Friday, April 02, 2004
posted by nile at 8:54 AM
::Server Down::

Pagi semalam saya keluar sekali dengan Maria. Lepas hantar dia ke bangunannya, saya terus ke library. Hari nie memang niat saya nak cari maklumat untuk research saya. Asyik tergendala jer sebab saya selalunya melencong bila online. Kali nie kat library tak boleh melencong lagi. Sebab dia ada komputer khas untuk cari maklumat. Saya sampai sana lebih kurang pukul 9 lebih. Dengan semangat berkobar-kobar saya masuk ke kebahagian pencarian maklumat berkomputer tu. Bila nak tulis kat buku untuk guna pc tu, akak libriarian tu cakap server down! La.... kenapa jadi cam nie di tengah saya bersemangat nie?

Saya pun tak tau nak buat apa. Saya nak gi baca paper, satu bijik pun tak ada. Pelik jugak mula-mula tapi rupanya 1 April kan semalam? Bila bulan berakhir mereka simpan kat suatu tempat khas yang tu. Saya amik keputusan balik ke lab. Buatlah keje tu walaupun tak ada rujukan. Saya ke lab komputer yang saya biasa guna nie, kat situ ada En. Hasan, seorang postdoc dari Indonesia dan kawan saya si Yah. En. Hasan cakap UKM memang server down hari nie, 1 April. Saya tanya la Dr, tu pasal step saya yang seterusnya nie. Kebetulan dia dah pernah buat apa yang saya nak buat tu, so diai ajar la apa yang patut. Saya buat lab work saya sampai la kul 12.45 saya keluar makan Pizza, si Ziana belanja. Thanks Ziana!!

Pas asar baru saya datang balik ke lab sambung kerja. Pas abis wak keje, saya bukak internet. Dan sekali lagi, masih tak boleh. Satu hari saya tak masuk blog hari nie. Forum pun tak masuk. Saya mintak maaf kat semua kalau saya lambat balas chatterbox tu. Nak masuk blog orang lain pun tak sempat. Saya terpaksa la cari cc. Nasib baik boleh. Saya cuma sempat update sikit. Nak balas chatterbox pun tak sempat jugak sebab dah maghrib. Saya balik rumah solat dan keluar balik cari cc. Tapi malangnya, cc yang berdekatan dah penuh. Saya balik ke rumah la pas tu lagipun motor saya buat hal. Mati-mati lak.. dah la jalan sunyi. Niat hati nak cari cc lain tapi dah macam nie balik la. Takut jugak, saya ni perempuan.