Thursday, April 01, 2004
posted by nile at 8:18 AM
Selesema

Dah 4 hari saya selsema. Mudah beno la saya kena selsema. Kenapa yer? Sebenarnya hari isnin baru nie Maria masak ganti Nabihah. Dia pun buat lada kisar tu dengan merebus lada kering. Baunya ya Allah!!! Menusuk hidung dan kalbu ku! Berapa kali saya bersin. Pastu dia masak guna lada jugak sekali lagi saya bersin, bersin dan bersin. Ia tak berhenti-henti sehinggalah keesokan harinya saya terus selsema.

Bila selsema datang melanda diri nie, segala kerja jadi tak selesa. Nak buat tu tak selesa, nak buat nie tak selesa. Susah kan? Bila saya start selsema hari isnin baru nie, saya salahkan Maria. Saya cakap kat dia, "Tau tak kenapa saya boleh selesema?". Pastu saya sendiri menjawabnya,"Sebab awak masak lada semalam". Pastu Maria cakap sakit tu datangnya dari Allah. Dan ia juga satu konsep pembalasan dosa. Rasa bersalah jugak sebab salahkan dia... tak patutkan? Saya percaya pada konsep pembalasan dosa. Dari dulu lagi saya akui dan terima setiap kali saya sakit bagi saya mesti saya ada buat apa-apa dosa sebelum nie. Tak kiralah dosa besar ker dosa kecil. Yang pasti ia adalah dosa saya kepada Tuhan Maha Pencipta. Sakit ini mengurangkan dosa kita di akhirat nanti. Itu yang saya tahu. Dan ia juga dugaan dari Allah pada hamba-hambanya.

Bagi orang-orang yang berfikir, mungkin mereka akan merasa beruntung, sekurang-kurang dosa mereka akan berkurang. Begitu juga dengan segala hukum Allah, hukum hudud. Tengoklah pembalasannya. Bunuh di balas bunuh, kalau berzina di rejam sampai mati bagi yang dah berkahwin, berat kan hukumannya? Tapi kat muka bumi sekarang nie, semuanya hukum manusia. Manusia yang mencipta segala-gala. Sebab tu, ramai yang terlepas dari hukuman walaupun mereka bersalah. Tapi ingatlah, balasan dunia mereka terlepas, tapi akhirat sana jangan berharap!!