Wednesday, March 31, 2004
posted by nile at 6:39 PM
::Lama tak menjenguk lab::

Hari nie setelah menghilang beberapa hari saya masuk lab semula. Setiap kali jumpa kawan-kawan mesti diorang kata "Lama tak nampak?". hahahahaha.... memang pun. Sejak duit shcolarship masuk hari jumaat lepas, saya tak masuk-masuk lab buat keje. Kalau tak muka saya nie la yang diorang selalu nampak kat lab komputer tu. Walaupun tak ada keje saya biasanya akan ke lab komputer tu.

Tapi saya duk kat sana pun tak lama hari nie. Mula-mula tu saya jumpa pembantu lab nak cakap saya nak guna ICP tapi dia kata tak boleh sebab sampel saya sikit sangat. Rugi katanya... ceh... banyak songeh lak. Dia suruh saya buat sekali ngan sorang akak tu. Ok la... Saya pun gi cari la akak tu. Kak Wan namanya, orang kelantan. Dia cakap boleh jer, tapi minggu nie dia tak buat sampel. Minggu depan kot. Jadi saya tak boleh run sampel lagi la. Kena la tunggu minggu depan. Dah tu saya pun amik keputusan nak jumpa supervisor saya nak tanya pasal next step untuk kajian saya nie. Takut gak nak jumpa sebab dah dekat sebulan saya tak buat apa-apa. Duk relax jer. Nasib baik dia jenis ok jer. Dia pun bagi la step-step nak buat pemegunan (immobilization) bahan saya tu. Pas siap catit semua saya cari la senior saya yang boleh tolong ajar. Cari punya cari baru saya ingat, diorang ada meeting hari nie. Mesti sibuk tu. Kalau macam nie la.... apa lagi saya nak buat, berinternet la.

Saya pun masuk lab komputer siswazah. Niatnya nak cari maklumat pasal next step research saya, tapi tergendala pulak bila saya dok update blog dan chatting. Nampaknya saya kena cari komputer yang tak boleh online ke internet. Ada kat UKm nie... satu-satunya di library TSL. Esok la saya ke sana.


::Jumpa Kawan Lama::

Hari nie saya janji nak jumpa kawan lama masa matrik dulu. Sekarang nie dia RA kat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat kat UKm nie gak. Dia la satu-satunya kawan matrik yang masih saya kontek. Tu pun secara kebetulan sebab saya baru tau id YM dia melalui pakwenya... hehehehehe.... Saya nak jumpa dia nie pun sebab saya janji nak bagi majalah Blues Selamanya kat dia satu. Alang-alang jumpa saya ajak la lunch sekali. Lagipun tengah banyak duit nie.. bila lagi nak belanjakan?

Pukul 11.30 dia jemput saya kat fakulti saya. Lama tak jumpa dia. Last sekali masa nak amik jubah konvo bulan 8 tahun lepas. Lupa nak perkenalkan... saya panggil dia Oya jer. Dulu pelik jugak kenapa panggil macam tu sebab nama sebenar dia lain beno dari tu. Sejarahnya saya tak ingat dah eh.... Tapi yang paling saya ingat tentang Oya nie kisah dia tertelan bijik asam masin masa bila ntah. Sekolah rendah ke Oya...? Hehehehe... Tapi dia cerita kisah tu kat kitaorang budak-budak matrik sampai nak terkeluar air mata kitaorang gelak. Kelako giler!!!

Kitaorang ke Warta untuk lunch. Makan kat Ayamas tu. Sambil makan sambil cerita. Banyak jugak citer pasal citer saya kat majalah blues selamanya tu. selain tu ada jugak pasal bisnes prepaid. Otak bisnes awak sekarang Oya! Keluar jugak citer pasal kawan-kawan kat matrik dulu. Kebanyakan yang satu fakulti dengan dia semuanya dah keje. Keje best-best lak tu. Oya pun bakal jadi tutor jugak. Best la hang!!!

Pas abis makan Oya hantar saya ke rumah. Jenguk-jenguk rumah saya yang lawa tu dulu (hehehehe...), tengok-tengok gambar dan Oya terpaksa balik awal sebab kawan saya nak keluarkan kereta dia, kereta Oya lak halang kereta kawan saya tu. Dia balik kul 2 lebih. InsyaAllah kita jumpa lagi pas nie Oya.... Jangan lupa beli Blues Selamanya issue 47, dah ada kat pasaran sekarang nie. beli jangan tak beli kalau nak tau sambungannya.....
 
Tuesday, March 30, 2004
posted by nile at 7:06 PM
::Ulasan Warkah Untuk Adik::

Blues Selamanya issue 46 1 April 2004 dah berada kat pasaran sejak 2 minggu lepas. 2, 3 hari lagi issue 47 akan menyusul. Hari nie di kesempatan nie, saya nak letak ulasan-ulasan yang di berikan oleh kawan-kawan semua tentang "Warkah Untuk Adik" tu.


Yang Dah Baca

Brad
satunya pasal konsep persahabatan nile
kesetiaan
kemudian aaa...
kesungguhan
tak putus asa walau mcm takde harapan
tabah menempuh hidup
mmg sebenarnya sekali baca mcm takde apa2
mcm catatan biasa2 jer

Gnela
Aku baca catitan nile. Bentuk macam catitan biasa tetapi mengandungi isi dan luahan hati yang ikhlas untuk menyampaikan sesuatu kepada sesuatu... jauh juga maknanya tu. Tak pe ler nile. Kekadang orang susah nak berubah. Ada yang cepat berubah dan ada yang tak perasan dia

Ct_cute
salam nile. kiter pun dah beli BS. menarik isi dia. baru kenal avatar nile tuh..hehehehe..sedey bila baca karya nile tuh..huhuhu...

Kak Dona(Joliekins)
just want you to know u did great with the article.. well done nile!!!


Buat Semua kawan-kawan thanks atas komen korang. Yang pasti ia sememangnya hanyalah satu catatan biasa. Tak ada ayat berbunga, tak ada jiwang-jiwang dan tak ada bahasa berkias-kias. Saya mana la reti nak buat semua tu. Cuma bagi saya ianya satu luahan dari sebuah hati dan jiwa yang terluka pada seorang sahabat yang tak pernah cuba mengerti.

 
Monday, March 29, 2004
posted by nile at 11:01 AM
::Bermulanya Dunia Baru::

Satu hari nie saya tak jejak kaki ke UKM. First time la nie... Saya bangun pagi tadi basuh baju. Pastu saya ke Warta beli fail, alat-alat tulis, clear holder dan buku kulit tebal untuk catatan lab work. Dah lama sebenarnya saya teringin nak beli barang-barang nie. Saya nak manage data-data work lab saya. Nak asingkan data yang saya dapat dari x-ray, dari IR, dari UV, dari flourimeter dan macam-macam lagi. So saya kena la beli fail yang boleh ada banyak poket tu. Sekarang baru la berkesempatan nak beli semua tu. Rasa seronok sangat. Dah lama teringin nak tengok fail saya tersusun cantik macam orang lain. Dulu dah kena tegur dengan penyelia utama ngan co-supervisor saya. Yang co tu siap baca dan tengok buku log saya . Hancur!!! Dia suruh susun baik-baik. Ok Dr. sekarang saya susun. Malu jugak tapi nak buat camner kan... tak mampu nak buat semua tu dulu. Sekarang alhamdulillah dah ok.

Oleh kerana sekarang nie masalah kewangan saya dah selesai, saya harap saya dapat mulakan semula research saya dengan baik. Kalau dulu saya asyik susah hati, resah dan kadang-kadang tu agak tertekan dengan keadaan sekeliling yang berbeza dengan situasi saya. Dulu diorang ada elaun bulanan saya tak ada. Diorang pergi shopping saya duduk terkurung kat rumah. Diorang makan KFC, makan Pizza saya cuma mampu melihat. Diorang belanja saya makan. Sekarang nie semuanya ok... diorang dapat elaun saya pun dah dapat. Saya belanja diorang makan. Semua dah sama sekarang. Jadi yang paling utama sekarang saya perlu baiki research saya. Research kawan-kawan saya dulu berjalan lancar tapi saya tak.

Hari nie saya sangat-sagat berharap yang semuanya akan berjalan dengan baik. Harap sangat nie!!! saya kalau boleh nak jadi macam Dilla, macam Fid yang rajin buat keje, selalu dapat hasil, boleh buat laporan. InsyaAllah segalanya kan OK.
 
Sunday, March 28, 2004
posted by nile at 10:10 AM
::Kisah Bershopping Sakan::

Pagi nie saya ke pasar beli sarapan. Nak masak tak ada apa dalam peti. Lagipun tetamu saya Kak Tini (Adk) ada kat rumah nie. Dia nak balik pagi nie. Saya nak bagi dia makan kenyang-kenyang sebelum dia naik bas balik ke Kuantan. Pastu dia akan drive ke Kemaman pulak. Lepas sarapan dalam kul 9.00 saya terus hantar Kak Tini stesyen komuter UKM. Kesian Kak Tini kena la dia naik motor. Katanya dah lama dia tak naik motor. Kena praktis balik la nie.....

Lepas hantar saya terus ke lab. Saya update blog yang hari khamis dan masuk forum sket kul 12 lebih kurang saya balik ke rumah. Saya balik awal nie pun sebab petang nie kitaorang satu rumah nak ke KL. Nabihah nak cari buku. Orang lain nak shopping la. Saya lak nak cari handset. Semalam tak sempat cari sebab saya dah terlewat sampai.

Kul 2.30 kitaorang ke KL. Saya ingar Nabihah nak drive kete tapi dia kata "kita naik pengangkutan, boleh tak?". Boleh jer apa lak tak boleh. Tapi saya ingat Nabihah nak drive mula-mula tu. Tak kisah la.. asalkan pergi sudah. Kena cari handset jugak hari nie!!!Kitaorang naik kereta sampai stesyen komuter UKM, pastu naik komuter ke Bandar Tasik Selatan dan tukar LRT ke Masjid Jamek. Sampai sana hujan lebat. Payung lak tak bawak so tersadai la jugak sekejap kat stesyen LRT tu. Bila hujan reda sket kitaorang redah rintik-rintik hujan ke Jalan Masjid India. Kitaorang berenti kat kedai RM2 tu beli payung dulu. Yang kelakarnya masa kitaorang nak beli payung tu hujan tiba-tiba macam berenti . Pastu tak jadi beli la. Bila kitaorang jalan keluar dari kedai tu tiba-tiba hujan turun balik. Terpaksa la patah balik ke kedai. Nasib baik baru 5, 6 langkah berjalan.

Mula-mula kitaorang ke Mydin. Nabihah nak cari barang. Saya pun beli jugak..perfume. Yang lama dah habis. Pastu singgah kedai tudung. Beli tudung baru 2 helai. Maria pun beli tapi untuk adik dia yang tengah jalani PKN kat UKM. Inilah kali pertama saya beli tudung sejak masuk semester 2 nie. Sekarang baru mampu nak beli itu ini. Dulu terpaksa berjimat sebab bergantung pada ehsan orang. Habis shopping tudung kitaorang ke kedai buku. Baru lima minit masuk, dah kena hambat. Kedai dah nak tutup. Nasib baik Nabihah sempat beli buku bahasa arab yang dia nak tu.

Sebelum pencarian handset bermula, kitaorang solat asar kat Medan Mara. Makan kat kompleks Pertama and then baru la cari handset. Handset yang saya nak beli dah set kat mind. Langsat yang bagi cadangan nie masa malam sebelum kitaorang pergi main boling tu. Siap tunjuk webpage pasal handset tu lagi. Nak tau handset apa? Sony-Ericsson.... yang ada kamera tu. Nada dering polyphonic... hehehehe.. macam-macam sekarang ek? Tapi kenapa saya boleh berkenan nak beli yang orang bagi cadangan tu ek? Entah la.... mungkin sebab saya pernah nampak kat kedai... berkenan jugak dengan designnya. Sebenarnya saya lebih berminat nak beli handset jenama Nokia. Tapi telefon nokia yang saya suka tu mahal dekat-dekat 2 ribu. Tak jadi beli la. Kedai pertama yang saya singgah harga handset Sony-Ericsson T610 lepas proses tawar menawar berlangsung ialah RM950. Kurang RM5 dari harga dengan yang Tipah survey kat Sungei Wang Plaza. Tipah kata dia dah survey dan hanya jumpa satu kedai tu handset tu RM955. Yang lain seribu lebih. Saya survey lagi dan tak jumpa-jumpa yang paling murah dari tu. Kebanyakan memang seribu lebih.

Saya masih tak putus asa... teruskan lagi. Kesian Dilla... ke hulu ke hilir dia temankan saya. Maria ngan Nabihah ntah ke mana saya tak tau la. Saya nak cari jugak kedai yang boleh bagi kurang dari RM950. Sampai la kat satu kedai tu, harga kat handset yang dia display tu RM968. Kalau mintak kurang nie boleh lagi kot. Mintak-mintak dia bagi RM950 jugak. Sebenarnya Dilla yang tolong saya tawar menawar nie. Saya bukannya reti sangat. Ada masa saya reti ada masa tak. Heheheehe... Kitaorang mintak RM900. Dia tak boleh bagi jugak. Pastu bos dia datang. Bos dia kira-kira dia bagi kat kitaorang RM920. Muktamad!!! Ok la tu. Malas dah nak cari tempat lain. Dah kul 7 lagipun. Cina tu lak asyik mintak duit jer. Siap tanya lagi nak bayar cash ke pakai kad. Ingat saya tak der duit kot. Budak sempoi la katakan.

Bila dah jadi beli kena la banyak tanya sikit. Dia jar la apa-apa yang patut. Cina yang jual handset tu memang baik dan peramah. Kelakar orangnya... Dia cakap handset tu ada bluetooth. Saya tak boleh tangkap lagi apa tu bluetooth. Pastu dia kata dengan lain perkataan apa yang saya dengar la dia kata "kiki pilu". Kiki pilu??? Apa kebendenyer nie? Pastu bila dia tunjuk ejaan perkataan tu baru la saya faham. Gigi biru rupanya.. translate dari english ke melayu. Yang pasti cina nie memang pelat! Heheheheh.. kiki pilu? Saya ingatkan ada something dalam handset tu yang boleh buat hati orang jadi pilu. Hahahahaha.... kelako giler. Saya beli handset tu sekali ngan USB. La... mula-mula saya ingat handset tu sekai ngan USB. Kena la tambah duit lagi Harga asal RM120, dia bagi RM80. So semuanya cukup-cukup RM1000. Habis duit aku!!!! Dua tiga kali kena pikir nak kuar duit tu......

