Thursday, January 22, 2004
posted by nile at 12:59 PM
Biar takdir yang menentukan

Biar takdir yang menentukan
Hala tuju sebuah persahabatan
Yang dibina atas dasar kasih sayang
Akhirnya berkecai tanpa bayang

Adakah ini sudah suratan
Nasib aku sebagai kawan
yang sentiasa sahaja dikecewakan
Oleh teman yang sudah bosan

Aku ini macam kamu juga
Ada jiwa dan juga perasaan
Sungguh aku tak terduga
Tapi semuanya terpaksa aku telan

Hari-hari aku tabur kebaikan
Demi sahabat yang benar-benar aku sayang
Aku tidak mengharap balasan
Tapi berikanlah aku secebis kesetian.

Aku rasa sedih sangat ni
Rasa pening kepala dan sakit hati
Ada jugak rasa nak lari
Malas nak tengok muka kau lagi

Tapi tak boleh ler aku buat camtu
Nanti belajar aku pula yang tersangkut nanti
Aku tak nak jadi hantu
Ilmu tak ade orang pun benci

Sampai sini dulu coretan aku
Esok lusa aku sambung semula
Aku nak balik baca buku
Menambah ilmu amalan mulia