Tuesday, March 02, 2004
posted by nile at 5:34 PM
Apa yer...

Hari ni saya tak der aktiviti menarik sangat. Misteri bawang putih pun belum selesai. Lab work untuk minggu nie kurang sikit. Lagipun esok ada group meeting dan presentation. Kali ni saya tak kena lagi, dah 3 kali meeting nama saya asyik tercicir dari senarai yang kena buat presentation hasil. Selamat la.. hehehehehee.

Cuma hari ni fikir pasal nak buat blog untuk kawan. Kalau ada komputer sendiri pastu line internet kat rumah malam nie saya boleh cuba buat. Yang ringkas-ringkas dulu. tengoklah nanti. Petang nie nak balik awal sikit la. Lagipun puasa, nak singgah pasar malam dulu beli makanan berbuka.

Alhamdulillah lab work untuk bahan sensor pertama dah siap penciriannya. Tu lah berkat selalu berjumpa supervisor. Minggu depan saya nak mulakan dengan bahan kedua. Harap-harap dapat siap dalam masa 2 minggu berbanding dengan bahan pertama hampir 2 bulan jugak. Lagipun saya selalu buat hal yang dulu tu. Kali nie saya janji nak buat betul-betul, harap-harap semuanya akan okay. InsyaAllah. Pastu saya nak mulakan buat sensor. Ini part yang paling susah, tapi kalau boleh saya nak habiskan dalam semester depan jugak. Semester terakhir saya nak tumpukan pada penulisan. Harap-harap dapat grad awal, pastu nak kerja lak cari duit untuk ayah.

Tak silap 2,3 hari lepas saya call rumah. Sejak balik raya haji ari tu, nie lah pertama kali call rumah. Syukur pada Allah ayah dah sihat. Saya harap penyakitnya tak akan kembali lagi. Tak sabar nak balik rumah, mintak-mintak biasiswa masuk secepat yang mungkin. Banyak benda yang saya nak buat bila balik rumah nanti. Selama nie tak ada pun rasa excited sangat nak balik rumah tapi kali rasa macam tak tertahan rasa nak balik. Lagipun saya balik kali ni dengan hasil. Maksud saya ada sesuatu yang boleh saya bagi pada adik-beradik saya. Lagipun ramai yang tengah tuntut janji nie. Saya pasti akan tunaikan segala janji, saya tak kisah saya susah. Tapi tak sanggup lihat adik-beradik dan mak ayah susah. Dulu saya menangis sebab tak dapat biasiswa. Saya menangis bukan kerana saya nak duit tu untuk diri saya sendiri... tapi saya memikirkannya untuk adik-adik dan juga ayah saya. Kalau boleh saya nak ringankan beban ayah. kalau boleh saya nak tengok adik-adik saya gembira.

Oklah... tak der apa dah kot nak di kata. Sebelum tu... ada dapat bubur as-Syura tak?