Sunday, March 07, 2004
posted by nile at 3:45 PM
::Renungan Hari Ini::


::Istighfar dan Keutamaannya::

"Semua umat manusia itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang suka bertaubat juga suka memohon pengampunan" (Riwayat Tarmidzi)

"Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan mencintai pula orang-orang yang suka bersuci (lahir dan batin)" (QS. Al-Baqarah:222)

"... Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Muzzammil: 20)

"Maka bertasbihlah kamu dengan memuji Tuhanmu serta beristighfarlah kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat" (QS. An-Nashr:3)

"Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan beristighfarlah untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang." (QS. Al-Mukmin:55)

"Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.: (QS. Ar-Ra'du:90)

"Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu semua memperolehi kebahagiaan." (QS. An-Nuur:31)


Istighfar adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah seraya memohon ampun dari segala noda dan dosa yang pernah dilakukan. Sesungguhnya ia bermula dari rasa menyesal yang akan menumbuhkan rasa kemahuan yang kuat memohon keampunan dari Allah.

terdapat beberapa keutamaan istighfar yang diucapkan dengan penuh keikhlasan dan benar-benar taubat kepadaNya. Ini dinyatakan dalam firman Allah dalam surah Nuh, ayat 10-12:"Maka aku katakan kepada mereka: :Mohonlah ampun (beristighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun . Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh 10-12)

Berdasarkan firman Allah dalam surah Nuh ini, jelas bahawa keistimewaan istighfar antara lain:

1. Diturunkan hujan
2. Diperbanyakkan harta
3. Dianugerahkan anak
4. Dikurniakan kebun yang dalamnya ada sungai
5. Terhindar dari azab



Dipetik secara ringkasannya daripada: Majalah Mihwar Bil 17- Januari 2004