Sunday, May 30, 2004
posted by nile at 8:34 PM
::Alor Staq dan Padang Besaq::


Kitaorang merancang untuk keluar awal ke kenduri kahwin di Langgar, Alor Star kerana selepas ni nak ke Padang Besar... tetapi akhirnya terpaksa dilewatkan untuk menunggu kedatangan seorang lagi rakan maktab. Yang tensionnya bila Man call balik budak tu kata tak jadi. Jadi kitaorang terus bertolak ke Langgar lebih kurang pukul 12 lebih. Sampai di rumah pengantin hampir pukul 1 tengahari. Masa kitaorang sampai, si Yanti baru tengah bermake-up, so kitaorang pergi makan dulu la.

Kenangan yang tak mungkin lupa di sini iaitu di Kedah bila melihat cara hidangan makanan dan juga perkara-perkara lain yang tak pernah lagi saya jumpa di dalam kenduri2 yang penah saya hadiri sebelum ni. Orang Kedah mesti tau kan? Jadi ini merupakan pengalaman baru yang saya timba sepanjang berkampung sehari di Kedah.. hehehehhe...

Selepas makan, kitaorang masuk jumpa pengantin baru. Bermulalah sesi mengambil gambar (nanti saya letak balik gambar) dan bermesra2 dengan kawan2 lama yang dah lama tak jumpa. Pukul 1.30 kitaorang balik semula ke Jitra. Selepas solat, kitaorang terus bertolak ke Padang Besar lebih kurang pukul 3.15 petang. Sampai di Padang Besar hampir pukul 5 petang, banyak sangat berhenti... Sepanjang perjalanan, macam Kedah jugak, sawah padi gah menghiasi di tepi2 jalan walau tak sebanyak di Kedah. Yang bestnya bila dah dekat nak sampai Padang Besar kitaorang lalu Ladang Tebu yang juga saujana mata memandang, luasnya subhanallah! Teringat pulak kat ayah kat kampung sebab ayah saya pun tanam tebu tapi secara kecil kecilan jer la. Sebelum tu masa berhenti kat traffic light dekat Pekan Kangar tadi, sempat la jugak bergelak ketawa dengan kereta sebelah. Apa taknya ramah sungguh awek tu. Dia sekeluarga nak ke kenduri kahwin, kitaorang bercakap melalui bahasa isyarat. hehehhee, kereta dia padat giler! Ada la dalam 7, 8 orang. Kereta kitaorang pun 6 orang. Lebih kurang la tu.

Dah sampai tempat yang dituju, duk shopping dalam sejam lebih. Saya beli banyak jugak. Siap ngan comforter lagi, baju yang tak penah saya ada sebelum ni, beli ole2 untuk kawan-kawan dan sempat jugak saya mengacau adik saya yang dah lama menyepi. Mesti dia tak tau saya yang call tu, hehehehe. Lama tak dengar suara dia, 3, 4 bulan gak rasanya. Kul 6.45 kitaorang bertolak balik ke Jitra semula. Dan sampai lebih kurang 7.50.

Bersiap untuk balik, solat, makan... dan kini tibalah waktunya untuk kitaorang semua meninggalkan negeri jelapang padi ni. Kata adik saya yang duk kat Jitra nie, saya datang tepat pada waktunya. Waktu macam nie lah sawah bendang sedang menghijau. Sejuk betul mata memandang. Cuma satu yang rugi, saya tak pakai spek. Tak boleh nikmati dengan hati yang lebih riang, heheheh. Tu la orang suruh pi baiki spek tak pi jugak. Pukul 10.30 kitaorang bertolak dari rumah Man ke stesyen bas Jitra. Pukul 11 bas sampai kitaorang pun naik dan itulah saat terakhir kitaorang semua menjejakkan kaki di bumi jelapang padi ini. Kenangan di Kedah walaupun sekejap akan tetap bersemadi. Sekalung ucapan terima kasih buat Man sekeluarg atas layanan baik dan pertolongan sepanjang kami bertandang ke sana. Hanya Allah yang dapat membalasnya. InsyaAllah, dalam masa tak sampai sebulan lagi, saya akan ke sana lagi... hehehehe... Tunggu yer Dik... :)
 
Saturday, May 29, 2004
posted by nile at 8:55 PM
::Perjalanan ke Jitra::

Belum pukul 7 saya kuar rumah bersama Ummy ke lab. Dia nak tengok camner la saya wak keje kat sana. Duduk buat lab work dlm sejam, kitaorang terus balik. Sebelum tu ke stesyen komuter cari teksi nak amik kitaorang di rumah sewa saya. Teksi datang ambil, kitaorang.. Saya, Ummy, Angah (adik Ummy) dan Ros (kawan maktab Ummy) ke stesyen komuter untuk naik tren ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya tukar LRT ke Plaza Rakyat.

Sampai di sana, sarapan dulu. Ummy sempat jugak cari hadiah di Mydin. Tepat pukul 10.30, kitaorang naik bas Sri Maju ke Jitra, Kedah.. Yea! Yea! Yea! Pergi jugak saya ke sana selepas seminggu saya pening kepala fikir pasal perkara nie. Dengan seminar lagi, lab work lagi, penyelia lagi, kawan-kawan dan macam-macam yang perlu dipertimbangkan untuk saya buat keputusan nak ke Jitra. Akhirnya pagi tadi, saya buat keputusan betul2, biarlah... apa nak jadi, jadila....!! Saya dah pening nak fikir banyak2. Saya nak pegi jugak ke Jitra untuk release tension!!! Saya tahu bila saya ke sana confirm saya akan berseronok. Apa taknya bila dah jumpa geng2 Ummy nie, mesti tak ada keje lain dari gelak, gelak dan gelak... ha.. ha.. ha.. ha...


Perjalanan ke Jitra cukup membosankan.... apa taknya, bas nie bergerak macam siput! Rasanya ada la dalam 60km/jam. Geram sungguh! Tapi yang pasti bas nie memang cukup selesa la... 2 Jam pertama perjalanan memang tidur sebabnya malam tadi tidur 4 jam jer. Saya balik lab dah pukul 12 lebih. Makan lagi, kemas baju lagi. Tapi lepas tu memang tak tidur. Bersembang dengan amoi yang ramah yang duduk kat seta sebelah. Dia satu famili nak bercuti ke Langkawi. Kalau naik bas saya suka duk sebelah tingkap, bestnyer menikmati suasana kehijauan sepanjang ke Jitra. Best giler-giler!!! Setahun saya duk Kedah rasanya tak yah pakai spek lagi la nampaknya.... heheheh


Kitaorang sampai ke Jitra tepat pukul 6 petang. Waktu nie lah saya bermain sembunyi2 dengan seseorang. Heheheheeh... akhirnya bertemu jugak kita kan? Tak lama selepas bas sampai, kawan Maktab Ummy, Si Man datang amik kitaorang untuk ke rumahnya. Kat sana dah ada Si Mas (kawan maktab Ummy jugak)yang dah sampai awal dari kitaorang menunggu. Kitaorang dijamu dengan goreng pisang panas yang sungguh best! Tengah2 lapaq nie, semua memang best! Kitaorang tak makan apa2 makanan berat sejak pagi. Memang la lapar... Pastu Man jamu kitaorang dengan laksa Penang lak.... ouisH! Sedap!

