Sunday, April 11, 2004
posted by nile at 10:26 PM
::Mengharungi 590km Perjalanan ::

Sesampainya di Perhentian Bas Kajang pukul 6 pagi, saya terus mengambil teksi untuk balik ke rumah. Rancangan asal nak mintak tolong kawan saya, Yah amik saya tapi dia lak takut sebab pagi sangat. So, saya amik teksi ajer walaupun inilah pertama kali dalam hidup saya di UKM nie, saya amik teksi untuk balik ke rumah dari perhentian bas ataupun komuter. Sebelum nie saya sanggup tunggu hingga ke pagi sampai bas ada untuk balik. Tapi kali ni benar-benar terdesak sebab saya perlu berkemas dan bersiap secepat yang mungkin untuk melawat adik saya di Kem Teluk Rubiah, Sri Manjung, Setiawan Perak pagi nie.

Tiba di rumah saya terus mandi, kemas barang dan pergi ambil kereta yang saya sudah booking dari minggu lepas lagi. Lama jugak saya duduk menunggu kat depan pagar rumah pakcik tu sebab saya lupa nak ambil no phone masa booking ari tu. Duk bagi salam dah lebih 10 kali tapi tak ada orang jawab jugak. Siap mintak no telefon ngan makcik sebelah rumah tapi no tu lak tak boleh guna. Dah tukar agaknya. Hampir 10 minit jugak saya menunggu sehingga la kucing yang sedang enak-enak lepak kat atas kereta tiba-tiba melompat turun dan masuk ke rumah melalui pintu grill utama. Nampaknya tuan dia dah sedar.

Saya bagi salinan ic, lesen dan tulis apa-apa maklumat yang patut dan adik tu (anak tuan kete tu la), buat la apa-apa yang patut pada kereta tu. Isi air dan cek apa-apa yang patut. Dia bagi kunci dan saya blah dari pagar rumah tu tepat pukul 8.26 pagi mengikut jam kereta dengan meter perjalanan 39423km. Motor saya tinggal kat rumah tu jer. Saya balik ke rumah dulu amik barang-barang dan sebelum bertolak telefon Kak Shida untuk tanya bagi kali yang terakhir direction ke Highway Ipoh kerana map yang dia bagi tu cuma bermula dari Tol Bidor ke Teluk Rubiah. Saya keluar dari pagar rumah dah terus menuju ke rumah Yah. Dia la sorang yang nak ikut saya ke Perak. Pas amik Yah saya ke stesyen minyak Shell ( lebih kilometer dengan Shell) untuk isi minyak. Saya bergerak keluar dari stesyen minyak lebih kurang pukul 9.00 pagi dengan harapan dan doa agar perjalanan ini selamat.

Saya masuk Tol BBBangi dan terus sajer melalui highway tu sampai la keluar di Tol Sungai Besi. Tol pertama RM2.70. Terus jer jalan ikut signboard ke highway Ipoh. Banyak sangat signboard yang tunjuk ke highway Ipoh tu. Sampaikan saya ingatkan dah tersalah masuk jalan lain tapi bila jalan lagi ada lagi signboard ke highway Ipoh. Jalan... jalan dan jalan... sampai la jumpa TUDM, dan bila mula masuk KL saya agak takut jugak sebab tak pernah drive ke sini sebelum nie tapi alhamdulillah semuanya ok. Tak perlu rasa takut kalau kita bawak kereta cukup berhati-hati. InsyaAllah tiada apa yang berlaku. Macam biasa akan masuk Jalan Duta, pastu ntah jalan apa lagi la saya tak tahu namanya tapi jalan tu memang jem dan kena naik bukit sikit. Bukit bukit nie susah nie sebab kena pandai-pandai la main hand break. Bila lepas jer bukit tu terus masuk highway Ipoh. Lega.....

