Sunday, April 04, 2004
posted by nile at 11:29 AM
::Kerana Kabel::

Pagi kelmarin (kelmarin bagi orang terengganu maksudnya semalam orang sini) saya ke lab macam biasa. Niatnya nak install solfware untuk handset saya tu. Saya terpaksa mintak tolong kawan sebab sebenarnya bukan biasa sangat install2 benda nie. Nasib baik Si Ezwann tu baik. Dia la yang tolong saya install melaui YM. Thanks bebanyak Ezwan walaupun akhirnya tak boleh jugak. Install tu boleh cuma tak leh detect handset.

Kerana install tak leh-leh, saya amik keputusan untuk ke KL. Pergi untuk tukar kabel tu. Mungkin problemnya kat kabel tu. Saya bertolak ke stesyen komuter kul 3.40 dari lab saya. Pastu tinggal motor saya kat stesyen komuter naik tren ke Bank Negara. Sesampainya saya di sana, saya terus menuju ke kedai tu kat KOmpleks Pertama. Sampai sana nampak la boss kedai tu dan salesman yang kelakar tu. Sengih jer. Saya cakap problem saya kat boss tu pastu dia tukarkan saya dengan kabel dari jenama lain. Dia kata kalau ada problem jugak call jer jangan terus datang. Pas dapat kabel baru saya blah.

Blah bukannya saya balik ke Bangi, tapi saya ronda-ronda lagi kompleks tu. saya survey handset lagi. Nak cari kot ada yang lebih murah. Lagipun masa saya survey minggu lepas saya tak cari semua tempat. Tak silap berapa paras jer. Lagipun kitaorang kesempitan masa. Lagi-lagi kompleks pertama nie pelik giler designnya, berputar-putar... boleh pening jadinya. Akhirnya saya jumpa la satu kedai tu harga display RM939. Mesti mintak kurang lagi murah. Dia kira-kira dapat 970.. la!! lagi mahal! Rupa-rupanya harga register. Patut pun! Masa kira-kira tadi salesman tu tanya saya gaji saya berapa... mungkin sebab saya nie demand lebih-lebih. Nak kan handset mahal, tengok rupa macam orang tak der duit. Saya tensen gak orang tanya macam nie. Ikut suka hati saya la nak handset camner pun. Yang pasti kat kedai yang saya beli tu paling murah dari lain-lain kedai kat kompleks nie.

Habis survey handset, saya survey backpack. Nak ganti backpack saya yang lama. dah buruk sangat. Lagipun saya beli bag tu 2 RM15 kat pasar malam. Kualitinya tak elok sangat. Survey punya survey, jumpa la satu beg tu. Cantik gak, tapi saya tak terus belinya, saya cuba cari kat kedai lain. Cari punya cari tak jumpa. Bila saya patah balik nak cari kedai yang mula-mula tu tak jumpa lak. Tahu-tahu ajer lah kan kompleks nie pelik sket. Tapi saya jumpa kat satu kedai makcik cina tu beg yang sama tapi warna lain. Tanya warna yang saya nak dia kata tak der, bila saya nak blah dia bagi la saya harga murah sket. Tapi saya pergi jugak kat kedai sebelah dan depannya. dari jauh dia panggil saya suruh beli, Dia cakap dia bagi Rm20 jer. Pastu saya nampak dari jauh, husband dia (agak ajerlah) hulurkan padanya bag yang sama dengan warna yang saya jumpa kat kedai yang saya cari tu. Sempat tu dia cari. Tadi kata tak der. Bila kat kedai lain tak der saya patah bali ke kedai dia. Dah dia cari lain saya kesian gak saya pun beli. Bukannya satu tapi 2. satu jenis lain. Bila bayaran selesai niat saya sekarang nak balik la. Saya turun tangga dan dalam perjalanan saya teringat kat bestfriend saya. Nak beli kat dia satu la backpack macam saya beli tu. Saya patah balik ke kedai dan beli satu lagi tapi warnanya lain la. Mesti Ummy suka nie... hehehhe. Sebenarnya saya janji ngan bestfriend saya tu nak belikan dia handset, tapi sekarang nie duit tak cukup. Nak bagi kat ayah lagi, nak bagi adik-adik lagi, nak balik kampung lagi, terpaksa la tunda tunggu biasiswa saya bulan April nie masuk dulu. Ummy jangan bimbang... Sila tak akan lupa janji Sila.

Saya terus balik dan dalam perjalanan singgah SOGO beli air. Pastu terus naik komuter kat Bank Negara ke UKM. Sampai Bangi kul 7.48, saya tengok jam besar kat masjid UKM. Saya singgah pasar malam beli makanan untuk dinner dan balik rumah, sampai rumah makan dulu, pastu cuba install kabel baru. Arghhhhhhhh... tak leh jugak!!!!!!!!!!!!!