Selepas makan, mandi, solat... kitaorang semua keluar makan char kuey teow yang paling best kat Jitra. Gerai haram sebelah library... gerai haram? Heheheheh.... diorang berniaga atas lori jer. Pastu letak la kerusi meja kat situ. Best jugak la makan. Nasib baik kitaorang datang awal. Sebaik jer habis makan, hujan lebat giler. Dah la meja tak berbumbung, kesian la yang tengah makan tu. Lambat jugak diaorang nak pasang payung. Lepas makan kitaorang keliling Alor Staq pulak. Nak berenti mana2 hujan lebat, round dalam kereta ajer la. Pastu balik rumah, tidoq!!!!
 
Thursday, May 27, 2004
posted by nile at 5:53 PM
::Spekku::

Perkara yang best bila pakai spek
>orang tersilap antara lecturer atau student
>nampak macam orang terer jer...
>bila jalan, nampak terang semua
>bila naik motor nampak lubang, senang nak elak

Perkara tak best bila tak pakai spek
>tak nampak orang senyum ke masam
>selalu langgar lubang
>tak boleh anggar jarak kereta dari belakang waktu malam
>masuk habuk bila bawak motor

 
Tuesday, May 25, 2004
posted by nile at 11:18 AM
::Kisah Suka::

Pagi nie, saya dapat berita yang pc instrumen saya akan diambil petang nie. Yea..yea.yea... Boleh la saya sambung keje saya. Tapi yang pastinya saya kena buat rush giler. Apa taknya, benda tu sepatutnya dibuat dalam masa 2 minggu, tapi saya kena siapkan dalam masa 3 hari!! Hari sabtu nie saya dah ke Jitra untuk ke kenduri kawin . Hari isnin baru balik semula ke Bangi. Tapi InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik. Rasanya tak tido malam la saya buat benda tu. InsyaAllah sempat kalau tak harapan saya untuk ke seminar memang hancur berkecai. Abstrak tu kena hantar 1 Jun ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya.
 
posted by nile at 11:05 AM
::Kisah Duka::

Saya ke bank untuk amik duit lebih kurang pukul 4 ptg sebab kul 5 nak pi PWTC lagi. Sebaik jer sampai, saya bukak helmet dan letaknya atas motor tanpa menguncinya. Saya masuk bangunan unikeb tu untuk ke BCB, tapi tutup lak. Bila tutup saya kuar la balik ke arah motor. Saya bersms kejap, pastu start motor nak ke fakulti. Keluar jer dari kawasan unikeb dan masuk jalanraya, tiba-tiba saya baru teringat saya tak pakai helmet lagi. Saya patah balik dalam keadaan yang agak panik. Kiri kanan ada kereta tapi saya pusing jugak sampai kena hon. Bila dah masuk balik dalam kawasan unikeb, saya baru perasan helmet tu memang tak ada pon kat motor. Saya musykil nie, antara saya tak pakai dari rumah atau helmet saya di curi.

Saya call housemate. Dia datang amik dan kitaorang balik ke rumah. Memang sah helmet tak ada. Jadi confirm la kena curi! Sedihnyer!!!! Sayang sangat kat helmet tu. Sebenarnya tu helmet bestfriend saya. Saya beli khas untuk dia masa 1st year dulu. Bila dia abis belajar dia tinggal kat saya. Isk isk isk.... sapa la yang jahat sangat curi tu! Bila saya hantar sms kat housemate sorang lagi, tak lama kemudian dia reply. Dua org labmate dia motor hilang!!! Akak pun baru tersedar bila housemate saya cakap yang hari nie "hari helmet hilang sedunia". Apa taknya, selain saya, labmate dia pun hilang jugak. Masa tu la akak tu terasa nak pergi tengok motornya. Hilang!! Saya kira bernasib baik hanya hilang helmet. Yang peliknya macam mana la dia boleh bukak semua solex dan start motor tu wak lari. Memang keje orang profesional nie. Saya lak jenis yang tinggal motor tak kunci solex. Memang kena berhati-hati selepas nie.
 
Saturday, May 22, 2004
posted by nile at 7:04 PM
::Pesta Buku PWTC::

Ini first time saya ke pesta buku nie. Sebelum ni memang tak penah. Bila Mely ajak, excited jugak nak pegi. Pagi nie, tiba2 jer Mely call. Ingatkan macam tak jadi dah. Tak dapat bagi kata putus, tapi akhirnya rasa nak pi la jugak.

Pukul 12 lebih saya keluar rumah ke bank untuk amik duit pastu terus ke komuter. Sampai di Stesyen Lrt Masjid Jamek kul 1.40. Janji jumpa 2.30 so saya solat zohor di Masjid India dulu. Lepas solat, pergi balik, Tunggu sekejap, Shah dan Ina sampai. Pastu baru Mely. Kitaorang ke Pwtc. Mula2 singgah Alaf 21. Tapi saya tak lama di situ, saya terus ke MOY publication. Duduk sana lama jugak. Pastu Mely, Ina dan Shah menyusur ke sana. Kitaorang amik gambar banyak giler kat sana. hehehhe. amik gambar kartunis, gambar banner dan mcm2 la. Si Mely lak asyik dok promote saya nie penulis kat Blues. Harap2 tak der yang dengar... Tapi kalau dengar pun apa salahnya.....hehehhe.


 
Friday, May 21, 2004
posted by nile at 6:49 PM
Jumaat

Hari nie hari jumaat. Macam biasa la saya buat sarapan pagi. Lepas tu pegi lab macam biasa.
Pergi pun untuk untuk punch card jer. Bila tengok pc tak der lagi, hati nie makin kecewa dan takut.
Entah la kenapa research saya jadi macam nie?

Lepas tu saya amik keputusan untuk masuk lab komputer siswazah. Duk sana sampai 12.45pm. Sebaik jer kuar dari pintu lab, baru saya teringat hari nie hari jumaat, kena tutup lab kul 12.15. Ya Allah, berlari saya ke Pejabat Am dah sah, kompom! Tutup dah!Alamak!Camner nie, terkena lagi saya. Takutnya kena marah.

