Wednesday, April 28, 2004
posted by nile at 6:45 PM
::Bawak Budak Jalan-Jalan::

Saya ke lab awal seperti biasa. Hari nie niatnya nak send abstrak SKAM yang dah siap semalam. Masa nak masuk lab komp, jumpa penyelia Dr. Musa. Dia tanya saya ada kerja tak hari nie, saya jawab tak ada. Dia mintak tolong saya tolong sekali bawakkan budak2 sekolah yang datang melawat ke pusat kitaorang sempena Hari Terbuka PPSKTM sejak semalam.

So, hari nie memang itu ajerlah keje saya. saya bawak 2 kali. Sekali waktu pagi dan sekali sesi petang. Untuk sesi pagi, saya bawak budak2 dari Sekolah Menengah Sungai Long dan sesi petang bukannya budak sekolah tapi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan saya enjoy jugaklah bawak budak2 tu. Cuma budak2 PKN jer ada yang degil sikit.