Thursday, April 29, 2004
posted by nile at 7:04 PM
::Renungan Hari Ini::

Dah lama rasanya saya tak masukkan ruangan ni dalam blog. Sabtu lepas saya ada beli satu majalah, so kat sini saya letakkan sebahagian daripada tulisan tu.....


5 Panduan Membina Hidup Sejahtera

"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda akan menjadi Mukmin yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri sendiri, nescaya anda menjadi Muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati."
(Riwayat Imam Ahmad)

1. Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
2. Relakan pengurniaan Allah
3. Hubungan baik dengan jiran
4. Cintakan orang lain
5. Jangan banyak ketawa.


(Dipetik secara ringkasannya dari Majalah Haluan Bil 1:2004)