Nasib baik la ada sorang budak kat lab sekali ngan saya. Saya dah nak balik, petang nie entah daang balik ntah tak tak tahu lagi. So, saya kirim kad masuk lab tu kat dia la. Pastu baru balik. Harap2 akak2 pejabat tak marah la yer.....


 
Thursday, May 20, 2004
posted by nile at 6:55 PM
::Promo BS 51::



Ini cover untuk Blues Selamanya issue 51 yang juga menandakan berakhirnya cerita saya "Warkah Untuk Adik" kat dalam tu. Kepada semua individu yang mengikuti kisah ini sejak dari isu 46 lagi jangan lupa dapatkan episod terakhir ini. Selain tu jutaan terima kasih juga buat semua pembaca setia dan juga kawan-kawan blog terutamanya yang sudi membeli majalah ini walaupun sebelum ini jangan kata beli, dengar nama majalah pun tak pernah.

Tapi issue ni lambat lagi keluar tau. Dalam awal bulan Jun insyaAllah akan berada di pasaran. Selain tu juga, terima kasih buat adik-adik junior saya tak kira la sewaktu sekolah menengah dulu dan juga kat kolej yang sudi beli majalah nie selepas saya buat promo kat korang. Terima kasih jua kerana sentiasa menjadi adik, junior dan sahabat yang baik kepada saya. Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikan dan ketulusan adik-adik semua. Semoga ukhuwah fillah yang terjalin antara kita akan terus kekal selamanya.

 
Wednesday, May 19, 2004
posted by nile at 6:37 PM
::3/29 ke 3/23?::

TNB yang datang untuk repair meter rumah kesesatan tak jumpa cari rumah saya. Berkali-kali operator dari pusat aduan call saya untuk tanya nama jalan yang betul. Selepas bagi direction,cakap rumah saya jalan 3/29 dia masih tak dapat jumpa jalan. Sebelum tu yang buat aduan tu bukan saya tapi orang dari pemaju yang datang tengok sebab kerosakan tu. Dia lak bagi 3/27. Sah salah memang la tak jumpa. Selepas saya bagi dia masih tak bertemu jalannya sehingga dia call untuk kali yang terakhir mintak saya call pekerja TNB yang tengah mencari tu. Saya call dan cakap rumah saya di jalan 3/29 bersebelahan dengan surau. Tak lama kemudian sampai la pakcik 2 orang tu. Kesian dia keletihan mencari. Sebenarnya dari tadi saya nampak dia lalu lalang, pelik jugak takkan tak perasan nombor rumah saya nie.

Sebaik jer dia turun dari trak, dia kata "3/29 ke 3/23?". Saya kata la 3/29. Dia agak marah2 dan menuding ke arah tiang lampu ditepi jalan, dan kata "Dah jelas tu 3/23. 3/29 kat hujung sana la". Saya jawab 3/29 pakcik. Dia kata "Nak berebut jalan ke. 3/29 tak kan ada 2". Saya masih nak pertahankan jalan 3/29 tu. Akhirnya dia mintak bil. Bila saya tengok memang sah 3/23. Saya masih tak puas hati. Saya kata selama nie saya hantar surat guna 3/29 sampai jer. Dia kata "susah nie tuan rumah tak tahu alamat sendiri". Saya pun geram, saya pi cari surat-surat saya yang lama. Bila tengok saya terkejut giler... 3/23!!!!!!! Untuk mengaku balik pada pakcik tu... oh!!! Tidak sekali.. malu giler dah nie.... Saya rasa mesti saya tengah kebengongan menunggu rumah terlalu lama... apa taknya dari pagi lagi tak mandi tak makan tunggu diorang. Pas datang pemaju, tengok kejap dia tak leh detect lak mana rosak. 2, 3 kali datang baru tau apa punca. Sebenarnya saya tersilap, no 9 tu rumah lama saya la... heheheheh

 
Monday, May 17, 2004
posted by nile at 10:45 PM
::Cerita Selepas Balik::

Bangun jer pagi nie, badan rasa sakit sangat. Lenguh seluruh badan!! Inilah penangan KLD.. biasala.. kalau dah tak biasa buat aktiviti lasak, segala sakit kuar la.

Saya bangun untuk solat subuh pastu sambung tidur kerana keletihan. Masa nie la rumah saya blackout balik. Sebelum semua housemate ke lab, diorang pesan saya tunggu kat rumah sebab TNB nak datang baiki. Bila TNB datang di akata bukan kerosakan disebabkan oleh diorang, so Abang sebelah rumah tolong baiki. Lepas tu ok la. Pastu saya basuh baju dan pergi ke Warta bangi untuk cari majalah Blues Selamanya latest isu untuk kirimkan pada seorang kenalan. Tapi kecewanya bila tak ada lagi kat kedai. Saya balik ke rumah untuk solat zohor dan sekali lagi rumah dah tak ada current. Apasal ntah... Pas solat baru la saya ke lab.

Saya punch card pukul 3 petang!! Rekod baru nie. Duduk sekejap dan pergi ke lab instrumen untuk pastikan yang pc yang rosak hari tu dah dipulang balik semula. Akhirnya saya kecewa lagi!!! Lembab betul!! Dah masuk 3 minggu saya rasa pc tu dihantar untuk baiki, tak ok-ok lagi. Saya duduk kat lab tak lama, pukul 4 lebih saya punch untuk balik. Rumah masih blackout... sejak saya pi KLD ari tu ok sekejap tapi jadi camni balik.
 
Sunday, May 16, 2004
posted by nile at 10:06 PM
Hari Kedua

Pukul 6 pagi saya bangun untuk tunaikan solat subuh bersama dengan Kak Tini. Orang lain nampaknya masih belum bangun. Selepas solat saya dan Kak Tini sambung tidur dan terbangun sebaik sahaja dengar bunyi bising budak2 khemah lain yang sudah siap mandi dan bersedia untuk pergi bersarapan. Saya pun terus bangun dan bersiap untuk breakfast. Selepas breakfast, kitaorang semua sambung aktiviti semalam. Sapa-sapa yang belum naik basikal pergi naik basikal dan yang belum flying fox buat benda tu la. Saya orang yang terakhir buat flying fox. Mula-mula memang takut. Kak G cakap tak der la punya, seronok ada la. Bila dah rasa sendiri baru la saya tau betapa seronoknya. Patut pun si Ctzie tu sampai boleh buat 3 kali!

