Sunday, February 29, 2004
posted by nile at 12:30 PM
::Saya dan Bahasa Inggeris::

Masa sekolah rendah dulu, saya memang tak berminat dengan bahasa asing ni. Entah la kenapa. Kalau cikgu bagi kerja rumah, mesti dok meniru kawan punya. Walaupun sekolah letak harapan besar dengan meletakkan saya sebagai calon 4 A, tapi of course lah tak dapat. Sebabnya... saya dapat C dalam BI. Terukkan...?

Masuk sekolah menengah, masih tak mampu menanam minat pada BI. Faktor cikgu yang memboringkan menambahkan lagi ketidaksukaan saya pada subjek nie. Walaubagaimanapun masa PMR saya dapat B dalam Bahasa Inggeris, terkejut jugak tapi bagi saya ia tak memberi makna apa-apa. Tapi minat mula bercambah bila saya menjejakkan kaki ke tingkatan 4. Cikgu muda dan hensom (hehehehe...) serta sangat baik yang mengajar dengan teknik yang agak berlainan dari cikgu-cikgu sebelum ini, menerbitkan minat di hati saya untuk belajar dan sentiasa menunggu kedatangan beliau ke kelas kami. Tapi dia sebenarnya hanyalah cikgu sementara dan masih belajar di UIA. Mungkin sedang bercuti waktu tu. Tapi sebelum sempat cikgu tu habis kontraknya, saya bertukar ke sekolah baru.

Berpindah ke sekolah baru, menjadi penghuni di sekolah berasrama, menyuntik suasana baru dalam hidup saya yang tidak pernah berpisah dengan keluarga sebelum ini. Nasib baik saya ni bukannya jenis homesick. Masuk ke sekolah baru bermakna saya mendapat cikgu baru. Cikgu bahasa inggeris di kelas saya rasanya tidak layak di panggil cikgu. Walaupun dia adalah lulusan oversea yang masuk ke maktab untuk mengambil kursus perguruan kerana mengganggur sewaktu dia pulang ke tanah air tahun 80-an dulu dek ekonomi negara yang tengah merudum. Satu bijik buku teks tu, tak ada satu vocab atau grammar yang dia ajar (kalau tak silap la... tak ingat lah dah lama tinggal, hehehehe.... tapi, kalau ada pun baper kerat sangat), sebaliknya dia menyuruh kami satu kelas beli sebuah buku latihan dan setiap hari kami di suruh membuat latihan di situ. Bila buat, siap.. dia pun bagi jawapan dan kelas pun berakhir. Waktu tu, minat saya pada BI makin menudar. Rasa benci pada cikgu kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan betul dan menyampah sebab cikgu tu gatal (suka berbaik-baik dengan budak lawa jer) lagilah menyebabkan saya rasa malas setiap kali kelas berlangsung. Akhirnya saya habis tingkatan 5 tanpa mampu membezakan antara 'is' dan 'was'. Sebagai hasilnya masa SPM saya dapat P7. Hahahahahaa... teruk benor....


Melangkah kaki ke dunia baru Matrikulasi, saya alami culture shock bila cikgu BI mengajar di kelas dalam bahasa inggeris!!!! Dari 100 perkataan yang dia ucap saya cuma mampu memahami 10 daripadanya. Kadang-kadang ketika di kelas saya kebingungan. Bercampur dengan rakan-rakan dari sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah elit seperti STF, MCKK menyebabkan saya rasa agak terpinggir. Bila bercakap, perkataan bahasa inggeris di selangi antara bahasa melayu. Bila tak faham saya hanya mampu tersengih. Tapi minat saya mula mendalam bila cikgu BI kami bersungguh-sungguh mengajar kami. Dengan cerita, lawak dan cara penyampaian yang agak unik, saya mula belajar sedikit demi sedikit. Saya mulakan dengan vocabulary. Saya cuba ingati setiap patah perkataan yang biasa di sebut. Saya mula membaca dictionary kerana seronok dengan isinya yang menarik (semua pelajar matrik di wajibkan membeli kamus english-english ini) dan saya mencari maksudnya dengan sebuah lagi kamus yang saya baru ambil dari sekolah sebelum saya mendaftar di matrikulasi (kamus english-melayu hadiah Pelajar Terbaik SPM). Walaupun keputusan peperiksaan semester 1 saya mendapat C dalam BI, tapi alhamdulillah saya mendapat B- dalam peperiksaan semester 2. Bagi saya matrikulasi adalah tempat di mana rasa ingin belajar dan menguasai bahasa inggeris mula berbunga di jiwa saya. Dan di sinilah jua, akhirnya saya dapat membezakan antara 'is' dan 'was'.


Di universiti, saya cukup bernasib baik kerana kulaih berlangsung dalam bahasa melayu. Nota-nota juga di beri dalam bahasa melayu. Tapi masalah mula timbul apabila saya mencari rujukan di library. Hampir 80% rujukan di dalam bahasa inggeris. Saya terpaksa hadapi satu cabaran yang agak memeningkan saya. Vocab yang masih belum banyak membuatkan rujukan tidak membantu saya. Akhirnya saya hanya berserah pada nota di dalam kelas. Alhamdulillah, peperiksaan semester 1 result saya agak baik, malah antara yang terbaik dalam course saya. Masuk semester 2, saya terpaksa mengambil satu subjek english yang di khaskan untuk pelajar aliran sains. Di dalam kelas saya hanya banyak berdiam diri dari melibatkan diri dalam perbincangan walaupun markah untuk penglibatan akan dimasukkan bersama-sama peperiksaan akhir. Saya dikira amat bernasib baik kerana kawan baik saya yang sama-sama membonceng motor ke kuliah adalah seorang yang bagi saya teramat pakar dalam subjek ini. Apabila kami di suruh membuat assingment, biasanya saya kan meminta pertolongannya. Dan akhirnya result pepriksaan saya semester tu saya mendapat B- untuk subjek tu yang bagi saya sudah cukup baik (untuk taraf saya la). Tapi kerana subjek inilah result saya semester 2 jatuh.


Semester berikutnya, saya mengambil satu lagi subjek english. Dan inilah ialah subjek english yang terakhir perlu saya habiskan kreditnya (yea..yea...). Tapi satu lagi masalah timbul bila subjek ini tiada peperiksaan. Markahnya di kira dengan "bercakap" "bercakap" dan "bercakap"!!! Di kelas ini, saya mula belajar untuk bercakap di dalam bahasa inggeris atau istilah glamernya "speaking"! Nak tak nak terpaksa la speaking walaupun ayat saya berterabur. Saya bernasib baik sekali lagi kerana lecturer begitu sporting. Dan rasa malu saya agak kurang kerana dari 18 org student, cuma ada seorang sahaja lelaki (nak pupus dah spesies nie yek?). Sebagai penilaian untuk markah akhir, kami di beri 4 tugasan yang memerlukan kami bercakap. Pertama-group comunication, kedua-interpersonal comunication, ketiga-group presentation dan terakhir single presentation (creative talk).


Untuk 3 assignment terawal walaupun ada juga sedikit masalah yang timbul, saya rasa saya boleh menghadapinya lagi. Masih ingat lagi sewaktu kami diberi tugasan yang pertama, lecturer memanggil 4 orang secara rawak untuk bercakap berdasarkan satu tajuk yang diberi. Apa yang tidak mampu saya lupakan apabila 2 orang daripada kami meng"conquer" percakapan sehingga saya yang dah la tak pandai hanya senyap membisu kerana tidak diberi peluang. Nasib baik la satu-satunya lelaki yang ada kebetulan dipilih dalam kumpulan ini mencelah dan bercakap dan seterusnya meminta pendapat saya berdasarkan tajuk itu (thanks Mohsein!!). Saya bercakap juga walaupun hanya sedikit. Tugasan terakhir memerlukan saya mencari idea sendiri, berusaha sendiri, bercakap seorang diri dan segala-galanya adalah sendiri. Tapi saya cuba melakukan yang terbaik. Tapi untuk script saya memang tidak mampu membuatnya sendiri dan meminta bantuan kawan baik saya untuk membuatnya. Tajuk saya " The Uses Of Sugarcane in..." apa yer... tak ingat la. Kerana saya takut mendapat resut yang teruk saya memang cuba sehabis baik sehinggakan saya membawa tebu betul ke kelas sewaktu presentation berlangsung. Apa yang dapat saya simpulkan dari presentation itu, kawan-kawan saya yang lain, kebanyakkannya pelajar yang fasih bercakap dalam bahasa inggeris tidak membuat tugasan mereka dengan bersungguh-sungguh. Saya tak tahu apa yang berlegar dalam fikiran mereka tapi bagi saya ia tidak sepatutnya begitu. Bila result di keluarkan, akhirnya saya mendapat A- dan saya tidak tahu betapa gembiranya hati saya. A untuk subjek inggeris? Sungguh menakjubkan. Dan A- adalah markah tertinggi... tiada seorang pun dari kelas kami mendapat A, itu yang saya dengar. Kawan2 saya yang very fluent speaking pun dapat A-. Saya dah cakapkan tadi, mereka tidak bersungguh2 mungkin kerana mereka tahu mereka sudah pandai. Saya rasa itu adalah kesilapan yang patut diperbaiki. Sepandai mana pun kita, seandainya kita di beri tanggungjawab, laksanakan dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah, kita akan mendapat hasil yang lebih baik.


 
Saturday, February 28, 2004
posted by nile at 2:01 PM
Exam Week!!!

Nampaknya sekarang student tengah demam peperiksaan. Termasuk tipah... good luck tipah (nile doakan hang berjaya). Kat UKM lak, start hari nie diorang exam final semester 2. Bila duk kenang-kenang setahun yang lepas, dalam minggu exam gak kenangan manis dan pahit akan terimbas kembali. Setahun lepas, saya berperang dengan exam final year. Last exam, pastu sampai mati harap2 tak nak jumpa exam lagi. Tapi saya lak buat hal. Masa tu adalah minggu exam paling teruk dalam hidup saya. Teruk sangat!!!!! Bodoh betul saya... bencinya!!!! kalau boleh tak nak ingat lagi.

Masa tu first time saya jarang studi, bercakap banyak, bersembang sampai ke pagi buta dan macam-macam hal lagi. Semata-mata kerana seorang adik, seorang junior yang cuba berbaik-baik dengan saya. Akhirnya saya yang terganggu, tapi saya terima hakikat yang saya terpaksa hadapi semua tu demi sebuah persahabatan yang baru terjalin. Nak kata saya jenis kaki studi tak jugak. Tapi saya selalu berikan perhatian 100% waktu hampir2 nak exam. Saya boleh masuk kategori studi last minute tapi saya gunakannya minit2 terakhir tu untuk studi dengan semaksimum yang mungkin. Biasanya saya takkan tidur awal, studi 24 jam (kecuali tertidur sendiri...hehhehee), tak kuar bilik kecuali nak mandi+solat. Biasanya saya akan berkurung kat bilik. Kalau esok tu ada exam kul 8am, saya pasti tak akan tidur walaupun untuk seminit!!! Saya harap sangat exam final tu, saya boleh masuk dean list lagi sebab masa tu subjek tak susah sangat. Tapi akhirnya tak dapat.... oklah... saya terima ajer semua tu dah takdirkan...? Yang menyedihkan saya bila junior saya tu dah lupakan saya. Buat dek ajer. Hantar sms tak balas, call pun tak pernah. Apa kebendenyer nie? Sebenarnya saya malas dah nak kenang semua tu. Kalau duk kenang jugak buat sakit ati jer.

