Monday, April 12, 2004
posted by nile at 11:32 AM
:: Saya Kembali::

Sejak balik ke Terengganu Rabu lepas, baru hari nie sempat mengupdate blog. Letih giler menulis ( gara-gara terlalu teliti dan detail). Tapi hari nie pun tak sempat sentuh komputer seharian. Pagi tadi saya cuba untuk mulakan hidup baru untuk mulakan reseach saya balik dengan keadaan yang teratur tapi lain pulak jadinya.

Oleh kerana sekarang nie saya masih di peringkat belajar untuk step kedua penyelidikan, saya kena la mencari orang lain yang expert untuk mengajar saya. Hari tu budak Francis tu janji minggu lepas tapi saya cari dia tak ada dan lagi-lagi hari Rabu saya dah balik kampung. Jadi tak sempat belajar jugak. Pagi tadi pulak bila saya cari dia, Choo Ta cakap Francis ke seminar seminggu nie dia tiada. Begitu jugak dengan minggu depan. Tak ada juga. Alamak!!!! Memang hancur saya kali nie.....

Bila dah tau macam tu saya pun apa lagi balik rumah. Terus tidur sampai la pukul 1.40 petang. Saya datang balik lepas solat zohor untuk mengajar Dr. Rita menggunakan instrumen fluorimeter. Saya janji pukul 2 tapi terlewat sikit kerana best sangat tidur. Pukul 3.15 pulak saya ada meeting dengan group inorganic. Ziana nak reheasal, dia viva master rabu nie. Duk asyik mengajar, sampai la pukul 4 petang. Akhirnya saya terlupa saya ada meeting. Berkali-kali saya terfikir nak masuk ke tak nak masuk meeting nie. Saya call nabihah dia cakap masuk jer. Tapi saya masih takut nak masuk sebab dah sejam lebih lambat nie. Sagir kata, baik lambat dari tak masuk langsung. Saya amik keputusan untuk masuk jugak la walaupun dah lambat. Meeting berakhir hampir pukul 5. Akhirnya saya dapat faedah dari meeting nie, minggu depan saya lak kena present! ALamak!!!!! Kantoi aku!

Pastu saya ke bilik komputer kat G ingat nak masuk la internet nak cek blog. Dah lama sangat tak masuk nie tapi ramai pulak yang tengah guna. Saya amik keputusan untuk balik. Balik rumah saya solat asar, ke kedai beli sayur, basuh baju, mandi, makan malam, solat magrhib dan saya keluar ke cc. Nak update blog!!!! Saya duk sana hampir 3 jam. pukul 11 lebih baru balik. Sempat la mengupdate aktiviti saya sejak 3 hari saya balik kampung dan 1/3 kisah saya ke perak, letih giler!!! Apa taknya, dah jadi sifat saya agaknya, kalau menulis tu mesti tulis detail-detail. Kalau dari A ke Z mesti saya akan citer dari A ke B dari B ke C dari C ke D dan seterusnya. Saya bukannya jenis yang suka lompat-lompat . Walaupun menyusahkan tapi itulah saya.........