Taklimat untuk aktiviti seterusnya war game berlangsung sewaktu saya menunggu giliran untuk flying fox. Ini menyebabkan saya tak tahu apa-apa peraturan dan cara permainannya. Dalam perjalanan ke tempat aktiviti tu tak habis2 saya bertanya pada orang. Takut jugak nanti kalau salah, kalah lak kumpulan kitaorang. Kitaorang semua berpecah balik kepada 2 kumpulan, Bangla dan Indon. Game pertama dimenangi oleh kumpulan Bangla, game kedua kumpulan saya dan akhirnya pemenang keseluruhan ialah kumpulan Bangla. Masa last game memang betul2 mencabar dan juga penuh dengan gelak tawa peserta. Apa taknya... botol terakhir yang menjadi buruan setiap kumpulan begitu susah sekali dicapai sehingga memaksa Farihah menggunakan kakinya. Masa tu tak tahu nak ceritalah.. hehehhe.. Mungkin jadi memori yang tak boleh dilupakan buat Farihah... Selepas permainan berakhir, sesi bergambar di dalam paya dibuat. Masa nie la detik2 yang menyebabkan saya kehilangan spek saya. Kerana terlalu kotor dan menghalang pandangan saya, saya tanggalkan spek dah letakkan di atas kepala. Bila masa hilang tu saya cukup pasti sewaktu bergambar. Saya cuma menyedari bila Mely bercerita tentang contact lensnya sewaktu berjalan balik ke kem dan waktu tu kitaorang dan sampai di pintu masuk kem. Untuk berpatah balik tu boleh jer tapi akhirnya saya meminta bantuan Pak lek dan fasi di situ.

Selepas balik dari war game kitaorang semua berendam dalam air sambil membersihkan diri. Selepas tu mandi, pakai lawa-lawa untuk aturcara terakhir, pertandingan fotografi dan juga penutup kepada aktiviti di KLD. Sebelum tu makan tengahari untuk kali yang terakhir. Alhamdulillah saya tidak tercekik lagi. hehehhe... Poad menang tempat pertama, kedua Yabbna dan ketiga Kak nett. Gambar Kak nett menang tu ada muka saya. Lepas main war game tu.. spek tak pakai dah. Kompom la masa tu kan? Lepas penyampaian hadiah sesi bergambar beramai-ramai di belakang banner dan juga tandatangan kat banner sumbangan basrimd.

Segala sudah selesai. Saya masih belum selesai. Dari pagi tadi saya tertanya-tanya dengan sapa la saya nak tumpang balik nie. Sampaikan saya rasa putus asa dan nak ikut Kak Tini balik Terengganu. Tapi akhirnya dapat jugak, Saya tumpang Kak Zai sekali dengan Mely, Ctzie dan Ana.Kitaorang bertolak dari KLD lebih kurang pukul 3 dan Kak Zai hantar saya di stesyen Komuter Serdang untuk saya bali ke Bangi. Saya tiba di rumah tepat pukul 6.20 petang. Thanks Kak Zai atas segala pertolongan.

Sebagai kesimpulannya, apa yang dapat saya kata ialah saya memang seronok dapat ke sana. Dapat kenal kawan-kawan baru di samping mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara semua ahli Geju. Kenangan di sana pasti akan tersemat kukuh difikiran dan menjadi salah satu kenangan yang cukup berharga. InsyaAllah jika ada lagi aktiviti seperti ini saya akan mengikutinya lagi jika ada kelapangan. Tahniah kepada semua ajk yang terlibat kerana telah bertungkus lumus berusaha untuk menjadikan segala impian untuk jadi kenyataan. Terima kasih kepada Kak G atas layanan baik yang diberikan sepanjang kami semua di sana.
 
Saturday, May 15, 2004
posted by nile at 9:14 PM
Kisah di KLD

Hari Pertama 15 Mei 2004

Pagi nie saya bangun awal untuk bersiap. Seawal jam 6 pagi saya bangun untuk mandi, solat dan berkemas sedikit barang lagi dalam kegelapan kerana sejak malam tadi rumah blackout. Pukul 7 pagi saya keluar dari rumah, Nabihah hantar saya ke stesyen komuter UKM untuk ke stesyen komuter Bandar Tasik Selatan sebelum bertukar tren LRT ke Bukit Jalil.

Terjadi satu peristiwa menyebabkan saya terpaksa berpatah balik ke stesyen UKM. Saya tertinggal sweater! Kerana takut kesejukan saya berpatah balik semula dan call Nabihah untuk mintak tolong dia sekali lagi. Lepas berpatah balik, saya pun lewat sket lagi dari jadual asal. Ingatkan dapat sampai betul2 pukul 8 di Bukit Jalil. Sebelum tu saya call Fariz (Salji) untuk maklumkan padanya yang saya sedikit kelewatan. Saya sampai di Bukit Jalil lebih kurang pukul 8.20 pagi. Masa tu kat sana dah ada Mely, Ana, Ctzie, Kak Sal (walinongsari) dan Syeikh. Lebih kurang pukul 9 barulah Fariz sampai. Dan yang lain-lain menyusul selepas tu. Antara yang saya ingat, Kak Azah(HS), Amyz, Rudy, KAk Zai, Poad, Spyz, isteri dan anak2, Mie, Kak Nettbiru, Nic, dan lain-lain yang saya kurang familiar.

Sementara yang lain-lain menunggu kehadiran penumpang yang belum sampai, KAk Azah dan Kak Sal meminta diri untuk beransur pergi ke KLD kerana mereka merupakan ajk khemah. Kerana tak sabar untuk ke sana, saya menyertai mereka untuk terus pergi ke sana. Dalam perjalanan terdengar bunyi bising seperti ada benda bergeser di tayar kereta. Selepas berhenti untuk periksa, rupa-rupanya bahagian body kereta di atas tayar bergeser dengan tayar kereta. Ia terjadi disebabkan oleh kesan kemek pada bahagian tu. Jadi kami amik keputusan untuk alihkan barang-barang di sebelah kiri kereta ke sebelah kanan dan saya yang duduk di belakang menganjak duduk betul2 di belakang driver. Perjalanan di teruskan sehingga satu lagi dugaan buat kami terutamanya Kak Azah.... temperature kereta naik ke tahap maksimum!! Sebaik sahaja kami berhenti di km 237, asap berkepul keluar dari depan. Alhamdulillah tak ada perkara buruk berlaku. Sebaik sahaja berhenti Kak Azah tak putus-putus membuat panggilan dan juga menerima panggilan. Nasib baik la kami berhenti di tempat perhentian yang betul-betul strategik. Kak Azah berusaha untuk menelefon PLUS tapi gagal. Saya dan Kak Sal naik ke atas bukit untuk berjumpa dengan pekerja kontrak PLUS yang kebetulan sedang berehat di sana. Selepas meminta no telefon PLUS dari mereka, PLUS akhirnya berjaya di hubungi. Kereta pertama yang bertemu dengan kami ialah kereta Kak Ungku dan anak-anak. Selepas itu satu demi satu kereta berhenti untuk melihat keadaan kami dan membantu apa-apa yang patut. Bila Kak Ungku bak beredar ke KLD, saya menumpangnya. Lagipun kereta KAk Azah perlu dihantar ke bengkel dulu.