Buat semua adik2 junior saya (No, Ena, Joha, Mariam, Pidah, Sue, Eba, Ida, Fanie, Liza, Nida, Amie, Ina, Didi, Myra,Faezah, Nora, Dalila dan lain2 tu) saya nak ucapkan selamat berjaya kat korang sumer. Sori la exam kali ni tak der kad. Biasanya tiap2 semester saya bagi, tengah pokai la. Belajar rajin-rajin ok kerana masa depan adik-adik semua bergantung padanya. Solat hajatlah selalu minta keberkatan Allah. GOOD LUCK!!!

 
Friday, February 27, 2004
posted by nile at 6:55 PM
Lena di Ulit Intan

Saya balik rumah tengahari tadi, balik nak tidur kejap lagipun tensen benor result lab work mengarut2. Nil ah susahnya jadi researcher. Tapi dengan ni la saya nak cari makan nanti, nak tak nak kena buat jugak. Sebenarnya pukul 2.45 ada diskusi permasalahan siswazah, so kena la ke fakulti balik. Pas makan roti sweetie yang beli semalam+kuey teow breakfast (dua dua nie makanan kesukaan saya) pagi tadi, baca Blues kejap pastu tertidur. Bangun2 pukul 4.30 ptg!!! Dah la tak solat lagi.. Solat zohor, tak sampai 5 minit pastu azan asar. Pas solat saya ke fakulti balik. Nak sambung Kerja la. Diskusi tu dah kompom abis... alamak mati la. biarlah, bukan wajib pun tapi saya memang berkobar2 nak pergi. Nak tengok la ada apa, ada gak niat nak mengadu masalah. Tapi bukannya berani pun cakap... cakap besar jer... hehehehhe..


Kartunis

Dulu masa kecik2 seronok2 sangat baca komik sampaikan ada gak rasa macam nak jadi kartunis. Hehehehee... mengarut benor aku nie. Tapi memang la sejak kecik saya suka melukis. Tapi yang pasti lukisan saya kompom tak lawa. Hodoh...!! Masa sekolah rendah dulu kalau subjek lukisan tu selalunya saya akan dapat C. Pernah sekali tu masa exam, sebab saya lukis terlalu hodoh, saya tak hantar pun lukisan tu. Hehehehee.. Tapikan dalam buku report cikgu saya intai ada pulak grednya, saya dapat C. Nasib baik la....

Masa kenal gnela awal2 dulu, saya dah boleh tengok bakat dia masa mula2 tengok blog dia. Pas tu bila dia design blog saya guna versi awek blues, saya tahu memang dia nie boleh pegi jauh. Pastu baca lak surat dia mintak keje kat MOY tu, memang dia nie sungguh2 nak jadi kartunis. Kebetulan saya ada kawan kat MOY, kawan chat jer tapi bagi saya dia nie memang amat bermakna dalam hidup saya. Saya anggap dia nie macam abang saya sendiri. Banyak bagi nasihat, pandangan dan dah banyak tolong saya. Thanks Brad!! Bila saya baca pasal gnela, mula kenal2 dan korek rahsia gnela sikit2 (Hehehehee..), tahu apa yang dia cita-citakan... saya pun cakap kat kawan tu. Mula2 tu, dia suruh hantar artwork. Guna prosedur biasa la. Tapi sejak dia tengok sendiri karya gnela, saya nampak macam dia dah mula berminat. Apa taknya, kita semua boleh nampak gnela nie memang berbakat besar. Buat blog boleh, melukis boleh... boleh la jadi Skar no2... hehehhehehee. Kenapa Skar? Kan lukisan Skar guna 2 elemen. Satu lukisan satu grafik. Latarbelakang lukisan guna gambar real yang di kaburkan. Best giler.... dah la lukisan dia mengancam abis. Pada Gnela, saya memang galakkan gnela untuk melukis. Buatlah betul2, tunjukkan bakat gnela yang sebenar dan jangan lupa hantar artwork. Kalau gnela benar2 nak kejar cita2 jadi kartunis yang berjaya, mulakan dari sekarang. Nile doakan gnela berjaya. InsyaAllah!!
 
Thursday, February 26, 2004
posted by nile at 6:54 PM
Blank....

Saya kat lab komputer sekarang... tengah chat ngan Brad. Sebenarnya macam-macam idea timbul kat otak sebelum masuk lab nie. Tiba-tiba jer hilang.... tensen betul.... Idea tadi tu rasanya boleh buat blog nie gempak. Hehehehee... tapi nak buat camner, semua dah hilang. tapi tak per la, malam nie nak balik pikir. Hari nie memang sibuk sket. Sebenarnya ingat nak buat keje pagi tadi. kalau ak memang dah lapang petang nie, tapi sebaik jer siap sampel, turun nak pegi run, warm-up instrumen, budak lab yang juga housemate saya datang mintak teman dia ke Cheras. Prof ajak kawan saya tu teman dia ke satu syarikat pelancongan kat Cheras. Dia nak ikut sorang-sorang takut. walaupun penyelia sendiri, mungkin malu gak. Lagipun dia tu tudung labuh. Terpaksa la ikut. Pegi kul 11 lebih, balik-balik kat pukul 3. Gi makan lagi, dengan sesatnya... tak la sesat sangat, salah jalan jer. Nasib baik saya nie biasa gak ke Cheras. Pastu siap balik rumah makan ubat, semayang... tu yang lambat. Petang nie baru la run. Buat sampel baru... bila cuba run, tengok2 tak der spektrum... la... tertinggal satu chemical rupanya... hehehheee.. terpaksa la buat balik. Tu yang lewat nie... 6.30 baru abis. Ok la... tak der idea dah.. lagipun dah lewat nie...
 
Wednesday, February 25, 2004
posted by nile at 4:02 PM
Minyak abis lagi!!!

Masa nak balik tengahari tadi, saya check tangki minyak dulu sebab last saya isi masa motor saya mati kat ILKAP dulu sebab abis minyak jugak. Tengok2 sekali lagi.... tangki kering. Kali nie motor hidup tapi mati pastu, start lagi hidup... mati lagi. Dan motor memang tak sempat nak jalan langsung. Ala, dahlah nak gi bank nie... wak hal lak motor nie. Salah saya jugak. Malam tadi kuar gi pasar malam tak isi. Petang semalam hujan kan... so petang tak jadi pegi pasar. Malam tadi saya pegi sorang-sorang. Saya kuar jugak sebab ada housemates saya yang tak beli makanan lagi. Kesian kat diorang lapar. Makanan saya kawan yang ada kete tu dah beli. So, dua org tu tak sempat kirim sebab baru balik lab.Saya tak jadi isi minyak sebab barang yang di beli terlalu banyak. Malas nak berenti kat stesyen minyak lagi. Akhirnya apa dah jadi.... Saya call kawan la mintak tolong beli. Kawan baik saya kat sini, Yah. Dia datang 1/2 jam pastu dan bagi saya duit RM10 suruh gi isi minyak dulu sebelum gi bank. saya kata.. malas..malas.. nak gi bank jugak. Akhirnya sampai bank, kaunter out of service sebab tak der line. Hehehehehe... memang patut saya ikut cakap awak Yah...
 
Tuesday, February 24, 2004
posted by nile at 5:48 PM
Pos Malaysia ke... siput nie..?

After 2 weeks, majalah yang kawan kirim sampai ke tangan saya. Tarikh chop pada stem ialah 13hb Feb 2004. Kenapa la Pos Malaysia ni lembab giler. Kawan saya tu dah letak stem RM1.80. Lebih dari sepatutnya... yang saya tahu memang surat tu tak perlu guna stem lebih dari seringgit. Dulu saya ingat stem tak cukup sebab tak sampai-sampai, tapi dah over-over pun boleh lembab lagi. Nak kata apa pun tak tahulah. Dua tahun lepas saya ada kenangan yang cukup-cukup buat saya takut dengan Pos Malaysia ni. Kakak saya di Terengganu kirim beli handset kat sini. Masa tu ada sale kat Bukit Jalil. Lagipun handset area KL memang jauh lebih murah dari sana. Saya beli handset tu dan kirim pada kakak melalui pos laju. Sepatutnya pos laju kan akan sampai tak esok lusa, tapi selepas seminggu masih tak sampai-sampai lagi. Kakak dan abang ipar dah cari di semua pejabat pos berhampiran kot2 ada tersadai kat sana, tapi tak ada. Saya yang kat sini dah susah hati dan sekali lagi macam biasalah rasa nak menangis, apa taknya duit beli handset tu duit saya!!! Nasib baik saya nie jenis menyimpan semua resit bayaran yang saya buat. Dah menimbun kat rumah tu. Saya guna resit tu untuk bertanya di kaunter yang saya bayar hari tu. Bila tanya orang tu kata parcel tu dah di hantar ke sana. Masalahnya tak sampai!! Pas tanya saya blah, lagipun saya nie jenis penakut... nak tanya lebih-lebih tak berani. saya telefon kakak cakap benda tu memang dah di hantar ke sana. Hampir dua minggu dari tarikh pengeposan, baru la parcel tu tiba di tangan kakak saya. Alhamdulillah lah, kalau tak melayang duit saya RM500. Pas tu ada jugak rasa serik nak guna perkhidmatan siput khinzir nie, tapi terpaksa sebab syarikat swasta tak ada berdekatan sini. Ada satu lagi peristiwa masa pas SPM dulu. Masa tu sibuk uruskan borang UPU... sambung esok... nak balik pegi pasar malam...hehehhehee..



Mandi hujan

Saya tergesa-gesa balik ke rumah lebih kurang pukul 6 petang sebaik sahaja saya publish "Pos Malaysia ker...siput nie?". Kalau tak tak mungkin saya balik seawal ini. Kebelakangan ini saya biasanya akan balik selepas pukul 7.30 pm setiap hari bekerja. Dari fakulti dah jelas kelihatan cuaca tidak begitu elok tapi saya terpaksa balik juga kerana berjanji untuk ke pasar malam bersama dengan housemate untuk membeli barang basah dan makanan. Sebaik saya menyusuri jalan kecil menuju ke rumah hujan turun begitu lebat. Dengan jalan yang berlumpur kerana ia berada dalam kawasan pembinaan, percikan air hujan terasa menyucuk-nyucuk kulit tangan. Rasa macam ada orang lempar batu kecik bertalu-talu pada saya. Nasib baik saya memakai helmet yang bervisor dan juga berspek. Kalau tak mesti sakit giler. Tu pun saya terpaksa membuka mata seluas yang mungkin untuk melihat jalan agar tidak terlanggar sesuatu yang boleh memberi bencana pada saya. Sampai di rumah baju kurung yang saya pakai basah kuyup. Niat untuk ke pasar malam di batalkan lagipun kawan saya nak keluar bertemu kawannya. Hari pasar malam rumah kitaorang tak masak, so nak tak nak memang terpaksa beli makanan di luar. Saya kirim pada kawan tu sekiranya kebetulan dia singgah di pasar. Nampaknya setiap minggu saya bermandi hujan. Minggu lepas perkara yang sama terjadi sewaktu saya keluar rumah ke stesyen komuter untuk ke KL berjumpa si Tipah. Tapi nasib baik waktu tu, hujan tidak terlalu lebat. Kali ni memang agak basah kuyup, nasib baik hujan hanya turun dengan lebat sewaktu saya sudah berada dekat dengan rumah. Hujan pun hujanlah... kerana ia adalah rahmat Tuhan pada kita di dunia...


