Tuesday, April 13, 2004
posted by nile at 12:16 PM
::Aktiviti Hari Nie::

Nak tulis apa nih? Hmm.... aktiviti hari nie macam biasa la, pergi lab, tak der keje, masuk lab komputer siswazah, update blog, balik rumah, makan buah mangga yang beli kat Perak baru nie, solat, pastu tidur.

Pagi tadi sebelum ke lab mood tak elok sangat. Pasal apa..? Geram tengok sinki tersumbat lagi. Dah buang air, bertakung lagi. Saya dah angkut buang air yang bertakung tu malam tadi, pagi nie saya tengok penuh balik. So, masa balik tengahari saya angkut semua air yang tersumbat. Buang la... bila dah kering sinki tu baru saya bukak bahagian bawah tempat tertakungnya sisa-sisa makanan tu. Busuk giler dan penuh dengan beras!!!! Mangkuk tu penuh dengan beras yang belum di masak. Bukan nasik tapi beras.....

Saya bersihkan semuanya, korek apa-apa yang patut, pasang balik. Alhamdulillah dah ok. Habis dah baju kurung saya. Kena mandi nie. Pas mandi, solat saya pun tidur sampai la ke petang. Hahahaha.. tak pi lab saya hari nie. Saya ke lab lepas solat maghrib dengan niat nak punch kad untuk balik (sejak saya dapat scholarship nie, saya wajib punch kad dah). Ingat pas tu nak balik terus tapi bila tengok lab komputer tu tak ada orang, terus saya stay kat sana
sampai la kul 11.15 malam.