Selepas segalanya selesai menghabiskan duit beli handset tu, kitaorang solat maghrib di SOGO. Tapi saya terpaksa patah balik ke kedai kerana tertinggal payung... Asyik sangat dengan handset baru. Semua benda boleh lupa. Pas solat sambung shopping lagi. Saya nak shopping banyak-banyak pun duit dah nak habis. Budak-budak tu sibuk cari bag saya lak sorang-sorang cari baju. Kitaorang shopping sampai la SOGO nak tutup. Saya beli t-shirt 2 helai, seluar satu. Budak-budak tu semuanya beli bag hitam yang galas tepi tu. Style budak master katanya.... betul ker? Yer kot. Aktiviti shopping dah berakhir di situ.

Kitaorang naik komuter di Stesyen Bandaraya terus ke stesyen UKM. Sampai rumah pukul 10 lebih. Sebelum tu pergi amik sorang lagi housemate saya yang terpaksa tumpang rumah kawan kerana tak der kunci nak balik rumah. Dia ke Serting 2 hari buat promosi bioteknologi kat sana. Kesian Fid... Balik rumah perkara pertama yang saya buat explore handset tu. Kul baper entah baru tidur... Yea!! Yea!! Saya dah ada hanset!!!!!!!!!!!!!!!
 
Saturday, March 27, 2004
posted by nile at 9:25 AM
::Kisah Kali Pertama Main Bowling::

Malam tadi saya ke lab teman si Dilla. Tapi saya lepak bilik Maria dan Dilla buat keje lab dia. Saya buka internet dan mengonlinekan diri. Pastu si Langsat sapa saya guna YM. Dia kata Kak Tini (Adk) ada sebelah dia.Terkejut jugak saya... la dia datang boling rupanya. Ala......... saya dah pos mag Blues Selamanya kat dia siang tu. Kalau tau dia datang boleh bagi terus kat dia. Langsat sebenarnya nak hantar Adk rumah saya sebab pagi nie dia nak pegi dating. Rancang punya rancang saya suruh Langsat hantar Adk kat depan ILKAP saya amik pagi nei kul 8. Tapi akhirnya tak jadi Adk kata dia tunggu saya kat Stesyen LRT Bandaraya ( tak silap la).

Pagi nie pulak baru saya teringat saya nak ke klinik dulu. Klinik bukak kul 9.30 am. Janji ngan ADK kul 9 juga kat sana. So camner nie? Saya pun hantar sms kat Adk cakap yang saya ke sana kul 10 pagi. Saya ke klinik tapi ramai sangat orang. Kul 10 lebih baru giliran saya. Kul 11 baru siap. Saya balik ke rumah bersiap ke KL, tapi saya ke bank dulu dan baru la saya nak call Adk yang saya datang lewat. Pergi kat public phone tengok2 saya lupa bawak buku telefon. Alamak!!! Nak balik ke rumah semula saya malas. Saya ke bilik Maria dan pinjam handset dia. Saya calll Adk yang saya memang akan sampai lambat. Ok .. dia kata sampai sana nanti jumpa kat SOGO.

Saya sampai di SOGO lebih kurang pukul 1 lebih. ADK tunggu saya di food court kat floor 6. Saya cari dan akhirnya jumpa Adk dan juga Purbe. Ini 1st time saya jumpa Purbe tapi dari jauh tadi saya dah tau yang pakwe yang duduk ngan Adk tu Purbe sebab tengok dalam video Futsal ari tu. Kitaorang duduk situ dan tunggu Tipah datang amik. Kitaorang solat zohor dulu dan terus keluar dari bangunan SOGO kerana Tipah dah sedia menunggu kat depan sana. Tipah datang sekali dengan Nida (Madu Lebah). Ini juga kali pertama saya jumpa Nida. Oooo... inilah dia Nida yang selalu di sebut-sebut di blog Tipah. Orangnya kecik ajer. Satu geng ngan Tipah la tu... hehehehehe. Pas amik kitaorang Tipah terus ke Sungei Wang Plaza. Ini kali pertama juga saya ke sini.

Sampai-sampai di plaza tu kitaorang terus tuju ke food court. Semua orang tak makan lagi. Dalam perjalanan ke food court tu kitaorang lalu di tengah kesesakan orang yang berjalan menuju satu fesye show kat situ. Masa berjalan tu, saya nampak ada patung dua ekor (patung orang macam badut) yang tak berapa jelas tengah buat apa. Oleh kerana pakaian yang dia pakai menarik sangat saya pun pegang lengan patung tu erat la jugak. Rasa lembut sangat dan tiba-tiba patung tu berpusing ke arah saya dan Kak Tini tarik saya. rupa-rupanya bukan patung la tapi orang yang berpakaian seperti badut. Alamak!!!! malu giler saya. Saya tutup muka dan terus lari dari situ. Malu giler beb!!! Sebenarnya saya tak pakai spek. Spek saya patah masa solat asar kat surau SOGO tadi. Tu yang orang boleh nampak macam patung tu. Hehehehehe.... Kantoi betul hari nie.

Sebelum ke food court singgah McD sebab saya nak makan bubur tapi bubur lak tak ada so baru la kitaorang ke food court kat floor berapa ntah. Purbe yang belanja makan. Thanks Purbe! Pastu baru la kitaorang ke Pusat bowling tu. Tunggu punya tunggu pas sorang sorang muncul. Bila Si Fariz tiba saya pun bagi la kat dia magazine Blues Selamanya yang saya janji nak bagi kat dia hari tu. Selain tu keropok sira yang saya import dari Terengganu masa balik mengundi baru nie. Kat Kak Sal pun saya bagi satu, kebetulan ada lebih. Saya sajer bawak kot-kot ada yang nak. Dekat kul 5 kebanyakan dah datang. Mushroomcute dengan housemate barunya, Mie, Fariz dan tunangnya, Bajonz dan isteri, Sya, Mawar, (sapa lagi ek). Kerana dah asar, saya ajak Nida (madu lebah) dan Kak Sal (Walinongsari) solat asar dulu. Pastu baru la kitaorang masuk pusat bowling. Saya masuk tu terkejut sebab gelap. Sebenarnya ini la 1st time saya main bowling dan masuk tempat-tempat begini. Tak biasa. Rupa-rupanya blackout. Kul baper ntah baru la ada current balik. Jumpa Kak Dona... saya bagi kat dia satu copy Blues Selamanya. Saya memang dah simpan untuk akak satu.

Bila start main saya dah gelabah giler. Bola pun tak penah pegang. Masa tiba turn saya selepas Bajonz
lama jugak baru saya boleh start campak bola tu. Macam biasa la masuk longkang. Saya rasa skor saya paling teruk untuk game 1. Asyik masuk longkang jer. Ada satu tu saya berjaya jatuhkan semua pin untuk dua kali balingan. Gembira tak terkata!!! Masuk game 2 saya rasa saya dah tau bola yang sesuai dengan saya. Bola 8 kg. Setiap kali baling 9 pin jatuh. Tapi 2nd 1 pin lagi tu tak jatuh. Semua macam tu kecuali satu... strike!!!! Seronok giler.... dapat jugak satu Dilla. Awak penah dapat satu saya pun dapat satu.

Kitaorang habis main game dalam 7.45pm. Lepas solat maghrib kitaorang ramai-ramai tuju ke food court. Tapi tak sempat nak makan saya dan Adk terpaksa ikut Langsat ke keretanya sebab bag Adk dalam kete Langsat. Malam nie Adk akan tidur kat rumah saya. Kebetulan pas nie saya nak belanja Tipah, Nida, Purbe dan Adk makan sate kat Kajang. Kiranya hantar kitaorang balik sekali ke Bangi la tu. Ikut punya ikut Langsat dan pakwenya tu dah hilang arah. Tak jumpa cari park kereta kat mana. So, diorang amik keputusan tawaf bangunan plaza tu cari parking kete. Sepanjang menawaf bangunan tu, bermacam-macam perasaan yang timbul. Takut ada, ngeri ada, letih ada, rasa nak patah kaki ada dan lain-lain lagi. Takut tu sebab tengok macam-macam gelagat orang yang tak penah lagi saya tengok sebelum nie. Budak-budak melepak di tepi-tepi bangunan sambil baring-baring, macam-macam jenis pakaian, suasana yang kurang menyenangkan dan macam-macam la. Kalau saya sorang-sorang tobat saya tak datang sini.

Bila dah jumpa kete Langsat hantar saya dan adk ke kereta Tipah. Saya dan Adk naik lif nak ke tempat food court balik tapi tak jumpa cari. So kitaorang patah balik ke kereta dan decide untuk tunggu kat kereta jer. Nak cari takut sesat. Lebih kurang kul 9 Tipah, Nida ngan Purbe sampai. Kitaorang keluar dari plaza tu dan terus menuju ke Kajang.
 
Friday, March 26, 2004
posted by nile at 6:54 PM
::Penantian 10 Bulan::

10 bulan yang lepas, saya mula bergelar pelajar siswazah di UKM. Sebenarnya saya sambung belajar nie bersebab. Yang paling utama saya nak biasiswa sebagai ganti kalau saya tak dapat kerja. Tapi saya sebenarnya baru habis belajar 2 bulan sebelum saya sambung master. Maknanya saya cuma menganggur selama lebih kurang 2 bulan jer. Saya tahu keputusan saya sambung master nie tergesa-gesa. Dan akhirnya saya terima padahnya.....

Saya ingat saya boleh dapat biasiswa daripada Kementerian Sains bersandar kepada saya mendapat ijazah yang agak baik. Tapi saya benar-benar kecewa dan sedih kerana permohonan saya ditolak. Malahan pemohon lain yang saya tahu pointer mereka lebih rendah dari saya berjaya memperolehi biasiswa tersebut. Kadangkala saya merasa seperti berlaku ketidakadilan dalam pembahagian biasiswa ini. Faktor kewangan seseorang tidak diambil kira. Maksud saya walau dia sekaya mana pun, dia akan menerima jugak biasiswa tu. Saya tahu biasiswa ni sebenarnya bergantung kepada proposal. Biasanya proposal yang ada nilai komersial yang tinggi akan berjaya. Setiap kali saya mendengar orang bercakap pasal biasiswa tu,setipa kali itulah saya menahan kesedihan. Dan akhirnya saya menangis lagi..........

Saya bukan nak biasiswa nie untuk diri saya sendiri. Tapi yang utama adalah untuk ayah saya. Saya sambung master pun sebab ayah. Bukan ayah yang suruh tapi ayah saya pernah berkata "Nanti bila dah kerja tolong ayah dulu jangan kahwin lagi macam kakak-kakak yang lain". Saya tahu kalau saya sambung belajar saya boleh dapat duit dari biasiswa tu untuk tolong ayah. Jadi saya ambil keputusan sambung belajar walaupun saya tak pernah minat untuk secebis rasa. Sebab tu saya menangis setiap kali teringat kenapa saya tak dapat biasiswa tu, masa tu lah juga saya terkenang kat ayah, kat adik-adik. Mereka benar-benar berharap pada saya. Tapi akhirnya saya telah mengecewakan semua orang....

Hari ini, setelah 10 bulan berlalu segala kekecewaan, keresahan, kesusahan, keperitan dan tangisan telah menemui noktahnya. Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t, segala-galanya telah berakhir. Semalam saya dah dapat cek tunggakan biasiswa saya dari bulan November. Kementerian Sains cuma bayar untuk semester kedua. Tak per lah, sekurang-kurang ada dari tiada. Banyak perkara yang perlu dibuat. Banyak janji yang perlu ditunaikan, banyak benda yang perlu dilakukan. InsyaAllah, saya pasti tidak akan mengecewakan mereka.
 
Thursday, March 25, 2004
posted by nile at 3:44 PM
SLAB

Hari ni saya dapat borang SLAB. APa tu SLAB? Skim Latihan Akademik Bumiputera. Ini merupakan skim biasiswa tajaan Universiti Malaya. Maknanya kalau ditakdirkan saya berjaya dapat skim ni, saya kena la jadi pensyarah kat sana. Skim ni akan taja saya kalau saya sambung PhD nanti.

Sekarang tengah duk fikir lagi. Nak mintak ke tak... nak mintak ke tak ek? Nak mintak ke tak nie? Tarikh akhirnya dia 1 April. Tak lama lagipun. Saya baca syarat-syarat dia tadi kena buat proposal sikit. Perancangan masa depan. Ni lah part yang saya malas. Pastu yang paling saya malas sangat nak mintak SLAB ni bila dia nak salinan surat beranak ayah. Nak amik kat mana?? Kena balik kampung lagi la nie. Kisah surat beranak nie mengingatkan balik peristiwa masa saya apply matrikulasi lebih kurang 5 tahun yang lalu. Hampir-hampair saya tak dapat masuk universiti sebab surat beranak nie. Nak tahu ceritanya? Nantilah... sempit sangat masa nie.

Satu lagi saya kena la apply U kat oversea mulai dari sekarang. Sekarang nie duk tengah search mana-mana U yang patut. Tapi tak reti la... kena tanya Maria nie. Sebenarnya menjadi pensyarah bukanlah minat saya yang utama. Bukan cita-cita asal saya. Tak ada hati pun... tapi saya perlu fikir masa depan saya. kalau kat sini ada rezeki saya... saya tak akan menolaknya. InsyaAllah saya akan kuatkan hati agar dapat isi borang SLAB nie sebelum tamat tempohnya. Harap-harap Maria dapat tolong....
Maria, tolong saya boleh tak?
 
Wednesday, March 24, 2004
posted by nile at 11:51 AM



:: Promosi! Promosi!::

Blues Selamanya issue 46 1 April 2004 telah selamat berada di pasaran. Isu kali ini memahat sejarah dalam hidup saya bila tulisan saya diterbitkan buat kali pertama di majalah. Hari nie saya nak buat promosi la sket. Jangan lupa beli tau kalau nak tahu apa ceritanya. Kisah tu bersambung-sambung sebenarnya so kalau nak tahu apa kesudahannya kena la selalu beli. Jangan miss tiap2 15 hari... Ala murah jer RM4.50 satu. Dua kali sebulan baru RM9.00. Beli jangan tak beli. Majalah nie terbitan MOY tau. Yang specialnya tentang majalah nie, kartunnya lawa-lawa. Ada seksi skit, ada renungan, ada nasihat dan panduan buat kita semua. So, apa lagi.... jom pi kedai cari.... :)
 
Tuesday, March 23, 2004
posted by nile at 6:13 PM
::Selamat Tinggal Terengganu::

Saya selamat sampai di Bangi pukul 6 pagi tadi. Malam tadi naik bas duduk sekali ngan x-housemate. Banyak kitaorang citer. Sampaikan tak sedar sampai kat Dungun dah. Citer apa lagi. Pilihanraya la...
 