Kalau tak jadi apa yang kamu jadi hari ini siapakah kamu hari ini?

Ni citer semalam sebenarnya. Dari petang (selepas guruh berhenti) sampai la ke malam, saya duduk bertungkus –lumus mengedit "surat untuk adik" sehingga segalanya selesai pukul 9.15 malam barulah saya mandi. Sebelum itu saya berhenti sekejap untuk solat maghrib dan makan nasik. Orang lain dah makan petang tadi lebih kurang pukul tujuh sebaik sahaja balik dari lab dan diorang makan-makan sambil berborak dengan saya. Kerana terlalu asyik melihat saya mengedit, termasuk saya bercerita yang karya saya yang bakal tersiar tak lama lagi, Si Dilla pun membuka topik baru "kalau awak tak jadi ahli kimia pasti awak akan jadi penulis". Ayat tu dia tujukan pada saya, dan selain itu dia sendiri berkata yang dia akan menjadi interior designer jika dia tak ambil bioteknologi sekarang. Maria pula jawab yang dia akan jadi ustazah... kami gelak kerana terlalu gelihati. Hahahahaa... tapi alhamdulillah lah, saya tengok memang dia ada bakat menjadi ustazah. Nama dia pun sebenarnya diberi sempena nama seorang qariah terkenal Indonesia suatu ketika dulu yang menang qariah terbaik pada tahun kitaorang di lahirkan. Tinggal giliran Fid, belum sempat dia memberikankan pendapatnya, saya memberi cadangan yang dia akan berpakwe kalau tak ambil biotek... Hahhahaahahha… Sori la Fid saya bergurau jer. Sebenarnya saya kata macam tu kat dia pun bersebab... Hehehehehee... Yang kelakarnya, dulu masa mula-mula saya masuk ke rumah sewa tu, setiap penghuninya akan di beri status yang agak lucu. Yang sudah berpakwe, statusnya "confirm", yang kitaorang tidak pasti sama ada berpakwe atau tidak statusnya "Musykil" dan yang confirm tidak berpakwe statusnya "Single". Bila teringat balik memang saya sering tersenyum kerana betapa rasa kami begitu sporting antara satu sama lain walaupun kebanyakan housemates saya bertudung labuh. Kalau dulu ada sedikit rasa was-was di hati dengan penerimaan mereka pada saya yang jauh berbeza, alhamdulillah semuanya lenyap bila kami mula mengenal hati budi masing-masing. Yang baik itu, alhamdulillah ada jugak yang saya ikut seperti kami bersolat jemaah bersama-sama, membaca yassin, bersama-sama menunggang motor ke masjid bersolat terawih, belajar memasak dan begitu banyak kebaikan yang saya tak mampu bilang dengan jari. Yang pasti ia banyak mengajar saya untuk mengubah dan membaiki diri saya untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik...


Lagu kat bawah ni nyanyian kumpulan UNIC. Saya tujukan buat semua kawan-kawan tak kiralah kawan kat forum ke... semuanya sekali. Istimewa buat kawan-kawan serumah dan juga kat Brad. Terima kasih atas segala nasihat, pandangan, tunjuk ajar, bimbingan dan kasih sayang korang... Semoga ikatan ukkhuwah antara kita sentiasa bersemi... InsyaAllah!!


Sebuah Pertemuan


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan kerinduan
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku ke alpaan
Kau bisikkan cahaya keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Di uji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyatakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Ku katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mata keharuan kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagian
Tulus keihklasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan airmata mnyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulunya resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Mogakan kesampaian pada Tuhan
Lantaran diri hamba yang kerdil dan hina

Menitis airmata keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dulu keresahan

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya
Tika diri dalam kebuntuan betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi


Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




 
Monday, February 23, 2004
posted by nile at 9:43 PM
Cerita-ceritu hari cuti

6.30 pagi bangun solat subuh. Pas habis basuh baju dan mandi housemates saya lain masih tak bangun-bangun lagi. Berlainan dengan saya yang sejak kebelakangan ini tidak lagi tidur selepas solat subuh. Alhamdulillah saya berjaya hilangkan tabiat tidur selepas subuh sejak saya mula menjadi ahli dalam forum gengjurnal. Ini adalah perubahan terbaik diri saya. Sepatutnya hari ini giliran orang lain sediakan sarapan, tapi kebetulan hari cuti biasanya budak-budak rumah akan bangun lewat. Oleh kerana saya nak ke lab secepat yang mungkin, dengan hati yang rela saya sediakan sarapan pagi ini. Ringkas jer, bubur sup ayam dengan air milo susu.

Saya ke lab sejurus selepas bersarapan. Mula2 macam biasa la, saya onlinekan diri di Yahoo Messenger. Kerana tak der orang yang online pagi2 nie, saya edit karya terbaru saya "diari kampus" yang baru saya taip malam tadi. Tu pun cuma baru kisah saya di semester 1 tahun satu dulu. Banyak lagi yang ada kat otak nie. Pastu saya send pada kawan. Boring jugak yer hari2 cuti nie. Saya mencelah sikit ke forum tapi macam biasa post saya semalam masih banyak yang tak berjawab. Inilah fenomena geju di hari minggu. Dalam pukul 10 lebih, salah seorang kawan saya online. Bestnyerrr! Tak la saya keboringan kat sini sorang-sorang. Diikuti dengan Tipah dan Adk77. Tak lama kemudian Gnela pula. Ouih!! Tiba2 jer jadi meriah pagi nie.

Saya rasa hari ni adalah antara hari yang paling gembira dalam hidup saya. Kenapa? Adalah tu. Hehehehee... Macam biasa bila saya berYM dengan gnela, saya akan belajar cara buat blog. Saya tambah-tambah sikit apa yang patut dan buang apa yang menyakitkan mata. Sejak blog saya bertukar dari versi "awek blues" yang berwarna hitam (tu pun pada sapa yang sempat tengok sebelum yang terbaru nie) kepada warna merah, ramai yang komen warna background blog saya menyakitkan mata mereka. Saya nak ubah sendiri tak pandai jadi hari ni saya cuba2 jugak tanya si gnela tentang kaler tu. Saya cuma sempat tukar kaler background sehinggalah budak lab paling rajin dalam group kitaorang yang juga ketua lab tu datang lebih kurang pukul 2.30 petang. Niat saya untuk stay di lab sampai ke petang terbantut kerana rasa tidak selesa sebab dia ni lelaki. Lagipun lab tu terlalu kecil. Hanya ada 2 komputer dan 2 kerusi. Jadi saya amik keputusan untuk blah!!

Sampai di rumah saya terpana di depan tv sekejap bila saya tengok housemates saya Si Dilla dan Fid sedang kusyuk tengok cerita ntah apa la tajuknya saya pun tak tau... Lakonan Umie Aida dan Rasyid Salleh. Tapi lepas tu saya bergegas solat kerana jam pun dah dekat pukul 3. Habis solat sambung tengok cerita lagi. Sebaik sahaja cerita habis saya pinjam komputer Fid sebab nak edit citer “surat untuk adik”. Housemates saya 2 orang tu pulak bersiap untuk pergi ke lab. Masa tengah2 tengok citer tadi. Entah kenapa si Dilla tu tiba2 jer rasa nak makan kek coklat. Mesti penangan citer cinta nie. Hahahhaaa… saya cuma tersenyum. Siap telefon kawan lagi nak tanya kat mana kedai jual kek coklat yang best2. Saya bagi cadangan la kat sebelah klinik az-zahrah, nama kedainya saya lupa. Kebetulan saya ternampak kedai tu masa saya pegi buat medical check-up 2 minggu lepas. Pas diorang kuar saya macam biasa la jalankan aktiviti mengedit. Tapi entah kenapa la mata nie mengantuk sangat. Sampai terlelap masa tengah edit. Tapi editing tu terbantut sebab guruh tiba2 menggila. Kerana takut saya shutdown komputer dan sekali lagi tertidur. Saya terbangun bila dengar ada orang buka pintu rumah. Rupa-rupanyanya Maria salah seorang housemate saya. Dia baru sampai dari kampungnya di Muar. Saya solat asar dan sambung editing dan tulis nie bila guruh mula reda sebaik sahaja hujan mula turun. Saya harap saya dapat publish nie hari nie, tapi tengok la dulu. Terpaksa la saya keluar ke cyber kafe malam ie. Nak ke lab takut malam2. Tempat tu sunyi. Lagipun dah banyak citer ngeri saya dengar. Cuma saya jer butakan telinga sejak saya pandai berforum. Berani datang hari minggu dan stay sampai ke malam. Kalau tak confirm tak ada orang seberani saya boleh buat keje nie.

inilah nasib orang perempuan

Petang semalam saya balik dari lab pukul dua sebab janji ngan Fid (housemate) nak tolong hantar dia ke workshop. Janji pukul 4 tapi saja balik awal. Pas solat zohor saya tidur sekejap. Lama dah tak tidur siang... sejak masuk geju la. Hehehehee... Pukul 5 saya bangun bila Fid kejutkan dari lena yang panjang... terlewat sikit la. Tapi Fid dah cakap tadi nak pegi lewat sikit takut motor tak siap lagi. Pas solat asar kitaorang keluar. Sampai kat workshop Fid berseorangan berurusan dengan mamat kedai tu. Dari jauh saya nampak Fid duduk berbincang. Selepas hampir 5 minit Fid blah dengan wajah yang agak sedih tapi saya masih terpaku pada mamat tu yang sedang mengira duit bayaran motor. Saya ikut sama mengira. 8 keping note 50 bermakna semuanya RM400 ringgit.

