Tuesday, February 24, 2004
posted by nile at 5:48 PM
Pos Malaysia ke... siput nie..?

After 2 weeks, majalah yang kawan kirim sampai ke tangan saya. Tarikh chop pada stem ialah 13hb Feb 2004. Kenapa la Pos Malaysia ni lembab giler. Kawan saya tu dah letak stem RM1.80. Lebih dari sepatutnya... yang saya tahu memang surat tu tak perlu guna stem lebih dari seringgit. Dulu saya ingat stem tak cukup sebab tak sampai-sampai, tapi dah over-over pun boleh lembab lagi. Nak kata apa pun tak tahulah. Dua tahun lepas saya ada kenangan yang cukup-cukup buat saya takut dengan Pos Malaysia ni. Kakak saya di Terengganu kirim beli handset kat sini. Masa tu ada sale kat Bukit Jalil. Lagipun handset area KL memang jauh lebih murah dari sana. Saya beli handset tu dan kirim pada kakak melalui pos laju. Sepatutnya pos laju kan akan sampai tak esok lusa, tapi selepas seminggu masih tak sampai-sampai lagi. Kakak dan abang ipar dah cari di semua pejabat pos berhampiran kot2 ada tersadai kat sana, tapi tak ada. Saya yang kat sini dah susah hati dan sekali lagi macam biasalah rasa nak menangis, apa taknya duit beli handset tu duit saya!!! Nasib baik saya nie jenis menyimpan semua resit bayaran yang saya buat. Dah menimbun kat rumah tu. Saya guna resit tu untuk bertanya di kaunter yang saya bayar hari tu. Bila tanya orang tu kata parcel tu dah di hantar ke sana. Masalahnya tak sampai!! Pas tanya saya blah, lagipun saya nie jenis penakut... nak tanya lebih-lebih tak berani. saya telefon kakak cakap benda tu memang dah di hantar ke sana. Hampir dua minggu dari tarikh pengeposan, baru la parcel tu tiba di tangan kakak saya. Alhamdulillah lah, kalau tak melayang duit saya RM500. Pas tu ada jugak rasa serik nak guna perkhidmatan siput khinzir nie, tapi terpaksa sebab syarikat swasta tak ada berdekatan sini. Ada satu lagi peristiwa masa pas SPM dulu. Masa tu sibuk uruskan borang UPU... sambung esok... nak balik pegi pasar malam...hehehhehee..



Mandi hujan

Saya tergesa-gesa balik ke rumah lebih kurang pukul 6 petang sebaik sahaja saya publish "Pos Malaysia ker...siput nie?". Kalau tak tak mungkin saya balik seawal ini. Kebelakangan ini saya biasanya akan balik selepas pukul 7.30 pm setiap hari bekerja. Dari fakulti dah jelas kelihatan cuaca tidak begitu elok tapi saya terpaksa balik juga kerana berjanji untuk ke pasar malam bersama dengan housemate untuk membeli barang basah dan makanan. Sebaik saya menyusuri jalan kecil menuju ke rumah hujan turun begitu lebat. Dengan jalan yang berlumpur kerana ia berada dalam kawasan pembinaan, percikan air hujan terasa menyucuk-nyucuk kulit tangan. Rasa macam ada orang lempar batu kecik bertalu-talu pada saya. Nasib baik saya memakai helmet yang bervisor dan juga berspek. Kalau tak mesti sakit giler. Tu pun saya terpaksa membuka mata seluas yang mungkin untuk melihat jalan agar tidak terlanggar sesuatu yang boleh memberi bencana pada saya. Sampai di rumah baju kurung yang saya pakai basah kuyup. Niat untuk ke pasar malam di batalkan lagipun kawan saya nak keluar bertemu kawannya. Hari pasar malam rumah kitaorang tak masak, so nak tak nak memang terpaksa beli makanan di luar. Saya kirim pada kawan tu sekiranya kebetulan dia singgah di pasar. Nampaknya setiap minggu saya bermandi hujan. Minggu lepas perkara yang sama terjadi sewaktu saya keluar rumah ke stesyen komuter untuk ke KL berjumpa si Tipah. Tapi nasib baik waktu tu, hujan tidak terlalu lebat. Kali ni memang agak basah kuyup, nasib baik hujan hanya turun dengan lebat sewaktu saya sudah berada dekat dengan rumah. Hujan pun hujanlah... kerana ia adalah rahmat Tuhan pada kita di dunia...


