Sunday, May 16, 2004
posted by nile at 10:06 PM
Hari Kedua

Pukul 6 pagi saya bangun untuk tunaikan solat subuh bersama dengan Kak Tini. Orang lain nampaknya masih belum bangun. Selepas solat saya dan Kak Tini sambung tidur dan terbangun sebaik sahaja dengar bunyi bising budak2 khemah lain yang sudah siap mandi dan bersedia untuk pergi bersarapan. Saya pun terus bangun dan bersiap untuk breakfast. Selepas breakfast, kitaorang semua sambung aktiviti semalam. Sapa-sapa yang belum naik basikal pergi naik basikal dan yang belum flying fox buat benda tu la. Saya orang yang terakhir buat flying fox. Mula-mula memang takut. Kak G cakap tak der la punya, seronok ada la. Bila dah rasa sendiri baru la saya tau betapa seronoknya. Patut pun si Ctzie tu sampai boleh buat 3 kali!

Taklimat untuk aktiviti seterusnya war game berlangsung sewaktu saya menunggu giliran untuk flying fox. Ini menyebabkan saya tak tahu apa-apa peraturan dan cara permainannya. Dalam perjalanan ke tempat aktiviti tu tak habis2 saya bertanya pada orang. Takut jugak nanti kalau salah, kalah lak kumpulan kitaorang. Kitaorang semua berpecah balik kepada 2 kumpulan, Bangla dan Indon. Game pertama dimenangi oleh kumpulan Bangla, game kedua kumpulan saya dan akhirnya pemenang keseluruhan ialah kumpulan Bangla. Masa last game memang betul2 mencabar dan juga penuh dengan gelak tawa peserta. Apa taknya... botol terakhir yang menjadi buruan setiap kumpulan begitu susah sekali dicapai sehingga memaksa Farihah menggunakan kakinya. Masa tu tak tahu nak ceritalah.. hehehhe.. Mungkin jadi memori yang tak boleh dilupakan buat Farihah... Selepas permainan berakhir, sesi bergambar di dalam paya dibuat. Masa nie la detik2 yang menyebabkan saya kehilangan spek saya. Kerana terlalu kotor dan menghalang pandangan saya, saya tanggalkan spek dah letakkan di atas kepala. Bila masa hilang tu saya cukup pasti sewaktu bergambar. Saya cuma menyedari bila Mely bercerita tentang contact lensnya sewaktu berjalan balik ke kem dan waktu tu kitaorang dan sampai di pintu masuk kem. Untuk berpatah balik tu boleh jer tapi akhirnya saya meminta bantuan Pak lek dan fasi di situ.

Selepas balik dari war game kitaorang semua berendam dalam air sambil membersihkan diri. Selepas tu mandi, pakai lawa-lawa untuk aturcara terakhir, pertandingan fotografi dan juga penutup kepada aktiviti di KLD. Sebelum tu makan tengahari untuk kali yang terakhir. Alhamdulillah saya tidak tercekik lagi. hehehhe... Poad menang tempat pertama, kedua Yabbna dan ketiga Kak nett. Gambar Kak nett menang tu ada muka saya. Lepas main war game tu.. spek tak pakai dah. Kompom la masa tu kan? Lepas penyampaian hadiah sesi bergambar beramai-ramai di belakang banner dan juga tandatangan kat banner sumbangan basrimd.

Segala sudah selesai. Saya masih belum selesai. Dari pagi tadi saya tertanya-tanya dengan sapa la saya nak tumpang balik nie. Sampaikan saya rasa putus asa dan nak ikut Kak Tini balik Terengganu. Tapi akhirnya dapat jugak, Saya tumpang Kak Zai sekali dengan Mely, Ctzie dan Ana.Kitaorang bertolak dari KLD lebih kurang pukul 3 dan Kak Zai hantar saya di stesyen Komuter Serdang untuk saya bali ke Bangi. Saya tiba di rumah tepat pukul 6.20 petang. Thanks Kak Zai atas segala pertolongan.

Sebagai kesimpulannya, apa yang dapat saya kata ialah saya memang seronok dapat ke sana. Dapat kenal kawan-kawan baru di samping mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara semua ahli Geju. Kenangan di sana pasti akan tersemat kukuh difikiran dan menjadi salah satu kenangan yang cukup berharga. InsyaAllah jika ada lagi aktiviti seperti ini saya akan mengikutinya lagi jika ada kelapangan. Tahniah kepada semua ajk yang terlibat kerana telah bertungkus lumus berusaha untuk menjadikan segala impian untuk jadi kenyataan. Terima kasih kepada Kak G atas layanan baik yang diberikan sepanjang kami semua di sana.