Saturday, April 24, 2004
posted by nile at 7:17 PM
::Main Bowling-FST, UKM (Gugusan Kimia)::

Oleh kerana tak jadi ke Perak, saya amik kwputusan ke lab untuk buat keje. Tapi bila jer sampai kat lab instrumen, satu padah telah menimpa.... pc instrumen ada problem!!!! Maknanya tanpa pc tu kita tak leh run sampel. Makin giler saya camnie!!!! Hari nie pusat ada buat gotong-royong sebab minggu depan Hari Terbuka pusat pengajian kitaorang, tapi kakitangan la jer yang buat semua keje2 tu.

Saya amik keputusan untuk balik sebab petang nie ada perlawanan bowling antara group dalam gugusan kimia. Pukul 2.15 lebih kurang Kak Shida datang amik saya kat rumah untuk ke Warta. Main punyer main, group inorganik (group saya) combine dengan group organik dapat no 2 tapi hakikatnya saya rasa kitaorang patut dapat no 1 kerana satu group lagi tu yang memang no 1 tu dari UPM sebenarnya. Tak silap sorang jer dari UKM iaitu Pengarah program nie sendiri. Saya agak mesti ada complot nie.

Pukul 4 lebih game abis, penyampaian hadiah berlangsung. yang bagi hadiah TNC UKM sendiri. Dia datang sebab dia pun bekas pensyarah pusat kitaorang yang juga dekan FST sebelum dia jadi TNC. Pastu kitaorang bergerak ke McD... makan-makan dulu. Dalam pukul 5 saya sampai rumah.