Monday, April 19, 2004
posted by nile at 6:37 PM
::Kisah Hari Isnin::

Hari nie saya memecahkan rekod lama yang sudah lama tak dipecahkan... hehehehe. Apa bende nie? Saya datang awal ke lab la. Lagipun hari nie saya puasa sunat berpakat sekali dengan Maria. Tak payah la tunggu breakfast siap. Sebelum pukul 8 dah punch kad. Waktu 7.58 tercatat pada kad tu. Sekarang nie saya nak cuba mulakan balik segala research saya yang dah jahanam akibat satu kesilapan kecil...

Seperti biasa saya akan buat keje lab saya la. Sediakan larutan yang berlainan pH. Tapi sebelum tu saya terpaksa berkejar ke sana dan ke situ mencari bahan-bahan yang diperlukan. Saya naik dari tingkat 2 ke tingkat 3 dan turun semula ke tingkat 2. lepas tu turun lagi ke G. dan itulah sebenarnya rutin harian saya. Saya siap sediakan semua larutan sample lebih kurang pukul 11 pagi. Sekarang nie saya perlu run sample tu menggunakan instrumen fluorimeter.

Saya turun ke G dan masuk ke lab instrumen yang bersebelahan dengan lab komputer tempat saya biasa online. Sebaik sahaja saya cuiba nak run sampel pertama, Nabihah tiba-tiba muncul cakap yang student PhD, Che Mat nak jumpa. Nak bincang tentang program yang nak dilakukan oleh kumpulan inorganic sempena hari terbuka UKM minggu depan. Saya terpaksa naik semula ke tingkat 2. Lepas berbincang sekejap dan memberi cadangan dan mengetahui apa yang perlu saya buat, saya terpaksa meminta diri. Saya perlu run sample dan siapkan kerja2 tu sebelum pukul 12. Pukul 12 prof ajak ke hospital melawat mak Nabihah yang dah 11 hari masuk wad. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Saya naik ke lab saya di tingkat 2 dan di situ ada Prof, Nabihah dan Suba. Prof sibuk berbincang dengan Suba dan saya bertanya pada Nabihah rancangan ke Seremban jadi atau tak... Dia kata jadi. Prof mintak kitaorang tunggu sekejap kerana dia ada sesuatu nak dibuat. Kitaorang menunggu di tingkat 1 dan Prof tiba tidak lama kemudian bersama dengan 2 orang student dari USM. Rupa-rupanya tadi Prof pergi menjemput budak 2 orang tu yang dah tersesat di dalam UKM. Tersesat kerana teksi tu hantar diorang di Fakulti Sains Maklumat bukan Fakulti Sains dan Teknologi. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kitaorang bertolak ke sana. Dengan 2 buah kereta saya naik ngan Nabihah manakala Prof bersama dengan Che Mat dan 2 orang student tadi. Baru sampai terus kena angkut jalan-jalan. Heheheeh... Prof memang macam nie.

Pukul 1.15 kitaorang tiba di hospital. Masuk berjumpa mak Nabihah dan bersembang. Hanya Prof yang asyik bersembang manakala yang lain membisu seribu bahasa. Tak per.. kalau bab bercakap nie serahkan sahaja pada Prof segalanya akan setel.. heheeheh. Sambil2 Prof sembang saya keluar sekejap mencari telefon . Nak call Jiji. Saya Cuma sempat dengar Jiji bagi salam dan saya jawab salam sebelum panggilan putus. Telefon tu telan duit saya. Masa tengah guna public tu Nabihah panggil, Prof dah nak balik. Masa tu la Prof mengata kat saya.. telefon mahal tapi bila telefon pakai public jugak. Hahahaha... Hari nie 2 kali terkena... masa sampai tadi kat parking lot pun kena kata jugak. Dia kata saya beli handset mahal darinya... membazir duit. Sebenarnya handset Prof pun baru beli yang ada kamera jugak tapi jenama nokia. Sebenarnya handset dia lagi mahal dari handset saya tapi oleh kerana saya beli sekali dengan kabel tu yang jadi lebih mahal dari dia. Ada orang cakap kat dia pasal handset saya mahal dari dia tu.. Susah betul la... Sajer jer nak bagi saya kena marah...


Kitaorang balik ke UKM semula lebih kurang pukul 2.15 petang. Singgah makan di hentian sebelah Nilai. Oleh kerana saya pose saya cuma jadi tukang tengok la. Lepas tu terus balik dan sampai di UKM pukul 3 lebih. Saya masuk lab dan amik bag untuk balik solat di rumah. Tetapi sebaik sahaja saya berjalan ke arah tangga , Brader Nasir tegur dan cakap kenapa tak masuk meeting group chemical dan biosensor. LA… mana la saya tau ada meeting hari nie. Mati aku! Saya mula ketar lutut… apa taknya saya takut saya kena present. Mana ada hasil dan langsung tak prepare nie. So, tak jadi la balik rumah, saya solat di sana jer. Saya ambil masa yang gak lama untuk masuk ke bilik meeting tu kerana takut. Saya kuatkan semangatt. Apa nak jadi jadilah. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku. 2 orang student yang present dan kali nie saya terlepas lagi. Tapi dah ada tanda2 amaran yang saya bakal buat presention untuk group nie yang merupakan group bagi co-penyelia saya.

Meeting berakhir pukul 5 petang. Saya solat asar dan lepak di lab komputer sampai pukul 7. Sebelum tu Maria telefon tanya saya nak kirim makanan apa. Hari nie tak der orang masak kerana hari nie giliran Nabihah. Dia pergi tadi tak balik-balik dah. Macam biasa la saya kuey teow goreng. Sampai rumah 2, 3 minit azan. Maria tak balik lagi. Saya berbuka dengan buah mangga, jemput2 yang budak2 tu buat breakfast pagi tadi dan kek pisang. Hehehehe... Tapi pastu Maria balik bawak makanan berbuka.

Malam- saya tak buat apa-apa. Tak keluar pun. Tengok tv dan taip sket skrip komik. Pukul 1.30 pagi saya pun cuba melelapkan mata. Pukul baper tido sapa yang tahu kan?