Wednesday, May 12, 2004
posted by nile at 10:02 AM
::Ungkapkan rasa cinta::

"Tidak beriman salah seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri."
(HR Muslim)

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah antara saudaramu. Dan bertaqwalah kamu kepada Aallah agar kalian mendapat kasih-sayang:'
(AL-Hujurat:10)

"Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya, kamu akan saling mencintai antara satu sama lain. Ucapkan salam di antara kamu."

"Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah. Dan menjadikan kamu benci pada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang benar."
(QS Al-Hujurat:7)


Teringat pada seorang teman chat yang baru saya kenali baru-baru ini selepas begitu lama saya tidak menjenguk chatting room YM. Kami berkenalan dan bertukar no hp. Beberapa malam lepas, dia menghantar sms pada saya bertanya khabar. Selain itu dia juga bertanyakan pada saya tentang cinta dan juga kehidupan. Tanyanya lagi, pernahkan saya bercinta, atau saya takutkah bercinta. Kami berbalas sms 2, 3 kali dan selepas sms saya yang terakhir ini, dia terdiam dan tidak menghantar-hantar lagi sehingga hari ini. Saya cuma menjawab, saya memerlukan seseorang yang pasti saya akan kekal bersama-samanya, yang betul-betul sesuai dan juga menunjukkan jalan yang boleh membimbing saya di dunia dan juga di akhirat. Apakah jawapan itu menakutkan dia? Atau mungkinkah lagak saya seperti seorang ustazah? Hanya dia yang boleh memberikan jawapan. Tapi itulah jawapannya kepada soalannya....