Tuesday, March 02, 2004
posted by nile at 9:24 AM
As-Syura

Hari ni 10 Muharram 1425 saya puasa sunat as-Syura. Sebelum nie saya tak tahu pun umat Islam disunatkan berpuasa pada 10 Muharram. Yang saya tahu, biasanya waktu begini orang akan berkumpul kat surau masjid, masak bubur as-syura yang best tu... hehehehee. Housemate saya si Fid dah cakap 2 hari lepas, hari ni kita di sunatkan puasa. So, hari nie kitaorang satu rumah puasa. Siap bersahur lagi kul 5.30 pagi tadi.

Semalam kat Berita Harian dalam ruangan agama ada satu artikel mengenai kelebihan dan amalan yang disunatkan dilakukan pada 10 Muharram. Jadi kat sini, saya taipkan untuk panduan kita semua.

# Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri.
-Fadilatnya ialah Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan

#Memuliakan fakir miskin.
-Allah akan melapangkan diri ketika dalam kubur nanti.

#Menahan marah.
-Pada hari akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang di redhai-Nya

#Menunjukkan orang sesat.
- Allah kan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

#Menyapu dan mengusap kepala anak yatim.
-Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapu.

#Bersedekah.
-Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil hingga mati.

#Memelihara kehormatan diri.
-Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

#Mandi sunat as-Syura.
-Lafaz niat:"Sahaja aku mandi sunat hari as-Syura kerana Allah".

#Membaca surah al-Ikhlas seribu kali.
-Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada akhirat nanti.

#Solat sunat empat rakaat.
-Allah akan mengampunkan dosanya walau berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Niatnya: "Sahaja aku sembahyang sunat hari as-Syura empat rakaat kerana Allah". Pada rakaat pertama dan kedua selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali. Di sudahi dengan doa as-Syura yang bermaksud: "Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sejauh ilmu sebanyak keredaan, setimbang arasy, tidak ada tempat berlepas dan bersandar selain Allah, kecuali kepadaNya. "Maha Suci Allah, sebanyak yang tunggal dan sejodoh, sebanyak kalimah yang sempurna semuanya. Aku mohon keselamatan pada-Mu dengan rahmat-mu, wahai (Allah) yang Maha Penyayang. "Tidak ada yang kuat dan yang berkuasa kecuali Allah yang Maha Tinggi Lagi Besar. Cukuplah Engkau tempatku berpegang, Engkau sebaik-baik tempatku, dan tempatku memohon pertolongan."

#Berpuasa.
-Niatnya:"Sahaja aku berpuasa esok hari hari as-Syura kerana Allah". Rasulullah ketika ditanya mengenai hikmah berpuasa as-Syura menjawab" Ia(puasa as-Syura) menebus dosa tahun yang lalu". Dosa yang di maksudkan di sini ialah dosa kecil. Sekiranya seseorang itu tidak berdosa kecil, dosa besarnya akan di ringankan. Kalau tidak berdosa besar, darjatnya akan di tingkatkan.

#Menjamu orang berbuka puasa.
-Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa.


Marilah kita bersama-sama memuliakan hari ini... InsyaAllah!!