Kitaorang sampai ke KLD saya tak cukup pasti pukul berapa. Rasanya 12 lebih kot. Lepas sesi pendaftaran dan berkenalan dengan geju yang tak pernah saya jumpa sebelum nie seperti Farihah, Aini, (ramai lagi saya dah lupa) kitaorang mula memasang khemah. Saya satu khemah dengan Kak Tini (ADK77). Lepas pasang khemah baru la pi makan tengahari. Yang pasti memang best la masakan kat KLD nie.... sampaikan pinggan saya licin.. bak kata budak2 geju yang tengok pinggan saya... "Tak yah basuh lagi Nile". Kak Ungku lak siap amik gambar lagi.... Hehehehehee... macam-macam....

Lepas makan sesi taklimat dan juga ice breaking pun diadakan. Masa tu kitaorang dipecahkan kepada 4 kumpulan. Ketua kumpulan saya ialah Mat Jan dan nama kumpulan kami lak macam biasalah kroni Mat Jan kan.. mesti la "KRONI". Moto kumpulan kami Goyang Jangan. Kumpulan lain Setuju Ajer, Hands-2, dan Apache. Masa sesi nie membentangkan hasil kerja masing-masing, dewan makan bingit dengan gelak tawa. Seronok giler la tengok persembahan kumpulan lain. Last sekali kena buat kesimpulan... kesimpulan yang dibuat oleh Attokz memang kelakar giler!! Apa taknya... dia buat style Karam Singh Waliya. Hampeh betul la!!


Selepas tu baru la aktiviti lasak berlangsung. Kitaorang semua dipecahkan kepada 2 kumpulan. Satu Bangla dan satu Indon. Saya masuk dalam kumpulan Indon.Pertamanya kitaorang semua buat aktiviti masuk air iaitu "water confident". Selepas tu baru la 2 kumpulan tadi berpecah. Kumpulan Indon berkayak dulu dan kumpulan Bangla lak main flying fox dan berbasikal. Waktu berkayak lak, kitaorang kena naik secara berpasangan lelaki dan perempaun. Partner saya masa berkayak budak berkaca mata jugak.. si Ismail. Ok la jugak Ismail nie... dengan kanan, kiri, kanan, kirinya.. sampaikan ada orang tegur, "kawat ke apa nie?" hehehhee.... Nie 1st time pengalaman saya berkayak. Sebelum nie memang tak pernah pun sentuh benda tu. Berakit penah la dulu di Tasik Bera masa saya tahun 2 di UKM. Tahu-tahu ajerlah ,bila dah 1st time nie mesti la tunggang langgang sket. Tapi nasib baik saya nie cepat belajar. Dapat la jugak tahu skil2nya tak banyak sedikit.

Selepas berkayak, tiba la giliran group kitaorang buat Flying Fox dan naik basikal. Kali nie, kumpulan Indon dibahagikan kepada 2. Satu naik basikal dan satu lagi Flying Fox. Saya cepat2 pilih naik basikal sebab takut nak buat flying fox tu. Kitaorang yang berbasikal dibawa melihat kawasan sekitar kem. Jalannya agak berliku dan saya beberapa kali hampir terjatuh kerana jalan licin bila tayar basikal melalui kawasan berpasir halus. Kitaorang singgah di sebuah bekas lombong. Kat situ ramai betul orang tengah memancing. Dari situ juga kita boleh nampak Gunung Ledang. Lepas duduk sebentar kitaorang beredar untuk balik semula ke kem. Kerana hari sudah hampir gelap, saya tidak berkesempatan untuk buat flying fox. Aktiviti nie akan di sambung esok untuk yang belum berkesempatan.

Selepas mandi, solat jamak maghrib dan isyak, semua berkumpul di dewan makan untuk menikmati dinner bbq. Lauk-pauknya begitu banyak dan pastinya sungguh sedap sekali.... sehingga terjadi satu peristiwa yang menbuatkan air mata saya berjuraian. Dengan kepedasan tahap maksimum+cipan, saya akhirnya tak mampu menghabiskan makanan seperti biasa sehingga pinggan saya licin. Dan tak silap saya suapan terakhir sayalah yang menyebabkan saya rasa tekak saya seperti dicucuk-cucuk oleh 2 batang jarum yang tajam. Saya tercekik tulang!!!!!! Mula-mula Mely kepalkan nasik dari pinggan Ana kepada saya untuk saya telan. Tapi tiada hasil. 2 kali Mely ulang perkara yang sama, masih tidak dapat membuatkan tekak saya selesa. Airmata dah keluar berjurai-jurai. Pastu ada sorang geju yang tolong saya tapi saya tak cukup pasti siapa. Dia suruh saya bangun dan dia peluk saya dari belakang dan tekan di perut saya. Berkali-kali jugak buat tapi tulang tu masih tersangkut di tekak saya. Saya amik keptusan untuk basuh pinggan dan turun ke bawah mengambil nasik. Saya kepalkan sebesar telur ayam dan pecahkan kepada dua sebelum saya menelannya. Alhamdulillah tulang tu berjaya di masukkan ke sistem penghadaman saya... Fuh!!! Memang dashyat giler!!! Dah lama tak tercekik tulang... baru la hang tau rasanyer.. hehehe

Selepas makan malam, sesi berforum pulak bersama dengan Man Mancang (Poad), Kak G, Mat Jan dan Tok Rimau. Wkdin lak sebagai pengerusi. Masa berforum tu sempat jugak Tok Rimau mempromotekan majalah Alwan terbitan Wanzu kepada ahli geju. Alhamdulillah hanya 2 yang lebih. Sebelum tu saya sudah mempromotenya di khemah sebelum datang untuk dinner tadi. Selepas berforum kitaorang jalan-jalan mlaam bersama Pak Man. Pas tu balik umtuk tidur. Habis cerita untuk hari pertama.


 
Friday, May 14, 2004
posted by nile at 7:03 PM
::KLD dah melambai::

Esok ke KLD... macam-macam rasa dah timbul.... Barang satu habuk pun tak kemas lagi. Nampaknya saya pun pergi bercuti jugak la... bukan Dilla sorang jer. Dia pun dah selamat ke Sarawak. Semoga perjalanan pergi dan balik akan selamat buat Dilla dan juga saya.InsyaAllah.
 