Saya tanya Fid dari jauh dan dia menunjukkan isyarat 4 jari yang menunjukkan nilai bayaran tersebut. Saya memang agak terkejut lagipun bukti penukaran barangan motor yang rosak tidak di tunjukkan. Saya tak tahu la perkara yang sebenar. Tapi menurut kata Fid semalam motornya tak dapat hidup dan plug motor sudah banyak kali tukar. Mamat kat kedai tu cakap pasal karboretor tu sebab jadi camtu. Entah la... nak kata kena tipu tu memang itu yang saya dapat rasakan kerana kaum hawa nie memang selalu jadi mangsa penipuan kat Bangi ni. Dah ramai kawan2 saya yang terkena. Dulu saya pernah alami perkara yang sama dengan Fid. Motor saya pernah buat hal camtu, tapi saya baiki kat tempat yang saya biasa pergi dan agak boleh dipercayai. Tapi saya cuma kena bayaran kurang dari RM200. Entah la... saya sendiri kurang pasti mana yang betul. Orang melayu memang suka mengambil kesempatan mengenakan bayaran yang mahal... Saya juga pernah terkena tapi pada apek kat satu workshop kecil. Fork saya bengkok kerana saya terlanggar motosikal lain. Saya kena hampir RM100!! Selepas tu kawan saya kena jugak tapi cuma RM50 jer. Memang saya tobat tak nak ke kedai tu lagi....
 
Sunday, February 22, 2004
posted by nile at 12:26 PM
Citer 1 Muharram

Selamat Tahun Baru semua!!!!
Hari nie macam biasa saya ke lab. Tapi bukannya untuk buat keje tapi nak guna internet free. Tak der sorang pon datang hari nie... kecuali saya la. Maknanya hidup saya betul2 aman hari nie. Masuk forum macam biasa tapi tahu2 ajerlah kan, kalau hari cuti geju nie sunyi sepi. Saya balas apa yang patut dan masukkan sikit renungan yang saya ambil dari majalah untuk ruangan bicara agama/dakwah. Malam tadi saya taip nie sambil2 tengok cerekarama.

Nak chatting tak der sorang lak yang online. Boringnyerrrrrrrrr!!!!! Camnie ek kalau hari cuti. Susah nak jumpa geng. Saya lak aman sikit kalau hari2 cuti. Budak2 biasa malas datang lab buat keje. Saya lain sket. Saya suka wak keje hari cuti dari hari bekerja sebab tak der gangguan. Tapi oleh kerana tak ada kerja biasanya saya online la.

Hari nie selsema saya ok sikit. Cuma hidung dah mula menggelupas. Itu memang fenomena biasa kalau saya selsema. Pagi tadi masih ada la sikit tapi sampai tengahari nie dah kurang sikit. Malam tadi saya tidur agak lewat dari biasa. Sebabnya saya edit koleksi surat untuk junior saya yang berpuluh mukasurat tu. Saya edit nie pon sebab saya ada berita gembira. Kalau nak tahu tanya la... heheheheheee... Bestnyerrrrr!!!

Dalam boring2 tak ada kerja nak buat tu, masuk forum sunyi lak, saya cuba cari mp3 best yang dah lama saya nak tu. Cari2 jumpa la.. lagu Sweet Surrender (Sarah McLachlan). Pas jer saya download lagu tu pc wak hal. Lagu yang di download pon tak der, pc lak tak leh masuk internet lagi. Alamak!!! Camner nie..? Takutnya... kenapa boleh jadi camnie yek? Nasib baik la YM boleh guna. Kurang2 tak leh internet saya boleh chatting. Saya pon tutup pc tu bukak satu pc lagi yang internet boleh guna tapi tak boleh berYM. Tapi pc nie lembab sikit. Orang yang sabar jer boleh guna pc nie. Sebab tu la tak der orang tau yang pc nie dah boleh masuk internet. Dulu ada la dalam 2,3 bulan pc ni wak hal. Tak leh connect internet. Tapi saya nie suka jer main2 bukak internet explorer tu... cuba2 dua tiga kali tengok2 boleh. Tapi bile orang lain try, kebanyakannya tak dapat masuk... hehehehehee... tulah kena la sabar. Sebab tu pc ni jarang orang nak guna. Orang lain selalu kata pc nie cuma suka kat saya jer... hehehehee... . Jadi saya ada la banyak masa sikit masuk forum sebab orang lain tak suka guna pc nie nak access internet.

Hari ni saya kena balik awal. Satu sebab boring tak der orang online. Satu lagi housemater mintak saya hantar dia ke workshop, motor dia rosak semalam. Pas post nie saya nak balik la... tapi tengok la dulu. Kalau pc yang satu lagi tu ok saya boleh masuk internet jap. Ataupun kalau ada org online saya nak chat kejap. Saya dah restart 2 kali tapi masih tak jadi apa2. Mintak2 la tak der orang tau yang saya rosakkan pc nie... takutnyerrr.... nak blah la cepat2 takut ada orang datang.
 
Saturday, February 21, 2004
posted by nile at 3:56 PM
Selesema lagi...

Sejak pagi semalam masa tengah buat keja dah terasa hidung tak selesa sikit. Asyik berair jer... nasib baik tak kronik sangat. Tapi semalam masa saya dah sampai kat rumah dalam kul 7.50 pm, badan rasa tak sedap sikit. Hidung lak makin teruk. Sah!! Esok mesti demam nie. Kerana tak sedap badan malam tadi saya tidur awal dari biasa. Dengan harapan tidur nie akan melegakan sikit kesakitan dan keletihan. Alhamdulillah masa bangun pagi tadi rasa dah ok sikit. Cuma bahagian muka rasa panas sikit sebab hari ni dah sampai takat selsema yang sebenarnya. Semalam tu pra selsema. Tapi syukurlah sebab tak demam. Sebenarnya saya nie mudah sangat kena selsema. Sekadar selsema biasa tanpa deman yang teruk. Tapi saya tahu faktor utama yang menyebabkan saya selsema minggu nie... duduk dalam aircon lama sangat!! Hampir seminggu supervisor saya out station dan inilah masanya untuk saya melepak dalam lab komputer. Ada dua lab komputer yang saya biasa masuk. Satu kat lab yang saya biasa guna untuk masuk forum, dan yang satu lagi lab siswazah. Ala lab yang saya kena marah hari tu... hehehehee... Kerana supervisor tak der saya bolehlah melepak lama-lama kat lab siswazah. Kalau banyak keje saya duk kat lab biasa tu jer. Kat lab siswazah tu memang sejuk giler. Dah la saya pakai baju kurung kalau ke lab kecuali la hari cuti saya berseluar... Saya memang tak tahan sejuk sikit. Rasa sejuk yang terlalu sejuk tu terasa menusuk tulang Tapi terpaksa buat dek jer sebab saya nak berforum dan berYM ngan kawan-kawan. Kalau kat rumah memang saya jarang pasang kipas. Kisah sejuk ngan kipas nie sebenarnya dah banyak saya tulis dalam blog. Nak kata lemak tak banyak tu rasa macam banyak jer. Kenapa kawan-kawan saya yang kurus tu boleh tahan sejuk walaupun housemate saya semuanya berat kurang dari 50 berbanding saya yang terlebih berat nie. Yang pasti saya terpaksa belajar biologi semula untuk memahami topik nie...
 
Friday, February 20, 2004
posted by nile at 5:21 PM
ILKAP Dalam Kenangan

Banyak sungguh kenangan saya kat Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) BBBangi. Kenangan yang kelakar bila di kenang tapi menyusahkan hidup saya.Hari nie sekali lagi saya di hambat kenangan lama tu bila 4 the 2nd time peristiwa kelakar ni jadi lagi. Tengahari tadi lepas berkejar2 buat lab work, saya balik ke rumah. Masa tu pukul 2 ptg. Org tengah solat jumaat lagi. Sebelum balik saya check tangki minyak sebab dah lama rasanya saya tak gi petrol stesen isi minyak motor. Tengok2 tangki kering!!! Alamak!!! Camner nie...? Tapi bila saya kocak2 sikit motor tu, nampak la ada sisa2 minyak sket yang saya harap boleh bawa saya ke steyen minyak berhampiran. Saya pecut motor keluar dari kawasan UKM tapi bunyi enjin motor hari ni agak pelik... bunyi motor nak hidup tak nak hidup. Sampai jer betul2 depan ILKAP, motor saya mati. Saya cuba start tapi memang dah tak mampu di selamatkan lagi. Nasib baik ada pondok jaga kat situ. Makcik guard kat situ suruh saya duduk2 dulu tunggu kalau ada org yang ada kenderaan boleh tolong saya pegi beli minyak. Saya ada nampak sorang abg guard tu sedang duduk dlm pondok tu. Tak gi solat la tu. Dia keluar dan tawarkan diri untuk belikan petrol. Rupanya dia ada motor tapi letak kat belakang... tapi tadi buat dek jer. ok la.. dia dah tolongkan. Saya bagi RM2 dan tunggu selama 1/2 jam untuk petrol tu sampai walaupun stesyen minyak letaknya kurang 500 meter dari situ. Dalam hati saya duk merungut2... pegi beli minyak ke wak minyak nie? Akhirnya masalah saya selesai dan blah dari situ pas ucap terima kasih pada abg dan makcik guard yg baik hati tu. Sebenarnya ini adalah kenangan kedua motor saya mati betul2 depan ILKAP nie. Pernah dulu jadi sekali... tapi motor mati sebab plug dah kong.. Abang guard situ jugak yang tolong saya. Kalau tak tak tahulah apa jadi. Saya ingat lagi sebelum tu saya dah tukar plug seminggu sekali... memang tension habis sebab motor selalu wak hal. Benda tu jadi pas saya eksiden teruk masa tahun 3 dulu. Sejak tu memang motor asyik rosak ajer... banyak betul duit abis kat motor masa tu. tapi tak pe lah... Motor nie jugak yang bawak saya gi kuliah dulu... dan motor nie la yang menyelamatkan saya dari lewat masuk kelas dan dapat result teruk dalam exam. Tapi yang pastu kuasa Allah juga yang menentukan segalanya......
 
Thursday, February 19, 2004
posted by nile at 7:12 PM
Bukannya ku minta simpati...

Sejak duk rumah sewa, saya tawarkan diri untuk bayar bil2 rumah. Sebelum ni ada la 2, 3 kali saya gi bayar. Bila pindah masuk rumah sewa baru 3 bulan yang lepas, bil2 rumah tak pernah sampai. Tapi saya dah cadang nak mintak la sapa2 yang blom penah gi bayar bil sebelum nie tawarkan diri secara sukarela untuk bil yang akan datang nie. Sewa rumah sebelum2 nie saya yang uruskan tapi bulan nie ada org tawarkan diri nak gi masukkan dalam bank tuan rumah. Jadi lepaslah satu tanggungjawab saya. Tentang bayaran sewa rumah nie saya yang uruskan secara tak rasmi sejak kitaorg pindah ke rumah baru. Sebenarnya housemates saya yang lain lebih layak menguruskannya tapi tak ada org yang menunjukkan minat. Jadi saya la buat keje tu.... tapi saya bukan ketua rumah tau... tak layak rasanya memegang title tu bila bersama dengan housemates yang lebih baik dari saya.... Walaubagaimanapun saya nie jenis tegas sket. kalau boleh 1hb saya nak diorg dah masukkan dalam sampul surat duit sewa sebab kalau boleh saya nak masukkan dalam bank 5hb.

