Tuesday, January 27, 2004
posted by nile at 10:48 AM
kipas, metabolisme, lemak dan rumah sewa

Sejak 2, 3 hari ni banyak betul saya kena gigit nyamuk masa tengah tengok tv. Apa taknya sliding door terbukak, nyamuk pun masuk la. Kitaorang kat rumah kalau turun jer lepak kat bawah 24 jam la sliding door tu terbukak sebabnya kat bawah tak der kipas. jadi kena gunakanlah sumber semulajadi utk sejukkan badan. saya sebenarnya tak suka bukak sliding door tu sebab mengganggu pandangan saya utk tengok tv. angin yang masuk menolak langsir sampai macam nak terbang. dah la saya duk sebelah tu, sampai naik atas muka saya. tapi housemates saya semuanya metabolisme tinggi. asyik2 panas, asyik2 panas. saya pulak boleh pakai sweater masa diorang kata panas tu.

baru ni ada terbaca dalam paper tentang runtuhan kat bam , iran tu. ada seorang nenek yg umurnya 92 ke 72 tak ingat dah boleh hidup lagi walaupun terperangkap dalam runtuhan selama seminggu lebih. bagi org biasa ianya suatu keajaiban tapi seorang doktor yang memeriksanya pula kata nenek tu boleh hidup sebab kadar metabolime dia rendah. maknanya lemak badannya tak dibakar dengan cepat. sebab tu kadang2 saya cakap jugak kat housemataes saya yang selalu kepanasan tu, andainya ditakdirnya kita semua terperangkap dalam runtuhan, korang semua akan mati dulu dari saya sebabnya kadar metabolisme saya rendah. saya tak cepat rasa panas.... itu sebabnya....

lagi satu saya selalu merungut jugak tentang berat badan saya yang semakin hari makin bertambah. sebelum saya masuk rumah sewa sekarang nie, berat saya cuma 52 kg. lepas duk rumah tu latest weight saya ialah 56.4 kg. kenaikan yang mendadak. padahal saya makan sama dengan bebudak tu makan. malah diorang lagi la selalu makan tengahari. saya lak cuma makan pagi dan malam. sebab saya makan makanan kat rumah jer. lunch pulak memang jarang.... tapi kenapa lemak badan makin bertambah? tapi bebudak tu kata badan saya dah ok. bila cakap berat saya 56 diorang tak caya sebabnya saya ni memang nampak macam berat kurang dari 50kg. org kata saya ni berat tulang. bukannya pemalas yer.... oh yer... sebab lemak makin bertambah kerana kadar metabolime saya rendah. budak2 tu tak pe la makan banyak pun, lemaknya sentiasa dibakar. saya lak tersimpan jadi kuih lapis.

tapi diorang tak tahu banyak lemak tersembunyi yang diorang tak nampak. memang la muka saya tak tembam, lemak tak naik kat badan tapi kat peha dan bahagian lain memang naik. dah cuba jugak nak diet. sebab tu kebelakangan ni puasa. tapi itu puasa ganti. selain tu dapat jugak saya merehatkan perut.

tapi kesimpulannya best jugak kadar metabolisme saya rendah. jimat letrik. lagipun saya tak boleh duduk dalam aircon... sakit kepala kalau sejuk sangat. dulu masa mula2 nak pindah rumah baru, rumah kitaorg memang kossong. tuan rumah datang nak pasang kipas tapi 3 ajer. saya pulak dengan baik hatinya menawarkan yang bilik saya tak pasang kipas pun tak per. yang satu lagi tu pasang kat ruang tamu. tapi diorang lak kesian kat saya... kot2 nanti kepanasan. dah macam tu biarlah, saya nak tawar diri tak nak....

sampai bulan nie dah cukup la 3 bulan kitaorang duk rumah baru. tapi tuan rumah tak pasang2 kipas. budak2 tu dah merungut.saya pun merungut jugak. saya merungut bukan sebab saya rasa panas tapi sebab tuan rumah buat janji manis ajer. lepas raya pasang. tak pasang jugak. ok la.... pastu janji lagi. lepas bayar sewa bulan Jan nak pisang kipas. tapi sampai hari nie tak pasang jugak. jadi untuk sewa bulan Feb ni saya ada rancangan sulit la.... tapi tak bincang lagi ngan kawan2. kitaorang tak nak bayar sampai la tuan rumah pasang kipas. ok tak plan tu?

dulu kitaorang dah buat sekali. masa sewa bulan 12. tuan rumah tak pasang grill kat atas. kitaorang ni perempaun kena la jaga2 sikit. lagi satu raya dah dekat. safety kena jaga. jadi kitaorang pun bincang ngan tuan rumah kitaorang pasang sendiri la. sebab bila kitaorang suruh dia pasang dia kata dia tak der duit. tak de duit konon. kitaorang dah bayar 1500 deposit rumah masa masuk ari tu. takkan tak leh pasang grill complete. dah alang2 pasang kat bawah, pasang la terus kat atas. tuan rumah kiranya bertah kitaorang sanggup sewa dari dia. apa taknya rumah dia kosong tapi dah tampal untuk disewa. tapi saya ngaku saya yang cari rumah tu. salah saya jugak. sebenarnya ada ader rumah lain yang dah complete dengan api, air, kipas, grill tapi saya tak mintak. bukannya apa mula2 dah letak RM800. tapi bila kurang bagi RM600. rumah saya sekarang memang dah letak RM600 masa mula. akhirnya pun RM600. tapi yang RM800 tu kawan saya yang tawarkan sampai dapat RM600. tapi dia tak cakap kat saya tuan rumah bagi 600. dia cakap kat saya lepas saya dah cinfirm nak rumah yang tak complete tu... jadi terlepaslah.... kalau tak memang kitaorg duk rumah tu sekarang.