Monday, March 01, 2004
posted by nile at 7:03 PM
Kena simbah!!!

Kebelakangan nie kat BBBangi hujan. Macam petang semalam, hujan lebat giler. Pas balik ke rumah kul 3 tu, saya kuar ke lab semula. Kebetulan saya kuar ikut jalan satu lagi sebab nak ke kedai beli sampul surat nak letak kad goodluck yang saya buat sendiri tu. Masa lalu kat jalan tu, dari jauh dah nampak lopak besar air kat jalan sebelah kiri. Nak ikut kanan ada banyak kete lak kat belakang, so saya lalu sebelah kiri tapi perlahankan motor supaya air hujan tak memercik, tapi tiba-tiba "Bushhhhhh!!!!". Ces!! sakit hati betul kat kete tu, boleh dia slowkan kete lepas simbah saya ngan air hujan. Tak boleh nak selamatkan dah. Kalau dari tadi dia ke kanan sikit pastu slowkan kete lagi baik. Kete satria warna biru metalik tu memang kalau saya jumpa nak calarkan kete dia..Hehehehehhee... tak der lah. Nasib baik tak sempat hafal no plat dia. Abis baju, seluar, motor kena lumpur. baju memnag basahlah. Biarlah, selamba jek singgah kedai pastu. Kena beli jugak nie. Terpaksa....