Friday, April 23, 2004
posted by nile at 5:47 PM
::Terlepas Satu Beban::

Saya terperangkap kat lab tak leh balik. Tunggu punya tunggu sampai pukul 9 saya amik keputusan untuk blah sebab saya nak ke Warta untuk beli barang sket untuk ke Perak esok. Pastu nak call adik lagi, nak booking kete lagi. Saya redah hujan ke ATM di UNIKEB untuk cucuk duit. Pastu saya call bestfriend dulu cakap tak ada sapa nak teman saya ke UITM esok. Ummy marah saya ke sana sorang. Dia suruh saya bincang elok2 dulu dengan adik mungkin ada cara lain yang boleh elakkan saya ke sana.

Saya try call Adik. Bincang punyer bincang dia setuju dengan cadangan saya. Saya kata saya belikan prepaid kat dia dulu, pasal duit tu nanti saya datang 9hb Mei nie. Nasib la Adik saya tak kisah.So, setel lah pening saya memikirkan pasal nak ke Perak sejak 2, 3 hari nie. Pastu saya balik rumah dengan perasaan lega......