Monday, March 22, 2004
posted by nile at 11:06 AM
Antara Tangis dan Tawa::

Berita kerajaan baru bakal dibentuk di Terengganu sudah tersebar luas. Satu Malaysia dan mungkin juga satu dunia sudah tahu, BN telah merampas semula Terengganu, negeri yang kaya dengan sumber petroleum. Kini angin perubahan dari gelombang biru yang dilancarkan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah menjadi kenyataan... Menyambut berita ini menyaksikan banyak limpahan air mata kegembiraan dan kesedihan... Ada yang tertawa gembira.... ada yang menangis keharuan....

Sebagai rakyat Terengganu saya amat mengharapkan akan ada satu perubahan yang lebih positif di negeri tercinta ini. Negeri terengganu tersenarai dalam top 3 negeri paling miskin di Malaysia walaupun ada sumber minyak yang tidak diperolehi oleh mana-mana negeri di semenanjung. Harapan saya yang kerdil ini cuma 3. Saya berharap kerajaan baru dapat menunaikan segala janji-janji yang ditanamkan sepanjang minggu berkempen dulu. Pertama projek lebuhraya pantai timur (LPT) yang terhenti pada tahun 1999 (projek itu berjalan tapi hanya sampai di Pahang sahaja) akan diteruskan semula. Kedua saya harap sebuah universiti penuh akan dibina di Terengganu ( boleh saya jadi pensyarah kat sana. hehehehe) dan ketiga pengagihan wang royalti minyak di jalankan secara adil dan menyeluruh.

Semoga semua rakyat Terengganu akan mendapat manfaat daripada peralihan kerajaan ini. InsyaAllah.
 
Sunday, March 21, 2004
posted by nile at 5:21 PM
::Kisah Hari Mengundi::

Hari ni saya bangun awal. Lagipun kalau boleh nak mengundi cepat-cepat. Tengahari karang ramai pulak. Pukul 8 pagi lagi saya dah kuar ke pusat pengundian. Sebelah rumah jer. Kalau jalan kaki tak sampai seminit. dekat kan? Hari nie saya paki baju kurung bunga dia warna pink, hijau. Background hitam dan tudung warna pink. Rasa macam putri Umno lak.... harap-harap tak ada yang salang-sangka.

Saya dah tahu pusat pengundian saya sebab ayah ada senarai nama pengundi tu. Malam tadi dah tengok pun. Saya terus ke sekolah saya dulu, Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa. Tak sampai semint jalan dah sampai. Mula-mula saya cek nama untuk tahu saya mengundi di saluran mana. Saya dapat saluran 4. Saya terus ke sana dan beratur. 2, 3 minit saya beratur, senior satu penyelia dengansaya kat UKM, Abg Sukeri sampai. La... sama tempat rupanya. Dia duduk kampung sebelah. Ingatkan tak balik . Lagipun minggu lepas isteri dia baru bersalin. Kahwin muda....

Selepas tunaikan kewajipan sebagai warganegara Malaysia, saya terus balik ke rumah. Balik amkik kamera. Saya nak amik gambar suasana hari mengundi nie. Mundar-mundar saya sehari nie. Tengok gelagat orang. Curi-curi dengar orang merungut. Macam-macam lah... seronok gak. Aada sorang pakcik tu duduk bercerita dengan kawan dia, letih-letih dia beratur tapi tak boleh mengundi. Nama dia sebenarnya kat pusat pengundian lain. Pastu dia cakap nanti-nanti la dia pergi. Tengah ramai orang waktu tu. Siap dia kata lagi SPR main-main kan dia... hehehehe... no komen la. Seharian nie jugak saya perhatikan kereta yang lalu lalang. Yang pasti bendera BN lebih menyerlah menghiasi kereta-kereta itu. Saya dah dapat gambaran awal yang BN bakal mengusai Terengganu semula.

Tengahari sikit saya ke tempat check nama dalam list SPR. Kakak dan 2 orang adik saya ada kat sana. Ayah saya suruh tolong-tolong sikit. Ayah suruh saya jugak tapi saya kata tak boleh sebab saya nie pelajar. Nanti kena buang universiti. Hehehehe... betul la... AUKU ngan AKUJANJI tu... Lagipun saya malas nak tolong.. malu la... alasan jer tadi. Saya pegi jenguk-jenguk jer. Pastu amik nasik sekali. Nasik free hari nie. Rekod la saya hari nie... 3 kali saya makan nasik.

Lepas tempoh pengundian berakhir pukul 5 petang, kakak dan adik saya balik ke rumah. Masa tu saya dah ada kat bilik. Pastu adik saya yang kecik panggil suruh jaga cyber cafe. Tuan punyer kedai mintak tolong. Sebenarnya ganti kakak saya. Dia tengah jaga sekarang nie. Pas solat asar saya turun dan terus ke sana. Apa lagi internet free la. Saya jaga sampai pukul 7 lebih sikit. Masa tu budak-budak yang main games dah balik. Saya tutup kedai dan ingat nak bukak balik malam nie. Tapi baru teringat malam nie keputusan pilihanraya kuar. Tak jadilah. Masa nak tutup tu tuan punya cc sampai... saya pun bagi kunci dan terus balik rumah.

Pas solat maghrib saya terus terpacak depan tv. Nak tengok keputusan pilihanraya la. Apa lagi... saya kan duk kat Terengganu... negeri yang jadi perhatian seluruh negara. Glamer jugak yer orang terengganu sekarang nie kan? Hehehehehe.... Lepas buletin utama ada siaran pasal keputusan pilihanraya. Saya sekeluarga depan tv dan ayah pun baru balik dari tempat pengiraan kertas undi. Dari keputusan tak rasmi menunjukkan BN menguasai banyak kerusi berbanding PAS. Walaupun ia keputusan tak rasmi, saya yakin dan cukup pasti Terengganu bakal bertukar kerajaan baru. Sebenarnya dari pukul 8 tadi saya dah tahu BN mungkin akan rampas Terengganu balik. Mak tiri yang cakap. Dia kata ayah bagitau kat dia. Ayah buat rumusan tu bila tengok senario hari pengundian hari nie. Saya sendiri pun dah agak...

Saya tak tengok siaran samapi habis. Lagipun dah tahu kan keputusannya... buat apa nak tengok lagi kan? Perkara terakhirnya yang saya dengar (masa tu saya dah nak tidur) dari tv, ialah ulasan Prof. Dr. Agus Yusof pensyarah UKM tengah apa yang berlaku kat Kelantan. Dia sendiri tak menyangka perkara nie akan terjadi. Saya ingat lagi masa saya tengok MHI 2 minggu lepas. Masa tu Prof yang sama di jemput dalam program tu. Beliau berkeras yang kerajaan yang ada di Kelantan dan Terengganu akan kekal walaupun bermacam-macam pendapat yang di kemukakan oleh pengacara pada hari tu yang membolehkan BN merampas Kelantan semula. Akhirnya hari ini dia terkesima...
 
Saturday, March 20, 2004
posted by nile at 4:53 PM
::Sampai Juga Akhirnya::

Saya selamat sampai di perhentian bas Tanjung Kuala Terengganu pukul 6.15 pagi. Selepas solat subuh saya telefon bestfriend, Ummy suruh datang ambik. Terkejut dia... ingatkan saya tak jadi balik. Apa taknya saya lupa call dia malam tadi sebelum balik. Tak sempat sebenarnya...

Pukul 8 lebih sikit Ummy sampai. Masa naik kete tu Ummy suruh saya jenguk roadtax dia abis bila. Tengok la... rupa-rupanya esok 21 Mac... istimewa la tu. Esokkan general election. Sebelum Ummy hantar saya balik rumah kitaorang pegi makan nasik dagang kat Batu Burok. Lama tak makan sini. Kesian Ummy... kena la dia belanja saya lagi. Lepas makan kitaoarang ke rumah bakal mak mertua Ummy kat Kuala Ibai. Hantar bubur assyura. Sepanjang jalan ke Kuala Ibai perang poster memang meriah giler. Yang menariknya bila poster-poster tu di buat replika meriam, basikal, beca, twin tower dan macam-macam lagi. Sempat jugak saya berhenti amik gambar dulu. Buat kenangan 5 tahun sekali baru boleh jumpa balik benda-benda nie. Pastu barulah Ummy hantar saya balik ke rumah. Tapi Ummy ajak saya temankan dia hantar bubur assyura kat sedara mara dia di Marang. Jadi, saya ikut balik Ummy ke bandar. Kena mandi dulu la. Masa sampai rumah tu mak tiri cakap ayah dah masukkan duit claim tiket balik pilihanraya. Sukannya hati...

Sampai kat bandar saya pegi korek duit dulu. Tapi tak ada pun. Betul ker mak cakap nie? Dia silap kot. Ummy tinggalkan saya kat bandar sebab saya nak beli barabg sikit. Mintak duit sikit ngan Ummy... nak buat belanja.. hehehehe... jahatkan saya? Kesian Ummy. Ummy balik ke rumah amik bubur assyura dan adiknya. Pukul 11.30 pagi lebih kurang Ummy datang amik saya dan kitaorang terus ke Marang.

Dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Marang, perang poster memang hangat. Saya menjangkakan benda ada perang poster yang sengit di kawasan Tuan Guru kat Kg. Rusila, tapi sebaliknya berlaku. Sepanjang jalan tak ada satu pun bendera BN. Selepas kampung tu baru la jumpa 2, 3 ketul tu pun tak banyak sangat. Diorang tak berani letak ker? saya pun tak pasti.


Selepas singgah di 3 buah rumah sedara Ummy kitaorang terus balik ke KT balik. Dalam perjalanan balik sempat singgah di 3 tempat replika poster tu. Amik gambar lagi. Kali nie kat replika poster BN. Kenangan beb! Ummy tak hantar saya ke rumah tapi di stesyen bas KT jer. tak per la saya balik sendiri la. saya sampai rumah pukul 3 petang.


::Susahnyer!!!!!::

Akhirnya dapat jugak saya online hari nie. Kalau boleh tak nak tinggal walau sehari update blog nie. Saya sambung bile balik UKM nanti. Kat sini tak der privasi. Budak-budak tengah main game. Bising giler...
 
Friday, March 19, 2004
posted by nile at 6:43 PM
::Selamat Mengundi::

Buat kawan-kawan semua, yang balik ngundi drive kete nile harap semua selamat. Yang naik bas tu banyak-banyak berdoa... naik kete pun kena banyak berdoa jugak. Selamat tunaikan kewajipan.... Buatlah pilihan yang tepat. Selamat mengundi!!!!!!!!!!
 
posted by nile at 12:42 PM
Budget n Belanja

Dah seminggu tak catat. Hari nie kena la ingat balik apa yang saya belanja sepanjang minggu nie. Lagipun malam nie dah balik. Balik rumah nanti tak tau la sempat tak sentuh komputer. Kat kampung mana la nak cari internet.

Ahad-14 Mac Aiskrim RM1.00

Isnin-15 Mac Air kotak-RM1.20, telefon=RM1.00

Selasa-16 Mac aiskrim-RM1.00, maggi-RM2.80, beras (bayar hutang lama)-RM10.00 Hari hilang kunci, heheheee duit banyak abis wak tepon Tel-RM3.00

Rabu-17 Mac kek pisang-RM2.60, Kodak-RM13.00, prepaid-RM49.00, bil air tambah duit saya sikit(tolak hutang lama)-RM20.00, cyber cafe- RM3.20

Khamis-18 Mac Baiki motor-RM28.00, aiskrim-RM1.00, sabun-RM0.70, denda hantar buku lambat-RM0.80

Jumaat-19 Mac Air kotak-RM1.20, asam masin-RM1.00

Pendapatan>>> Yah (mak dia bagi)=RM30, Surat=RM100
 
posted by nile at 8:21 AM
::Malam nie balik Kampung::

Pagi tadi tengah bersiap-siap ke lab, Maria panggil. Dia kata kakak saya hantar sms. Bunyinya....

dik, cakap kat sila, ayah suruh balik ngundi. tiket balik boleh claim

Hehehehe, lusa nak ngundi baru nak suruh balik? Mesti ayah baru cek daftar pengundi nampak nama saya... tu yang suruh balik tu. Nasib baik la saya dah beli tiket tu lama dah. Kalau cari hari nie confirm dah habis. Bila dengar yang boleh claim tu seronok... sebabnya tiket nie pun duit orang. Boleh bayar balik la guna duit claim tu. Kuatnya pengaruh pilihanraya kan? Sampaikan tiket balik kampung pun boleh claim tu. Ada seorang kawan saya bagitahu, kawan dia kat kelantan siap boleh claim RM300 lagi. Wow!! Banyak giler kan? Kalau la saya boleh dapat RM300 jugak, best tu! Boleh beli Majalah BS banyak-banyak. Ramai yang mintak nie. Saya dapat free cuma 10 copy jer. Tapi tak per la sebab minggu depan saya akan dapat tunggakan sholarship untuk 4 bulan. Hehehehe... kaya den nanti...

Tak sabar nak balik kampung. Yang pastinya apa yang paling saya nantikan ialah kemeriahan perang poster pilihanraya nie. Tapi barang belum kemas lagi. Ala sekejap jer kot. Lagipun saya balik 3 hari jer. Hari isnin balik semula ke sini. Semoga perjalanan pergi dan balik saya akan selamat. Doakan saya boleh?
 
Thursday, March 18, 2004
posted by nile at 6:30 PM
::Diam Itu Menunjukkan Marah atau Menyejukkan Hati?::

Topik nie penah dibuka oleh Freshwater (housemate nile=saya) kat forum GengJurnal. Tapi tajuk dia lain sikit la. Kat sini saya nak paste apa yang orang jawab kat forum....

freshwater
Assalamualaikum kawan-kawan semua.....