Untuk bulan nie saya memang benar2 sesak. Lagipun bulan nie memang bulan yang benar2 memeras duit saya. Duit saku yang kakak dan bestfriend bagi kat saya akhir bulan lepas untuk bayar sewa dan bil2 bulan nie tak cukup sebab saya guna untuk beli tiket balik raya, gi klinik gigi, medical check-up dan beli stem hasil untuk borang perjanjian biasiswa. Campur semua hampir RM200. Jadi inilah bulan pertama sejak saya sambung master saya tak mampu bayar sewa dan lain2 bayaran untuk rumah. Tapi camner pun sewa rumah tetap kena bayar kat tuan rumah pada masa yang ditetapkan jadi terpaksalah diorg tu amik duit makan dan bil untuk cover bahagian saya. Dua minggu lepas, bil2 rumah yang datang serentak dah la 3 bulan menyebabkan ia tertunggak begitu banyak. Bila one of my housemates volunteer nak pegi bayar bil, saya sebagai org yang selalu menguruskan duit rumah pegi la kira semua bila dan ambil duit utk bayaran tu. Tapi saya benar2 terkejut sebab duit tak cukup langsung. kurang RM60. Ini bermakna rumah hanya menunggu bayaran dari saya untuk jelaskan bil2 dan juga untuk beli barangan basah kat pasar. Saya terkejut sebab sebelum nie rumah tak penah sesak macam nie. dulu penah ada housemates saya tak bayar sewa selama 2 bulan tapi duit2 bil dan makanan boleh cover sewa rumah tu.

Saya terpaksa minta bil2 tu di tangguhkan dulu sebab saya perlu ambil duit dalam bank yang signaturenya memang saya lupa. Saya kena tukar dulu la. Hari isnin, selasa, rabu dan sampai la hari ni baru saya terbuka hati ke bank. Duit saya dalam bank tu hanya cukup utk cover duit bil. Sewa rumah memang saya terpaksa tangguh sampai bulan depan. Saya tak dapat tukar signature sebab cawangan asal saya di K. Trg. Ini bermakna duit tak leh kuar la.

Kerana terdesak saya call bestfriend. Saya tahu gaji dia tak masuk lagi tapi saya mohon gak pinjam RM60. Sambil menangis teresak2 di telefon... dah tak tahan sangat nie sebab saya rasa inilah saat paling dahsyat sejak saya sambung master. Esok Trg cuti. Nak tak nak sabtu ni baru boleh dia masukkan. Apa lagi yang saya mampu katakan...? Saya makin terdesak. Terpaksa la saya menebalkan muka menelefon seorang lagi sahabat saya yang kebetulan ada kat sini. Dia bakal sambung master bulan 5 nie. dah jadi sifat saya agaknya saya jenis yang tak suka meminjam walau saya sesak sekalipun. Kecuali la pada besfren saya... Dia lain la sebab kami dah macam adik beradik. Kerana kali ni memang benar2 terpaksa sebab saya dah rasa malu pada housemate sebab dia dah tegur saya 2 kali pasal duit bil tu. Saya call kawan saya tu dan untuk kali yang kedua saya menangis lagi. Kalau boleh saya tak nak susahkan kawan saya tu sebab dia tak bekerja sekarang. Alhamdulillah kawan saya sorang ni memang tak pernah lagi mengecewakan saya...

Sekarang ni saya benar2 mengharap pada duit scholarship yang akan masuk tak akhir bulan 3, awal bulan 4. Saya benar2 harap ia akan masuk secepat yang mungkin kerana sekarang saya rasa cukup terbeban. Kisah saya menangis sejak sambung master di sebab kan oleh masalah kewangan dah jadi mainan saya. Sudah berapa kali saya hampir berhenti master sebab masalah nie. Tapi akhirnya saya dapat tabahkan hati untuk meneruskannya. Kawan2 saya mungkin tak dapat melihat saya sebenarnya dalam kesusahan kerana saya ni jenis org yang sentiasa tunjuk saya senang. Macam selama inilah, walaupun saya sesak saya bayar sewa on time... cuma kali ni saya bayar lewat sket. Semoga segalanya bakal berakhir. Kalau boleh saya tak nak menulis perkara yang terlalu peribadi dan boleh mengundang simpati org di sini... tapi saya tulis jugak sebagai luahan perasaan sahaja... Saya juga tidak meminta belas ehsan org kerana saya tahu saya boleh menghadapinya..insyaAllah....
 
posted by nile at 8:29 AM
Nak Menulis Tapi Tak Reti

Ada sorang kawan tawarkan saya menulis di columnnya, tapi mana la saya tahu menulis. BM masa SPM tak di tahap paling best. Tapi kan saya ada satu koleksi surat untuk kawan yang tak di pos. Ada la dalam 100 mukasurat single spacing. bahagi 2 jadi 50 muka sebab saya buat page tu macam page buku cerita. Ada hati jugak nak letak dalam blog nie tapi tengoklah dulu. Kena edit balik sebab ada banyak benda2 censored... hehehee... Saya tulis semua tu masa hati saya tengah sedih my junior yang merangkap sahabat dan insan yang paling baik dengan saya masa undergrad dulu buat hal. Saya memang sedih tahap cipan... Jadi tulis surat nak luah perasaan tapi pastu malu nak hantar sebab terlalu beremosi. Tapi oneday pasti saya akan bagi jua pada dia.
 
Wednesday, February 18, 2004
posted by nile at 3:10 PM
Cerita Satu Hari Satu Malam ::Perjumpaan di McD Mid Valley::

Sejak pagi lagi saya duk berconference dengan Tipah bincang pasal agenda pertemuan malam tadi. Sampai la pukul 2 baru saya kuar forum pastu balik rumah untuk solat, mandi dan bersiap. Masa balik tu dah nampak cuaca tak berapa baik. Kemungkinan untuk hujan tu tinggi. Saya dah budget, pukul 3.00 nak keluar rumah pegi lab kejap pastu terus ke stesyen komuter. Tapi nampaknya ia hanya tinggal rancangan kerana lebih kurang pukul 3 lebih sikit hujan pun mula turun. Mula-mula tak la lebat sangat, lama-lama makin menggila. Masa tu saya dah fikir memang confirm tak jadi pegi nie. Nak telefon Tipah cakap tak jadi telefon lak tak ada. Memang hati saya dah resah. Susah hati betul nie. Sejam pastu hujan masih tak berhenti tapi tak la selebat tadi. Saya amik keputusan untuk pegi jugak sebab dah berjanji kan. Kalau telefon ada tak pe boleh inform tak datang. Saya start motor dan pecut ke stesyen komuter. Nasib baik sungguh hari ni. Apa taknya, jalan sepanjang nak keluar ke jalan besar tak becak macam biasa. Sebenarnya kawasan taman perumahan saya masih ada banyak lagi rumah belum siap pembinaannya. Pastu ada 3, 4 projek construction baru di kawasan yang sama. Jalan di sini biasanya berbecak sebab jadi laluan lori-lori muatan berat. Biasanya kalau hujan, motor saya akan bermake-up dengan lumpur. Tak ketinggalan yang menjadi mangsa pakaian saya. Kebetulan semalam pakai jeans biru keputihan. Itu seluar favourite saya... usianya dah 10 tahun. Kalau kena lumpur memang habis la. Masa sampai kat stesyen komuter UKM, saya memang dah basah kuyup. Kerana nak cepat motor pun tak sempat nak solex.

Pas tu saya belek2 la sikit seluar. Dah aim kat kaki tu mesti comot tapi alhamdulillah tak kotor. Cuma ada sikit percikan lumpur yang tak berapa jelas kelihatan. Kalau comot confirm saya patah balik. Beli tiket, tunggu tak sampai 10 minit komuter sampai. Nasib baik aircon ok, masa sampai kat KL Sentral seluar yang tadinya basah, kering sedikit. Oleh kerana baju saya warna hitam kalau basah tu memang tak nampak. Sampai2 jer saya terus call Langsat. Ini kali kedua saya call langsat. Kali pertama malam tadi. Rupa-rupanya Langsat satu komuter dengan saya tadi. Langsat dah ke surau utk solat asar dan saya menyusul ke sana. Kami bertembung di sana. Masa bercakap dengan Langsat saya dengar slang Kelantannya... Laaa... org kampung sebelah rupanya… Apa lagi speaking habis la kitaorg. Pastu kitaorg saing mencari kereta Tipah yang sedang menunggu di depan taxi stand bertentangan hotel. Oleh kerana Langsat dah biasa ngan Tipah, dari jauh dia dah aim kereta Tipah. Senang sikit kalau ada kawan nie. Masa masuk kete, nampak la si Tipah tertipu nie, Wowww!!! Memang cantiklah kakak saya sorang nie. Cuma nampak benar2 lain dari dalam gambar dan juga avatarnya. Kitaorg terus ke Mid Valley di mana tempat pertemuan malam ini akan berlangsung.

Kami minum petang dulu kat sana. Sambil borak2, korek la sikit2 apa yang patut. Yang pasti saya tak seramah sebagaimana di forum. Biasa la budak pemalukan... Maaf la yer kalau saya senyap jer. Lagipun saya tengok Tipah tak berenti2 bercakap dengan Langsat... jumpa geng satu kepala nampaknya. Sampaikan diorang tak nampak ada satu peristiwa berlaku pada saya. Kami minum di meja panjang bersama2 dengan teenages yang kebetulan makan di situ. Diorang tak sedar yang budak kat sebelah tu lemparkan tudung botol mineral ke arah saya. Nasib baik tak kena muka ke apa. Kena seluar jek... tapi saya cukup bengang... apa kebendanya nie...? Tak kisahlah... budak-budak tak mumaiyiz lagi.

Kami beransur ke surau dan solat maghrib di sana. Tak pukul lapan lagi kitaorg dah terpacak di depan McD. Tunggu punya tunggu, tak berapa lama kemudian nampak dari jauh Salji dan Sis Dona (Joliekins) bergandingan menuju ke arah kami. Saya informkan pada Tipah dan Langsat kerana mereka tak pernah bertemu dengan sesiapa sebelum ini. Masa malam gathering 17hb Jan lepas, saya pernah nampak Sis Dona tapi malu nak tegur. Malam tadi saya berharap agar dapat bertemu dengannya dan kedatangannya walupun sekejap sudah merealisasikan harapan saya. Sis Dona terpaksa meninggalkan kami dan kami merelakannya. Walaupun sedih tak sempat berborak panjang. Heheheheee lain kali jumpa lagi yer Akak. Apa yang saya tengok, Sis Dona ni memang mesra dan baik orang. Malam ini saya juga ternanti-nanti untuk melihat si Buaya tembaga kerana ini adalah pertemuan pertama kami. Kami naik ke bahagian atas mencari tempat duduk yang lebih selesa untuk pertemuan yang tak berapa besar nie. Lebih kurang pukul 8.30 Bajonz sampai bersama isterinya. Saya memang terkejut kerana fizikal Bajonz di luar jangkaan saya. Seterusnya kami menunggu kehadiran pasangan Mushroomcute dan Zhoulsz yang tak sampai2 lagi meskipun pukul 9 bakal menyingkap tirainya. Akhirnya diorang muncul jua untuk membingitkan lagi suasana pertemuan kali ini. Saya macam biasa tak berapa bercakap... low profile. Asyik2 kena usik dek Bajonz yang memang menanti saat untuk mengenakan saya. Cukup2 pasti karekter Bajonz di dalam dan di luar sama. Begitu juga Tipah. Tapi dia yang terpelusuk di belakang ditenggelami sembang2 gejuis yang lain. Kesian Tipah... lain kali hang book tempat duk tengah2 yer!!

