Wednesday, June 30, 2004
posted by nile at 9:18 PM
::..Jitra Dalam Kenangan..::

Dah hampir 2 minggu saya tinggalkan Jitra tapi baru hari nie baru saya berkesempatan untuk memaparkan segala kenangan manis di sana. Saya ke sana 15hb Jun. Saja saya pilih tarikh tu kerana kebetulan saya ingin pulang ke Terengganu dalam minggu yang sama. So untuk menjimatkan kos perjalanan, saya ke Jitra dan terus balik ke Terengganu dari sana. Tak perlu saya balik ke Bangi semula.
Tak banyak yang ingin di cerita. Saya cuma nak letak gambar kenangan masa kat sana. Sebelum pergi Adik dah janji nak belanja saya makan nasik lemak yang paling best di Jitra. Hari pertama saya di sana, dia dah bawak tapi kedai tu tutup. Kitaorang pergi keesokan harinya. Ternyata memang betul2 best. Dan yang menakjubkan saya ialah harganya cuma RM1!Selain dari makan nasi lemak, perkara yang tak mungkin saya lupa di gerai tu ialah "saya tertinggal handset!". Memang betul2 rasa nak pitam... Saya cuma tersedar sewaktu saya di PJ (PJ ni stand 4 Pekan Jitra... dulu penah ingat Petaling Jaya, hehehe). Nasib baik masa tu drive sendiri. Boleh la pecut secepat yang mungkin. Kalau tak kerana beg handset biru yang cute tu, pasti dah lama ilang hp saya. Rasanya setakat tu jer saya nak cerita kat blog nie. hehehehe.


Selain tu, saya juga ingin memberikan satu teka-teki di sini. Hari pertama saya di Jitra, saya, adik dan mamanya ke PJ untuk mencari besi yang wak sangkut curtain tu.. saya tak ingat orang panggil apa la besi tu. Besi tu di jual kat kedai hardware la. Kitaorang pun singgah la kat kedai tu tapi cuma mama yang keluar dari kereta. Saya dan Adik tunggu di dalam kereta. Masa tu la saya ternampak "durian misteri nie". Oleh kerana saya tak pakai spek, saya memang rasa ianya pelik... tergantung kat kedai hardware... Sapa nak teka... apa benda sebenarnya tu?



 
Monday, June 28, 2004
posted by nile at 3:29 PM
::Debar::

Minggu nie dah masuk minggu kedua semester baru bermula. Ini bermakna, saya akan jumpa balik dengan adik-adik junior saya yang mula menyambung perjuangan mereka di kampus UKM nie. Kadang-kadang tu rasa serabut pulak. 3 bulan diorang (termasuk semua budak2 ukm, bukan 'adik2 saya' je) cuti, tenang jer UKM nie. Sekarang dah meriah balik... tapi bukan menyampah kat adik-adik. Nanti tak pasal2 terasa hati lak diorang....

Cuma, bila semester baru nie bukak balik, hati saya pulak yang tak tenteram. Kenapa? Nie la penangan "Warkah Untuk Adik". Oleh kerana kisah tu cerita betul, dan 'adik' yang saya maksudkan dalam cerita tu hari-hari berkeliaran dalam UKM atau lebih spesifiknya di fakulti saya, kadang-kadang tu saya jadi takut bila nak keluar dari bangunan kimia nie. Takut bertembung dengannya. Apa yang saya mampu katakan ialah, saya tak mampu lagi untuk bertentang mata dengannya seperti biasa, tak mampu lagi nak bercakap dengannya dan saya mintak2 sangat saya tak akan berselisih dengannya. Saya masih sayangkan persahabatan kami dan tak pernah lagi saya melupai dirinya... tapi sikapnya buat hati saya pedih dan sakit.

