Thursday, April 22, 2004
posted by nile at 8:59 AM
::Kisah Hari Khamis::

Hari nie hari khamis.... tengah pening nak cari kawan untuk temankan saya ke Uitm Kampus Seri Iskandar. Dah tanya sorang kawan tapi dia tak boleh buat keputusan lagi. Tapi saya dapat rasakan yang dia tak boleh pergi. Kerja lab saya buat seperti biasa, tapi banyak jugak halangannya. Hari nie saya buat pH buffer yang baru, saya run sampel guna instumen dan hasilnya agak baik. Tapi kali nie saya nak buat betul-betul. Hasil daripada spektrum yang saya run tu, saya dapat idea baru untuk dapatkan result yang terbaik. Alhamdulillah..... esok saya nak mulakan untuk ulang balik semuanya. Kalau boleh esok nak siapkan at least separuh darinya.... sebab sabtu dan ahad saya mungkin dah tak masuk lab. Saya kena siapkan jugak sebab nak siapkan abstrak untuk seminar kat Kuantan Ogos nie. Abstrak tu kena submit 30hb April.