Saturday, April 10, 2004
posted by nile at 9:39 PM
----> Hari Ketiga

Saya bangun kul 7 lebih. Bersiap nak balik ke Paka. Lepas kemas semua barang, masukkan dalam kereta saya salam ngan ayah, ngan mak da, ngan adik2, ngan anak sedara pastu tak balik lagi. Saya masuk cc dulu. Saya save gambar semalam. Pastu baru bertolak ke bandar K Trg. Tak balik lagi... hehehehe. Saya nak pergi bank amik duit untuk ke Perak esok pastu nak gi jumpa best friend dulu. Tapi sebelum pergi tadi saya cakap ngan adik2, kalau saya jadi beli basikal saya akan balik semula ke rumah.

Sampai kat bandar saya ke 3 buah bank. Mula3 bumiputera commerce, pastu RHB bank dan last sekali ke Bank Muamalat. Then saya ke sekolah Ummy kat Gong Badak. Sampai sana lebih kurang kul 11 pagi. Ummy habis kelas tambahan kul 12 lebih sket pastu saya follow kereta Ummy, dia nak tunjuk kat saya kedai basikal tempat dia belikan basikal untuk adik dia dulu. Saya beli basikal tu dan balik ke rumah manakala Ummy pergi amik kereta dia kat service center. Tadi dia bawak kete mak dia.

Balik ke rumah hantar basikal baru. Sukanya adik2 saya.... Baru sebuah tu. Adik saya yang dah boleh bawak basikal ada 2 orang. Nanti la saya beli lagi. Pas hantar basikal saya ke bandar semula. Ummy amik kereta dia kat service center pastu adik dia bawak kete mak dia. Kitaorang bertiga berkereta ke Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu tempat mak Ummy keje. Pas hantar kereta kitaorang pergi makan dulu. Pastu ke rumah Ummy. Pas adik Ummy si Angah tu solat, kitaorang bertiga ke Pantai Teluk Ketapang lepak2 sambil Ummy nak buat keje. Ummy bawak notebook dia untuk buat keje. Sambil buat keje kitaorang borak2 pastu saya pergi beli air kelapa, 2 gelas... satu biji. Yang bijik tu Ummy yang nak sangat. Bestnyer!!! Isinya tebal dan airnya banyak.

Pas Ummy abis wak keje, saya cuba install usb cabel data tu. Dan sekali lagi tak boleh jugak! Saya tak tahu apa masalah sebenarnya sekarang nie. Termasuk kabel ni, dah kali ketiga nie. Tak boleh2 jugak! Hmmmm....

Pertemuan dengan Ummy dan juga Angah berakhir petang ini. Pas hantar Ummy balik rumah, salam dan pastu saya terus menuju destinasi saya yang terakhir sebelum balik semula ke Bangi. Saya bertolak dari rumah Ummy lebih kurang pukul 5.30 petang. Jem lak kat KT... pukul 6 baru la saya dapat masuk jalan besar Kuala Ibai ke jalan pantai Marang dan seterusnya ke Paka. Saya sampai di rumah kakak lebih kurang pukul 7.30 malam.

Sampai kat rumah kakak, ramai sangat pulak orang. Adik2 abang ipar ada kat rumah. Tak tau singgah dari mana tapi diorang tengah masak kat dapur. Pukul 9 lebih baru la diorang balik dan pastu baru saya dapat membersihkan diri. Pukul 10.40 kakak dan abang ipar hantar ke bus stop untuk naik bas ke Bangi. Pukul 11 kakak tinggalkan saya di bus stop tu. Saya tunggu bas tak sampai2 sehinggalah menjelang pukul 12 tengah malam. Tak dapat di gambarkan betapa takutnya saya. Takut bukan sebab malam atau tak ada orang tapi sebab esok nak ke Teluk Rubiah, Perak jumpa adik. Takut sangat tak boleh pergi kalau bas tak sampai jugak. Saya hantar sms kat kakak cakap bas tak sampai2. Saya takut dia tersilap tiket lagi. 2, 3 kali jugak saya call 3 kaunter tiket kat K Trg, Dungun Dan Kuantan tapi tak berjawab. Mesti la tak berjawab.... nie dah tengah malam nie. Saya call Ummy cakap bas tak sampai. Saya dah jadi takut jugak dengan keadaan sekeliling sebab cuma tinggal 2 orang perempuan lagi yang tunggu bas. Selebihnya budak2 lelaki yang nak kata naik bas ada la jugak tapi banyaknya tengah lepak sebab tempat tu bus stop. Sebenarnya dekat Paka nie tak ada stesyen bas yang khusus sebab tempat nie bukannya bandar besar. Kaunter untuk beli tiket pun cuma ada satu di mana semua tiket ke semua tempat boleh di beli di situ.

Alhamdulillah syukur sebab lebih kurang pukul 12 lebih sikit, bas pun sampai. Bas Mutiara nie memang lembab giler. Saya agak mesti bas nie bertolak lamat dari KTrg. Mesti la.... sebab ari tu dah eksiden teruk kat Kuala Lipis... yang mati 16 orang tu. Bas nie la.... Bila dah naik bas lega la. Yang penting sekarang saya perlu tidur lena. Esok nak ke Perak pulak. Tapi tak best la sebab duduk sebelah lelaki. Setiap kali naik bas mesti duk sebelah lelaki.... tak selesanya. Jarang2 sekali saya dapat duduk sebelah kaum hawa. Masa balik baru nie saya duk sebelah perempuan, nasib baik....

Inilah kisah 3 hari saya di Terengganu. Penuh dengan kisah-kisah yang bagi saya amat mengembirakan. Akhirnya tercapai jugak impian saya untuk menceriakan hati adik-adik, gembirakan hati ayah, hati mak da, gembirakan sahabat baik saya Ummy, dan jugak kakak-kakak saya. Kalau boleh selamanya saya nak macam nie. Nak tengok adik-adik saya dapat apa yang diorang nak. Diorang boleh belajar dalam keadaan yang selesa. Boleh jalan-jalan sekali-sekala. Saya harap sangat adik-adik saya akan berjaya dalam pelajaran. Kalau boleh nak jugak tengok ada yang masuk Univesiti. Saya tahu semua tu lambat lagi , tapi dari mula lah semua tu kena pupuk. Saya harap saya dapat bantu dari segi akedemik tapi saya pulak jauh. Entahlah... harap-harap adik-adik saya tu dapat amik tuisyen untuk diorang belajar. InsyaAllah lepas nie tiap-tiap bulan saya akan kirim duit kat ayah untuk belanja kat rumah dan pelajaran adik-adik. Saya harap semua kan ok.... InsyaAllah!!!