Monday, March 22, 2004
posted by nile at 11:06 AM
Antara Tangis dan Tawa::

Berita kerajaan baru bakal dibentuk di Terengganu sudah tersebar luas. Satu Malaysia dan mungkin juga satu dunia sudah tahu, BN telah merampas semula Terengganu, negeri yang kaya dengan sumber petroleum. Kini angin perubahan dari gelombang biru yang dilancarkan Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah menjadi kenyataan... Menyambut berita ini menyaksikan banyak limpahan air mata kegembiraan dan kesedihan... Ada yang tertawa gembira.... ada yang menangis keharuan....

Sebagai rakyat Terengganu saya amat mengharapkan akan ada satu perubahan yang lebih positif di negeri tercinta ini. Negeri terengganu tersenarai dalam top 3 negeri paling miskin di Malaysia walaupun ada sumber minyak yang tidak diperolehi oleh mana-mana negeri di semenanjung. Harapan saya yang kerdil ini cuma 3. Saya berharap kerajaan baru dapat menunaikan segala janji-janji yang ditanamkan sepanjang minggu berkempen dulu. Pertama projek lebuhraya pantai timur (LPT) yang terhenti pada tahun 1999 (projek itu berjalan tapi hanya sampai di Pahang sahaja) akan diteruskan semula. Kedua saya harap sebuah universiti penuh akan dibina di Terengganu ( boleh saya jadi pensyarah kat sana. hehehehe) dan ketiga pengagihan wang royalti minyak di jalankan secara adil dan menyeluruh.

Semoga semua rakyat Terengganu akan mendapat manfaat daripada peralihan kerajaan ini. InsyaAllah.