Kisah sakit hati tu kisah dulu, sekarang dah tak ada... Yang ada sekarang cuma debar dan takut. Memaparkan kisah persahabatan kami di majalah bukan perkara kecil... itu yang menakutkan saya. Pandangannya tentang perkara tu sampai ke hari ini masih saya tidak pernah tahu kerana dia tak pernah ingin memberi sebarang komen. Tapi... dalam debar dan takut tu jugak saya menyimpan satu harapan untuk bertemu dengannya. Kalau boleh ingin berborak panjang sepertimana yang pernah kami lalui dulu. Dia tetap "adik" saya... itu tak pernah saya lupa lagi.
 
Friday, June 25, 2004
posted by nile at 5:16 PM
::..PERBAIKI DIRI SEBELUM TERLAMBAT..::

Saudaraku..
Ketika kereta mewah dan cantik yang kita miliki tercalar.......
Kesan calarnya bagai menyanyat hati kita..
Ketika kita kehilangan handphone..........
Separuh tubuh ini seperti hilang bersama kebanggaan kita..?
Ketika orang mengambil secara paksa wang kita..
Seolah terhempas semua harapan.

Tetapi saudaraku..
Tiada sedikit pun keresahan dalam hati..
Ketika kita melakukan perbuatan
yang melanggar perintah Allah..
Kita masih merasa tenang meski
terlalu sering melalaikan solat..
Kita masih berdiri tegak dan sombong
Meski tak sedikitpun
infak dan sedekah tersisih dari harta kita..
Meski disekeliling kita
anak anak yatim menangis menahan lapar..
Saudaraku.. ada apa dengan kita?..

Saudaraku..
Kata-kata kotor dan sumpah seranah seketika keluar..
tatkala sebuah kereta yang meluncur lalu memercikkan air
pada pakaian bersih kita..
Enggan dan malu kita menggunakan
pakaian yang terkena noda tinta;
meski setitik dan kita akan tanggalkan pakaian yang koyak
dan menggantinya dengan yang baru.

Tetapi saudaraku..
Kita tidak pernah ambil kisah dengan
tompokkan dosa yang mengotori tubuh ini..
Kita tidak pernah merasa malu meski
wajah kita penuh noda kenistaan..
kita pun tidak pernah tahu
titik titik hitam terus menyerang hati ini
hingga saatnya hati kita begitu pekat..
Dan kita tidak pernah mencuba memperbaharuinya..
Saudaraku.. ada apa dengan kita?..

Saudaraku..
Kita merasa tidak dihormati ketika teguran dan
sapaan kita tidak didengarkan..
Hati ini begitu sakit jika tidak mengindahkan panggilan kita..
Terkadang kita kecewa saat orang lain tidak mengenali kita
meskipun kita seorang pengusaha,
wakil pemerintah, tokoh masyarakat
bahkan orang terpandang..
Kita sangat khuatir kalau kalau orang membenci kita..
dan berat rasanya saat mereka meninggalkan kita.

Tetapi juga saudaraku..
Tidak jarang kita abaikan nasihat orang..
Begitu sering kita tidak memperdulikan azan..
Tidak bergetar hati ini saat lantunan
ayat-ayat Allah terdengar ditelinga..
dengan segala kealpaan dan kekhilafan;
kita tidak pernah takut jika
Allah Yang Maha Menguasai segalanya membenci kita dan
memalingkan wajahNya..
Kita pun tidak pernah ingin tahu.........
Baginda Rasulullah saw. mengenali kita atau
tidak di Padang Mahsyar nanti..
Kita juga tidak peduli melihat diri ini jauh dari
kumpulan orang orang sholeh dan beriman..
Saudaraku.. tanya dalam hati kita masing masing..
ada apa dengan kita?..


When you look back on your life
wondering why you chose
not to cross the bridge,
Will you also wonder
what would happen
If you did?


Artikel ini di forward oleh seorang teman kepada saya... (thanks dila)
 
Thursday, June 24, 2004
posted by nile at 6:08 PM
Sunyi dan sepi
Aku keseorangan
Tanpa haluan dan arah
Mencari entah APA
Entah DIMANA
Entah SIAPA
Tiba saat itu
Tiba detik itu
Aku temui mu sayang
Terimalah kasihku
Seadanya...