Thursday, May 13, 2004
posted by nile at 7:14 PM
::Suratan Atau Kebetulan::

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurangan
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diri ku amat bererti
Tapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
 
posted by nile at 6:42 PM
::NSF::


Sedang enak saya dibuai mimpi, si Dilla call cakap Kak Mariah dari NSF call suruh pi amik agreement yang telah dikembalikan kepada mereka kerana tidak sampai ke tangan kitaorang. Apa tak sampainya, pos alamat lama. Tapi before tak ada lak problem cam tu. Ingatkan mula2 tu nak naik motor jer ke Putrajaya, tapi panas-panas nie, jauh lak tu terbakar nanti. Sya pun mintak tolong Nabihah.


Dia kata ok jer. Kul 11 lebih kitaorang ke sana MOSTI, Putrajaya. Jumpa Kak Mariah,dia bagi surat, buat pengesahan, dan lepas semunya settle, kitaorang singgah beli kek kegemaran Dilla, cheese cake!!! Sedapnya.... pastu Dilla belanja makan kat Billon. Thanks Dilla sebab belanja dan Nabihah atas segala pertolongan.... semoga Allah menbalas segala jasa baik korang semua. Nasib baik ada housemate kan?






 
Wednesday, May 12, 2004
posted by nile at 10:02 AM
::Ungkapkan rasa cinta::

"Tidak beriman salah seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri."
(HR Muslim)

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah antara saudaramu. Dan bertaqwalah kamu kepada Aallah agar kalian mendapat kasih-sayang:'
(AL-Hujurat:10)

"Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya, kamu akan saling mencintai antara satu sama lain. Ucapkan salam di antara kamu."

"Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah. Dan menjadikan kamu benci pada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang benar."
(QS Al-Hujurat:7)


Teringat pada seorang teman chat yang baru saya kenali baru-baru ini selepas begitu lama saya tidak menjenguk chatting room YM. Kami berkenalan dan bertukar no hp. Beberapa malam lepas, dia menghantar sms pada saya bertanya khabar. Selain itu dia juga bertanyakan pada saya tentang cinta dan juga kehidupan. Tanyanya lagi, pernahkan saya bercinta, atau saya takutkah bercinta. Kami berbalas sms 2, 3 kali dan selepas sms saya yang terakhir ini, dia terdiam dan tidak menghantar-hantar lagi sehingga hari ini. Saya cuma menjawab, saya memerlukan seseorang yang pasti saya akan kekal bersama-samanya, yang betul-betul sesuai dan juga menunjukkan jalan yang boleh membimbing saya di dunia dan juga di akhirat. Apakah jawapan itu menakutkan dia? Atau mungkinkah lagak saya seperti seorang ustazah? Hanya dia yang boleh memberikan jawapan. Tapi itulah jawapannya kepada soalannya....

 
posted by nile at 9:27 AM
::Sabar::

"Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Bersabarlah (wahai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan."

(An-Nahl:126-127)
 
Tuesday, May 11, 2004
posted by nile at 11:38 AM
::Sakit Hati::

Sakit hati.... salah satu daripada penyakit jiwa. Andai dibiarkan bercambah didalam jiwa ialah boleh bernanah dan merosakkan hati manusia. Kalau boleh saya tak nak penyakit ini tumbuh dalam sikap saya, dalam hati saya. Saya tak nak merosakkan akhlak saya dengan perangai ni. Setiap orang ada kelemahan masing-masing, itu saya akui. Kita manusia biasa tak terlepas dari melakukan kesalahan. Begitu juga dengan saya. Saya mohon pada Allah... jauhkan jiwa dan perasaan saya dengan penyakit jiwa ni... saya tak nak menyakiti hati orang dan juga tak nak hati saya disakiti.
 
Monday, May 10, 2004
posted by nile at 7:04 PM
::Jaga::

Dua minggu lepas, saya teman kawan ke AmBank. Sambil2 dia duk beratur saya menunggu kat kerusi. Macam biasala main2 dengan handset. Kat dalam bank mana boleh pakai handset kan? Saya pun jeling2 la kat jaga bank tu yang sungguh bergaya memakai spek hitam sambil duduk bersandar diatas kerusi.Ouih! Sedap benor dia. Dah la macam tengok jer kat saya. Dalam takut2 tu, saya jeling2 jugak 2, 3 kali dan baru tersedar yang jaga tu sebenarnya tengah lena diulit mimpi intan berlian. Apa lagi saya pun snap la gambonya yang tengah mencuri tulang itu. Hehehehe... sebaik jer saya amik gambar dia, dia terbangun.. alamak!! Mintak2 dia tak nampak.... memang tak nampak pun....


 
Sunday, May 09, 2004
posted by nile at 12:04 PM
::Ahad::
Hari nie tak banyak aktiviti, macam semalam juga. Lepas tolong hantar Dilla ke lab, saya ke lab komputer. Duduk sejam dua pastu balik. Petang basuh motor tersayang... malam tengok tv. Itu ajer....
 
Saturday, May 08, 2004
posted by nile at 7:00 PM
::HAri Sabtu::

Saya tak ke mana hari nie. Bangun pun lewat. Nak pi lab macam biasa keje tak ada, pc tu tak elok lagi. Saya cuma singgah kat lab petang dalam pukul 3 lebih untuk update pasal semalam lawatan saya ke MOY.Pastu singgah pasar malam. Beli la apa2 yang patut. Pastu balik. Malam lak tengok Cd BULI. Beli kat paso tadi. Pirate!!Murah dan lawo giler gambonya... hehehhehe
 
Friday, May 07, 2004
posted by nile at 4:04 PM
::MOY Publication Dalam Kenangan::

Ini adalah pengalaman pertama saya berkunjung ke MOY Publication. Tujuan utama ialah ke department Blues Selamanya. Dah la pergi seorang diri, tapi berani-beranikan diri jugak ke sana. Sempat jugak beramah-mesra dengan kartunis dan juga staff kat sana. Saya singgah di dua department, mula-mula tu Blues Selamanya pastu APO? Studio Ujang nampak gelap jer. Semua dah balik kot. Ramai jugak yang sempat jumpa tapi tak ingat sangat nama. Antaranya kartunis yang ada Jakalll, Gayour, Pandan, Lambok, Rambai dan Ayem. Staff lak Shasha, Rodin, Hani, Zairi, dan Amir. Yang pasti memang seronok la. Lagi seronok sebab dapat majalah percuma lagi.. hehehehe.... 14 lagi..... seronoknyer!!!!!!!!
















 
Wednesday, May 05, 2004
posted by nile at 8:49 AM
::..Saya Dah Balik!!!!..::

Alhamdulillah saya selamat sampai di rumah pukul 8.15 malam. Apa yang saya nak buat sekarang ialah update blog saya yang hampir seminggu menyepi. Banyak benda yang nak dicakapkan dan dipaparkan. Ada kisah seronok, suka dan duka waktu balik baru nie, apa taknya jalan-jalan satu Malaysia gayanya. Apa-apa pun nanti la citer.... nak upload gambar dulu. hehehhee..
 
