Thursday, April 15, 2004
posted by nile at 9:48 PM
::The7asmann n' T. Asman::

Tengahari tadi saya bertemu sekali lagi dengan kawan-kawan di dunia maya. Yang hanya berborak di YM dan berchatting di chatterbox blog, akhirnya hari ini kami bertemu di alam nyata. Siapa lagi kalau bukan the7asmann. Masa dapat call, dia dah ada kat Warta, saya masih di lab tengah belajar guna instumen baru (baru bagi saya). Bergegas-gegas ke sana. Tak sempat belajar lama, sebab Dr. Rita yang mengajar saya tu pun baru sampai. Masa kat lab tadi, habis la saya kena usik. Giler-giler kena usik!!! Dah ada pakwe la, mak indon tu lak kata "Udah ada pacar". Ala... jumpa kawan lelaki pun kata jumpa pakwe.... susah betul!

Saya singgah rumah dulu buat apa-apa yang patut. Pastu baru la terus ke sana. Alhamdulillah jumpa jugak budak nie walaupun saya datang agak lambat. Sori la. Kitaorang terus pegi tuju KFC. Saya order dan brader yang jaga kaunter tu menarik perhatian saya. Apa taknya, nampaknya hari nie saya bertemu dengan 2 orang yang namanya bermula dengan T dan berakhir dengan N walaupun nama brader sorang lain tu nama tipu (Hahahahah.... ). Nama brader tu T. Asman. Mungkinkah Tuan Asman, Tengku Asman atau Tuanku Asman? Hanya dia, ayah, mak dan kawan, sedara sepupu sepapat dia yang tau.

Borak punya borak, hampir zohor kami blah. Semoga berpuas hati dengan segala-galanya..... ada masa sedara lak belanja....