Diam adalah cara terbaik tunjukkan kemarahan? topik yang saya baru buka ni untuk minta pendapat rakan-rakan yang lain. Ada orang cara lepaskan kemarahan dengan marah directly kat orang. Ada juga yang diam. so ape pendapat kawan-kawan semua? Bagi saye selalunya saya akan diam dan takkan cakap banyak untuk lepaskan kemarahan....
so saye minta pendapat kawan2 semua...

tapi ape pendapat kawan2 semua kalau ade org tu cara dia marah adalah mendiamkan diri tetapi dia tak cakap dengan siape dia marah dan kita tak tahu dia marah kat kita atau pun tidak...so kita akan rase bersalah walaupun bukan salah kita....
camene tu ?


nile_chem
diam nak tunjukkan kemarahan? hmmm... hang nak marah kat sapa nie...? sebenarnya nile rasa diam tu untuk tenangkan hati kita lagi baik. Diam untuk hilangkan kemarahan... bukannya menunjukkan kemarahan... itu yang lebih baik...

kita diam supaya kita tidak marah... alhamdulillah kita akan mengelakkan diri dari berdosa... marah itu datangnya dari syaitan... dan berdiam diri adalah jalan yang lebih baik.


Salji
diam untuk tunjukkan kemarahan adalah...tak sesuai. freshwater perlu vocal. perlu suarakan pendapat. takleh terlalu senyap. bila kita diam, orang akan fikir takde tentangan. orang pikir...kita accept sume yang kita terima. tak elok cenggitu.

lagipun...orang yang memendam marah ni...tak elok bila dia 'meletup'. percayalah. salji tau camne teruknya bila orang pendiam 'meletup'. kalau boleh masa tu, rasa cam nak duduk 100km daripada orang tu.

lagipun dalam hidup kita sekarang, sikap keterbukaan dan tak segan bercakap sangat penting. orang yang rajin menyuarakan pendapat ni...dia lebih mudah bergaul. even mudah naik pangkat. bos nak berentikan keje pun takut.

so...berdiam diri untuk menunjukkan rasa marah...jangan diamalkan. kalau boleh, biar kita berterus terang. bagitau apa yang kita rasa. kalau agak2 takut orang takleh terima, cakap dengan sehalus2 bahasa. gaya pun kena 10/10.

bergantung pada situasi, kenkadang kita kena toleran, kenkadang kita kena firm. banyakkan berkawan ngan owang lebih dewasa untuk panduan. kalau kat geju ni pun ramai. kak ungku ada...ep ada...count selar ada...

freshwater kata sabar tu 1/2 daripada iman. betul tu. apa lagi 1/2? bersih. sabar dan bersih. cuba pahamkan dua2 perkara tu dalam segala konteks kehidupan. nanti sure freshwater paham apa yang salji duk kata dari awal tadi.

bak kata owang jawa, 'malu, lapar'. heheh.

teringat dulu ada kawan salji tanya...

kawan: kalau sabar tu separuh daripada iman, lagi separuh apa?
salji: tak sabar. wahwahwahwahwah.


kelipkelip
kalau marah seseorang, pusing belakang dan lari. jgn tengok muka dia for a few days. kalau nak marah kat dia directly mungkin ada yang tersakit ati kerana bicara yang baik, membawa keselamatan dan kebaikan manakala bicara yg tidak mengikut adabnya akan merana di dunia & akhirat. Serah pada Allah semoga dia (yg menyakitkan hati kita) akan insaf. Berdiam adalah lebih baik. Hadis Rasulullah saw; "Barangsiapa yg beriman kpd Allah & hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". Bila kemarahan kita dah reda, barulah bersemuka dgnnya.



Bagi saya berdiam diri tu ada sebaik-baik perkara kalau waktu tu kita merasa marah. Itu la yang saya rasa. Dulu pun saya penah jugak diam bila rasa marah kat orang. Pastu lama-lama mesti perasaan marah itu hilang. Tapi kadang-kadang tu kalau sakit hati sangat saya biasa jugak terus marah. Waktu mungkin terlalu mengikut perasaan, terlalu beremosi. Saya penah rasa marah dan terus marah terus kat kawan saya. Tapi dia buat selamba jer, macam nothing happened jer. Sebenarya bagus jugak ada kawan macam dia nie. Jenis tak kisah. Tapi dia cerita la kat saya apa dia rasa. Dia citer kat saya masa kitaorang mengimbas balik kenangan tu.. hehehehe. Dia kata dia buat selamba sebab dia rasa bukan salah dia. Walaupun bagi saya memang itu salah dia. Dia kata saya marah sebab saya yang rasa nak marah. Rasa marah tu datang dari diri saya bukannya dia yang buat saya marah. Kesimpulannya bagi dia "Saya marah kerana saya rasa nak marah". Aduh!! Susah betul kawan saya sorang nie.... tapi dia la sahabat baik saya kat UKM nie.... Pernah jugak sebab nak marahkan seseorang saya senyap sampai seminggu tapi boleh dia tak perasan... Alahai sakitnya hati tak tau la... buat selamba jek! Tapi lama-lama perasaan marah tu pasti akan hilang sendiri. Bagus jugak dia buat dek camtu. At least.... hati kita boleh sejuk sendiri. Kalau tiba-tiba dia persoal ker, pastu boleh sebabkan kita marah lagi buruk akibatnya kan? Yang pasti... senyap dan diamlah... pasti marah akan hilang.

Saya bukak tajuk nie sajer-sajer jer. Tak ada kaitan dengan orang lain mahupun hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Semuanya kerana " Saya nak bukak tajuk nie so saya bukak la". Hahahahaha.... end.
 
posted by nile at 12:54 PM
:: Sehari Sebelum Balik::

Tak balik lagi dah ada yang pesan.... saya letak sini....

nile..blik kg nanti ati2 ek...bawa ole2 skalik utk tipah taw..heheheh

Don't worry tipah... nile bawak balik punyer. Bendera PAS nak tak? Hahahahaha.... tak ada la. Nanti nile beli something untuk tipah.

Pagi tadi sebelum datang lab, saya ke workshop dulu. Cari visor motor. Visor helmet saya dah pecah dekat setahun dah tapi saya malas nak tukar. Nasib baik ada 2 helmet. Tak tukar sebab sakit hati. termasuk kali nie cukup la 5 kali saya tukar visor tu. Berbanding dengan helmet yang satu lagi tu tak penah pecah. Dulu ingatkan sebab tak ada lambang sirim. Tapi helmet yang last sebelum nie memang saya beli ada lambang sirim. Tapi pecah jugak.

Saya tukar jugak nie pun sebab Maria yang nak sangat. Dia kan sekali-sekala tumpang saya. Daif sangat visor tu. Siap tape lagi. Selalu jugak tercabut. Semalam lagi Maria bagi duit suruh tukar tapi saya tak tukar. Sebelum nie dah 3, 4 kali dia suruh tapi tahu-tahu ajerlah, saya nie sengkek sangat. Pagi tadi dah nekad nak kena gi jugak workshop nie. Kesian kat Maria. Pas orang kat kedai tu pasang saya pun start motor nak balik. 5, 6 kali start... tapi motor masih tak nak hidup. So, apa lagi terpaksa la tukar plug. Bila tukat plug masih tak nak hidup. Cek cek coil rosak, api kurang sket. Tukar la semua tu. Nasib baik duit cukup. Semalam masa Yah datang rumah dia bagi kat saya RM30. Dia kata mak dia bagi kat saya. Pastu dia kata lagi mak dia selalu pesan kat Yah macam mak dia sayang saya lagi dari dia. Hehehehe... baiknya mak dia. Saya lak tak sedar diri... eh silap lak. Bukan tak sedar diri tapi macam tak menghargai. Dulu saya penah tinggal menumpang kat rumah Yah 2 bulan masa praktikal kat Besut dulu. Mak dia memang baik dan selamba orangnya. Tapi pas tu saya tak kontek dia. Ada jugak sekali dua tepon mak dia angkat tapi banyaknya mak dia yang call saya masa saya ada handset dulu la. Nak tanya pasal anak dia la. Rasa gak bersalah... tapi saya nie jenis malu sikit dengan orang tua. Niat memang nak call la lepas balik kampung nanti. Murah sket.

Dengan duit yang mak Yah bagi tu cukup-cukup untuk bayaran coil ngan plug. Semuanya RM29. Lebih singgit jer. Tapi dia bagi balance kat saya tadi RM2. Entah la kenapa. Alhamdulillah... syukur sangat. Tengah-tengah saya ada masalah tiba-tiba ada jer pertolongan dari Allah terbentang depan saya.
 
Wednesday, March 17, 2004
posted by nile at 9:27 PM
:: SMS Misteri::

2 hari lepas saya terima sms nie lepas saya buat miss call kat handset Adik saya guna handset Maria.


012435****

akum **** ada kat umah kawan ni. x yah cal umah lah minggu depan bru blik png. x cakap kat mak pun. jgn call ekk. jangan ckap kat mak **** ok bye ****


Masa dapat tu was-was jugak nak bukak sebab handset orang kan. Sebenarnya kebetulan handset tu ada dengan saya sebab best friend call sebelum tu. Saya bukak jugak... rupa-rupanya Adik saya yang send tapi guna handset orang. Saya reply sms tu (dah la tak mintak izin dulu Maria dulu... hehehehe). Tapi as usual la dia tak balas.

Yang misterinya kat mana la Adik saya sorang nie. Cuti dah start hari isnin. Saya dapat tau yang dia dah balik kampung dari hari sabtu lagi. Rupa-rupanya tak balik lagi. Pergi mana entah la. Tau pun takut.. siap pesan kat saya jangan call rumah dia lagi tu. Sebenarnya saya biasa jugak borak ngan mak Adik saya tu. Mak dia jenis ramah tu yang saya suka... hehehe. Saya harap pandai-pandai la dia jaga diri. Jangan buat benda tak senonoh dah!


Adik...
Kalau Adik ada terbaca nie, saya mintak maaf sebab tulis benda nie kat sini. Saya cuma harap Adik jaga la diri baik-baik. Duk kat tempat orang nie, kalau jadi apa-apa susah jugak. Terima kasih sebab inform kat saya pasal tu. At least saya tahu Adik tak balik lagi rumah. Dulu mak Adik dah cukup bimbang masa Adik balik lambat setahun yang lepas. Kalau boleh jangan buat mak bimbang lagi. Itu ajer pesan saya. Kalau Adik nak ikut, bagus jugak. Kalau tak nak saya tak boleh nak paksa. Pesan terakhir saya, balik rumah cepat-cepat. Jaga diri, hiasi peribadi!

 
posted by nile at 8:44 PM
:: 2 Hari Sebelum Balik Kampung::

Dekat-dekat nak balik election nie jadi malas pulak nak buat keje. Sampai-sampai kat lab pagi tadi, tak buat apa-apa. Satu tunggu kunci yang kena kebas semalam. Mak indon tu tak sampai-sampai lagi. Lambat betul... Datang lab hari nie tumpang kawan jer. Dia dari Segamat datang Bangi untuk uruskan master dia. Nama dia Kak Shima. Dia bakal sambung master bulan 6 nie. Tumpang dia la tadi.

Lewat jugak Ibu Afnidar datang. Sampai saja dia kat lab komputer kecik tu, dia gelak-gelak. Dari tadi saya duk tunggu dia sambil merungut-rungut. Dari nak marah terus tak jadi. Tak marah pun sebenarnya. Marah main-main.. hehehehe. Saya nak marah orang? Susah.... Pas dapat kunci saya pergi pejabat pos tunaikan wang pos. Pastu beli prepaid RM50, nak reload handset. Dah 2 bulan tak reload. Takut gak mati nanti. Biar la tak der phone pon. Pinjam ngan orang la kalau nak guna. Bayar bil air sekali. Mahal betul kan air sekarang. Rumah saya RM50 lebih. PUAS nie memang nak jerut orang la... (jerut? kenapa guna istilah tu ek? heheheh) Pastu beli filem kodak. Nak ambik gambar balik kampung nie. Nak tunjuk meriah tak meriah Terengganu musim pilihanraya nie. Mesti meriah nie.. bestnyer!!

Tengahari balik rumah sekali ngan Kak Shima. Pas solat zohor dia keluar tapi saya tidur dulu. Sedap sangat tidur sampaikan terus tak pergi lab. Biarlah.. lagipun tak ada keje la. Bangun-bangun pun masa azan asar. Pas solat asar, saya turun nak masak. Masa nak turun tu bunyi orang ketuk pintu macam nak pecahkan pintu rumah orang. Saya ingatkan Kak Shima rupanya kawan baik saya sorang lagi tu (yang banyak tolong saya kat sini dari segi kewangan), Si Yah. Dia kata dah 3 kali dia datang. Saya tidur mana la nak sedar. Pastu nampak dia macam nak menangis. Ingatkan dia nak marah kat saya sebab dah banyak kali dia panggil saya tapi saya tak bukak pintu. Rupa-rupanya... dia ada problem besar.

Saya: Bak per nangis nie?
Yah: Permohonan master sayo di tolok.. (sambil menangis). Saya Nok balik rumoh la kalu gini....
Saya: Jangan la balik. Awok tahu maner?
Yah: Mok sayo tepon tadi. Dia kato poskad permohonan di terimo atau tidak tu sapa doh.
Saya: pastu?
Yah: Mok sayo dah baca satu-satu. Memang permohonan di tolok!
Saya: Cek betul2 dok mase ator tu?
Yah: Cek doh! Banyok kali doh!
Saya: Wang poh letok dok?
Yah: Letok la...
Saya: Betul dok?
Yah: Yo la.. letok doh la!!!!!!!!!!!


Kesian kat Yah. Tapi saya rasa ada kesilapan teknikal kat situ. Nak kata mak dia salah baca, dia citer mak dia dah baca satu-satu tadi. Saya cuba tenangkan dia. Dia kata banyak kali dia nak balik kampung. Saya suruh dia tanya PPS betul-betul dulu. Seba tadi dia citer yang dia dah ke PPS. Nombor rujukan dia ada kat sana. Dan orang PPS kata permohonan tengah di proses. So? Maknanya, mesti borang dia pun tengah proses. Akhirnya dia dapat bertenang. Esok saya ajak dia jumpa penyelia saya yang juga akan jadi penyelia dia nanti. Citer masalah nie. Harap-harap dia datang la tu.

Saya masak special sikit hari nie. Masak nasik kuning, ayam masak merah dan acar. Tak la special sangat. Nasik tu yang special. Hehehehe... ada tetamu kan... Pas maghrib saya makan nasik pastu kuar ke cyber cafe. Update blog. Hari nie tak sentuh lagi. Sampai sini dulu.
 
Tuesday, March 16, 2004
posted by nile at 3:41 PM
Mana kunci nie...?

Nak balik camner nie? Kunci motor hilang... tadi rasanya baru pegang. Mesti ada orang tersalah amik nie. Mesti Ibu Af amik nie.... tapi dia dah balik. Nak mintak camner? Isk isk isk.... camner nie!!?