Tuesday, May 04, 2004
posted by nile at 3:32 PM
::..Kisah Di rumah..::

Pagi pertama di kampung... dan juga pagi yang terakhir untuk kali ni. Tapi saya tak bangun pun pagi nie. Cuma dengar adik2 bersiap ke sekolah. Tengahari baru saya keluar rumah untuk ke bandar. Nak beli barang2 sikit untuk rumah. Pukul 1 lebih saya naik bas ke bandar KTrg. Masa tunggu bas tu sempat jugak saya amik gambar budak2 sekolah.. hehehehe. Seronok la tengok diorang tu. Gembira jer macam tak ada masalah.... Ala... budak2 memang macam tu kan? Kita dulu pun dulu2 sama jugak... Sampai di terminal bas, saya terus pegi Masjid Putih sebab Ummy dan pakwe dia si Shahir tunggu kat sana.

Tempat pertama di tuju ialah Mydin... setiap kali balik memang inilah tempatnya saya membeli belah. Banyak jugak saya beli barang. Beli dapur gas baru (Mak tiri dah lama nak), beli barang2 dapur, sabun dan lain2 keperluan rumah. Pastu kitaorang pergi makan dulu sebelum pergi ke KFC. Saya belikan ayam KFC untuk adik2 kat rumah. Niat asal nak ajak diorang tu makan ikan bakar malam nie, Ummy la yang kena jadi driver sebab nak guna kereta dia la angkut kitaorang. Tapi kesian lak menyusahkan Ummy jer... dah la rumah saya nie jauh.

Ummy hantar Shahir balik dulu sebelum hantar saya balik rumah. Saya balik nie pun hantar barang jer, pastu terus ikut Ummy balik rumah dia. Esok saya balik naik bas pagi pukul 9. Saya takut tak sempat nak naik bas dari kampung ke bandar, so tumpang rumah Ummy la selamat sikit dekat dengan bandar. Lepas tengok adik2 dan anak sedara jamu KFC, salam ngan ayah... saya pun terus KTrg balik.

Sampai rumah Ummy, lepas solat... Ummy dan adik2 buat aktiviti "bermain-main bersama arnab" lak. Diorang pegi tengok arnab baru beranak, 7 ekor semuanya. Ada kisah kelakar masa adik Ummy si Arir tanya mak Ummy pagi tadi tentang anak arnab tu. Sebenarnya semalam masa kitaorang balik dari Kuantan tu, kitaorang singgah bandar Chukai, Kemaman beli arnab. Harga arnab tu pulak RM7. Ummy beli seekor jer. Masa balik malam tadi tak sempat la adik2 dia yang lain tengok sebab Ummy sampai lewat rumah dia. Pagi tadi masa nak pegi sekolah Si Arir pergi tengok la arnab yang baru beli tu pastu dia cakap la kat mak dia, "murahnya Kak Long beli arnab, seringgit seekor 7 ekor, kecik lak tu".
Rupa-rupanya arnab dia beranak la!!!! Arir tak perasan ada seekor lagi arnab yang besar yang Ummy beli semalam tu.

Malam pulak kitaorang ke pesta buku dan pc kat Terengganu Trade Center kat KTrg. Saya ingat nak survey pc, entah bila la nak beli baru. Lepas jual tahun lepas, saya memang tak ada pc dah. Sayang betul kat pc lama tu. Pc pertama apa tak sayangnya. Tapi terpaksa jual sebab nak bayar yuran master dulu tu. Tengok2 jer, mungkin tak beli lagi. Kalau beli pun bulan 8 nie kot masa Pesta Konvo nanti. Kat pesta nie, saya cuma beli kaset satu dan sebijik buku teka-teki kanak2. hehehhehe.. kelako betul la buku nie. Gelak tak abis2 baca. Mula2 Ummy yang beli tapi bila baca best sangat saya pun beli jugak. Ingat nak letak dalam blog nanti. Lepas tu balik rumah bakar jagung yang beli kat Jerantut baru nie. Lepas tu... tido la... esok dah nak balik....


 
Monday, May 03, 2004
posted by nile at 6:23 PM
::..Balik Kampung Pulak..::


Thanks Atul!

Sebelum mulakan cerita balik kampung saya bagi pihak kawan-kawan semua, Ummy, Angah, Ros, Nurul, Mas, dan Kak Jun nak mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih buat Atul sekeluarga yang menumpangkan kitaorang semua kat rumah Atul. Moga dihalalkan makan minum, dan segala-segalanya yang diguna sepanjang kami menumpang di sana. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya......

Awal pagi kitaorang berlima bertolak dari Pekan selepas bersarapan mee goreng, laksam, pisang goreng dan air nescafe. Baiknya mak Atul... Terima kasih atas segalanya.... Kitaorang terpaksa bertolak seawalnya jam 750 pagi sebab si Mas dan Kak Jun naik bas pukul 9.30 pagi. Yang lain-lain, Ros naik bas kul 1 pm, Nurul lak 4.30 petang. Budak2 tu pergi lewat sikit la, diorang naik bas sebab Atul takut bawak kereta. Dia tak biasa lagi sebab baru 2 minggu dapat kereta. Masa pergi ke Jerantut semalam pun si Nurul dan Mas yang drive. Tuan punya kereta tak drive langsung.. hehehehhe.... Mula2 si Atul tu nak pinjam saya jadi driver dia, tapi Ummy lak kata dia letih bawak sorang nanti. Nasib baik la Nurul dengan Mas dah biasa bawak kete, boleh la diorang yang bawak. Perjalanan dari Pekan ke Kuantan memakan masa 1 1/2 jam. Kitaorang ke sana pun bergantung pada peta jugak. Nampaknya ngam2 la masa nie, tu pun kalau tak sesat la. Malam tadi saya dah pesan bertolak pukul 7.30, tapi masing2 dah terlewat.

Kami tiba di Terminal Makmur tepat2 jam 9.15 pagi. Alhamdulillah sempat jugak diorang tu naik bas. Bas Kak Jun sampai awal, pegi2 jer bas dah menunggu. Mas lak dekat pukul 10 baru tiba. Lepas Mas naik bas, saya, Ummy dan Angah tak terus balik ke Terengganu tapi tunggu Atul, Ros dan Nurul tiba dari Pekan dulu. Nak jumpa untuk kali yang terakhir. Lebih kurang pukul 12 diorang sampai. Sempat la minum2 dulu. Kitaorang tak tunggu sampai Ros naik bas tapi terus balik.

