3. aku ingat nak datang lab balik lepas asar tapi tertidur sampai pukul 530. tapi lepas solat aku pegi balik lab. Duk rumah pun bukannya ada apa nak dibuat. Aku ingat pukul 7 baru nak balik tapi ada brader tu datang lab nak guna komputer. Kacau betul la. Jadi 630 aku dah balik. ½ jam jer guna…. Rugi aku datang.

Hari ini tak der perkara menarik dalam hidup aku. Cuma sebelum tido aku sambung cerita saya dan adik tu dari kul 10 sampai 12. tu pun aku stop sebab ada h/mate aku nak pinjam pc. Tak la panjang sangat aku sambung cuma aku duk perah otak camner nak buat ayat jiwang karat sikit. Ok la untuk aku tapi org sastera memang tak lulus lagi tu. Rasanya citer tu akan stop dalam seminggu dua sebab tak der idea. Aku akan ada ideal menulis kalau jumpa kawan aku tu. Ntah la kenapa… dia banyak bagi inspirasi kat aku kot.

Aku ingat nak gi beli tiket raya la… bila ntah. Jangan habis sudah ler. Kali ini aku memang kena ponteng lab dalam seminggu sebab byk benda nak di buat bila balik nanti. Nak buat x-ray, nak cari penjamin pun aku kena berhenti di dua negeri yang berbeza. Susah la kalau adik beradik duk jauh nie. Aku memang niat tak nak balik tapi demi scholarship yang bakal mengkayakan aku ni aku sanggup buat apa saja demi mu!!!

Coretan,
NC