Sepanjang perjalanan nampaknya semua ok. Lebih kurang pukul 10.45 saya tiba di Tol Bidor. Bayaran tol kedua nie RM16.00. So, dari Tol Bidor nie la bermulanya cabaran explorace saya mencari Kem Teluk Rubiah. Berdasarkan map yang diberi oleh Kak Shida bersama dengan Che Mat, saya cuma ikut sahaja. Alhamdulilah peta tu complete dengan traffic light jadi mudahlah untuk saya tahu arahnya. Untuk kepastian buat pertama kali saya berhenti di sebuah kedai mamak untuk bertanya arah ke Setiawan. Saya tak tahu nama tempatnya tapi ianya di dalam kawasan Teluk Intan sebelum jambatan tinggi ke seberang Perak. Nampaknya saya mengikut arah yang betul. Lebih kurang selepas 3 jam perjalanan saya berhenti di sebuah kedai makan di Lekir untuk mengisi perut di sampaing bertanya sekali lagi. Saya makan mee goreng manakala Yah maggi goreng. Saya tanya la adik kat kedai tu arah ke Teluk Rubiah. Pastu dia tanya kakak dia. Budak tu cakap pergi terus jer pastu akan melalui 3 trafffic light. Ok la tu, maknanya Teluk Rubiah dah tak jauh dari situ dan rasanya tempat nie dah masuk daerah Setiawan (betul tak zuril?) Saya ikut jer arah tu. Selepas melalui 3 traffic light akhirnya saya sampai di sebuah taman perumahan. Kiri kanan taman perumahan. Ada deretan kedai, sekolah dan bila terus jer saya rasa macam pelik semacam sebab ia menuju ke kawasan hutan dan bukit. Tapi saya teruskan jugak sehinggalah nampak berderet-deret kereta di sisi jalan. Waktu tu lebih kurang pukul 12.45 tengahari. Nampaknya saya dah sampai ke destinasi yang di tuju. Alhamdulillah.

Selepas laporkan pada urusetia yang juga merupakan budak-budak khidmat negara, diorang panggil adik saya. Berkali-kali budak tu tanya perempuan ke lelaki sebab nama adik saya nie seperti nama lelaki tanya hakikatnya perempuan la. Dapat jer jumpa adik saya ajak dia keluar pergi shopping walaupun sebenarnya tak boleh. Daripada dalam kereta lagi dia hantar sms suruh beli KFC tapi saya tak jumpa-jumpa kat mana la KFC kat sini. Secara curi-curi adik saya menyusup keluar dari kem. Hehehehe.... biarlah sekali sekala..
Kitaorang ke pekan Setiawan selepas bertanya pada seorang abang kat mana KFC kat sini. Dia kata ada 2, satu kat Lumut dan satu kat Pekan Setiawan. KFC terdekat kat Setiawan la. So saya ke sana la. Lepas makan kitaorang ke Fajar untuk beli barang-barang keperluan lain. Lepas tu saya hantar adik balik ke Kem. Selepas bergambar dan bersalam saya dan Yah ambil keputusan untuk balik. Kitaorang singgah di sebuah masjid berdekatan untuk solat jamak dan bertolak dari masjid tepat-tepat jam 4.00 petang.

Singgah dulu di kaki jalan beli buah mangga. Kurang-kurang ada gak benda yang saya wak balik dari Perak. Perjalanan balik ke Bangi nampaknya agak berliku. Mula-mula dengan masalah minyak. Saya ingatkan minyak dalam tangki cukup untuk balik semula ke Bangi tapi sebaik sahaja keluar dari Sri Manjung menuju ke Teluk Intan melalui jalan yang di kiri dan kanannya penuh dengan pokok kelapa sawit nyala merah mula berkelip-kelip. Tak ada satu pun petrol stesyen di sepanjang jalan sehingga lah kitaorang tiba semula ke Lekir , jumpa la satu stesyen BP. Pas isi minyak perjalanan di teruskan lagi. Kali nie masalah kedua muncul. Hujan mencurah-curah hampir di sepanjang perjalanan. Dengan jalan yang berbengkang-bengkok dan suasana yang agak gelap disebab kan hujan, saya terpaksa memandu dalam keadaan yang cukup berhati-hati dan agak perlahan. Biasanya bila berada dalam keadaan macam nie petua saya bila bawak kereta ialah ikut jer kereta kat depan. Cahaya lampu belakang kereta tu panduan untuk saya la. Tak berapa lama kemudian hujan berhenti. Tapi sekali sekala saya bertembung lagi dengan hujan. Tapi semuanya sekejap-sekejap ajer.