Sebelum balik, kitaorang singgah rumah kakak saya di Balok. Oleh kerana dia keje, terpaksa la gi amik kunci rumah kat tempat keje dia di Gebeng. Saya nak sangat ke rumah dia nie sebab nak amik installer kamera digital. Lepak rumah kakak sekejap, solat jamak dulu pastu kitaorang teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya rumah kakak saya sorang lagi di Paka. Nak save gambar dari handset pastu nak amik kamera saya yang dia pinjam sekali. Tapi sebelum tu singgah Kuala Kemaman makan satar dan otak2 yang glamer tu. Bestnyer......!!!!

Sepanjang balik ke kampung, macam2 tempat singgah. Minum air kelapa kat Meraga Beris dulu, makan-makan... tu yang jadi lambat tiba di rumah. Sampai rumah saya tak silap pukul 8 lebih jugak. Balik rumah baru..... Ayah pindah rumah satu lagi. Bukan baru buat tapi rumah lama. Rumah dulu ayah sewakan kat orang. Sukanya adik2 tengok saya balik.heheheheh.... itu sajer citer balik kampung.

 
Sunday, May 02, 2004
posted by nile at 10:19 AM
::Kenduri Kahwin::


Hampir pukul 9 pagi kitaorang bertolak dari Pekan ke Jerantut. Bersandar peta yang di beri sepupu Atul, kitaorang memulakan perjalanan ke sana. Perjalanan dari rumah Atul, Kampung Nenasi tak silap la ke Kuantan, kami melalui kawasan hutan yang terbakar teruk. Siap bomba datang lagi. Pastu dapat jugak tengok rumah orang2 asli ynag di bina di tepi jalan. Kata Atul orang asli sekarang pun dah moden bina rumah tepi jalan untuk memudahkan perhubungan.

Ummy drive sepanjang perjalanan dari rumah Atul sehingga sampai di persimpangan masuk ke Jengka di Maran, saya bertukar dengannya. Lupa nak cakap, tempat yang ingin dituju ialah Kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang. kami dapi Pekan melalui Kuantan ke Maran. Pastu masuk ke Jengka dan terus ke Jerantut.


Tempat yang dituju sudah tiba. Hampir pukul 1 kami tiba di rumah pengantin. Walaupun ada jugak tersasul masuk jalan lain, sempat jugak tanya orang kat traffic light sampaikan ada yang dah menjeling sebab lampu hijau tak pegi2 jugak. Alhamdulillah perjalanan kami selamat tanpa sebarang masalah. Selepas sesi bergambar, kitaorang pun menikmati jamuan dengan seronoknya..... hehehehe... sedapnyer makan nasik kenduri.....

Perjalanan balik dari kenduri tu sempat jugak saya amik gambar. Amik gambar hutan terbakar, gambar tanduk, bukit dan macam-macam lagi. Sebelum balik singgah di Bandar Pekan untuk makan. Lagipun diorang tu janji nak jumpa sorang lagi kawan maktab yang kebetulan posting di Kuantan, Azizi nama budak tu. Diorang la belanja kitaorang makan. Thanks Azizi. Saya ada ambik gambar pemandangan waktu senja kat tempat makan tu yang dibina di sebelah sungai. Sungai apa saya lupa lak.....


Kitaorang sampai rumah tak silap dalam pukul 10 malam jugak. Rancangan nak bakar jagung yang beli kat tepi jalan petang tadi tak jadi. Mungkin semua dah keletihan berjalan-jalan.... Alhamdulillah segalanya selamat!Best la pegi kenduri kawin kan...? Kita nie bila lagi yer?


 
Saturday, May 01, 2004
posted by nile at 9:53 AM
::Perjalanan ke Pekan::

Ummy bersama adiknya Angah tiba di rumah kakak saya di Paka hampir pukul 10 pagi. Saya terus mengambil alih tugas memandu kereta selepas tu. Perhentian pertama di Pantai Batu Hitam, Beserah Kuantan. Sampai sana lebih kurang pukul 12 tengahari. Duduk2 makan dan amik gambar dalam kereta pastu main teka2. Hehehehe.. kitaorang amik gambar guna handset dan teka apa gambar tu.
Kawan-kawan Ummy, si Ros, Mas, Kak Jun dan Nurul sebenarnya hadapi masalah dengan tiket. Diorang semua berkumpul di KL sejak semalam. Oleh kerana tiket ke Kuantan tak ada, diorang beli tiket ke Temerloh dan dari Temerloh ke Kuantan. Tiket dari KL ke Temerloh pulak pukul 1 petang. Nampaknya memang lambat lagi la diorang sampai. Lepas makan kat pantai kitaorang ke Terminal Makmur, Kuantan untuk solat zohor. Lepas tu ke Megamall. Sempat jugak ajar Ummy dan Angah main boling. Yang pasti pemenangnya ialah saya!

Duduk sana lama jugak... tunggu sampai Atul dan kawannya tiba dari Pekan. Hampir pukul 5 Atul sampai. Kitaorang terus ke Giant. Duduk sana sampai pukul 8 dan pastu pergi ke Terminal balik. Cari tiket untuk budak2 tu. Tiket ke Bahau, Ipoh, KL dan Batu Pahat. Tiket ke Batu Pahat agak susah sikit. Sempat jugak berebut dengan sorang pakwe tu. Nasib baik la dia baik sanggup tunggu sampai kawan2 Ummy sampai untuk decide nak tak tiket tu. Rombongan yang kepenatan dek kerana jem di highway Karak yang sepatutnya dari KL ke Kuantan yang hanya mengambil masa 4 jam menjadi 8 jam, tiba di Terminal pukul 9 lebih. Lepas tu kitaorang terus balik ke rumah Atul di Pekan yang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam untuk sampai.

Kepenatan duduk di dalam bas nampaknya hilang dengan kegembiraan berjumpa dengan kawan-kawan. Betapa ceria dan riuhnya mereka. Kisah2 sewaktu di maktab dibuka semula dan masing2 mula membuka cerita yang sudah lama terpendam. Perangai masing2 terserlah dan masih tidak hilang. Saya sendiri rasa seronok walaupun hanya menumpang kegembiraan kawan-kawan Ummy. Best betul ada kawan-kawan yang masih berhubung, sanggup datang dari segenap celah negeri untuk bertemu di sini. Alangkah bagusnya kalau saya mempunyai kawan-kawan yang sama....
 
posted by nile at 12:57 AM
::Bila dah balik....::

Tadi keluar makan ngan kakak, abang ipar dan anak sedara Syakir dan Along. Nie la gambo2 nyer. Saya makan kuey teow tom yam.. tadak benda lain dah. Pastu pic gelagat anak sedara saya.. hehehehe.. macam2 diorang tu.