Pertemuan berakhir pukul 10.30 malam. Selepas hantar Tipah ke keretanya, kami menyusul untuk balik. Tapi saya teringat pada agenda penting yang membawa kepada pertemuan malam ini. Jual beli propolis!!! Akhirnya semuanya terlupa. Saya mengingatkan Salji yang juga baru tersedar dari lenanya. Selepas segalanya berakhir, Salji tumpangkan saya dan Langsat ke komuter Serdang. Sebelum tu kami singgah di Bangsar... minum2 sket bersama dengan Mushroomcute dan Zhoulsz. Saya memang dah tak mampu untuk minum lagi. Dah 3 kali saya ke toilet. Sampai di komuter Serdang, Langsat amik keretanya dan hantar saya ke stesyen komuter UKM. Saya terus ke rumah dan sampai lebih kurang pukul 12.30 malam. Saya tertidur dek keletihan dan hanya bangun untuk solat isyak pukul 5 pagi. Lewatnyer!!! Nasib baik terbangun.

Alhamdulillah tiada apa yang tidak enak berlaku. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. InsyaAllah banyak lagi pertemuan2 seperti ini bakal berlangsung selepas ini. Yang pasti berbasikal di Taman Botani Putrajaya akan menyusul... InsyaAllah kali ini saya lak yang akan belanja Tipah. Akhir sekali, saya nak sampaikan penghargaan terima kasih pada Tipah kerana belanja minum, Salji kerana tumpangkan ke komuter Serdang, Langsat yang susah-susah hantar saya ke komuter UKM, Bajonz dan isteri, Mushroomcute, Zhoulsz dan Sis Dona yang sudi datang memeriahkan pertemuan ini. Kenangan bersama kalian akan tetap tersimpan kukuh di ingatan...


Tahi lalat

Masa amik wuduk 3,4 hari lepas saya perasan ada bintik2 kecik kat tapak tangan. Ingatkan dakwat hitam pen cuba la cuci tapi tak tanggal. Korek2 pun tak tanggal. Masa tu saya pun teringat yang housemate saya penah kata tahi lalat adalah sejenis kanser kecik. Tapi tak bahaya la. Saya pun assumed bintik2 hitam tu tahi lalat yang baru tumbuh. Saya tahu sebab apa ia muncul... As reseacher, hidup saya memang bermain dengan chemicals. Tak kira la yang bahaya atau tak bahaya semuanya ada. Lagi2 saya guna pelarut methanol yang ada lambang tengkorak tu dan reagen Bes Schiff. Kawan2 kat lab selalu tegur saya yang tak suka pakai glove masa buat lab work. Tapi saya buat selamba jer, lagipun saya memang rasa tak selesa dan susah buat keje bila pakai glove. Tak bebas rasa. Akhirnya hari ni saya ketakutan sebab tu.

Pasal tahi lalat ni pon kitaorg sembang masa jumpa malam tadi. Balik jer perjumpaan malam tadi, saya amik jarum dah korek tahi lalat tu. Sampai sebahagiannya hilang. Biarlah... sakit pon sakit la. Sikit ajer lagi pun. Sebab tahi lalat tu muncul ada dua. Satu sebab chemicals yang meresap ke dalam kulit, satu lagi sebab terbakar. Some chemicals boleh menghakis dan sebabkan kulit kita terbakar sebab terlalu panas. Saya rasa maybe sebab kedua tu lebih kukuh. Lagipun saya benar2 takut sebab yang pertama tu. Harap2 bukan la yer.


Lab Komputer

saya masuk awal lab komputer siswazah pagi tadi. 8.30 dah masuk. lagipun excited nak berYM ngan budak geju pastu masuk forum citer pasal semalam. dek kerana terleka dekat kul 1 baru la rasa nak kuar. Lab nie tutp kul 1pm sebenarnya. biasanya saya akan keluar pukul 12.45pm. masa baru nak keluar tadi kawan saya yang baru jer keluar masuk balik dan kata office dah tutup, maknanya kad tu tak boleh dihantar. tapi kenapa akak2 kat ofis tak datang menjenguk? Oleh kerana dah macam tu, saya teruskan berinternet sehinggalah kakak ofis datang cakap kenapa tak kuar2 lagi dari lab nie. saya dah takut dan rasa bersalah. terus keluar hantar kad dan balik rumah. ingatkan nak datang lagi untuk sambung berYM ngan gejuis pukul 2.00ptg tapi saya tertidur kat depan tv sampai la pukul 2. cepat2 saya solat dan bersiap2 nak ke lab balik. Masa sampai kat ofis, nak ambil pass card utk masuk ke lab, tak sempat saya tulis nama kat buku log lagi dia dah tegur. "jangan terleka sampai pukul 5 pulak". kena lagi... biarlah kali ni saya buat selamba jek.

masa masuk lab komputer tu, dah ada sorang tengah guna pc kat situ. sebenarnya pc tu ajerlah satu-satunya yang boleh berYM. jadi tak dapatlah menunaikan janji ngan kawan2. terutamanya dragon_ballazz. sori sesangat ok. saya guna pc lain untuk masuk forum ajer. sedang2 asyik post reply kat forum,ada org ketuk pintu panggil nama saya. malas gak saya nak layan. saya suruh masuk dia tak masuk. actually pintu tu tak boleh di buka oleh org luar. pintu yg pakai kad tu... saya pun tak reti nak describe la. Tapi masa saya masuk tadi pintu tu tak bertutup rapat. jadi ada orang luar yang boleh masuk. sebab tu saya suruh jer orang yang panggil saya tadi masuk. panggil panggil dia tak datang. saya kuar ajak dia masuk. dia nak pinjam barang rupanya. Pada masa yang sama akak kat ofis pun masuk sama dan tengoklah kawan saya tu. dia tanya la "awak amik kad tak?" saya tolong jawab " dia nak amik barang ngan saya jer". " awak student master ker?" akak tu tanya lagi. "tak, tapi akan sambung la". " Selain student master tak boleh masuk sini". Muka saya masa tu dah pucat... macam biasa bila ketakutan. pastu akak tu siap pesan lagi " bila-bila pintu tu tutup rapat dan tak boleh ajak kawan-kawan masuk sini". Pas saja semua tu berakhir, saya dah jadi tak mood dah... betul nie. Rasa macam malas lagi nak masuk lab komputer ni yang pengurusannya begitu cerewet. kawan saya masuk bukannya nak guna komputer pun...

saya tahu saya ada jugak silapnya. Saya tahu kenapa pengurusan begitu cerewet. sebab baru-baru nie 2 cpu kat sini hilang. tinggal monitor jer. entah masa bila la diorang angkut, saya pun tak tau. Entahlah... mungkin betul kata Brader... saya ni beremosi sikit. entahlah... saya rasa bersalah pada kawan sebab dia kena marah. Rasa bersalah sebab tak tutup pintu dengan betul. dan ada macam2 rasa. InsyaAllah pas ni saya kalau boleh nak cuba elakkan diri guna pc kat lab nie. Kat lab saya kat bawah yang saya biasa guna tu susah sikit. kena kongsi dengan berbelas org atau mungkin hampir 20 org. Saya kena lebih berhati-hati pas nie. Lagipun akak kat ofis kenal rapat ngan saya. Dia tau muka saya nie la yang kuar masuk lab nie hari2 semester lepas. masa tu saya tak masuk lagi forum. bayangkan kalau saya masuk forum dah berapa ribu msg saya sekarang? Kalau boleh saya nak jaga hati semua org... pada akak kat ofis saya mintak maaf... saya tau saya salah....
 
Tuesday, February 17, 2004
posted by nile at 9:36 AM
Kipas

Dah lama tunggu nak kipas... 2 hari lepas tuan rumah datang. hantar kipas rupanya. tapi dia tak pasang pon. macam biasa la.. harapkan kat abang sebelah rumah tu. nasib baik abang tu jenis baik hati. tapi semalam tak pasang lagi. maybe hujung minggu nie. Setelah 3 bulan menanti dalam kemarahan akhirnya semua dah boleh tersenyum.... nampaknya housemates semua dah nampak ceria. hepi semacam ajer... siap boleh kata..." bulan depan 1hb boleh masuk la sewa rumah" nak cakapnya betapa gembira diorang tu. harap pas nie, dengan adanya kipas tu diorang tak kepanasan lagi dek metabolime yang tinggi tu... tapi yang pasti pas nie saya akan jadi mangsa.... mati kesejukan la saya camnie....
 
Sunday, February 15, 2004
posted by nile at 9:46 AM
Mata

Entah bila saya perasan yang mata saya sebelah kiri ada problem. Rasanya sejak semalam kot. Masa bawak moto dah terasa something wrong ngan mata tapi ingatkan habuk masuk masa tengah bawak motor tu. Pastu masa duk menagadap komputer rasa lagi yang ada benda kat mata menggangu pandangan saya. Masih buat tak heran tapi masa balik rumah petang semalam saya cuba belek2 mata kiri rupanya memang ada problem. Cecair yang kurang disenangi tu asyik keluar jer. Bila sapu keluar balik, sapu kuar balik. Entah la sebab apa. Nak kata sebab saya mengadap komputer lama sgt sejak kebelakangan ni pon saya tak tau… ada effect ker? Nak gi jumpa Dr. kebetulan saya ni jenis malas ke klinik. Mungkin saya akan biarkan 2,3 hari dulu. Kalau makin teruk memang saya kena pegi jugak la nampaknya...


WCK 9011
Kebelakangan ni kat BBBangi tak la hujan sangat. Kalau hujan pun kebetulan saya dah ada kat rumah masa tu. So, tak der lah WCK saya bermake-up dengan lumpur. Tapi 2,3 hari lepas hujan dan kebetulan pulak saya masih berada di lab. Bila balik rumah habis motor saya ngan lumpur2 yang menyakitkan mata saya memandangnya. Ntah kenapa la, sejak duk rumah sewa ni malas betul nak basuh motor. Padahal kemudahan depan mata. Bukannya sama macam kat hostel dulu yang kena angkut itu dan ini dari bilik kat tingkat 5 utk basuh motor. Kemalasan tu mungkin berpunca dari anggapan sekarang guna air kena bayar, dulu free... Balik lab kul 6 petang semalam saya memang dah parking motor kat belakang rumah. Nak basuh kat depan rumah kat situ tak der saluran paip. Rumah nie memang serba kekurangan sket, kipas pon tak der. Rumah ajer besar. Tapi kat dapur tu usah cakaplah... nak cari apa... mesti ada. Tapi dek kepenatan sejak seminggu2 nie asyik balik malam rasa malas lak nak basuh. Jadi terpaksalah sorong motor tu ke depan rumah balik. Jadi pagi tadi bangun la awal sket. Basuh motor dulu, basuh baju, mandi, sediakan sarapan and then gi lab.


