Thursday, April 08, 2004
posted by nile at 8:29 PM
::Di Terengganu::

---->Hari Pertama

Saya sampai di Paka lebih kurang pukul 4.30 pagi. Sesampainya saya di simpang jalan menuju ke rumah kakak, saya dah nampak kereta kakak sedang menunggu. Pada kebiasaannya saya akan menunggu lama untuk kakak mengambil saya tapi sejak dah ada handset nie (hehehehe..), dapat la saya call awal suruh dia datang dulu tunggu saya. Bahaya jugak tunggu sorang2 tengah2 pagi buta. Alhamdulillah... segalanya selamat.

Masuk2 jer kereta macam biasa la saya yang kena jadi driver padahal boleh jer dia bawak terus balik ke rumah, kakak saya memang sokmo gini. Biarlah.... lagipun dari sini la saya berlatih pandu kereta. Saya pun bagi terus jer sweater BUM yang saya beli kat SOGO malam tadi kat kakak. Entah dia suka ntah tak. Sampai kat rumah, saya terus tidur lagipun pagi nanti saya nak terus balik ke rumah saya kat Kampung Bukit Sawa, Marang.

Tak pukul 8 lagi saya terus bertolak ke rumah. Saya drive kete kancil kakak balik ke kampung. Kakak saya yang cadang buat camnie sebab dia la yang suruh saya singgah rumah dia dulu sebab dia kirim barang kat saya. Sebenarnya dia kirim kasut vinci tapi kasut yang dia nak dah habis stok, saya beli la sweater. Dia kirim sweater UKM tapi saya dah cari tak ada yang lawa2, biasanya kalau nak yang lawa2 kena la tunggu pesta konvo. Saya sampai rumah ayah lebih kurang 9.30 pagi. Lebih kurang 1 1/2 jam jugak la perjalanan dari rumah kakak. Sampai rumah saya tunggu adik-adik balik dari sekolah sebab nak ajak diorang ke bandar K. Trg shopping. Saya masuk cc kat rumah tapi tengah2 seronok chat ayah panggil suruh hantar payung dan meja ke tapak ceramah malam nie. Ayah saya nak berniaga air tebu. saya pun keluar la nak pergi ke sana tapi ayah cari payung la tak jumpa. Rupa-rupanya kena curi. Kesian kat ayah... payung buruk pun ada orang nak curi jugak. Ayah cari la payung lain tapi adik lelaki saya cakap dia baru lalau tenpat ceramah tu semua tempat dah penuh orang tanda. La.... tak boleh berniaga la camnie.... Segala lagi kesian kat ayah... ayah kata "rosak rancangan camnie". Ayah dah tebang banyak tebu kalau biar camtu rosak la. Tapi nasib la esok ada kuliah agama mingguan tempat ayah biasa berniaga. So, kitaorang kikis tebu untuk berniaga esok jer. Letih jugak saya buat keje tu dengan sorang anak sedara. Ayah suruh saya kensel nak ke Air Terjun Sekayu esok sebab nak ajak adik2 saya tolong dia berniaga tapi saya cakap nak pergi jugak. Nasib baik adik lelaki yang umur 22 tu balik boleh la dia tolong ayah. Adik lelaki saya yang darjah 3, Nazrullah balik sekolah pukul 12 tengahari, tapi adik perempuan yang darjah 5, Izzati balik kul 3 petang sebab dia dapat baucer tuisyen sekolah.

Letih jugak menunggu Izzati balik. Kul 3 lebih sikit dia balik rumah. Saya suruh dia solat zohor cepat2 pastu terus ke bandar. Yang ikut saya ke bandar 3 orang adik saya ( satu ayah lain mak), Izzati, Nazrullah, Muna dan 2 orang anak sedara Ayu dan Ati. Sampai ke bandar tempat yang pertma di tuju apa lagi kalau bukan Mydin. Saya suruh amik yang apa yang diorang nak. Seronok betul tengok adik2 dan anak sedara saya kutip barang ni barang tu. Tapi sebelum anik tanya saya dulu, nak nie boleh? Nak tu boleh? heheheheh.... ikut saya hati hangpa la.... Pas abis shopping kat situ kitaorang ke Sabasun cari barang2 nak berpiknik esok. Beli la ayam, sosej, daging bergur, roti, mee, sayur, timun, nugget, makanan ringan dan macam2 la untuk piknik. Barang2 untuk masak mee goreng saya hantar ke rumah best friend saya Ummy (thanks ummy). Pastu terus balik ke rumah. Sebelum budak2 tu nak selongkar barang2 yang dibeli tadi, saya suruh solat asar dulu. Pastu... habis la.....

Selepas maghrib, saya bersiap nak ke Ekspo Bukit Payung. Kesian kat ayah dia ingat nak pinjam kereta ke ceramah, tapi dah saya nak keluar terpaksa la dia naik van buruk dia tu. Macam biasa la semua adik2 dan anak sedara saya ikut. Tapi kitaorang tak beli apa2 pun. Tak ada benda yang menarik la... saya cuma bagi duit kat budak2 tu untuk beli makanan. Pastu balik. Kesian kat mak da.... nasik yang dia masak hari nie tak ada orang makan pun. Adik2 dah kenyang dengan barang shopping tu, hehehehe.... Sampai rumah saya masuk cc dulu. Saya save gambar dalam handset saya tu guna infra red device. Saya dah tukar baru usb kabel data tu kelmarin sebelum naik bas malam tadi. Dah cuba install kat cc tu tapi sebab dah ada infra red tu tak yah guna kabel tu lagi la. Pastu balik rumah tido..........