Saya call Ibu Afnidar untuk kepastian. Lama jugak dia cari dalam beg dia. Banyak kali dia kata dia tak ambil. Tapi yang pasti saya cukup yakin dia yang ambil... akhirnya betullah dia yang amik. Saya suruh dia hantar balik kat saya dia kata mana boleh. Dia tak ke UKM lagi. Dia suruh saya ke rumahnya. Mana boleh! Nak pegi naik apa? Dia yang ambil kunci kita suruh kita lak pegi amik. Biarlah... saya cakap nanti-nanti la saya bagi keputusan nak pegi tak ke rumahnya. Rumahnya dah la jauh. Kat Kajang Utama tu.

Saya keluar dari lab untuk mencari Nabihah. Nak tumpang kete dia la balik ke rumah. Saya naik ke 1st floor, intai kete dia, ada lagi nampaknya. Tak balik lagi la tu. Saya naik ke 2nd floor ke lab kitaorang. Tengok-tengok lab berkunci. Saya turun balik ke 1st floor dan intai balik kete dia tengok-tengok dah tak ada. La!!! saya nak balik camner nie!? Saya berlari mencari public phone. Kot-kot sempat call sebelum dia keluar dari kawasan UKM. Tapi tak dapat. 2, 3 kali call masuk mailbox. Ala!!! Camner nie....?

Saya call Dilla, kot-kot boleh tumpang si Fid. Saya tak der no phone Fid so kena call Dilla la. Call Dilla, Fid lak tak ada. Dia ke library. Mintak no phone Fid, call Fid pun masuk mailbox jugak. Tengah-tengah cuba call Fid balik, nampak Dilla. Dia nak ke surau. Dia ajak saya ke lab dulu. Mungkin Fid akan balik ke lab dulu sebelum balik ke rumah. Giliran dia masak hari ni. Dilla tak balik lagi. Dia akan stay kat lab sampai ke malam. Dalam perjalanan ke lab alhamdulillah bertembung dengan Fid.

Fid hantar saya balik pastu. Saya kuar ke lab semula guna motor junior saya si Nida. Dia tumpang motor kat rumah sementara dia balik bercuti sebelum dia datang balik untuk buat 3rd sem. Saya datang ke lab sebab nak gi lab komputer nak guna internet. Tapi tengok-tengok semua orang dah balik. Lab dah berkunci, nak bukak tak ada kunci lak. Balik la semula ke rumah.

Lepas maghrib, Fid hantar saya ambil motor. Alhamdulillah... selamat motor saya. hehehe :)
 
posted by nile at 2:49 PM
::Mangkukkah aku?::

citer nanti-nanti la....
 
Monday, March 15, 2004
posted by nile at 6:07 PM
::7 Tahun Persahabatan::

Hari nie 15 Mac 2004. Tujuh tahun yang lalu pada tarikh ni, saya mula menyayangi seorang kawan yang saya harapkan dapat menjadi sahabat baik saya. Setelah 7 tahun berlalu ikatan ini masih kukuh dan saya amat mengharapkan yang persahabatan ini akan kekal selamanya.

Tahun lepas saya hampir melupai tarikh ini apabila terlalu asyik dengan kawan-kawan baru di kolej. Dek kerana saya lupa menelefon sahabat baik saya mengucapkan selamat padanya, akhirnya saya di denda selama setahun iaitu tiap-tiap 15hb setiap bulan saya di wajikan menelefonnya untuk mengucapkan "Happy Friendship Anniversary".

Hari ini kerana takut didenda lagi, sebaik sahaja sampai di lab pagi tadi, saya terus menelefonnya. Dia ketawa kerana tahu saya takut dikenakan denda sekali lagi. Yang pasti saya benar-benar bersyukur mempunyai seorang sahabat seperti. Dialah yang banyak menolong saya disini. Memberi kan saya wang saku untuk belaja setiap bulan dan mencurahkan segala khidmat bakti membawa saya ke mana-mana dengan kancilnya, TAE 4707 setiap kali saya pulang ke kampung.

Ummy...
Selamat Ulangtahun Persahabatan yang ke-7. Terima kasih di atas segala-galanya. Tanpa bantuan Ummy, entah apa akan jadi pada Sila di sini. Semoga persahabatan kita akan berkekalan selamanya dan jangan lupa masukkan duit dalam bank akhir bulan nie, ini kali yang terakhir sebelum Sila dapat biasiswa (hehehhee... gurau jer). Sayang Ummy Sokmo!!!
 
Sunday, March 14, 2004
posted by nile at 11:24 AM
::Salah-sangka::

3 hari lepas (11 Mac 2004) sebaik saya tiba di rumah selepas balik dari lab lebih kurang pukul 9 malam, Maria bagitahu yang adik saya call. Sapa lagi kalau bukan Niza. Saya pelik... terfikir-fikir kenapa dia call. Mula-mula ingat nak buat selamba tapi ada jugak rasa macam nak mintak sms satu dengan Maria. Nak tanya adik apa yang dia nak tapi malu pulak. Akhirnya memang saya tak mintak lah.

Sehari selepas tu (12 Mac 2004) saya balik lewat lagi ke rumah. Macam biasala kan. Lagipun saya jalankan kajian photostability untuk bahan sensor pertama selama 8 jam. Saya start agak lambat dan ianya hanya berakhir dekat pukul 9 malam. Selain tu saya temankan seorang kawan, Ibu Afnidar buat ANN. Duduk mengajar dia la jugak. Tapi mak indon nie teruk sket. Copy-paste pun tak reti. Nak mati mengajarnya. Saya balik ke rumah pukul 9.30 malam. Sampai kat rumah tengok rumah gelap. Tak ada orang ker? Rupanya semuanya keluar. Ada yang ke lab belum balik lagi dan ada yang ke bilik di fakulti.

Semalam, masa nak pegi lab, Maria cakap ada seorang junior saya call semalam. Tapi bukan dia yang angkat. Si Fid yang angkat. Katanya, dia nak tinggal barang kat rumah kerana ambil semester 3. Mungkinkah adik Niza? Saya sendiri tak dapat pastikan. Kali nie nampaknya saya terpaksa la mintak jugak satu sms dengan Maria. Tapi... nasib saya tak cukup baik, Maria kehabisan kredit. Hmm... so camner nie? Nampaknya adik saya perlukan pertolongan sangat tu. 2 hari berturut-turut call. So, saya ambil keputusan untuk call dia menggunakan public phone bila saya sampai di lab nanti.

Sesampainya di lab saya ingat nak terus pegi call. Tapi sekali lagi tuhan menguji saya... saya lupa bawak purse. Satu sen tak ada duit nie. Nak call camner? Saya ke lab komputer kecik nie la, cari la sapa-sapa nak pimjam duit syiling. Tanya Baya, Baya tak ada syiling. Tanya Sing Muk, dia pun tak ada syiling. Tanya Kak Shida, sekali lagi sama seperti orang-orang sebelum ini, dia memang tak ada syiling jugak. Saya tak tahu nak pinjam kat sapa lagi. So, saya ambil keputusan untuk online kat internet. Lupakan dulu pasal syiling tu. Saya bukak blog saya, saya hantar sms guna internet. Tapi Adik nak balas camner? Hmm.... Lupakan ajerlah dulu pasal tu walaupun sebenarnya saya bimbang. Lagipun hari nie dah hari sabtu. Esok last exam bagi semua fakulti tapi Adik tak tahu dia habis bila. Saya bimbang la, kalau Adik kena kosongkan hostel secepat yang mungkin, mana dia nak letak barang?

Pas bosan guna internet, saya pun ingat nak blah dari lab kecik nie. Pastu pc yang saya guna tu ketua lab kitaorang, Abg Nasir guna. Saya dengan muka tak malu mintak nak pinjam syiling dengan dia. Tak malu nie pun sebab dulu dia penah bagi kat saya duit syiling untuk telefon seorang kawan lab kitaorang. Dia bagi 40 sen. La mana cukup. Dengan muka tak malu lagi saya mi tak lagi, dia tambah RM1.50 lagi. hehehehee... selesai masalah. Tapi masa dia bagi duit tu dia tanya saya, nak telefon tunang ker? (Sambil tersengih-sengih). Saya pun sambil tersengih-sengih tunjuk jari saya yang berinai. Hehehee... ada jugak yang percaya saya bertunang. Saya pakai inai tu masa balik raya haji bari nie. Tak hilang-hilang lagi.

Saya terus pegi call. 5, 6 kali call tak ada orang jawab. Entah kenapa la budak nie sorang. Nakmintak tolong sangat. Jawab la telefon. Pastu saya terfikir la yang mungkin dia tengah exam. Saya call Maria dan cakap saya nak ke bilik dia. Kat bilik Maria saya duk berbincang pasal Adik saya tu. Diorang memang tahu sangat, Adik saya tu selalunya kalau call saya untuk mintak tolong jer. Entah kenapa sata tertanya Maria, handset dah reload ker? Dia jawab ya, tadi. Yea..yea... saya pun dengan muka tak malu lagi mintak satu sms. Tapi sebelum tu saya call Adik dulu. Dan seperti biasa dia tak angkat jugak. Hmm... memang tengah exam kot. Saya hantar sms sebijik sms yang saya hantar tadi. Baik tak yah hantar kan? Lepak-lepak kat bilik Maria sambil chatting ngan Brad. Masih bersembang pasal Adik lagi dan juga pasal Blues Selamanya issue 46. Banyak kesimpulan yang dibuat. Dari saya dan juga Brad. Kesimpulan yang makin tersimpul.... kepada saya mungkin. Masih tak nak berubah! ( Tadi ingat tulis masih tak nak belajar dari kesilapan... tapi Brad cakap tak boleh belajar dari kesilapan. Sepaptutnya jangan buat silap lagi). Saya masih dengan perangai dulu... entah la... sukar nak mengikis perasaan lama nih!

(bersambung)


 
posted by nile at 11:19 AM
::Tak der keje...::

Hari nie rasanya tak ada keje. Nie pun saya baru sampai lab... datang untuk update blog jer. Nak chatting tak ada orang online. Masuk forum la. Jawab sikit-sikit apa yang ada. Pas tu ingat nak gi jalan bilik Maria la. Tapi nak gi bilik dia nak buat apa? Kat sini pun ada internet. Hmmm.... nak balik la. Boringgggggg.

::Budget n Belanja::

13 Mac- Sabtu>Telefon-20 sen (duit pinjam), limau-RM5.00, keropok-RM1.00 (beli kat pasar malam)
TOTAL=RM6.20
 
Saturday, March 13, 2004
posted by nile at 11:22 AM
::Futsal!!::

Petang nie tipah ajak main futsal. Tapi saya tak confirm lagi nak pegi ke tak... Nak kata sibuk tu memang tak langsung. Hari nie free sebab instrumen kena gilir-gilir guna. Tengok keadaan la. Rasa macam nak pergi tapi... tengok la dulu. Ada jodoh pergi la. InsyaAllah!
 
Friday, March 12, 2004
posted by nile at 8:40 PM
:::Sampai termimpi-mimpi lak!!!:::

Semalam lepas dapat surat dari Brad tu, ntah berapa kali duk tenung wang pos tu sambil tersenyum-senyum :). Masa balik tengahari tu terlena sekejap ngan surat-surat tu sekali. Kelako giler kan? Yang paling kelakarnya pagi tadi pun bangun tidur dengan senyuman panjang dan juga runsing sikit. Apa taknya termimpi pasal "Warkah Untuk Adik" dah keluar dalam Blues Selamanya.

Saya tersenyum sebab gembira sangat sampai terbawa ke tidur. Itulah saya... kehidupan seharian selalu timbul kat dalam mimpi. Yang runsingnya bila dalam mimpi tu, saya baca la surat yang saya tulis tu kat dalam majalah tu. Tapi surat tu dah lain giler dari yang asal. Tahu-tahu ajerlahkan... apa yang kita hantar kat majalah bukannya kuar sebijik-sebijik. Brad dah cakap yang memang ianya diedit balik. Tapi bila saya dapat layout citer tu petang tadi dan baca balik sebenarnya tak banyak yang berubah. Cuma ada yang dipotong dan dilompatkan. Tak kisahlah kan...? Asal kuar dah... tu pun dah cukup-cukup bersyukur. Alhamdulillah!

Kesimpulannya... mimpi saya tu memang terover-over. Dan jangan percaya kat mimpi sangat!! :)
 
posted by nile at 7:01 PM
Design Page "Warkah Untuk Adik"

Ini layout karya saya yang akan tersiar kat Majalah Blues Selamanya. Baru dapat kejap tadi. Ok tak? Kalau nak baca yang real, beli la majalah Blues Selamanya Issue 46. Promote nie... hehehehe...

Tapi kalau baca tu jangan kutuk lak ek? Semua tu sekadar luahan perasaan... tengah sedih kan... apa-apa pun boleh keluar. Terbitnya citer tu dalam Blues Selamanya bermakna saya telah mencipta satu sejarah baru dalam hidup saya. Kalau ada idea mungkin saya akan menulis lagi.

Semuanya akan jadi kenyataan kalau saya berusaha...insyaAllah :)

 
posted by nile at 6:22 PM
::Budget n' Belanja::

Lama sangat tak catat nie boleh jadi lupa. Nak cuba ingat jap.

8 Mac-Isnin- Lupa sangat nie. Dah berhari-hari. Ada belanja apa-apa ek? Macam tak ada la.

9 Mac-Selasa- Beli jambu RM1.00. Makan kat Muar RM7.20. Belanja sekali sekala. hehehehe
Total=RM8.20

10 Mac-Rabu- bayar balik duit kongsi hadiah RM6.00 sorang
TOTAL=RM6.00

11 Mac-Khamis-Air kotak RM2.40, surat khabar RM1.20
TOTAL=RM3.60

12 Mac- Jumaat- Air kotak RM1.20, Jambu RM1.00
Total=RM2.20

 
Thursday, March 11, 2004
posted by nile at 5:20 PM
::Gaji Pertama::

Tengahari tadi balik rumah. Nak balik sangat ni pun sebab Brad cakap semalam dia ada pos kan something kat saya. Tu la fikir yang barang tu mungkin sampai hari ni. Saya sampai kat pintu pagar rumah terus tengok post box. Alhamdulillah ada... sekeping surat. Siap dengan chop MOY lagi. Semalam masa Brad cakap pos something kat saya, apa yang saya terbayang ialah hadiah macam teady bear ker... contoh la.... heheheh... Bukak-bukak tu ada sehelai kertas dan sekeping wang pos. Rupa-rupanya Brad pos bayaran untuk karya saya yang akan tersiar dalam majalah Blues Selamanya untuk issue 46 nanti. Terkejut jugak dengan nilai wang pos tu, terlalu banyak. Pastu siap Brad kata ada lagi pas ni. Yang saya dapat nie pun dah rasa cukup banyak. Lagipun mana la saya pernah terima apa-apa bayaran untuk penerbitan apa-apa bahan di majalah. Ini adalah pengalaman yang baru bagi saya.