Freshwater

Pagi tadi masa bersiap nak gi lab, si freshwater... budak geju yg juga housemate saya tu tegur... "nak ke mana tu?" saya jawab la "macam biasa ke lab la" Pastu dia kata "baguslah dah berubah..." saya jawab "Eh! Kan sejak kebelakangan nie saya rajin gi lab, tak sedar lagi ker?" dia jawab "sedar... baguslah tu" sambil gelak-gelak. Saya tersenyum sebab kurang2 saya berjaya menceriakan dia dengan topik saya kat forum tu. Nak citernya kat sini semalam pas saya balik lab tu si freshwater dah balik. Dia tengah tidur mungkin keletihan setelah seminggu kerja bagai nak mati. Jadi semalam saya buat rekod la balik lewat dari dia utk minggu nie. Malam tadi dia cakap la kat saya dia dah baca topik workaholic yang saya tujukan khas utk dia tu. Bila dia cakap dia baca tu saya takut gak dia marah sebab citer pasal dia kat forum. Dia cuma gelak dan tersenyum simpul malu... lagipun budak2 lab dia pun dah baca jugak apa yang saya tulis tu. Alhamdulillah la dia tak kisah. Sebenarnya dia yang suruh saya bukak topik baru dia nak mencelah tapi bukannya dia suruh tulis pasal dia. Tapi itu jer idea yang saya ada. Jadi saya tulislah apa yang terlintas di fikiran.

 
Saturday, February 14, 2004
posted by nile at 2:27 PM
Geju oh Geju...

Macam biasa saya ke lab pagi tadi. Tapi ari ni lewat sikit dari biasa sebabnya pagi tadi saya bangun kul 4.30 untuk sucikan diri. tau-tau aje la ek... pas solat subuh sambung tido balik. Bangun2 dah dekat pukul 8. kesian kawan saya yang selalu tumpang saya ke lab tu. Status kakitangan UKM yg dia pegang sekarang memerlukan dia datang awal ke ofis. Kebetulan lak kebelakangan ni mood saya untuk datang awal ke lab dah kembali so dapatlah dia tumpang saya sekali. Sekarang ni dia tak der transport lagi, tunggu dapat lessen nanti dia nak bawak kete. Jadi hari dia lewat la sket. Sori yer...

Saya nak buat banyak keje ari nie. Tapi bila buat ada prob lak. Ntah kenapa nasib saya kejap baik kejap tak. Result yang saya dapat begitu mengecewakan kerana jauh dari hasil saya sebelum ni. Niat nak tanya masalah nie kat penyelia, tapi dia pulak dah blah dalam 5 minit sebelum saya ketuk biliknya. Jadi nak tak nak hari isnin ni ajelah peluang saya untuk selesaikan masalah saya ni.

Sambil-sambil buat keje, cuba gak mencelah seminit dua kat forum. Pastu chat ngan gnela n tipah. Saya post reply msg cam biasa la, tapi hati saya betul2 tersentuh bila baca komen saharil dalam tajuk siapa geju paling aktif tahun nie? Entah kenapa tertusuk benar di hati saya akan kata-katanya… mula-mula saya diam tak terkata tapi saya rasa saya perlu balas msg tu. Sambil balas sambil2 tu hati saya sebak... dan akhirnya saya menangis... Saya memang ngaku la saya sensitive sket. Kebetulan tengah balas msg saya YM ngan tipah. Tipah banyak bagi nasihat suruh saya buat selamba... terima kasih sebab banyak tenangkan hati saya. Tentang komen Saharil tu, nak kata saya terasa memang lah betul2 terasa sebab memang ia benar2 ditujukan pada saya. Tapi itulah nile_chem... Itulah dia budak geju yang suka reply msg kontot-kontot. Itulah style saya dan saya rasa sampai bila-bila pun ia akan tetap macam tu... kecuali... kecualilah ada orang nak bagi saya pc sebijik kat rumah, line internet free, saya tak payah pegi lab dan bagi saya duit belanja bulan-bulan... InsyaAllah, kalau nak mintak saya tulis 5,6 ribu kilometre ayat pun saya boleh buat.

Saya sendiri ada kerja nak dibuat, saya ada tanggungjawab yang perlu saya pikul... saya bukan full time depan komputer... tidak seperti kebanyakan geju lain yang memang bekerja memerlukannya mengadap komputer everyday. Tapi bukannya saya tak boleh terima komen tu. Salah saya jugak yang suka menyampuk, balas msg tapi tak baca pon apa yang org tulis kat atas, selalu post reply kontot-kontot... dan sejak akhir2 ini menonjol sangat dalam geju. Mungkin ada org yang tak puas hati pada saya... saya tahu ramai tapi biarlah... Inilah cabaran bila dah jadi ahli terlampau. Cabaran bila berdepan dengan berjenis ragam manusia yang kita tak tahu hati budi mereka yang sebenar. Alhamdulillah saya syukur sebab saya dah terkena sekali… maknanya ada jugak yang menyedari kehadiran saya di geju. At least dah ada satu sejarah saya menangis kerana forum nie...

Terlalu banyak perkara yang nak saya tulis dan nyatakan disini. Tapi kesempitan masa memaksa saya untuk berhenti kat sini. Kalau di ikutkan hati memang saya boleh menulis lagi... tapi biarlah sampai sini pasal tu. Saya takut makin lama saya tulis makin luruh pulak air mata saya nie...


NSF lagi

Saya harap sangat NSF tu dah setel. Saya cuma nak tunggu bulan 3 nie untuk tahu apa hasilnya. Harap2 semuanyakan ok. Hari ni last day kena hantar agreement tu. Saya kira masih cukup bernasib baik dengan hanya 2 kesalahan yang boleh dimaafkan. Housemate saya lagi la... dia terpaksa tulis agreement baru lagi. Nasib baik dia tu org sini jer... kalau jauh macam saya nie... cukup2 naya... syukurlah segalanya dah berakhir.


Propolis dan Gathering

1st time saya dengar nama propolis nie masa saya berniaga pisang goreng semester lepas. Cari duit poket sambil2 belajar... Kebetulan ada pakcik tinggalkan madu digerai saya, suruh tolong jual la. Ada sorang pakwe tu datang ngan kawan2 dia nak beli pisang promote kat kami madu propolis. Lebih kurang camtu la... saya pon dah lupa. Kali ni saya dengar lagi bila tipah duk sebut2 dalam forum... salji lak berminat nak beli. Akhirnya jadilah plan nak bergathering di mid valley selasa nie. Pasal bergathering ni saya no hal la… nak ajak jumpa ker, teman ker, jalan-jalan ker, camping ker (yang ni best!!)... ajaklah nile... kalau kebetulan poket dia tebal... insyaAllah dia akan ikut. Plan asal nak gi bertiga tapi best lagi kalau ada org lain nak ikut... lagi2 yang belum kenal tu boleh ler join nak merapatkan silarturrahim. Nile ni pon budak baru dalam geju (title jer melampau). Masa bergathering ari tu pon nile tak cakap banyak sangat... tak serupa nile kat forum yang banyak menyampuk, banyak bercakap, banyak menulis tapi semuanya kontot-kontot ajerlah... Tapi saya tak boleh janji yang budak nile tu akan bercakap banyak bila jumpa nanti. Saya ni ada masa ramah jugak... ramah bertempat. Ingat lagi masa jumpa mush hari gathering lepas, saya tak bercakap sangat. Tapi situasi yang berlainan bila jumpa adk kat kemaman baru ni. Saya bercakap tak henti2 macam dah lama jek kenal adk tu. Sayangnya saya keletihan sebab baru sampai pukul 4 pagi hari yang sama... malam tu saya tido awal tak dapat nak borak ngan adk panjang2... rugi rasanya… dah siap tidor sana tu patutnya saya ambil kesempatan untuk berborak sebanyak yang mungkin... tapi biarlah sebab adk ni kiranya macam org sebelah rumah... bila-bila masa saya boleh jumpa dia. Org lain susah sket... tapi itulah masalahnya... ramah saya tu atas keadaan jugak.



 
Friday, February 13, 2004
posted by nile at 6:28 PM
Blog dan Blues Selamanya

Hari ni saya rasa hepi sangat... hepi sebab satu perkara... gnela tolong design blog saya. Rasanya insyaAllah pasni saya akan cuba baiki sikit2 apa yang patut. Tu pun kalau tahu. Tapi... rasanya memang kena mintak tunjuk ajar dari gnela lagi. Nasib baik ada budak baik nie... Yang paling best sebab gnela guna lukisan abg Aie pelukis asal Blues Untuk Aku. Saya memang minat jugak ler kat kartun tu. Selalu jer tiru lukisannya. Nak2 gambar sahak janggut sejemput ngan dagu bersegi tu. Sejak abg Aie tak lukis BUA, ada sorang pelukis yang sambung balik citer tu. Lukisannya memang cantik, tapi citer BUA dah tukar tempat. MOY dah masukkan dalam majalah Blues Selamanya dulu kat Ujang. Dan masuk pelukis terbaru nie, dah 3 org la pelukis BUA. Masa mula2 saya pandang majalah BS ni memang saya dah jatuh cinta sebab lukisannya lawa2. tapi masa tu tak terfikir lagi nak beli sebab bukannya ada duit sangat. Tapi sejak setahun yang lepas saya mula beli secara tetap majalah nie. hampir tidak ketinggalan tapi terlepas berbelas2 keluaran sebab kawan saya tak bagi beli. Sejak saya sambung master saya beli balik mag ni walaupun sesak sanggup jugak beli.

Saya memang banyak terlepas keluaran majalah tu, nak buat macam mana kan? Sejak baca majalah tu saya paling suka baca satu column yang banyak memberikan nasihat pada muda-mudi hari ni supaya jaga diri dan tahu batas-batas terutamanya dalam berpakaian. Tapi sebab No 1 saya beli saya suka baca citer The Singles. Dulu kartun citer ni biasa jer, tapi atas permintaan readers, pelukisnya Skar dah handsomekan watak utama dan cantikkan awek2 kat dalam citer tu. Yang paling saya suka sebab Skar buat 1st page citer tu macam pin-up. Dah la lawa-lawa... siap ngan kata-kata yang menusuk jiwa dan kadang2 tu terkena lak pada diri saya. Apa lagi, every issues saya scan 1st page tu simpan. Ada jugak saya fotostat warna dan laminate dan bagi kat kawan-kawan... Kalau ikut kira, saya sebenarnya hanya suka baca certain part of this mag, sebabnya yang lain2 tu ada yang memang menyampah gak untuk di baca. Apa taknya majalah nie majalah jiwang karat... blues jiwang abih... Pernah jugak rasa putus asa nak beli majalah nie tapi sejak kebelakangan nie ada banyak islamic column yang dapat kita jadikan panduan disamping hiburan. Nak2 target mag ni budak2 remaja sekolah, dah la ajar cara nak cintan-cintun kalau tak ada bahan pengisi minda yang berfaedah dan membina budak2 confirm boleh hanyut. Sejak tu saya memang lagi la suka... lebih2 lagi sekarang ni mag tu bukan hanya jadi bacaan saya seorang tapi juga housemates saya yang lain. Sekurang-kurang kalau ada kebaikan yang sampai pada diorang saya gak yang dapat pahala...