Saya betul-betul tak ada idea nak menulis apa kat blog 2, 3 hari nie. Sebab tu sunyi sepi jer. Saya tiba dari Terengganu dua hari lepas, hari selasa. Pas balik keje lab memang sedia menunggu. Terus kena tegur dengan penyelia sebab blah balik bercuti tak cakap kat dia. Dia gelarkan saya "komando". Sebabnya tiba-tiba jer dia tau saya dah ada kat Terengganu dan tiba-tiba datang jumpa dia lak selasa baru nie. Saya sebenarnya takut nak jumpa, ingatkan dia nak marah. Labmate yang tinggal pesanan tu. Rupa-rupanya saya kena halau keluar!! Hehehe.. suspen tak? Saya kena duduk lab lain la. Sekarang dah masuk sem baru, ada 3 orang budak PhD baru mendaftar. So, diorang nak guna lab yang saya tengah duduk sekarang untuk buat keje-keje lab. Lagipun diorang tu kena guna kebuk wasap untuk sintesis. Saya lak tak guna, so kena kuar la duk lab lain. Tak kisah pun sebenarnya. Lagipun lab lagi satu tu lagi selesa dan nyaman.. lab sekarang busuk giler la bau chemicals! Lupa lak nak cakap.. puisi kat atas bukan saya yang buat. Saya tidaklah sejiwang itu... Hehehee....



 
Monday, June 21, 2004
posted by nile at 7:32 PM
::..23 Tahun Dah...::

23 tahun... cukup tuakah saya? Cukup matang untuk membezakan yang mana salah dan yang mana benar... cukup umur untuk kawin... cukup besar untuk bekerja... 21hb Jun 2004... cukup 23 tahun saya hidup sebagai hamba Allah dibumiNya ini. Banyak perkara yang belum tertunai lagi... Masih banyak kekurangan ada pada diri ini yang perlu diubah. Saya masih ada banyak cita-cita yang belum tercapai yang ingin saya kejar sebelum masa yang semakin hari semakin cepat meninggalkan saya.

Ulangtahun kelahiran tahun ini amat istimewa dari sebelumnya. Kenapa? Tahun nie saya dapat 2 biji kek lahir... hehehehe. Bestkan? Saya sambut di dua tempat yang berasingan dengan dua orang insan istemewa dalam hidup saya. Terima kasih kepada sahabat baik saya, Ummy... telah yang bersusah payah selama ini demi sahabatnya yang nakal dan comot ini.. Terima kasih sebab hadiahkan simcard maxis yang baru. Teima kasih atas bear Mr.Bean yang comel tu, terima kasih sebab buat kraftangan dari cawan air tebu tu(ikut sangat kata sila), kad-kad birthday, tiket bas, pizza dan segala-galanya yang telah Ummy berikan pada diri ini.Begitu juga dengan Adik saya... terima kasih atas segala-galanya.

 
Thursday, June 17, 2004
posted by nile at 8:55 PM
::..Blues Issue 52 n' Kerana Aku Sahabatmu..::



Macam biasa la... saya nak promote Blues Selamanya yang terbaru. Dah lama sebenarnya dapat cover BS tapi peram dulu sampai tengah bulan baru letak dalam blog. Ini cover untuk Blues 52. Bermakna berakhirnya sudah "Warkah Untuk Adik" dan bermulanya artikel saya yang baru "Kerana Aku Sahabatmu" kat majalah tu. Kalau tak silap dah ada kat kedai kot sekarang. So, jangan lupa dapatkan sekarang jugakkkk... hehehe. Beli la kalau nak kenal "nile_chem".

p/s: Saya sekarang di Jitra sebab tu lama tak update. Pas nie nak balik Terengganu lak. Maybe sepi jap la dan kurang sket berjalan di blog kawan2 semua..
 
Monday, June 14, 2004
posted by nile at 8:56 PM
::..Motor Lagi..::

Masa pergi pendaftaran jumaat lepas, nak ke Pusat Pengajian siswazah tu kena daki bukit sket. Masa tu bertembung la dengan sebuah motor yang sungguh lembab ditunggang oleh seorang pakwe. Tapi tak kisah la kan... nak wak camner, dah dia tu suka bawak slow.

