Monday, March 01, 2004
posted by nile at 11:23 AM
::Misteri Bawang Putih::

Pagi semalam saya sekali lagi volunteer sediakan breakfast. Hari-hari minggu ni susah nak cari orang rajin. Lagipun dah dekat pukul 9 tapi tak der sorang pun turun ke dapur, jadi saya pun buatlah. Kat dalam fridge tak de apa2 nak di masak, maksud saya macam mee ke, kuey teow ke. Nak buat nasik goreng kena masak nasik lagi, so breakfast paling senang bubur la. Bubur lagi. Saya masak sup tulang sekali lagipun dah berkurun kat peti tak der orang nak masak.

Saya pun sediakan ramuannya, bawang putih, bawang merah dan halia. Pastu carrot ngan potato saya potong kecik2 letak dalam bubur. Semua bawang tu saya blend manakala halia saya tumbuk. Pas panaskan minyak, tumis, masukkan rempah sup tulang, tulang dan air + garam saya biarkan sampai masak. Pastu bolehlah makan. Siap bagi resepi nie... hehehehe.

Pas breakfast saya ke lab macam biasa la. Sebelum tu hantar Maria ke stesyen komuter, dia nak ke KL. Kerana keboringan, saya pulang ke rumah semula pukul 2 petang dan sebelum balik ke rumah saya singgah fotostat warna pin-up "Jika dan Ketika" daripada majalah blues untuk bagi kat adik saya yang nak final exam ni. Balik rumah dah dekat pukul 3, saya solat dan makan breakfast pagi tadi. Tak der benda lain nak dimakan. Masa makan tu lah, saya pelik sebab ada bawabg putih yang dihiris dalam sup tulang yang saya buat pagi tadi. Masa tu kat rumah ada sorang lagi housemate saya , si Fid yang juga baru pulang dari lab sebelum saya sampai tadi. Saya fikir mungkin dia tambah pada sup nie sebab sup yang saya buat kurang best kot. Lagipun saya fikir mesti dia yang makan sup tulang nie sebab masa Fid pergi lab pagi tadi, breakfast belum siap. Ok lah... tak per lah. Tak kisah pun.

Saya ke lab semula pukul 5.30 petang dan balik pukul 7. Masa balik tu si Fid sudah sediakan dinner, tapi saya tak terus makan. Saya mandi dulu , solat maghrib dan pastu baru makan. Tapi saya tak makan nasik yg Fid masak, sebab saya sayang bubur pagi tadi macam tak luak. Saya habiskan bubur dan makan sekali dengan suo tulang tu+ lauk yang Fid masak. Dan bawang putih masih lagi ada. Mula2 saya tidak terdetik untuk bertanya tentang bawang putih tu pada housemates saya, tapi saya tanya jugak sebab nak tau la kenapa tambah bawang putih. Bila saya tanya, tak ada sorang pun mengaku. Puas saya berfikir sapa yang masukkan kalau bukan 2 orang tu. Housemates saya yang lain balik kampung. Fid tanya saya sama ada bawang putih tu banyak ker sikit sebab kemungkinan dia tercampak ke dalam sup sewaktu dia masak petang tadi. Saya kata banyak, lagipun bawang putih tu dah ada dalam sup masa saya makan pas saya balik lab kul 3 petang tadi tu. Fid sediakan dinner kul 6. Mesti bukan dia kan...?

Sepanjang malam saya bertanya, sampaikan budak2 tu tak habis2 ketawa dengan ketakutan saya. Ada yang marah sampaikan kata pada saya "percayalah pada Allah" dan ada juga tanya "dah baca bismillah belum". Saya kena marah banyak kali sebab terlalu berfikir tentang bawang putih tu, tapi saya memang perlu berfikir tentangnya. Sapa yang masukkan bawang putih ke dalam sup tulang saya sedangkan demi Allah hari ini saya tak menghiris bawang walaupun seulas kerana semua bawang tu saya blend. Misteri ini pasti tidak terjawab... Hahahahaha... Sapa nak tolong selesaikan...?