Entah kenapa terdetik di hati saya nak kontek seorang penulis kat majalah nie. Saya ingatkan susah diorg nak layan email2 yang readers hantar, tapi tak sangka hari ni saya hantar, esok tu saya dapat reply. Sejak ari tu memang saya selalu email dia dan kebelakangan ni saya ber YM lak. Semua majalah yang saya terlepas beli dulu ada la dalam 12 keluaran semuanya saya dah dapat balik... secara percuma itu yang bestnya. Saya tahu umur saya dah 23 tahun, mungkin tak sesuai lagi utk baca majalah budak2 nie, tapi bagi saya kalau di situ ada 1 manfaat dalam 10 benda yang tak manfaat, kita ambik la jugak walau macammana sekalipun. At least kita dapat satu dari tak dapat langsung, itu ajelah yang saya nak kata.


Saman
Hari ni kiranya hari yang cukup bernasib baik dalam hidup saya. Kenapa? Pagi tadi saya ke lab, kuar rumah dalam kul 8am. Masa kat trafik light nak masuk UKM tu memang dah nampak pelik kat main gate UKM, ada polis trafik ngan pak guard UKM tahan org. Ingatkan certain2 org ajer tapi bila saya masuk saya pun turut ditahan. Biasala org bawak moto selalu la jadi mangsa. Polis tu mintak lesen ngan roadtax. Saya pun apa lagi gelabah, rasa cam nak pitam. Apa taknya roadtax moto ni dah mati kat setahun dah. Lesen pulak susahnya nak jumpa. Kelam-kabut cari dalam backpack nasib baik jumpa. Bila polis tu tanya mana roadtax terpaksa la terus terang, roadtax dah mati. Saya dengan muka sedih jawab tak der duit nak sambung lagi. Pas scholarship masuk nanti baru la nak sambung. Lama jugak polis tu duk tanya saya, dek kesian dia lepaskan saya walaupun ada motor kat sebelah saya kena saman. Kebetulan surat saman tu bukan kat tangan dia... Alhamdulillah saya terlepas.

Ingatkan ia berakhir kat situ ajer. Masa masuk simpang ke fakulti ada satu lagi roadblock. Kali ni bahagian UKM lak. Nasib baik, parking park motor yang saya biasa guna tu letaknya 4,5 meter di belakang roadblock. Saya pun terus berhenti buat selamba jer. Nasib baik pak guard tu tak panggil, kalau tak mesti kena saman lagi sebabnya motor saya tak de sticker UKM. Bukan niat di hati tak nak beli sticker yg harganya RM1.50 tu, tapi banyak sangat prosedur baru yang menyusahkan. Sebelum ni memang saya tak pernah miss beli sticker tu tapi kali ni memang rasa susah sebab peraturannya yang makin memeningkan. Apa taknya siap nak geran, roadtax, lesen, pastu surat kebenaran kalau kenderaan tu bukannya atas nama kita. Bila susah camnie rasa malas lak nak gi daftar motor tu.

 
Thursday, February 12, 2004
posted by nile at 7:41 PM
NSF lagi
demi duit free ni saya sanggup buat apa saja... hari nie rasa macam org giler jap. jap gi situ kejap gi sana. ni la gara2 buat keje tak betul2. pagi tadi gi rumah abang ipar nak gi amik ic kakak. actually, abg ipar ada kat sini sebab dia outstation. oleh kerana saya lupa amik ic penjamin ari tu, kirim la abg bawak. nasib baik kebetulan dia ada keje kat sini. saya gi kul 7.30 am. sampai jer terus panggil2, bagi salam. ketuk pintu rasa macam nak bengkak tangan tapi tak der org jawab. mesti membuta lagi nie.... pastu dengan sedihnya terpaksala patah balik. pastu gi lab la. saya tepon MOSTE tanya pasal aggreement yg problem sikit tu, kak mariah tu suruh saya gi sana. apa2 jadi senang, kalau tak mungkin kalau banyak silap dia boleh tarik balik scholarship ni... tak nak!!!!!!!!!!!!!! jangan la macam tu.

Saya ke MOSTE dalam kul 11 pagi menguruskan tentang agreement scholarship idaman hati tu. Dengan moto buruk WCK 9011 tu saya pecut dari Bangi ke Putrajaya… walaupun terpaksa berpanas terik ngan mentari, semua ni terpaksa la saya lalui demi NSF tu. Sampai sana jumpa Kak Mariah, kakitangan yang bertugas bahagian biasiswa tu. Saya pun tunjuklah apa yang salah… nasib baik dia tak marah… Masa telefon tadi bukan main dia marah sebab terlalu banyak kesilapan dalam agreement. Sampaikan saya dah terketar2 masa jumpa akak tu. Bila dia tengok mana yang salah dan baca nama penjamin saya… saya tengok wajahnya tersenyum. Perbualan kami berbunyi…
Kak Mariah: Sama umur dengan saya
Saya: kakak saya tu
Kak Mariah:Oh, ye ker? Nama dia Normaria, nama akak Mariah. Dia free hair ke?(sambil tgk gambar kakak kat ic)
Saya: aa.. dulu, masa kat U, sekarang dah pakai. Sebenarnya kat rumah pakai, masa kat sana cabut. Saya curik2 tengok gambar dia…
Kak Mariah: kakak dah kawin?
Saya: dah, anak pon dah dua. Dia keje kat petronas
Kak Mariah: Suami dia keje petronas jugak?
Saya:Tak.. keje kat KSB
Kak Mariah:Kenapa tak cari suami keje petronas, engineer ker?
Saya:Dia kenal masa kat U lagi.
Kak Mariah: Ala kenapa tak carik kat sana yang gaji tinggi2 u…
Saya: Dah ada sebelum keje kak… Kakak saya technician jek… gaji kecik jek.. nak cari org gaji besar camner…. Dia dapat keje tu pun sebab pakai kroni. Lecturer dia masa kat ITM dulu jadi manager kat sana. Tu pun pas dua tahun menganggur….
Kak Mariah:Kamu tak tukar ic lagi nie. Kena denda tau. RM25…. Umur 21 tahun kena tukar baru…. Bukan yang smartcard tu… yang gambar kaler tu.
Saya:Yer ker kena denda?? Malas nak buat..nanti la.
Kak Mariah: akak nak Tanya pendapat kamu tentang org kerja kerajaan. Bagi la apa2 akak tak kisah… Org kata lemabab ek?
Saya: emm… tak tau la yang tu. Tapi bagi saya pendapat kakak2 saya yang kerja swasta, masa depan terjamin sket. Kat tempat kakak pun dah ramai yang kena buang keje…

Malas dah nak sambung panjang2… tak abis nanti. Yang pasti akak tu memang baik hati, kelakar dan cute… Syukurlah sebab cuma ada satu kesalahan besar kat situ. Yang pasti saya terpaksa meniru dua sign kakak saya kerana ada satu kesalahan yang di buat oleh saksi perjanjian tu. Tapi lega sebab semuanya telah berakhir… Yang penting sekarang saya harap saya akan jadi org kaya secepat yang mungkin… yea..yea…

 
Wednesday, February 11, 2004
posted by nile at 2:58 PM
work lab lagi
selama ni kenapa la saya bodoh sangat. tak jumpa penyelia. akhirnya baru tau... saya dah buat keje yang tak perlu di buat. tapi tak per... hari ini telah ku tanam azam baru.. every time i get the result, i must see him ... immediately!!!!!!
 
Monday, February 09, 2004
posted by nile at 8:00 PM
apa-apa saja...

tak tau nak cakapa pa lagi pun hari ni sibuk giler. tapi curi2 gak masa masuk forum. edit nanti la....
 
Sunday, February 08, 2004
posted by nile at 4:09 PM
mulakan semula....
rasanya saya perlu start dari awal semula... segala-galanya.....
 
Saturday, February 07, 2004
posted by nile at 6:19 PM
Gengjurnal
ari dah sampai seribu. best nyer....


lab work
terserempak ngan supervisor. abis cerita. tu la dulu tak nak jumpa awal2. bila ada masalah senypa sorang. rupanya2 aku lab work aku okey jer. aku yang ingat tak jadi. tu la bengap sangat....
 
Friday, February 06, 2004
posted by nile at 1:41 PM
adk
saya balik raya 27 Jan. sampai kat rumah kakak kat paka 28 Jan pukul 4 pagi. tidur sekejap. pastu bangaun la bukak internet.chat ngan adk. oklah citer terus la... petang tu saya drive ke kemaman jumpa adk. dah plan nak tidur rumah adk dan borak pasal gahtering. macam2 la... yang pasti best jugak... sebenarnya adk nie kiranya orang dekat jugak ngan saya. apa taknya roommate saya masa sekolah teknik dulu dia kenal, org dekat rumah la. adik adk lak budak sekolah saya.

 
posted by nile at 1:26 PM
NSF

saya ingat semua dah setel. yelah, semalam kakak baru balik ke kuantan dan paka semula. hari ni baru ada masa lapang nak check balik semua borang NSF, tengok2 ada problem lak. salianan ic lupa nak mintak ngan kakak. tadi baru telefon mintak balik. pening la saya camnie.


adik
tadi jumpa adik yang bagi saya inspirasi buat novel tu. tapi saya rasa saya dah malas nak sambung citer tu la. entah la. cuma saya nak bagi nasihat kat semua adik2 saya... buat adik zd, belajar rajin2. rasa-rasanya exam final matrik dah dekat. saya harap adik akan berjaya. kalau mintak ukm pun bagus gak. boleh jumpa saya. nak tolong jaga sikit2 boleh jugak. jadi tourist guide ker.... saya mintak maaf sebab kad baru nak hantar hari nie. dah 2,3 kali saya salin alamat dari email, tapi semua hilang. hari ni saya salin terus tulis atas sampul surat. pas nie kena hantar. tapi tulisan comot sikit.

buat adik niza... adik pun kena belajar sungguh2 gak. exam final sem 2 dah dekat. rasanya akhir bulan nie. maknanya dah cukup setahun kita kenalkan...? sekejap jer. kali ni niza belajarlah sendiri... saya tak boleh nak tolong lagi macam dulu. saya tahu niza nie budak yang pandai jadi jangan sia-siakan masa tu... belajar rajin2 kerana masa depan niza bergantung pada sikap niza hari nie. saya harap2 sangat niza dapat result gempak2, 3 pointer ok! insyaAllah saya akan doakan kejayaan niza...

buat adik2 junior.. Nor, Eba, Ena, Sue, Ina, Amie, Nida, Pidah, Fanie, dan semuanya sori kalau nama tak sebut tu... belajarlah rajin2 ok. kalau boleh saya nak tengok adik2 saya semua nie masuk dlam dean list. ikut la kakak nie sorang.... saya harap sangat. exam final dah dekat tu. jaga diri baik2, buat solat hajat dan yang penting belajar. kalau tak belajar, confirm tak boleh skor. semoga semuanya akan berjaya....