Apa yang mampu saya ucapkan cuma syukur yang teramat-amat pada Allah. Allah telah menunjukkan dan memberikan saya satu jalan untuk menyelesaikan satu masalah besar dalam hidup saya sejak sambung master nie. Selain itu jutaan terima kasih yang teramat-amat buat Brad yang menolong saya hingga membolehkan "surat" saya tu boleh tersiar kat majalah BS. Sekarang semuanya dah jadi kenyataan... Brad cakap 2,3 hari lepas majalah dah masuk printing.Tanpa pertolongan Brad, apalah nilai "surat" saya tu. Mungkin ia hanya boleh jadi tatapan saya dan orang yang saya tujukan surat tu. Tapi sampai ke hari ini saya masih belum bagi surat tu pada orang yang di tuju. Rancangan saya sekarang ialah nak bagi majalah BS issue 46 pada orang yang saya tujukan. Mungkin dalam bentuk majalah ni saya ada keberanian sikit nak bagi kat dia. Apa yang saya harapkan dari semua ini ialah agar dia dapat memahami apa yang saya rasakan sejak persahabatan kami mulai retak.

Sebenarnya itu semua cerita lama.... yang kalau boleh semua kenangan tu tak ingin saya ingati lagi. Sekarang ni saya dah boleh menerima apa yang sudah berlaku pada persahabatan kami. Kalau semua tu tak terjadi, tak pulak saya menulis surat tu kan? Tak pulak surat tu boleh masuk majalah kan? Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya... terlalu banyak hikmahnya... bagi saya lah. Bagi orang yang berfikir tanpa mengikut perasaan, mereka akan menyedarinya. Sebaliknya bagi orang yang tak berfikir, mereka tergolong dalam orang-orang yang rugi dan tak di beri petunjuk. Semoga kita semua tidak berada dalam golongan yang kedua tadi. InsyaAllah!!!!!!

Thanks Brad!!!
 
Wednesday, March 10, 2004
posted by nile at 6:21 PM
::Muar Dalam Kenangan::

Semalam bertolak dari rumah ke Muar pukul 5 lebih. Sebaik sahaja solat asarlah... Singgah di petronas isi minyak, beli makanan ringan, air dan terus bertolak. Sampai di hospital Muar lebih kurang pukul 7.25 malam. Hanya lima minit lagi sebelum waktu melawat habis. Alhamdulillah nasib kami agak baik. Hadiah untuk anak Abg Sukeri dah beli kat Astaka Muar tadi, singgah sekejap sebelum ke hospital. Tu pun terpaksa berkejar-kejar kerana takut tak sempat. Kitaorang beli hamper jer.

Duk kat hospital tak sampai 5 minit, kena hambat keluar. So, terpaksalah. Solat maghrib di sana dulu dan kami terus ke rumah Maria di Kundang Ulu, lebih kurang 45 minit dari hospital Muar. Tapi kitaorang singgah makan kat sebuah gerai di tepi jalan sebaik keluar dari bandar Muar. Saya memang la kena makan sebab tak makan sejak tengahari, cuma breakfast pagi tadi dan makanan ringan masa kat dalam kereta tadi. Saya macam biasa la pesan kuey teow goreng dan air limau ais. Masa dapat kuey teow tu dah rasa pelik sket la... tak macam yang saya biasa makan kat Bangi. Bila makan ok la... tapi lain sikit sebab tak ada ayam cuma ada fish cake yang dipotong-potong dengan telur yang cara masaknya agak pelik. Bagus jugak tak ada ayam, kitaorang tengah boikot untuk sementara waktu. Nak describe susah la.. hehehe... Masa makan tu sakit hati betul la. Ada la mamat 2, 3 orang yang baru singgah makan, duk tengok kat kitaorang. Tak abis-abis tengok sampai la kitaorang keluar dari kedai tu, masuk kereta, dan blah dari situ. Tapi rupa-rupanya.... plat kete diorang tu plat Negeri Sembilan jugak. oic... ok la... kitaorang boleh terima la kenapa duk tengok kitaorang dari tadi.... orang satu negeri rupanya... hehehehe...

Sampai di rumah Maria di Kundang Ulu kul 9.20 malam. Ingat nak tengok Senario tapi tak tertengok lak bila sampai sana. Malu la... rumah orang. Saya tidur agak lewat malam tu, tapi driver kitaorang dah tidur awal-awal lagi. Sampai tu, terus tidur. Letih kot. Maria lak lagi lewat sebab dia sibuk uruskan borang JPA/MARA adik dia. Eh! Lupa lak nak cakap... kitaorang bertegas sangat ke Muar bukannya sebab Abg Sukeri dapat anak pun (anak lelaki, Danish Haris). Tapi tu salah satu faktornya la... Satu lagi pasal borang JPA/MARA tu. Semalam hari last hantar borang permohonan tajaan JPA/MARA ke luar negara untuk pelajar lepasan SPM. Dan semalam jugak baru la Maria belikan borang tu untuk adik dia yang sekarang nie tengah kena kurung kat Melaka... Khidmat Negara la... hehehehe. Dari tengahari lagi Nabihah ngan Maria duk gi uruskan pasal borang tu. Siap ke Putrajaya la tanya. Nasib baik diorang bagi last hari nie. Maria duk sibuk-sibuk call adik dia kat sana. Isi borang OMR tu... entah kul berapa baru dia tidur. Nasib baik la ada kakak macam Maria nie kan...? Terpaksa la dia ambik cuti hari nie untuk uruskan pasal borang tu.

Satu lagi yang kelakarnya, Maria lupa nak log out. Dia kan kakitangan UKM kena la log out. Macam kitaoarang nie ikut suka hati la. Tapi tak lama lagi saya pn kena punch card. Ini prosedur jabatan kimia bagi sesiapa yang dapat scholarship. Selagi duit tak masuk, lagi tu la saya malas nak punch card.. hehehehe. Pasal Maria lupa tadi tu, nasib baik la saya ingatkan tu pun dah pukul 8 malam tadi. Dan lagi bernasib baik housemates kitaorang masih kat lab. Biasalah... housemates saya kan rajin. Kebetulan masa Maria call diorang masa di sana. Susah-susah nak terang lak macam mana nal log out. Kat UKM kan pakai sistem berkomputer tu yang susah sket. Kena terang satu-satu kat Fid tu. Malam tadi jugak masa sampai tu ada orang telefon rumah Maria. Nak cakap ngan ayah dia la. Maria yang angkat. Pastu Maria masuk bilik dan gelak-gelak. Dia kata mesti tak paham kan? Saya pun tanya la... ayah speaking ker? Sebab saya dengar pelik sikit bahasanya. Maksud saya speaking tu ialah speaking dalam BI tapi rojak la. Maria jawab yer. Saya dengar tapi macam bukan english lak. Maria kat lagi... cakap jawa la... Lak! Hehehee... sebab tu pelik jer. Saya pun buka pintu curi-curi dengar. Memang tak paham langsung!

Pagi tadi sebelum balik kitaorang bersiar-siar sekitar kampung Kundang Ulu nie. Sebenarnya dari semalam lagi saya dah takjub lihat rumah-rumah kat Muar nie. Lain dari rumah-rumah kat kampung saya. Pastu diorang tanya la lain macam mana sebab bagi diorang macam biasa jer. Entah la... lain tu bagi saya memang lain la. Unik sikit. Macam rumah-rumah yang saya lihat dalam perjalanan ke Sungai Congkak kat Hulu Langat tu. Unik kan? Lawa giler... Macam rumah-rumah yang saya lihat dalam perjalanan ke Gemas jugak... senibina Minangkabau.... Uniknya rumah kat Negeri Sembilan kan? Inilah kelebihan Malaysia.... Kat Kundang Ulu nie majoriti orang Jawa. Saya nie banyak sket tanyanya... habis tanya... sejarah, macam mana boleh datang sini. Macam-macamlah... pening si Maria tu nak jawab. Sampaikan sejarah nama Maria dan nama panggilan dia kat rumah pun saya tanya... tapi yang tu tak leh citer kat sini la... hehehee...

Kul 10 lebih singgah di sekolah untuk buat pengesahan pada borang. Kitaorang bertolak dari sekolah kul 11 lebih sikit. Sebelum balik singgah di SMAP Labu untuk ambil sijil berenti sekolah Nabihah dan terus ke Putrajaya untuk hantar borang tu. Nasib baik sempat. Sampai sana tepat-tepat kul 3.40pm. Takut jugak tak sempat. Setelah segalanya setel, kitaorang baik dan sampai kat rumah dalam pukul 4.30pm. Kebetulan hari nie giliran saya masak, tapi nasib baik la mak Maria dah bagi bekal 2 jenis lauk tadi. So, tak yah masak la. Dah banyak sangat. Saya cuma panaskan lauk, masak nasik sket+ nasik daun pisang dan saya cuma potong timun nak buat ulam. Pastu saya kupas nenas yang ayah Maria bagi. Nenas yang ayah dia tanam kat rumah. Manis giler nenas tu. Dah la besor giler!! Pas makan saya terus ke lab. Kena update blog. 24 jam tak surf internet. Rekod bari nie!!!!!!

Jam dah tunjuk kul 7.55pm sekarang. Saya nak balik dah. Nak masuk geju jap. pastu balik. Nak berehat lak... letih duk dalam kete seharian.



 
Tuesday, March 09, 2004
posted by nile at 4:26 PM
Selasa yang berlalu begitu cepat....

Pagi... saya jadi orang yang paling lewat keluar dari rumah. Macam semalam la. Sampai ke lab saya terus ke my personal lab dan bukannya ke lab komputer seperti kebiasaan. Seperti yang dijanji, saya perlu mengulang balik buat pH buffer yang tergendala semalam. Memang pH 13 tu susah agaknya.... betapa sakitnya hati kerana tak dapat jugak. Saya cuma dapat buat balik pH 9. Saya terpaksa stop dari mencuba kerana sudah sampai tengahari tapi satu kerja lain pun saya tak buat. Selepas tu saya mula menyediakan 2 solution untuk bahan baru sensor. 2 bahan tu reagen bes Schiff TCH dan Zink Cloride. Lega sebab selepas nie bolehlah saya mulakan kerja-kerja lab saya untuk bahan kedua nie. Saya berharap yang saya dapat siapkan kerja-kerja lab bagi bahan nie sebelum saya balik untuk mengundi 19hb Mac nie.

Tengahari... saya mula mencari satu data di dalam pc di lab instumen yang saya perlukan untuk buat graf bagi presentation petang esok. Cari punya cari, tak jumpa jugak. Mungkin saya terdelete atau saya dah lupa fail yang mana satu.

Petang... So, saya ambil keputusan untuk mengulang balik buat solution bagi sampel yang hilang tu. Sampel tu saya buat sekejap jer tak sampai 5 minit pun. Siap jer 2 bahan tu saya turun ke tingkat G, di mana lab instrumen berada. Saya basuh cuvet untuk mulakan proses mengambil spektrum menggunakan flourimeter dan tiba-tiba... pintu lab itu dibuka dan masuklah si Nabihah, housemate yang juga budak satu lab dengan saya. Perbualan antara saya dan Nabihah (p/s:Nabihah... kalau lain sket tu kira saya reka la ek? lupa la..hehehehee)

Nabihah: Prof, Kak Shida, Che Mat dah ke Muar tengahari tadi. Nak pegi tak? Maria pun nak pergi nie...
Saya: Mana Maria?
Nabihah: On the way...
Saya: Nak buat apa ke Muar nie? Ada seminar ker?
Nabihah: La... nak gi hospital la, tengok bini Abg Shuk bersalin
Saya: Hehehee.... lupa lak saya. Abis tu Maria?
Nabihah: Dia nak uruskan borang JPA adik dia. Kita tidur rumah Maria. Nak pergi tak nie? Jom la....
Saya: Nak pergi tak ek? (sambil terpikir2 yang saya tengah banyak kerja dan tak masuk internet utk update blog lagi ari nie)
Nabihah: Jom la... Prof dah ada kat Seremban nie...
Saya: Tak pergi tak ek...????
Nabihah: Nak pergi tak? Pergi la... boleh kenal-kenal... Che Mat dah beli hadiah.. harga RM35...
Saya: Ok la... saya pergi. Tapi nak buat nie satu lagi... satu jer... (sambil tunjuk volumetric flusk yang berisi chemical yang saya prepare tadi)
Nabihah: Ok la.. cepat sket ek? Nak packing la gi nie...
Saya: Ok!

So, saya ke Muar la... Sebelum tu saya masuk lab komputer 5 minit untuk online sekadar tengok sapa online. Si Tipah invite conference terpaksa decline la... sori la.. Pastu saya update blog untuk hari nie sebagai tanda jer... hehehehe.... ok la. Stop kat sini dulu... nak tulis apa saya buat di Muar lak....
 
Monday, March 08, 2004
posted by nile at 7:33 PM
Coret-Coret 2 Hari

Semalam saya ke lab macam biasa, tapi terlewat sikit. Bangun lewat lagi, basuh baju lagi dan breakfast dulu. Breakfast semalam beli kat gerai kat taman jer. Tapi karipap tu dah basi la rasanya, sebab rasa masam jer... nasik lemak ok jer. Kul 11 lebih baru pegi lab. Bukak YM, si gnela hantar offline msg. La... dia awal saya lak lewat. Tapi kul berapa la tak ingat... petang kot dia online. Pastu dapat invite conference dari tipah. Berconference la kitaorang sekali dengan adk.

Hari nie saya datang lab tak buat lab work, tapi buat powerpoint untuk present rabu nie. Rasa macam tak bersedial ah... malasnyer!!! Esok nak cakap kat Prof la tangguh minggu depan. Tapi takut... hehehehee... Datang lab bukan buat kerja banyak sangat pun. Banyak buat benda lain. Update blog, masuk forum... hmm... memang tak jadi kerja kalau hujung-hujung minggu nie.

Pukul 6 lebih baru balik. Tak larat dah nak stay sampai malam. Balik-balik tu, saya makan, mandi, tengok berita dan sekali lagi tertidur depan tv. Tak kul 9 dah tidur. Nak sambung wak powerpoint petang tadi terus tak jadi. Saya terbangun pukul 12 lebih. Masa tu la baru buat kerja tu balik. Tidur kul 2.30 pagi.