Lepas tu pergi daftar macam biasa. Lepas daftar saya terus ke tempat parking motor. Motor pakwe tadi ada sekali rupanya. Tapi yang bestnya... camner la boleh tak pasan tadi, dia pakai full face helmet!!! Kuikuikui.....
 
Sunday, June 13, 2004
posted by nile at 8:45 PM
::...Lamanya...::

Dah sebulan lebih saya selsema... bila nak baik yer? Sebelum pi KLD lagi saya dah selsema... nie dah baper haribulan.... Agaknya... ada something yang buat selsema nie tak baik2.. yer ker? Agak ajer la.... Sebab selalu nangis pon boleh buat saya selsema. Duk kat dapur pon boleh buat saya selsema. Jadi... banyak la jugak faktor2nya.. termasuklah faktor-X.

 
Friday, June 11, 2004
posted by nile at 9:53 AM
::...Adik-Adikku...::



Bila baca tulisan Kuchik yang dia teringatkan adik2nya... saya pun teringat jugak.. heheheh. Dah sebulan lebih tak balik kampung. Last hari tu masa cuti hari pekerja. Apa khabar la diorang tu yer? Izzati, Muna dan Nazrullah... sorang lagi si budak kecik, Hadiamirul (2 orang lagi dalam gambar tu anak sedara) Nak kontek kat rumah tak ada phone sebab ayah dah pindah rumah lain. Orang nak beli handset kat ayah dia tanak pulak... nanti nak balik minggu depan nie nak tanya la sekali lagi. Kot2 terbuka hati nak pulak. Harap2 sihat la semuanya kan.... rindu la kat adik semua... Yang bestnyer bila balik rumah diorang akan serbu saya sambil jerit "Sila dah balikkkkkkk!!!!". Entah bila diorang tu nak belajar panggil saya Kak Sila... Saya dah paksa dah tapi tak lekat2 jugak. Tapi diorang akan panggil Kak Sila bila nak baik2 ngan saya mintak belikan sesuatu.. pandai beno bebudak tu.. hehehe. Mungkin diorang tak biasa panggil Kak Sila sebab masa adik-adik membesar memang saya dah jarang balik ke rumah. Duk hostel, masuk U. Tapi yang pastinya... antara kakak-kakak diorang, saya kakak yang paling disayangi... hehehehe.... pandai2 jer... agak ajer la.
 
Thursday, June 10, 2004
posted by nile at 9:39 AM
::...Yang Mahal...::



Inila motor kesayanganku... yang mahal... hitam berkilat tapi warnanya sudah hampir luntur. Bila entah nak bawak pi masuk workshop. Setiap hari saya tunggang motor tu dalam keadaan was-was.. hehehe kenapa? Sebab setiap kali jalan... bunyi macam rantai nak putus. Dah lama tau longgar rantai tu tapi kenapa ntah malas jer rasa nak pi repair. Sejak duduk rumah sewa motor tu rasa macam tak terjaga lak... padahal lagi la senang nak jaga dari duk hostel dulu. Kalau dulu saya duk tingkat 5 sanggup turun angkut air basuh motor. Tapi sekarang duk rumah teres pun malas nak basuh... Bila yer nak pi kedai?
 
Wednesday, June 09, 2004
posted by nile at 9:04 PM
::Minggu ini di suatu waktu dulu...::

Suasana dalam minggu yang sama, pada semester lepas, lebih kurang 6 bulan yang lalu. Saya beratur menunggu detik pendaftaran master untuk semester yang kedua. Menunggu dalam debar kerana beratur dengan tangan yang kosong... Segalanya tidak berjalan dengan baik... sesuatu yang sudah dijangka.
Berjalan keluar dari bangunan Pusat Pengajian Siswazah, selari dengan juraian airmata... selangkah kaki... perlahan..setitis airmata yang keluar... derap langkah dicepatkan... semakin laju pula airmata mengalir. Terus balik ke rumah... mood untuk ke lab terbantut. Seharian menangis mengenangkan nasib diri...

Minggu ini, suasana baru yang pasti tidak akan sama dengan semester lalu. Malahan masih lagi boleh bersikap selamba. Pendaftaran yang bermula semalam, tapi saya masih tidak ada rasa melangkah ke sana. Bukan kerana takut peristiwa lama berulang tetapi kerana EXTENDED ABSTRACT. Esok saya akan ke sana lagi, beratur menunggu giliran... masih dengan tangan kosong tapi hakikatnya hati ini langsung tiada debaran malah berbunga rasa gembira. Syukur pada Allah atas segala kurniaan... AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR
 
Tuesday, June 08, 2004
posted by nile at 12:05 PM
::Warna-Warni kehidupan::

Pagi semalam setelah menunggu selama beberapa jam, baru saya mendapat tahu yang supervisor saya bercuti sampai hari khamis!!!! Masalahnya sekarang saya perlu hantar abstrak tu lusa! Mula-mula mendengar berita itu terasa seperti hendak menangis.... Terasa seperti bala datang menimpa saya satu demi satu.... Apa salah saya...??? Ingin saya tanya pada Yang Kuasa.... Tapi saya sedar saya sendiri sudah ada jawapannya... kata Brad, :"sabarlah kerana inilah warna-warni kehidupan". Saya cuba bertenang kerana semuanya akan berakhir andai saya berputus asa.

Sungguh! Sejak seminggu kebelakangan ini hidup saya penuh dengan berbagai episod suka-duka yang berwarna-warni coraknya. Saya dah banyak bergelak tawa sewaktu ke Kedah minggu lepas. Saya juga sudah banyak menangis suka dan duka dengan kehadiran seorang sahabat baru dalam hidup saya. Saya sudah berpenat jerih bersengkang mata dan berlapar untuk menyiapkan kerja untuk ke seminar. Semuanya ada.... ada rasa perit, ada rasa suka, ada peluh yang menitis dan perut yang berkeroncong.... Mungkin ini namanya cabaran... dan inilah rentak sebenar kehidupan... dan inilah sebenarnya yang saya cari sejak saya mula menyambung master...

Pasti... ada hikmah yang tersembunyi.....
 
Monday, June 07, 2004
posted by nile at 8:36 AM
::AKhirnya....::

Malam tadi, adalah hari pertama dalam minggu lepas saya balik awal dari pukul 12 malam. Saya punch untuk balik rumah jam 2152. Awal la tu... Kerja semalam cukup meletihkan berbanding hari-hari yang lain. Kenapa? Sebab saya tak makan sejak dari pagi. Sejak masuk lab pukul 8 lebih, saya tak jejakkan kaki walau sesaat keluar dari bangunan kimia nie. Nasib baik ada air mineral dalam lab (air yang saya dapat free masa jawab survey kat SHELL, kalau tak mana ada hati saya nak bawak bekal air nie). Minum la seteguk dua, tu pun dah waktu petang.

Alhamdulillah... segala kerja2 saya semuanya dah setel. Tapi ia cuma setel pada pandangan mata saya. Hari nie saya nak tunjukkan hasil tu pada penyelia, harap sangat dia puas hati dan tak mintak saya repeat balik kerja2 tu. Oleh kerana 2 hari tu cuti, bekalan bahan kimia pun terhad. Nak sediakan bahan lain, ada lab yang tutup waktu cuti. Nasib baiklah, ngam2 jer malam tadi. Habis jer kerja, habis pH buffer. Nak pi jumpa supervisor nie.....

Mana Dr pi tak datang lagi nie...? Dah kul 8.50 nie....
 
