Monday, March 01, 2004
posted by nile at 7:12 PM
Untuk Adik Niza

Hari nie Adik start exam final semester 2. Saya harap Adik boleh hadapi tu semua dengan baik. Belajarlah rajin-rajin, walaupun exam dah tiba sebenarnya adik masih ada banyak masa untuk belajar. Dulu saya pun macam tu jugak. Selalu studi last minute tapi alhamdulillah result saya ok. Bukan beerti saya genius, tapi saya berusaha. Kalau orang genius dekat2 exam diorang tak studi dah, duk relax jer.

Selain berusaha Adik berserahlah pada kuasa Allah. Jangan lupa solat hajat untuk pohon keberkatan dan mohon petunjuk. Semoga Adik berjaya... itulah harapan saya. Result Adik kebelakangan ini semakin meningkatkan? Alhamdulillah lah, syukur pada Allah. Saya harap Adik dah dapat "Jika dan Ketika" yang saya kirim pada budak undergrad bawah penyeliaan supervisor saya. Saya bagi kat dia pagi tadi, mula-mula rasa gak malu tapi terpaksa. Lagipun saya rasa saya tak mampu lagi ke kolej Adik dan berhadapan dengan Adik lagi. Entahlah kenapa jadi begini... mungkin Adik tahukan...? Semoga dengan kata-kata daripada kad tu memberi Adik semangat untuk menghadapi peperiksaan kali ni.

Akhir kata, sekali lagi saya harap Adik berusahalah sehabis daya Adik. Sesungguhnya Allah akan menolong hambanya yang berusaha. InsyaAllah....

~GooD LucK!!!!~
~HepI FriendshiP Anniversary~
~SetahuN PerSahabataN DaLaM KenanGaN~
~Feb2003-Feb 2004~