Pagi tadi datang ke lab kul 9 lebih kurang. Lewat dari kebiasaan. Bangun lewat la... Mula-mula sampai saya terus buat graf untuk masukkan dalam powerpoint. Buat benda tu semua sampai la tengahari. Pastu saya sambung kerja saya hari jumaat lepas, buat pH buffer. Dari pukul 1 sampai la pukul 5 petang. Nak mati buat pH tu.... geram betul!!! Tak jadi-jadi. Kerana bosan tak dapat la saya stop kul 5 tu. Saya tak pakai jam pun sebenarnya, masa balik ke personal lab baru tengok jam. Dah kul 5 lebih rupanya. Nampaknya esok saya kena la buat balik buffer pH9 dan pH13.

Sekarang masa tengah tulis ayat nie, jam dah tunjuk kul 7.59 pm. Nak balik dah rasanya... pas nie mesti ada orang datang lab kecik nie. Cow dulu la....
 
posted by nile at 6:26 PM
"'::The History Of Nile::'"

Sebenarnya dari minggu lepas lagi saya dah jumpa balik plastik bag yang tertulis perkataan Nile. Pastu ingat nak cerita kat blog la tapi hari ini baru berkesempatan. Dan ia mengungkap segala teka-teki yang dah lama saya cuba ungkaikan.... hehehehee. Masa saya masuk gengjurnal bulan 11 tahun lepas, saya tak bersedia dengan apa-apa nick name. So, masa nak register tu kelam-kabut cari kat dalam dalam lab kot-kot terjumpa kat majalah ker nama yang best-best. Akhirnya jumpa la satu plastik tu. Kat situ ada perkataan Nile, so saya pun taip la nile dan chem tu daripada chemistry, bidang pengajian saya sekarang. Masa tengok kat plastik tu, memang tak pandang benda lain dah. Tak baca pun apa tertulis kat plastik tu. Main ambik jer. Akhirnya tak tau maksud apa la nile tu.
.

Masa jumpa kawan-kawan di gathering, ada jugak la yang tanya apa maksud nile tu. Saya jawab la saya sendiri tak tau. Saya cuma ambil kat plastik bag. Pastu masa chat ngan adk (kebelakangan ni rasa macam tak selesa lak panggil adk, rasa macam tak hormat lak), siap dia gelak lagi. Budak plastik la saya nie... heheheheheee... Masa sembang-sembang ngan adk waktu kami bergathering di Kemaman 2 bulan lepas, adk ada jugak suruh saya cari balik plastik tu. hehehehee... dah jumpa dah akak... Banyak kenangan masa jumpa adk ari tu. Pastu siap lepak semalaman kat rumah dia. Lain kali nak gi lagi... hehehehee... tak malu betul

So, sekarang ni saya nak tulis la sikit apa itu nile kat plastik bag nie. kat plastik bag kaler biru nie tertera dengan tulisan yang agak besar..." NiILE BOOKS HOUSE OF KNOWLEDGE -The Ultimate Destination For Books- LEVEL 2, KL SENTRAL, 50470 KUALA LUMPUR. TEL:03-22798701 FAX:03-2279802."

Rupa-rupanya nile nie nama kedai buku... hehehehee... lawak benor. Dulu ingatkan jenama pakaian. Tapi dah mula rasa kedai buku bila terbaca dalam blog tipah yang dia ada singgah di sebuah kedai buku kat mana ntah, KLCC rasanya... tak silap la. Ke KL Sentral ek? Sebab kalau ikut plastik nie kat KL Sentral. Tak ingat dah. Kena bukak balik blog tipah nie. Sekarang semua dah tau kan sejarah di sebalik nama nile tu kan?
 
Sunday, March 07, 2004
posted by nile at 4:30 PM
::Kisah Semalam::

2, 3 hari ni macam tak ada cerita menarik jer. Tapi sejak semalam saya ngan Gnela duk mengkonstruksi weblog baru untuk kawan saya. Tak pernah saya duduk selama semalam di depan komputer... 12 jam duk depan pc. Saya duk tunggu gnela la tak online online. Saya nekad kena tunggu jugak dia sebab rasanya dah 2 minggu saya tak berYM dengan dia. Nasib baik la saya cuti (hal orang perempuan... hehehehee), kalau tak... tak mungkin saya boleh berada selama itu di depan komputer.

Kerana hal ni (weblog) penting saya memberanikan dan mengagahkan diri menunggu . Lagipun best jugak sebab sementara tu saya berYM ngan Purbe. Dalam-dalam chatting tu saya ada jugak belajar sikit-sikit tentang blog nie. Tunggu punya tunggu, pukul 7.30 lebih kurang gnela pun online. Alhamdulillah, syukur nasib baik dia muncul. Tapi kepala saya dah pening sangat dah. Tengok monitor pun dah tak boleh sangat.

Walaupun chat sekejap jer dengan gnela tapi dia siap boleh buat plan lagi tu. Cepat giler... Saya buatlah apa-apa yang patut, register situ, register sana dan akhirnya siaplah.... weblog basic ajerlah. Selebihnya saya serahkan pada gnela. Dalam pada tu, sempat lagi berconference dengan Tipah ngan Purbe sekali. Kul 9 lebih sikit saya balik. Ikut jiwa berani, saya memang la boleh stay sampai kul 10 kul 11. Tapi saya ikut jiwa takut... balik terus la. Lagipun ada bunyi something yang menakutkkan saya. Dah la seorang diri. Lagipun saya perlu balik untuk membersihkan diri. Sebelum balik singgah beli minyak petrol, 2T, dan duplicate kunci ada kawan mintak tolong petang tadi. Balik rumah, makan, mandi, tengok tv. Best giler citer Khadijah tu kan? Siap menangis lagi saya... hehehehee... orang sensitif nak buat camner. Pastu terus tertidur depan tv.
 
posted by nile at 4:13 PM
::Budget n Belanja::

Dah berapa hari tak catat belanja... lupa la... Ok, hari nie saya nak catat belanja untuk 3 hari la, termasuk hari ini.

5 Mac- Jumaat ---> emm... lupa la. Jumaat ada belanja apa-apa ker? Tak der la. Tapi malam tu kitaorang dinner kat luar semperna birthday Maria. Dia yang belanja.

6 Mac-Sabtu---> Beli minyak motor=RM4, 2T=RM3.80
Total=RM7.80

7 Mac-Ahad--->Hari ni la. Setakat nie tak kuar duit lagi. Tambahan... beli dot dot dot+aiskrim=RM5.70
Total=RM5.70

Tapi kawan ada pergi belikan tiket bas balik Trg... balik pun sebab general election nanti. Tapi dia pakai duit dia dulu. Gi balik dah RM50 lebih. Bayar pas dapat NSF nanti. heheheheee....
 
posted by nile at 3:45 PM
::Renungan Hari Ini::


::Istighfar dan Keutamaannya::

"Semua umat manusia itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang suka bertaubat juga suka memohon pengampunan" (Riwayat Tarmidzi)

"Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan mencintai pula orang-orang yang suka bersuci (lahir dan batin)" (QS. Al-Baqarah:222)

"... Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Muzzammil: 20)

"Maka bertasbihlah kamu dengan memuji Tuhanmu serta beristighfarlah kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat" (QS. An-Nashr:3)

"Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan beristighfarlah untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang." (QS. Al-Mukmin:55)

"Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.: (QS. Ar-Ra'du:90)

"Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu semua memperolehi kebahagiaan." (QS. An-Nuur:31)


Istighfar adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah seraya memohon ampun dari segala noda dan dosa yang pernah dilakukan. Sesungguhnya ia bermula dari rasa menyesal yang akan menumbuhkan rasa kemahuan yang kuat memohon keampunan dari Allah.

terdapat beberapa keutamaan istighfar yang diucapkan dengan penuh keikhlasan dan benar-benar taubat kepadaNya. Ini dinyatakan dalam firman Allah dalam surah Nuh, ayat 10-12:"Maka aku katakan kepada mereka: :Mohonlah ampun (beristighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun . Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh 10-12)

Berdasarkan firman Allah dalam surah Nuh ini, jelas bahawa keistimewaan istighfar antara lain:

1. Diturunkan hujan
2. Diperbanyakkan harta
3. Dianugerahkan anak
4. Dikurniakan kebun yang dalamnya ada sungai
5. Terhindar dari azab



Dipetik secara ringkasannya daripada: Majalah Mihwar Bil 17- Januari 2004
 
Saturday, March 06, 2004
posted by nile at 10:59 AM
Terlerainya sebuah misteri

Misteri bawang putih dalam sup tulang yang saya buat minggu lepas akhirnya terjawab. Oklah sebelum tu nak citer pasal cara masak sup yang berbeza dalam rumah kitaorang. Kalau si Nabihah, kalau tak silap saya la... dia masak sup guna bawang yang hanya dihiris-hiris dan guna bahan-bahan sup yang bukan dari paket tu tapi ada jugak la guna yang paket sup bunjut tu.Pastu tumis macam biasa la. Kalau si Dilla dan Maria, dia tumbuk jer dan guna bahan-bahan sup tu yang bukan dari paket sup bunjut segera tu... heheheheee.... baguskan diorang nie? Yang paling advance menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini, saya la... Saya kalau masak sup confirm blend semua bawang, dan akan guna sup bunjut. Malas nak main campak-campak banyak kali. Campak sekali sebungkus kan senang... Heheheeheee.
Sebelum nie saya selalu dan tak pernah guna sup bunjut lain selain sup bunjut jenama ADABI. Tapi ada la hari tu sekali la, sebelum masak sup tulang tu saya ada masak sup ayam. Pastu ada sup bunjut jenama lain, housemate la beli nie. Sebab kalau saya memang tak akan beli jenama tu. Guna ajerlah, pastu rasa macam sedap lak. Kebetulan saya ke kedai beli barang dapur, pastu fikir nak masak sup tulang saya pun beli la rempah sup tulang jenama yang sama dengan rempah sup bunjut yang saya masak sup ayam tu.

Semalam saya duk chat dengan Brad. Pastu dia tanya la misteri bawang putih dah selesai belum. Confirm la tak selesai lagi. Misteri betul. Saya dah mula fikirkan macam-macam benda pelik. Pastu Brad cakap, kalau guna rempah sup tulang Mak Siti, kat dalam paket tu ada kulit kayu manis, bunga lawang (eh yer ker...) dan dot dot dot.... hehehehee... dot dtot ti ialah bawang putih... Ya Allah!!!!!!!!! Selesai dah!! Confirm!! Tapi kenapa masa pagi tu tak perasan lak yer? Brad kata, bawang tu memang la keras sebelum kita masukkan dalam sup tu. Sebab saya kan main campak jer... tak tengok pun apa yang ada dalam tu. Ada lipas sekor pun belum tentu saya perasan... hehehehee...

Akhirnya terlerailah segala misteri. Tak sampai seminggu. Esok cukup la. Nasib baik chat ngan Brad semalam. Malam tadi masa kitaorang satu rumah keluar makan celebrate birthday Maria, saya bongkarkan misteri ni. Sebelum tu saya suruh diorang teka la. Macam biasa la semua salah... tak membantu langsung. Bila cakap jer, bantai kena gelak. Nak salahkan orang akhirnya batang hidung sendiri yang kena. Masa sedar ada bawang putih tu, saya duk merayu-rayu kat diorang, mengakulah, mengakulah... saya tak marah punyer. Masalahnya diorang tak sentuh langsung periuk sup tu. Rupa-rupanya tukang masak yang masukkan... hahahaha... Tragik betul!!
 
Friday, March 05, 2004
posted by nile at 6:14 PM
Hepi Birthday Ustazah

Hari nie birthday housemate saya si Maria. Saya kata ustazah sebab ingat tak saya pernah citer dulu pasal "kalau tak jadi apa yang anda jadi hari ini, anda akan jadi apa?"... panjang benor soalannya. Kan Maria tu kata dia akan jadi ustazah. Hehehehe... Saya ngan sorang lagi housemate, Si Nabihah keluar pergi beli kek birthday tengahari semalam. Kat kek tu kitaorang tulis hepi birthday ustazah Maria. Hehehehe... Kerana nak buat suprise kitaorang tak bawak balik kek tu ke rumah terus tapi bawak ke lab simpan dalam fridge kat bilik rehat. Kerana petang semalam saya balik paling lewat, so saya la di tugaskan bawak balik kek tu ke rumah. Akhirnya lupa... sampai rumah baru teringat. Dah la dah maghrib. Saya solat, mandi dan ingat nak keluar ke lab terus sebab kalau malam sangat takut bahaya. Bangunan kimia tu sunyi sikit. Tapi sebaik jer nak keluar hujan pun turun. Tak jadi pergi. Nabihah ada kereta tapi dia ada tuisyen lak malam tadi. Saya pun ingat nak ambil lepas Nabihah balik lah. Lepas dinner, dalam kul 9.45 saya keluar ke lab, malas nak tunggu Nabihah... menyusahkan orang lak. Saya pergi sorang-sorang sebab tak ada orang nak teman. Bukannya takut sebab saya nie jenis berani sikit tapi ada jugak rasa was-was sebab dah banyak dengar citer tak enak sebelum ni. Selamba ajerlah... pergilah saya ke bangunan lab meredah rintis-rintis air hujan.. hehehehe...

Sampai jer sana terus ke bilik rehat (main-supervisor) tempat saya simpan kek tu. Tapi... saya tak terus balik. saya masuk lab komputer jap. Berani betul minah nie sorang. Tempat yang saya selalu guna surf internet tu bukannya layak di panggil lab komputer tapi sebuah bilik rehat (co-supervisor) yang terdapat 2 bijik pc yang di gunakan oleh kumpulan UKMCheBs untuk mencari maklumat, mengolah data, makan dan berborak-borak. Terletak di sebelah bilik co-supervisor saya yang juga berdepan dengan 2 bilik instrumen di mana kerja-kerja makmal di lakukan. Saya terus duk situ, berchatting sampai pukul 11 lebih and then baru balik. Duk lama-lama kan takut housemates bimbang. Itulah citernya, kerana kek tertinggal, terpaksalah gamble ke lab sorang diri.

Buat Maria, selamat hari lahir yang ke-23. Semoga panjang umur dan dimurahi rezeki. Saya sentiasa doakan kejayaan awak dan semoga segala impian dan cita-cita awak akan tercapai. Semoga Allah merahmati hidup awak dan terima kasih kerana telah menjadi seorang sahabat, housemate dan kawan yang baik pada saya. Terima kasih kerana telah banyak menolong saya selama ini dan sudi melayan karenah saya yang macam budak-budak ni (citer lama nie.. hehehehe.. sori Maria).
 
Thursday, March 04, 2004
posted by nile at 6:07 PM
Susahnya hati saya...

Dekat-dekat pukul 5 tadi bertembung dengan Sharina, budak final year yang saya mintak tolong kirimkan kad good luck untuk Adik Niza hari Isnin baru nie. Saya tanya la dah hantar belum, dia kata dah tapi lewat sehari, maknanya dia bagi hari Selasa. Dia kata dia sibuk sangat hari Isnin tu. Tak kisahlah asal hantar dah. Pastu dia cerita yang kat kolej Adik tak ada air sejak 2 hari lepas. Dia pun bersusah payah ke hulu ke hilir mencari air untuk mandi, solat. Terpaksa la ke masjid dan guna air pili bomba. Teringat saya kat Adik... macam mana la kan? Dah la Adik ni tak ada transport. Nak ke mana-mana susah. Saya terus susah hati. Susah hati nie... :(. Nak call, tahu-tahu ajerkan... tak nak lah kacau orang tengah exam. Kalau waktu-waktu biasa mungkin tak la saya sesusah hati begini, tapi nie tengah berperang dengan masa depan. Nak studi lagi, nak cari air lagi. Saya nak tolong sebab saya tahu jalannya, tapi... entahlah.... Susahnya hati saya.

Lama-lama saya fikir balik... saya cuba tenangkan hati saya. Berdebar-debar dari tadi. Bimbang kat Adik la... takut susah. Tapi akhirnya baru saya teringat. Adik ada kawan kat kolej lain... kawan yang agak baik rasanya. Mungkin Adik boleh tumpang kat kolej diorang. Tapi tahu-tahu ajerkan, kolej diorang pun ada peraturan. Lagi-lagi diorang nak exam gak kan? Masa balik ke lab dari jumpa Sharina tu, ingat nak mintak kat kawan tu sms satu. Nak send kat Adik la. Kot-kot Adik perlukan pertolongan. Tapi tak termintak pulak. Lagipun dengan dia tak biasa sangat. Ingat balik nanti nak mintak sms dengan Maria la.

Yang pasti hati saya masih tak tenang.... susah hati betul!!!
 
posted by nile at 5:55 PM
Budget

Sejak masuk tahun baru nie, saya dah mula tak catatkan perbelanjaan harian. Sebenarnya dah jadi amalan saya mencatat setiap perbelanjaan setiap hari. Saya ingat nak mulakan balik mulai bulan ini dan saya nak jadikan weblog nie sebagai buku catatan. Dulu saya ada beli buku belanjawan yang bank negara terbitkan tu, tapi tahun nie tak jumpa lak lagi kat kedai, tu yang saya stop catat tu. Sebelum tu saya ada catat dalam buku kecik yang kawan hadiahkan. Kena start balik nie, sayang tinggalkan begitu jer.

Saya dah amalkan benda nie dari sekolah menengah lagi. Nak kata mak bapak ajar tak jugak tapi mungkin ada pengaruh sikit dari ayah kot. Ayah memang selalu catatkan perbelanjaan harian nak-nak sewaktu dia buat bisnes dulu. Tapi sekarang bisnes ayah dah lingkup. Bila masuk alam kampus nie ia mula jadi amalan tetap. Lagipun saya nie jenis yang nak kata berhemah dalam perbelanjaan tu tak jugak tapi... nak desribe camner yer...? Biasanya setiap awal semester sebelum duit loan masuk masa undergrad dulu, saya akan buat budget. Apa yang nak dibayar, berapa banyak perlu disimpan untuk benda-benda lain. Biasanya duit tu cukuplah kalau saya tak guna mengarut-ngarut, tapi saya nie banyak kumpul harta masa undergad tu. Saya lengkap diri saya untuk keluar U nanti. Saya amik lesen motor dan kereta semuanya guna duit loan. Beli motor, komputer semuanya duit loan jugak. Satu sen pun tak mintak duit mak bapak. Sebab tu masa akhir-akhir semester mula la rasa sengkek sket. Masa tu la baru telefon ayah mintak duit. Tak sampai hati sebenarnya sebab ayah bukannya senang macam dulu tapi terpaksa. Sebab tak sampai hati tu la saya tak pernah mintak duit direct dengan ayah, tapi sampaikan melalui adik. Kalau kebetulan ayah yang angkat telefon pun saya mintak nak cakap dengan adik. Padahal nak duit ayah gak... hehehehee...

Hidup kat universiti nie mata boleh jadi kabur, apa taknya bila dah pegang duit banyak semua benda nak beli. Sampai akhir sem duit tak der. Nak exam tak leh bila duit yuran tak bayar. Tapi saya bukannya jenis macam tu. Kawan-kawan ada la. Yuran tu utamakan dulu sebelum benda-benda lain. Pastu kalau nak beli itu ini biaq pi hang la nak buat apa... dah tak kisah sebab semua dah setel.Ada sesetengah U yang yuran dia termasuk makan minum macam UPM, lagi senang sebab kalau- kalaulah kita dah pokai, kurang-kurang kita boleh makan lagi. Alhamdulillah 3 tahun saya di UKM saya memang dapat stay kolej. So, duit yuran termasuk sekali duit hostel. Cuma nak cover akhir sem tu duit makan ajer lah. Yang tu kena jaga sendiri la. So, jangan la berbelanja sesuka hati. Nanti susah kemudian hari.

Tentang budget nie, untuk 4 hari yang lepas saya nak taip kat sini sebagai panduan. Lagipun tak lama lagi saya dah nak dapat scholarship. Mesti lagi teruk saya belanjakan? Tapi dah ramai yang tuntut janji nie... don't worry bebeh!! Saya nie bukannya jenis yang suka memungkiri janji.

1 Mac- Isnin- Tak belanja apa-apa kat luar, cuma bayar hutang sewa rumah balance RM100, saya bayar RM20. Kebetulan duit bestfriend bagi ada lebih.
TOTAL=RM20

2 Mac-Selasa- 2, 2 Kakak dah masukkan duit. Bayar sewa bulan nie+makan rumah+bil2=RM180. Yang bulan lepas ada hutang RM80 lagi. Tunggu bestriend bagi baru bayar.. Hari ni pasar malam, makanan beli kat luar la. Saya beli air tebu RM3.00, laksa penang RM1.50. Keropok RM2.00. Beli banyak-banyak nie pun sebab nak jamu housemates, kitaorang puasa sunat.
TOTAL=RM186.50

3 Mac- Rabu- Guna untuk telefon jer 30 sen.
TOTAL=RM0.30

4 Mac- Khamis- Tak belanja apa2. Makan kat rumah jer.
TOTAL=RM0.00
 
posted by nile at 8:57 AM
RENUNGAN

Nasib Baik

Sebagai hamba Allah kita tidak terlepas daripada menerima dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian. Setiap ujian itu kadangkala datang tidak di sangka-sangka dan ada yang datang sekali dalam hidup dan sesetengah orang ada yang merasakan terlalu banyak dugaan Tuhan telah dia lalui. Kita sering melafazkan kata-kata "nasib baik" apabila kita terlepas, terselamat atau berjaya mengelakkan diri daripada sesuatu perkara atau kejadian yang boleh memberi kemudaratan dan kesan buruk kepada kita. Kita selalu menyebut "nasib baik" apabila kita meniru dalam peperiksaan tetapi cikgu tidak menyedarinya. Kita ucap "nasib baik" bila sebaik sahaja kita sampai di stesyen komuter, tren komuter itu baru sahaja bergerak dan tidak lama kemudian terlibat dalam kemalangan ngeri dengan sebuah tren yang lain. Kita menyebut "nasib baik" apabila kebetulan kita hadir ke kelas yang paling malas kita hadir sebelum ini dan hari itu pensyarah yang selama ini tidak pernah mengambil kedatangan tiba-tiba melakukannya. Kita mengucapkan "nasib baik" bila kita sempat balik ke rumah dan mengangkat pakaian di ampaian dan tidak berapa lama kemudian hujan pun turun.
Dua patah perkataan itu selalu kita ucapkan bila kita merasakan diri kita telah terselamat daripada bala, daripada bencana, daripada kesusahan dan juga daripada kecederaan pada diri kita. Ia biasanya datang tak semena-mena dan kita merasakan diri kita bertuah kerana hari ini memang kita bernasib baik.

Tapi kita sering saja lupa, ketika kesenangan melimpahi segenap ruang hidup kita, pernahkan kita berkata kita bernasib baik? Sewaktu kita lalui suatu perjalanan yang jauh dan akhirnya kita selamat tiba di destinasi yang di tuju, adakah kita berkata kita bernasib baik? Sewaktu kita berkelah di tepi pantai, di kawasan airi terjun ataupun di mana-mana dan ia berjalan dengan baik tanpa berlaku sebarang kemalangan atau perkara yang tidak di ingini pernahkan dua patah perkataan pendek ini terlintas di fikiran? Pernahkan kita mengucapkan nasib baik apabila kita terbangun daripada tidur di suatu pagi dan mendapati yang kita masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan di bumi ini?


Itulah adat manusia... apabila diri mula merasakan diri terlalu dekat dengan bala tetapi tiba-tiba tanpa di sangka kita terlepas darinya, barulah kita merasakan kita bernasib baik. Kita berkata "nasib baik" atau "nasib baik aku tak naik tren tu" atau "nasib baik aku datang ke kelas". Sebenarnya kita tersilap... tersilap dan tersasar kerana cara kita mengucapkan nasib baik itu sendiri sudah terpesong. Kita sering menyebut "nasib baik engkau lalu kat tempat ini kalau tak mesti aku lemas". Daripada ayat ini seolah-olah kita berkata orang itulah yang menyelamatkan kita. Sepatutnya kita bersyukur pada Tuhan. Berterima kasih lah kepada Allah kerana menghantar seseorang menyelamatkan kita. Ucapan seperti "syukur pada Allah", "nasib baik engkau di beri petunjuk" atau "Alhamdulillah tuhan masih sayangkan aku" adalah lafaz yang lebih baik dan lebih menunjukkan rasa kesyukuran atas kerahmatan Allah pada diri kita. Sering kali apabila di ulit dengan kelapangan, kesenangan, dan kegembiraan kita lalai dan melupakan rahmat tuhan. Kita sering saja hanyut di buai ombak keseronokan duniawi. Kita tidak pernah terfikir seandainya akan tiba bala bencana pada masa akan datang. Inilah yang menyebabkan kita tidak bersiap-sedia menghadapi segala dugaan yang tidak menghantar angin untuk mengingatkan kita bila ia akan berlaku.


Kadangkala nasib baik akan menyebelahi kita kerana ia datang dari pertolongan Tuhan. Bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih diberi petunjuk dan dihindarkan dari menerima mala petaka yang tidak kita inginkan. Pertolongan Allah akan datang pada manusia yang meminta pertolongan darinya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah yang sebenar. Ujian yang datang tanpa kita dapat mengelakkannya jangan pula di anggap sebagai bala yang boleh merosakkan hidup kita. Terimalah dan hadapinya dengan cara yang betul dan redha atas segalanya kerana ia adalah ujian Allah pada kita. Dan ini menunjukkan yang kita masih tergolong dalam hamba yang diberi petunjuk.... dan ia juga beerti Allah masih menyanyangi kita. InsyaAllah!!

Petikan: Pengalaman Hidupku...
 
Wednesday, March 03, 2004
posted by nile at 5:08 PM
Hakikatnya....

Seharian sejak pagi saya hadiri meeting group UKMCheBs, dari kul 9 sampai dekat kul 4 tadi. Tapi kali ni saya terlepas lagi dari terlibat dalam presentation, nama saya tercicir lagi. Selepas presentation kitaorang buat perbincangan dan juga ceritakan kalau ada apa-apa masalah.

Selain tu, supervisor bagi nasihat kat kitaorang. Nasihat yang bagi saya amat berguna dan juga membuatkan saya rasa saya nak insaf. kadangkala saya tahu saya leka, tapi dalam leka saya berusaha juga sedikit. Tapi hidup saya masih banyak dipengaruhi cara hidup budak-budak undergrad. Yang hanya datang lab buat kerja, balik rumah tidur atau keluar jalan-jalan. Apa yang sepatutnya berlaku, saya patut mengubah cara saya sekarang. Saya yang hanya datang lab buat kerja tapi tak banyak membaca. Entah faham entah tak apa yang saya sedang buat. Kadangkala semua tu ada jugak menerjah fikiran saya, tapi saya biarkan semuanya masuk dan keluar macam tu ajer tanpa apa-apa tindakan. Saya ada pinjam buku kat library... dah tiga bulan saya pinjam buku tu. Habis tempoh sebulan saya renew balik tapi saya tak baca pun walau saya tahu buku tu boleh memberikan saya pemahaman tentang apa yang sedang saya buat sekarang.

Walaupun sejak kebelakangan ini ramai yang menegur saya ni rajin, kerana selalu datang lab awal, balik lambat. Sampaikan saya pernah di tegur kerana terlalu rajin kerana baru berada di semester kedua. Hakikat yang sebenarnya walaupun saya rajin, separuh masa tu saya berinternet, separuh saya buat work lab. Walaupun bagi orang itu sudah okay, tapi bagi saya ia tak sepatutnya okay kerana saya tak tahu apa yang saya sedang buat tentang penyelidikan saya sekarang. Hakikat yang perlu saya terima "saya tak tahu apa-apa".

Bilakah saya boleh berubah? Saya perlu seimbangkan antara hiburan dan masa depan... Master ini masa depan saya dan hiburan tu masa depan perasaan saya. Dulu saya pernah kecewa dengan sikap kawan baik dan kawan-kawan di alam virtual menjadi pengubatnya. Saya asyik dengan dunia ini sehingga berjaya melupakan rasa sakit yang bernanah di jiwa. Rasa seronok dengan kawan-kawan di sini memberi ketenangan pada perasaan saya.

InsyaAllah... saya akan cuba membaiki diri. Ini bukan masalah orang lain, ini masalah saya. Ia menjadi masalah kerana saya tidak mahu belajar. Rasanya lab work saya dah okay cuma saya perlu lebih berusaha. Saya cuma bimbang tadi bila supervisor membincangkan mengenai publish international journal. Kalau boleh saya perlu ada 2 international journal untuk menyokong research saya. Saya akan berusaha ke arah itu, dan kalau boleh doakan saya....