Kalau tak jadi apa yang kamu jadi hari ini siapakah kamu hari ini?

Ni citer semalam sebenarnya. Dari petang (selepas guruh berhenti) sampai la ke malam, saya duduk bertungkus –lumus mengedit "surat untuk adik" sehingga segalanya selesai pukul 9.15 malam barulah saya mandi. Sebelum itu saya berhenti sekejap untuk solat maghrib dan makan nasik. Orang lain dah makan petang tadi lebih kurang pukul tujuh sebaik sahaja balik dari lab dan diorang makan-makan sambil berborak dengan saya. Kerana terlalu asyik melihat saya mengedit, termasuk saya bercerita yang karya saya yang bakal tersiar tak lama lagi, Si Dilla pun membuka topik baru "kalau awak tak jadi ahli kimia pasti awak akan jadi penulis". Ayat tu dia tujukan pada saya, dan selain itu dia sendiri berkata yang dia akan menjadi interior designer jika dia tak ambil bioteknologi sekarang. Maria pula jawab yang dia akan jadi ustazah... kami gelak kerana terlalu gelihati. Hahahahaa... tapi alhamdulillah lah, saya tengok memang dia ada bakat menjadi ustazah. Nama dia pun sebenarnya diberi sempena nama seorang qariah terkenal Indonesia suatu ketika dulu yang menang qariah terbaik pada tahun kitaorang di lahirkan. Tinggal giliran Fid, belum sempat dia memberikankan pendapatnya, saya memberi cadangan yang dia akan berpakwe kalau tak ambil biotek... Hahhahaahahha… Sori la Fid saya bergurau jer. Sebenarnya saya kata macam tu kat dia pun bersebab... Hehehehehee... Yang kelakarnya, dulu masa mula-mula saya masuk ke rumah sewa tu, setiap penghuninya akan di beri status yang agak lucu. Yang sudah berpakwe, statusnya "confirm", yang kitaorang tidak pasti sama ada berpakwe atau tidak statusnya "Musykil" dan yang confirm tidak berpakwe statusnya "Single". Bila teringat balik memang saya sering tersenyum kerana betapa rasa kami begitu sporting antara satu sama lain walaupun kebanyakan housemates saya bertudung labuh. Kalau dulu ada sedikit rasa was-was di hati dengan penerimaan mereka pada saya yang jauh berbeza, alhamdulillah semuanya lenyap bila kami mula mengenal hati budi masing-masing. Yang baik itu, alhamdulillah ada jugak yang saya ikut seperti kami bersolat jemaah bersama-sama, membaca yassin, bersama-sama menunggang motor ke masjid bersolat terawih, belajar memasak dan begitu banyak kebaikan yang saya tak mampu bilang dengan jari. Yang pasti ia banyak mengajar saya untuk mengubah dan membaiki diri saya untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik...


Lagu kat bawah ni nyanyian kumpulan UNIC. Saya tujukan buat semua kawan-kawan tak kiralah kawan kat forum ke... semuanya sekali. Istimewa buat kawan-kawan serumah dan juga kat Brad. Terima kasih atas segala nasihat, pandangan, tunjuk ajar, bimbingan dan kasih sayang korang... Semoga ikatan ukkhuwah antara kita sentiasa bersemi... InsyaAllah!!


Sebuah Pertemuan


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan kerinduan
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku ke alpaan
Kau bisikkan cahaya keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Di uji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyatakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Ku katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mata keharuan kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagian
Tulus keihklasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan airmata mnyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulunya resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Mogakan kesampaian pada Tuhan
Lantaran diri hamba yang kerdil dan hina

Menitis airmata keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dulu keresahan

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya
Tika diri dalam kebuntuan betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi


Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman