Wednesday, February 18, 2004
posted by nile at 3:10 PM
Cerita Satu Hari Satu Malam ::Perjumpaan di McD Mid Valley::

Sejak pagi lagi saya duk berconference dengan Tipah bincang pasal agenda pertemuan malam tadi. Sampai la pukul 2 baru saya kuar forum pastu balik rumah untuk solat, mandi dan bersiap. Masa balik tu dah nampak cuaca tak berapa baik. Kemungkinan untuk hujan tu tinggi. Saya dah budget, pukul 3.00 nak keluar rumah pegi lab kejap pastu terus ke stesyen komuter. Tapi nampaknya ia hanya tinggal rancangan kerana lebih kurang pukul 3 lebih sikit hujan pun mula turun. Mula-mula tak la lebat sangat, lama-lama makin menggila. Masa tu saya dah fikir memang confirm tak jadi pegi nie. Nak telefon Tipah cakap tak jadi telefon lak tak ada. Memang hati saya dah resah. Susah hati betul nie. Sejam pastu hujan masih tak berhenti tapi tak la selebat tadi. Saya amik keputusan untuk pegi jugak sebab dah berjanji kan. Kalau telefon ada tak pe boleh inform tak datang. Saya start motor dan pecut ke stesyen komuter. Nasib baik sungguh hari ni. Apa taknya, jalan sepanjang nak keluar ke jalan besar tak becak macam biasa. Sebenarnya kawasan taman perumahan saya masih ada banyak lagi rumah belum siap pembinaannya. Pastu ada 3, 4 projek construction baru di kawasan yang sama. Jalan di sini biasanya berbecak sebab jadi laluan lori-lori muatan berat. Biasanya kalau hujan, motor saya akan bermake-up dengan lumpur. Tak ketinggalan yang menjadi mangsa pakaian saya. Kebetulan semalam pakai jeans biru keputihan. Itu seluar favourite saya... usianya dah 10 tahun. Kalau kena lumpur memang habis la. Masa sampai kat stesyen komuter UKM, saya memang dah basah kuyup. Kerana nak cepat motor pun tak sempat nak solex.

Pas tu saya belek2 la sikit seluar. Dah aim kat kaki tu mesti comot tapi alhamdulillah tak kotor. Cuma ada sikit percikan lumpur yang tak berapa jelas kelihatan. Kalau comot confirm saya patah balik. Beli tiket, tunggu tak sampai 10 minit komuter sampai. Nasib baik aircon ok, masa sampai kat KL Sentral seluar yang tadinya basah, kering sedikit. Oleh kerana baju saya warna hitam kalau basah tu memang tak nampak. Sampai2 jer saya terus call Langsat. Ini kali kedua saya call langsat. Kali pertama malam tadi. Rupa-rupanya Langsat satu komuter dengan saya tadi. Langsat dah ke surau utk solat asar dan saya menyusul ke sana. Kami bertembung di sana. Masa bercakap dengan Langsat saya dengar slang Kelantannya... Laaa... org kampung sebelah rupanya… Apa lagi speaking habis la kitaorg. Pastu kitaorg saing mencari kereta Tipah yang sedang menunggu di depan taxi stand bertentangan hotel. Oleh kerana Langsat dah biasa ngan Tipah, dari jauh dia dah aim kereta Tipah. Senang sikit kalau ada kawan nie. Masa masuk kete, nampak la si Tipah tertipu nie, Wowww!!! Memang cantiklah kakak saya sorang nie. Cuma nampak benar2 lain dari dalam gambar dan juga avatarnya. Kitaorg terus ke Mid Valley di mana tempat pertemuan malam ini akan berlangsung.

Kami minum petang dulu kat sana. Sambil borak2, korek la sikit2 apa yang patut. Yang pasti saya tak seramah sebagaimana di forum. Biasa la budak pemalukan... Maaf la yer kalau saya senyap jer. Lagipun saya tengok Tipah tak berenti2 bercakap dengan Langsat... jumpa geng satu kepala nampaknya. Sampaikan diorang tak nampak ada satu peristiwa berlaku pada saya. Kami minum di meja panjang bersama2 dengan teenages yang kebetulan makan di situ. Diorang tak sedar yang budak kat sebelah tu lemparkan tudung botol mineral ke arah saya. Nasib baik tak kena muka ke apa. Kena seluar jek... tapi saya cukup bengang... apa kebendanya nie...? Tak kisahlah... budak-budak tak mumaiyiz lagi.

