Sunday, March 28, 2004
posted by nile at 10:10 AM
::Kisah Bershopping Sakan::

Pagi nie saya ke pasar beli sarapan. Nak masak tak ada apa dalam peti. Lagipun tetamu saya Kak Tini (Adk) ada kat rumah nie. Dia nak balik pagi nie. Saya nak bagi dia makan kenyang-kenyang sebelum dia naik bas balik ke Kuantan. Pastu dia akan drive ke Kemaman pulak. Lepas sarapan dalam kul 9.00 saya terus hantar Kak Tini stesyen komuter UKM. Kesian Kak Tini kena la dia naik motor. Katanya dah lama dia tak naik motor. Kena praktis balik la nie.....

Lepas hantar saya terus ke lab. Saya update blog yang hari khamis dan masuk forum sket kul 12 lebih kurang saya balik ke rumah. Saya balik awal nie pun sebab petang nie kitaorang satu rumah nak ke KL. Nabihah nak cari buku. Orang lain nak shopping la. Saya lak nak cari handset. Semalam tak sempat cari sebab saya dah terlewat sampai.

Kul 2.30 kitaorang ke KL. Saya ingar Nabihah nak drive kete tapi dia kata "kita naik pengangkutan, boleh tak?". Boleh jer apa lak tak boleh. Tapi saya ingat Nabihah nak drive mula-mula tu. Tak kisah la.. asalkan pergi sudah. Kena cari handset jugak hari nie!!!Kitaorang naik kereta sampai stesyen komuter UKM, pastu naik komuter ke Bandar Tasik Selatan dan tukar LRT ke Masjid Jamek. Sampai sana hujan lebat. Payung lak tak bawak so tersadai la jugak sekejap kat stesyen LRT tu. Bila hujan reda sket kitaorang redah rintik-rintik hujan ke Jalan Masjid India. Kitaorang berenti kat kedai RM2 tu beli payung dulu. Yang kelakarnya masa kitaorang nak beli payung tu hujan tiba-tiba macam berenti . Pastu tak jadi beli la. Bila kitaorang jalan keluar dari kedai tu tiba-tiba hujan turun balik. Terpaksa la patah balik ke kedai. Nasib baik baru 5, 6 langkah berjalan.

Mula-mula kitaorang ke Mydin. Nabihah nak cari barang. Saya pun beli jugak..perfume. Yang lama dah habis. Pastu singgah kedai tudung. Beli tudung baru 2 helai. Maria pun beli tapi untuk adik dia yang tengah jalani PKN kat UKM. Inilah kali pertama saya beli tudung sejak masuk semester 2 nie. Sekarang baru mampu nak beli itu ini. Dulu terpaksa berjimat sebab bergantung pada ehsan orang. Habis shopping tudung kitaorang ke kedai buku. Baru lima minit masuk, dah kena hambat. Kedai dah nak tutup. Nasib baik Nabihah sempat beli buku bahasa arab yang dia nak tu.

Sebelum pencarian handset bermula, kitaorang solat asar kat Medan Mara. Makan kat kompleks Pertama and then baru la cari handset. Handset yang saya nak beli dah set kat mind. Langsat yang bagi cadangan nie masa malam sebelum kitaorang pergi main boling tu. Siap tunjuk webpage pasal handset tu lagi. Nak tau handset apa? Sony-Ericsson.... yang ada kamera tu. Nada dering polyphonic... hehehehe.. macam-macam sekarang ek? Tapi kenapa saya boleh berkenan nak beli yang orang bagi cadangan tu ek? Entah la.... mungkin sebab saya pernah nampak kat kedai... berkenan jugak dengan designnya. Sebenarnya saya lebih berminat nak beli handset jenama Nokia. Tapi telefon nokia yang saya suka tu mahal dekat-dekat 2 ribu. Tak jadi beli la. Kedai pertama yang saya singgah harga handset Sony-Ericsson T610 lepas proses tawar menawar berlangsung ialah RM950. Kurang RM5 dari harga dengan yang Tipah survey kat Sungei Wang Plaza. Tipah kata dia dah survey dan hanya jumpa satu kedai tu handset tu RM955. Yang lain seribu lebih. Saya survey lagi dan tak jumpa-jumpa yang paling murah dari tu. Kebanyakan memang seribu lebih.

Saya masih tak putus asa... teruskan lagi. Kesian Dilla... ke hulu ke hilir dia temankan saya. Maria ngan Nabihah ntah ke mana saya tak tau la. Saya nak cari jugak kedai yang boleh bagi kurang dari RM950. Sampai la kat satu kedai tu, harga kat handset yang dia display tu RM968. Kalau mintak kurang nie boleh lagi kot. Mintak-mintak dia bagi RM950 jugak. Sebenarnya Dilla yang tolong saya tawar menawar nie. Saya bukannya reti sangat. Ada masa saya reti ada masa tak. Heheheehe... Kitaorang mintak RM900. Dia tak boleh bagi jugak. Pastu bos dia datang. Bos dia kira-kira dia bagi kat kitaorang RM920. Muktamad!!! Ok la tu. Malas dah nak cari tempat lain. Dah kul 7 lagipun. Cina tu lak asyik mintak duit jer. Siap tanya lagi nak bayar cash ke pakai kad. Ingat saya tak der duit kot. Budak sempoi la katakan.

Bila dah jadi beli kena la banyak tanya sikit. Dia jar la apa-apa yang patut. Cina yang jual handset tu memang baik dan peramah. Kelakar orangnya... Dia cakap handset tu ada bluetooth. Saya tak boleh tangkap lagi apa tu bluetooth. Pastu dia kata dengan lain perkataan apa yang saya dengar la dia kata "kiki pilu". Kiki pilu??? Apa kebendenyer nie? Pastu bila dia tunjuk ejaan perkataan tu baru la saya faham. Gigi biru rupanya.. translate dari english ke melayu. Yang pasti cina nie memang pelat! Heheheheh.. kiki pilu? Saya ingatkan ada something dalam handset tu yang boleh buat hati orang jadi pilu. Hahahahaha.... kelako giler. Saya beli handset tu sekali ngan USB. La... mula-mula saya ingat handset tu sekai ngan USB. Kena la tambah duit lagi Harga asal RM120, dia bagi RM80. So semuanya cukup-cukup RM1000. Habis duit aku!!!! Dua tiga kali kena pikir nak kuar duit tu......

Selepas segalanya selesai menghabiskan duit beli handset tu, kitaorang solat maghrib di SOGO. Tapi saya terpaksa patah balik ke kedai kerana tertinggal payung... Asyik sangat dengan handset baru. Semua benda boleh lupa. Pas solat sambung shopping lagi. Saya nak shopping banyak-banyak pun duit dah nak habis. Budak-budak tu sibuk cari bag saya lak sorang-sorang cari baju. Kitaorang shopping sampai la SOGO nak tutup. Saya beli t-shirt 2 helai, seluar satu. Budak-budak tu semuanya beli bag hitam yang galas tepi tu. Style budak master katanya.... betul ker? Yer kot. Aktiviti shopping dah berakhir di situ.

Kitaorang naik komuter di Stesyen Bandaraya terus ke stesyen UKM. Sampai rumah pukul 10 lebih. Sebelum tu pergi amik sorang lagi housemate saya yang terpaksa tumpang rumah kawan kerana tak der kunci nak balik rumah. Dia ke Serting 2 hari buat promosi bioteknologi kat sana. Kesian Fid... Balik rumah perkara pertama yang saya buat explore handset tu. Kul baper entah baru tidur... Yea!! Yea!! Saya dah ada hanset!!!!!!!!!!!!!!!