Tuesday, April 06, 2004
posted by nile at 6:28 PM
::Citer Hari Selasa::

Pagi tadi saya ke lab lewat sikit, basuh baju. Lagi lambat sebab terkenang peristiwa memalukan pagi tadi. Malu habis gue!!! Biarlah benda dah jadi, kalau duk ingat lagi malu, jadikan biarkan ia terus berlalu, kalau tak otak aku boleh jadi biru, jadi kelabu, tak nak la jadi camtu... kan?Arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dah penat jerit masa naik motor tadi.

Tak silap sampai lab dah dekat kul 11. Buat kerja yang ditangguhkan sejak minggu lepas, sampel untuk run guna instrumen icp tu. Buat2 dah kul 12.30. La sekejapnya dah tengahari... baru sekejap duk lab. Memang la sekejap, dah awak tu baru sampai kul 11. Saya terpaksa balik, sebab Nabihah dah nak balik. Kerja saya dah selesai, tapi nak stay lama kat lab pun tak boleh. Kunci lab terlupa nak bawak. Masa masuk tadi pun terpaksa mengcangkung depan lab tunggu Nabihah sampai. Dia keluar kejap. Bahaya tinggalkan lab tak berkunci sebab ramai kawan-kawan saya dah hilang barang terutamanya purse. Sebab tu kena berjaga-jaga.

Sebelum balik singgah lab komputer tapi ramai sangat tengah guna. Saya pun gi cc kat KTHO. Senang... tapi terpaksa keluarkan duit la. Duk sana lebih kurang sejam setengah saya balik rumah. Saya singgah kat rumah yang sewakan kereta tu. Tadi kebetulan jumpa Nad. saya mintak no phone pakcik sewa kereta tu, tapi dia tak ada no tu. Dia kata pergi rumah jer. Kebetulan rumah pakcik tu tak jauh dari rumah saya. Bila saya lalu tadi, 2 kalai saya round pusing pergi balik tapi tak jadi berentikan motor, rasa malu lak. Hehehhee. Esok la awal sangat nie lagipun nak sewa kete tu hari Ahad nie. Pastu saya balik rumah la. Kejap jer tak lama pun. Malas nak masak megi, tak yah makan la dah gemuk nie. Asyik makan jer kebelakangan nie. Pastu gi lab balik.

Sampai lab keje memang tak der. Naik floor 3 jumpa Kak Shida, dia janji nak bagi map ke Manjung. Alhamdulillah dia ada. Dia pun lukis la map tu. Kebetulan ada sorang student PhD yang satu lab ngan Kak Shida, Che Mat jer kitaorang panggil dah biasa ke sana. Dia pun tolong lukis sekali. Akhirnya dapat la map ke Manjung untuk ke Teluk Rubiah. Demi adik nie sanggup saya ke sana walau tak pernah-pernah drive kete ke Perak nie. Kalau tak mencuba bila lagi nak pandai kan? Pas dapat map, borak2 sket. Banyak la pasal Terengganu pun banyak. Pasal highway yang terbengkalai sampai Pahang jer tu (karenah politik rakyat jadi mangsa), pasal nama saya (pasal politik aku jadi mangsa), pasal MRYT Besut ngan Dungun (pasal politik budak sekolah jadi mangsa), pasal wang ehsan (pasal politik senang rakyat nak dapat duit) dan macam-macam lagi.

Pas abis borak saya turun ke lab komputer nie. Macam biasa la... buat apa-apa yang patut di buat bila dah duk depan pc. Rasa macam nak balik dah nie. Awal betul brader tu datang ari nie, biasanya kul 9 macam malam tadi. Blah la...