Kami beransur ke surau dan solat maghrib di sana. Tak pukul lapan lagi kitaorg dah terpacak di depan McD. Tunggu punya tunggu, tak berapa lama kemudian nampak dari jauh Salji dan Sis Dona (Joliekins) bergandingan menuju ke arah kami. Saya informkan pada Tipah dan Langsat kerana mereka tak pernah bertemu dengan sesiapa sebelum ini. Masa malam gathering 17hb Jan lepas, saya pernah nampak Sis Dona tapi malu nak tegur. Malam tadi saya berharap agar dapat bertemu dengannya dan kedatangannya walupun sekejap sudah merealisasikan harapan saya. Sis Dona terpaksa meninggalkan kami dan kami merelakannya. Walaupun sedih tak sempat berborak panjang. Heheheheee lain kali jumpa lagi yer Akak. Apa yang saya tengok, Sis Dona ni memang mesra dan baik orang. Malam ini saya juga ternanti-nanti untuk melihat si Buaya tembaga kerana ini adalah pertemuan pertama kami. Kami naik ke bahagian atas mencari tempat duduk yang lebih selesa untuk pertemuan yang tak berapa besar nie. Lebih kurang pukul 8.30 Bajonz sampai bersama isterinya. Saya memang terkejut kerana fizikal Bajonz di luar jangkaan saya. Seterusnya kami menunggu kehadiran pasangan Mushroomcute dan Zhoulsz yang tak sampai2 lagi meskipun pukul 9 bakal menyingkap tirainya. Akhirnya diorang muncul jua untuk membingitkan lagi suasana pertemuan kali ini. Saya macam biasa tak berapa bercakap... low profile. Asyik2 kena usik dek Bajonz yang memang menanti saat untuk mengenakan saya. Cukup2 pasti karekter Bajonz di dalam dan di luar sama. Begitu juga Tipah. Tapi dia yang terpelusuk di belakang ditenggelami sembang2 gejuis yang lain. Kesian Tipah... lain kali hang book tempat duk tengah2 yer!!

Pertemuan berakhir pukul 10.30 malam. Selepas hantar Tipah ke keretanya, kami menyusul untuk balik. Tapi saya teringat pada agenda penting yang membawa kepada pertemuan malam ini. Jual beli propolis!!! Akhirnya semuanya terlupa. Saya mengingatkan Salji yang juga baru tersedar dari lenanya. Selepas segalanya berakhir, Salji tumpangkan saya dan Langsat ke komuter Serdang. Sebelum tu kami singgah di Bangsar... minum2 sket bersama dengan Mushroomcute dan Zhoulsz. Saya memang dah tak mampu untuk minum lagi. Dah 3 kali saya ke toilet. Sampai di komuter Serdang, Langsat amik keretanya dan hantar saya ke stesyen komuter UKM. Saya terus ke rumah dan sampai lebih kurang pukul 12.30 malam. Saya tertidur dek keletihan dan hanya bangun untuk solat isyak pukul 5 pagi. Lewatnyer!!! Nasib baik terbangun.

Alhamdulillah tiada apa yang tidak enak berlaku. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. InsyaAllah banyak lagi pertemuan2 seperti ini bakal berlangsung selepas ini. Yang pasti berbasikal di Taman Botani Putrajaya akan menyusul... InsyaAllah kali ini saya lak yang akan belanja Tipah. Akhir sekali, saya nak sampaikan penghargaan terima kasih pada Tipah kerana belanja minum, Salji kerana tumpangkan ke komuter Serdang, Langsat yang susah-susah hantar saya ke komuter UKM, Bajonz dan isteri, Mushroomcute, Zhoulsz dan Sis Dona yang sudi datang memeriahkan pertemuan ini. Kenangan bersama kalian akan tetap tersimpan kukuh di ingatan...


Tahi lalat

Masa amik wuduk 3,4 hari lepas saya perasan ada bintik2 kecik kat tapak tangan. Ingatkan dakwat hitam pen cuba la cuci tapi tak tanggal. Korek2 pun tak tanggal. Masa tu saya pun teringat yang housemate saya penah kata tahi lalat adalah sejenis kanser kecik. Tapi tak bahaya la. Saya pun assumed bintik2 hitam tu tahi lalat yang baru tumbuh. Saya tahu sebab apa ia muncul... As reseacher, hidup saya memang bermain dengan chemicals. Tak kira la yang bahaya atau tak bahaya semuanya ada. Lagi2 saya guna pelarut methanol yang ada lambang tengkorak tu dan reagen Bes Schiff. Kawan2 kat lab selalu tegur saya yang tak suka pakai glove masa buat lab work. Tapi saya buat selamba jer, lagipun saya memang rasa tak selesa dan susah buat keje bila pakai glove. Tak bebas rasa. Akhirnya hari ni saya ketakutan sebab tu.

Pasal tahi lalat ni pon kitaorg sembang masa jumpa malam tadi. Balik jer perjumpaan malam tadi, saya amik jarum dah korek tahi lalat tu. Sampai sebahagiannya hilang. Biarlah... sakit pon sakit la. Sikit ajer lagi pun. Sebab tahi lalat tu muncul ada dua. Satu sebab chemicals yang meresap ke dalam kulit, satu lagi sebab terbakar. Some chemicals boleh menghakis dan sebabkan kulit kita terbakar sebab terlalu panas. Saya rasa maybe sebab kedua tu lebih kukuh. Lagipun saya benar2 takut sebab yang pertama tu. Harap2 bukan la yer.


Lab Komputer

saya masuk awal lab komputer siswazah pagi tadi. 8.30 dah masuk. lagipun excited nak berYM ngan budak geju pastu masuk forum citer pasal semalam. dek kerana terleka dekat kul 1 baru la rasa nak kuar. Lab nie tutp kul 1pm sebenarnya. biasanya saya akan keluar pukul 12.45pm. masa baru nak keluar tadi kawan saya yang baru jer keluar masuk balik dan kata office dah tutup, maknanya kad tu tak boleh dihantar. tapi kenapa akak2 kat ofis tak datang menjenguk? Oleh kerana dah macam tu, saya teruskan berinternet sehinggalah kakak ofis datang cakap kenapa tak kuar2 lagi dari lab nie. saya dah takut dan rasa bersalah. terus keluar hantar kad dan balik rumah. ingatkan nak datang lagi untuk sambung berYM ngan gejuis pukul 2.00ptg tapi saya tertidur kat depan tv sampai la pukul 2. cepat2 saya solat dan bersiap2 nak ke lab balik. Masa sampai kat ofis, nak ambil pass card utk masuk ke lab, tak sempat saya tulis nama kat buku log lagi dia dah tegur. "jangan terleka sampai pukul 5 pulak". kena lagi... biarlah kali ni saya buat selamba jek.

masa masuk lab komputer tu, dah ada sorang tengah guna pc kat situ. sebenarnya pc tu ajerlah satu-satunya yang boleh berYM. jadi tak dapatlah menunaikan janji ngan kawan2. terutamanya dragon_ballazz. sori sesangat ok. saya guna pc lain untuk masuk forum ajer. sedang2 asyik post reply kat forum,ada org ketuk pintu panggil nama saya. malas gak saya nak layan. saya suruh masuk dia tak masuk. actually pintu tu tak boleh di buka oleh org luar. pintu yg pakai kad tu... saya pun tak reti nak describe la. Tapi masa saya masuk tadi pintu tu tak bertutup rapat. jadi ada orang luar yang boleh masuk. sebab tu saya suruh jer orang yang panggil saya tadi masuk. panggil panggil dia tak datang. saya kuar ajak dia masuk. dia nak pinjam barang rupanya. Pada masa yang sama akak kat ofis pun masuk sama dan tengoklah kawan saya tu. dia tanya la "awak amik kad tak?" saya tolong jawab " dia nak amik barang ngan saya jer". " awak student master ker?" akak tu tanya lagi. "tak, tapi akan sambung la". " Selain student master tak boleh masuk sini". Muka saya masa tu dah pucat... macam biasa bila ketakutan. pastu akak tu siap pesan lagi " bila-bila pintu tu tutup rapat dan tak boleh ajak kawan-kawan masuk sini". Pas saja semua tu berakhir, saya dah jadi tak mood dah... betul nie. Rasa macam malas lagi nak masuk lab komputer ni yang pengurusannya begitu cerewet. kawan saya masuk bukannya nak guna komputer pun...

saya tahu saya ada jugak silapnya. Saya tahu kenapa pengurusan begitu cerewet. sebab baru-baru nie 2 cpu kat sini hilang. tinggal monitor jer. entah masa bila la diorang angkut, saya pun tak tau. Entahlah... mungkin betul kata Brader... saya ni beremosi sikit. entahlah... saya rasa bersalah pada kawan sebab dia kena marah. Rasa bersalah sebab tak tutup pintu dengan betul. dan ada macam2 rasa. InsyaAllah pas ni saya kalau boleh nak cuba elakkan diri guna pc kat lab nie. Kat lab saya kat bawah yang saya biasa guna tu susah sikit. kena kongsi dengan berbelas org atau mungkin hampir 20 org. Saya kena lebih berhati-hati pas nie. Lagipun akak kat ofis kenal rapat ngan saya. Dia tau muka saya nie la yang kuar masuk lab nie hari2 semester lepas. masa tu saya tak masuk lagi forum. bayangkan kalau saya masuk forum dah berapa ribu msg saya sekarang? Kalau boleh saya nak jaga hati semua org... pada akak kat ofis saya mintak maaf... saya tau saya salah....