Bila mula masuk ke Tol Bidor saya mulai lega. Hujan pun dah berhenti dan sekarang saya nak balik rumah. Sepanjang perjalanan segalanya ok. Saya berhenti di kawasan rehat tol Sungai Buluh untuk makan dan solat maghrib tepat pukul 7.00 malam. Lepas makan saya mencari surau. La.... tak ada rupanya..... Tak patut la tak ada surau kan? Oleh kerana kitaorang nie masih dalam musafir, kitaorang amik keputusan untuk solat jamak maghrib ke isyak. Bermula dari sini hujan mula turun dengan lebat. Dalam suasana malam dan hujan, sekali lagi masalah timbul. Tapi perjalanan mesti di teruskan, saya teruskan memandu dengan sebaik yang boleh dan macam biasa la ikut kereta orang dari belakang. Sekali lagi masalah minyak timbul. Merah lagi!!!! Puas saya menyuruh Yah mencari stesyen minyak tapi tak jumpa jugak. Bila keluar dari plaza tol terakhir, masih tak ada. Sehinggalah kitaorang mula menuju ke highway Sungai Besi, jumpa la stesyen minyak. Lepas isi kitaorang blah dan mula masuk highway Sungai Besi menuju ke Bangi. Entah bila la hujan berhenti saya tak cukup pasti. Tapi sebaik jer keluar dari Plaza Tol Kajang rasanya memang dah tak hujan. Tol kali nie RM1.70. Kitaorang berhenti di masjid berhampiran untuk solat. Lepas tu saya hantar Yah ke rumahnya dan saya pula terus balik ke rumah. Saya janji nak ajak Yah keluar makan malam nie sebab nak habiskan minyak kereta. Lagipun kereta nie saya dah bayar sewa sampai esok sebab rancangan asal nak bermalam di Taiping rumah junior saya tapi tak jadi dek takut kepenatan. Membazir la kalau duk terperap kat rumah jer. Tapi bila balik saya terus tertidur kat ruang tamu rumah. Nak kata penat mungkin bagi saya tak, tapi orang lain tengok kata saya kepenatan. Mungkin juga.....

Alhamdulillah perjalanan saya ke Perak dah selamat pergi dan selamat pulang semula ke Bangi. Meter pada kereta menunjukkan 40013km sebaik sahaja saya hantar balik kereta tu pada tuannya. Maknanya saya telah mengharungi 590km perjalanan dengan memandu berseorang. Ini rekod baru saya memandu jauh. Syukurlah segala-galanya berjalan dengan baik. Saya dah tunaikan janji pada adik untuk melawat dia dah dia pun dah gembira dengan kedatangan saya. Apa yang saya dapat rasakan, keyakinan saya untuk memandu jauh nampaknya semakin meningkat. Bukannya saya tak yakin sebelum nie tapi mungkin pada pandangan orang. Selepas nie saya akan ke Perak lagi, kemungkinan bulan depan. Kali nie saya nak melawat adik saya lagi yang akan mulai masuk sesi kedua latihannya di IPT kat sana. Saya tak pasti di UiTM atau di UTP. Apa yang saya harap-harapkan, semoga ada perubahan yang cukup baik pada adik saya. Semoga ilmu yang dia dapat sepanjang Program Latihan Khidmat Negara (PKLN) tu dapat memberi manfaat yang cukup berguna pada dirinya dan juga orang lain. Semoga hatinya kan terbuka untuk sambung belajar. InsyaAllah kalau saya mampu saya akan menanggung perbelanjaannya. Semoga Allah akan memberi petunjuk dan hidayah padanya....