Saturday, April 17, 2004
posted by nile at 8:08 PM
Habis!!!!!!!!!!!!!!!

Sebenarnya berita nie saya dah tau semalam tak silap la. Eksperimen yang saya buat selama 1 semester nie atau pun sejak tahun lepas lagi terpaksa diulang semula semuanya.... masalahnya di sini ialah... semuanya!!!!!!!!!!!!!!!!!


kenapa boleh jadi camnie? Dalam eksperimen saya, last step saya kena buat validation. Validation nie kena buat memandangkan saya menggunakan bahan kimia yang disentesis sendiri, bahan baru. Walaupun bukan saya yang sentesis (saya amik dari UM), tapi ia merupakan bahan baru yang tak pernah di hasilkan lagi sebelum nie. Keputusan validation saya ketahui hari khamis tak silap la membuatkan saya nak kata terpaku tu boleh la jugak tapi ada jugak rasa taku yang amat sangat.... takut!!!!!!!!!!!Saya takut berjumpa penyelia, takut dengan master saya, takut dengan presentation dan takut sebagai pemegang biasiswa tajaan kerajaan.

Memandangkan validation adalah step terakhir, ia bermakna saya dah jalankan semua kerja-kerja lab yang berkaitan dengannya sehingga siap dan yang terakhir ialah validation. Bila dah validation menunjukkan ada kesilapan... maknanya.... selama nie saya silap la!! 2, 3 kali saya berlegar-legar depan biliknya nak maklumkan padanya kesilapan nie, tapi hakikatnya saya takut... saya takut sangat-sangat. Akhirnya saya amik keputusan untuk cuba nak start semula balik semuanya tanpa memberitahu kepada penyelia.

Nak tahu kenapa boleh silap nie...? Satu jer sebabnya.... saya tersilap membuat pengiraan matematik!