Friday, April 09, 2004
posted by nile at 9:03 PM
---->Hari Kedua

Pukul 6 pagi saya dah bangun. Kejutkan adik2 dan anak sedara bersiap nak ke Sekayu. Ayah pun baru terbangun nak berniaga. Biasanya pukul 5.30 ayah dah bangun kalau hari Jumaat. Sambil budak2 tu mandi dan bersiap saya goreng nugget, keropok dan sosej. Best friend saya, Si Ummy yang suruh saya goreng dulu sosej tu, jadi bila sampai kat sekayu nanti cuma panaskan sajer. Sebenarnya niat di hati nak buat ayam panggang tapi rasa malas lak. Tapi kitaorang tetap bawak barang nak buat BBQ tapi cuma untuk bakar daging bergur dan sosej ajer la. Barang2 siap kul 7.30 pagi. Pastu baru la saya bersiap. Budak2 tu semuanya dah ready. Saya janji ngan Ummy kul 8 pagi. Tapi dia lak lambat. Saya call pukul 8.25 pagi dia baru tengah nak sidai baju. Maknanya lambat lagi la tu. Sambil2 tunggu Ummy lambat lagi sampai saya suruh budak2 tu beli breakfast dulu. Breakfast sampai agak lambat... sebaik jer masuk nak makan Ummy sampai. Ummy datang bertiga dengan 2 orang adiknya, Angah dan Arir. Rasa macam nak tercekik makan nasik lemak tu.

Kitaorang bertolak ke Air Terjun Sekayu dari rumah saya pukul 9.00 pagi. Sorang adik saya tumpang kereta Ummy manakala yang lain naik dengan saya. Sampai di pintu masuk lebih kurang pukul 9.40 pagi. Dan tiba di tempat untuk lepak dan mandi pukul 10 pagi. Sebaik jer sampai terus budak2 tu mandi. Saya lak sediakan api untuk BBQ. Saya ngan Ummy tak mandi... kitaorang cuma kemaskan tempat, susun makanan dan bakar sosej, buat sandwich dan lain2. Sambil2 tu amik gambar adik2 tengah mandi, pergi hantar makanan kat budak2 tu. Diorang mandi jauh sangat.... tak la jauh sangat ada la dalam 30 meter dari tempat kitaorang duduk2. Tapi kena lalu ikut air, lalu atas batu... sakit kaki saya.


Kitaorang di sana tak lama, lebih kurang 2 jam jer. Sampai rumah pukul 1 lebih. Rasa bersalah lak kat adik2. Kesian diorang nak main air lama2. Tapi saya kan pergi dengan orang. Tapi petang tu baru tau sebenarnya Ummy tak kisah balik lambat sikit pun. Biarlah... lain kali pergi lagi. Balik2 tu saya terus tidur........

Pukul 3 saya keluar ke bandar, ke rumah Ummy. Saya janji nak amik dia nak pegi jalan2. Kitaorang ke Lagun Kuala Ibai sembang2 kat sana. Masa kat sana tu, Adk telefon. Dia tanya la saya kat mana. Sebenarnya saya janji nak jumpa dia petang nie. Tak la janji tapi merancang. Saya ingat nak balik ke Paka terus petang nie, tapi tak jadi. Mungkin pagi esok la sebelum saya naik bas pukul 11 pagi ke Bangi. Pukul 5 lebih kitaorang ke Losong cari keropok. Kakak kat Pejabat Am Kimia kirim. Pas tu saya ajak Ummy makan dulu kat kedai "Air Buah Gelas Besar" yang glamer kat Seberang Takir. Pas makan saya hantar Ummy rumah dah terus balik ke rumah.

Malam nie saya tak buat apa-apa. Tapi saya tak ingat la dalam pukul berapa ntah kakak saya telefon dia cakap abang ipar tersilap beli tiket. Bukannya pukul 11 pagi esok tapi 11 malam esok. Alamak!!!!!!!!!!!!! camner nie!!? Mana boleh naik 11 malam esok, sebab pagi lusa saya nak ke Perak nak jumpa adik. Kalau naik malam esok sampai pagi esok lusa mesti letih sebab lepas tu nak drive ke Perak pulak. Saya sajer suruh beli pagi esok sebab dapat la berehat dulu sebelum ke Perak lusa. Kakak telefon balik dia kata tiket tu tak boleh tukar tapi kena beli baru. Biarlah!!! Nak buat camner lagi kan? Rugi la kalau beli baru. Biarlah... maknanya esok ada masa lagi saya jalan2 kat sini. Ingat nak tengok survivor tapi tertido pulak...........