Tuesday, April 20, 2004
posted by nile at 8:31 PM
ikutkan sangat rasa marah.....

Hari nie macam biasa la saya masuk lab awal. Saya puasa lagi hari nie, semalam sunat hari nie pose nazar. Saya mulakan dengan membuat keje2 lab saya. Selepas siapkan semua larutan saya run sampel. Lepas tu saya wak photostability yang amik masa 8 jam yang akan hanya berakhir pukul 8 malam sebab saya start pukul 12 tengahari.


So lepas nie saya tak ada keje la. Saya amik keputusan balik rumah untuk solat zuhur. Lepas solat saya tertidur sampai la ke asar. Alamak!! banyak benda saya nak buat hari nie sebenarnya. Nak pergi amik buku yang saya fotostat dan juga hantar buku kat library. Buku tu dah masuk 4 kali saya renew tapi saya tak baca-baca, so saya amik keputusan fotostat la , malas dah nak berulang alik ke library. Saya solat asar dulu and then amik buku. Lepas tu saya pergi ke hentian Kajang nak beli tiket bas balik kampung. Saya nak balik temankan bestfriend saya ke kenduri kahwin kawannya masa kat maktab dulu di Jerantut.

Cari punya cari, tiket ke Dungun 30hb April habis! saya cuba cari tarikh awal sehari tapi masalah yang sama terjadi. Saya call sahabat saya nak maklumkan pasal tu, tapi dah 5, 6 kali call dia tak angkat. saya call rumah baru angkat. Masa bercakap dengan dia, hati saya dah mendidih. saya tanya macam mana nak buat nie... suruh dia bagi cadangan. Dia suruh beli 28hb.. mana boleh!!! Kebelakangan nie dah banyak kali saya ponteng lab kerana balik kampung awal. Saya tak kisah nak balik awal kalau saya tak banyak keje tapi kebelakangan nie, saya busy memanjang. Pastu bila dia kata tak yah balik saya lak jadi sakit hati. Apa taknya.. dia nak kita temankan dia, kita dah sungguh cari tiket tapi dia lak kata camtu. Saya jadi nak marah bercampur baur dengan terlewat tadi sebab tertidur, tak leh hantar buku kat library (yang saya ingat masa tu tutup kul 6) yang dah 3 hari terlewat. Letih dek puasa dan nak marah sebab dia angkat phone tadi.

Tak ada kata penyelesaian. Saya harap dia dapat bagi cadangan yang boleh memuaskan hati semua pihak. saya letak phone dan cari lagi. Kaunter pertama yang saya singgah lepas tu... rupa-rupanya ada tiket 30hb!!!!!!!!!!!!!!!! saya beli tiket pergi balik dan segalanya setel. Saya balik ke UKM dan terus ke library, nasib baik buka lagi walaupun dah pukul 6 lebih. Rupa-rupanya library tutup pukul 7. Kena denda RM1.80. Pastu saya ke lab.

Saya tahu tadi saya terlalu ikutkan perasaan marah. Kesian kat Ummy.... kena marah. Masa cakap dengan Ummy tadi pun, saya salahkan Ummy atas segalanya. salahkan Ummy sebab saya kena denda, salahkan Ummy saya terlewat hantar buku, salahkan Ummy saya tak dapat cari tiket dan salahkan Ummy kerana tak angkat telefon. Ummy.... Sila mitak maaf........ :(