Saturday, January 24, 2004
posted by nile at 12:39 PM
23 Januari 2004

Bangun lewat lagi... dah 3 hari berturut2 aku solat subuh gajah. Pukul 7 lebih baru bangun. Ni susahnyer hidup sorang diri. Tak faham ? Maksud aku...aku nie kan duk bilik sorang, tak ada roommate nak tolong kejutkan. Tapi salah aku jugak dah bangun awal tapi tidur semula.

Hari ni giliran aku buat breakfast. Jadi pas solat aku terus masak. Hari ni aku masak mee goreng. Tapi mee aku kali ni pelik sikit...pelik camner tu ? best sikit kot... hehehe...
Tak de la, cuma macam mee kat kedai. pikir la sendiri. Pas masak, mandi, aku pun pegi lab.

Sampai kat lab tuju kat pc dulu. Nak buat keje tak jadi jugak hari ni. Susah betul kalau internet depan mata nie. Rabun aku... keje pun tak terbuat. Tapi esok aku janji... 1st thing aku mesti buat keje. Jangan duk melepak depan pc lagi.

Aku balik rumah pukul 2 lebih. Boring la, tak der org online... mostly budak geju pakai internet kat ofis, jadi hari cuti memang forum sunyi sepi. Tak per la... aku boring2 tu bukak la balik topik lama. Nak tambah msg. Hari ni dah cecah tahap melampau... ok la tu. Tapi target aku selagi tak cukup 2123 msg, selagi itu la aku rasa nak kumpul msg banyak2. Itu nombor yang ada sentimental value dalam hidup aku. Plat kete nanti pun aku nak beli nombor tu. Jangan ada sapa lak yang curi nombor aku tu...

Aku ingat nak buat breakfast hotdog esok. Sebab tu pas solat maghrib aku terus blah gi kedai cari roti. Sosej dah ada. Kawan aku kirim vcd jutawan fakir, so aku singgah pasar malam cari. Kat rumah aku kalau hari cuti weekend kitaorang volunteer sapa nak masak. Dah lama aku tak volunteer ni sebab tu aku nak masak esok. Lagipun buat hotdog tu benda paling simple.

Dah beli vcd tu kitaorang pun tengok la... tengok2 sambil duk mengata kat waheeda sebab dia pakai baju singkat nampak punggung. Kitaorg ingat dia ni alim la jugak. Tapi ok la tu. Awal2 kan... kurang2 dia dah tunjukkan teladan yg baik.

Sampai sini dulu kot ari ni. Eh... tiket tak beli lagi ni. Camner la... Blog aku ada perubahan lagi la hari ini. Dah masukkan counter pelawat ngan counter sapa oline. Target aku satu perubahan satu hari. Oneday... ia pasti akan jadi antara blog yang terlawa dan tercanggih... Aku janji... Lagipun aku nak menang anugerah weblog baru terbaik kat geju. InsyaAllah…
Tapi bagilah aku masa setahun dua sebelum menang... hehehe....