Friday, June 04, 2004
posted by nile at 11:46 PM
::Lepas Satu.. Satu...::

Semalam, seperti biasa saya balik semula ke lab selepas pulang ke rumah sekejap untuk nikmati dinner. Buat keje la.. duk seronok sorang-sorang.... Sewaktu saya turun dari lab kecik saya di tingkat 2 ke lab instrumen di paras G,lebih kurang kul 11 malam waktu tu... ketua lab UKMCHebs datang. Dia nak guna internet la tu. Dia tegur saya la.. katanya, buat keje sampai pukul berapa? Saya jawab sampai 12 kot. Dia pesan, suruh saya bawak teman lain kali. Kalau supervisor tau, dia marah nanti. Lagipun saya nie kan perempuan. Oklah.. saya tak kisah la walaupun dalam hati saya nak marah jugak. Saya akui bahaya sebab bangunan kimia nie sunyi sket. Saya rasa cuma saya sorang kat dalam satu bangunan nie kalau abang tu tak datang tadi. Entah apasal la saya nie berani sangat, housemate pon tegur gak... tapi buat tak tau jer....

Tak lama kendian dia pon balik tinggal saya sorang. Masa tengah wak keje tu, entah apa la nasib buruk saya... kuvet yang saya guna untuk run sampel pecah!!! Masa tu saya rasa macam berada di awangan jer. Mintak2 semua nie mimpi... lepas abis run sampel saya naik atas balik dan bila siap saya turun semula. Dalam perjalanan saya mengharapkan apa yang terjadi tadi cuma satu ilusi. Tapi saya kecewa... kerana dah nyata saya memang berada di alam realiti. Kuvet tu memang pecah!!! Harga kuvet tu lebuh kurang dekat 2 ribu jugak! Entah apa la nasib saya. Tengah2 urgent nak siapkan kerja, mula2 pc rosak. Sebulan saya duk saja tak leh buat apa. Pastu sekarang kuvet lak.... rasa macam nak pitam!! Saya tak pasti boleh tak guna dalam keadaan pecah kat bahagian atasnya. Biasanya kuvet tu kena tutup supaya tak ada gangguan dari udara luar. Nampaknya saya terpaksa guna tanpa penutup... Saya masih bernasib baik kerana ia tidak pecah sepenuhnya. Syukur pada Allah.... Cuma saya kini berada dalam ketakutan menghadapi nasib saya kerana memecahkan kuvet tu yang cuma satu-satunya ada kat UKM nie!


Pagi tadi, saya tunjukkan pada doktor hasil saya semalam. Alhamdulillah dia tersenyum dan kata "hah! tengok.. kan sekejap jer boleh dapat..." Tu la.. salah saya malu bertanya. Atas rasa tanggungjawab saya beritahu padanya tentang kuvet yang pecah tu. Mula2 dia tanya kenapa pecah, pastu saya jawab la. And then senang jer dia kata, "Guna kat bawah kan, tak per la atas pecah pon". Ya Allah!!! Tak tahu nak gambarkan betapa tenangnya hati saya waktu tu.... kali nie saya masih terselamat... Terima kasih atas segala pertolongan-MU.... Saya harap sangat saya dapat siapkan segala-galanya dengan sempurna hujung minggu ini. Abstrak tu kena hantar 9 Jun. Saya nak amik masa untuk menulis pula.... semoga Allah menunjukkan saya jalan dan memudahkan segala urusan.... InsyaAllah.
 
Thursday, June 03, 2004
posted by nile at 1:32 PM
::Aku Perlu Berubah!!::

Hari ini saya nekad. NEKAD!!!! Apa nak jadi, jadilah! Saya kena jumpa penyelia jugak hari ni! Sebelum keluar rumah ke lab pagi tadi, saya menghantar sms pada dua orang sahabat saya. Saya minta mereka berikan saya kekuatan. Kekuatan untuk berjumpa dengan orang yang saya amat takuti walaupun orang tu teramatlah baik melayan saya setiap kali saya berjumpa dengannya. Sudah sebulan lebih saya cuba mengelakkan diri dari bertembung dengannya. Tapi 2 hari lepas saya terserempak dengannya secara tidak sengaja. Nak luruh jantung kerana ketakutan!

Sms dibalas, bunyinya "Tarik nafas panjang2 pas 2 lepas.wat 3 kali. Selawat.bc ayat kursi". Saya buat seperti diajar. Saya print mana-mana result yang ada dan saya ketuk pintu, bagi salam dan masuk bila dia memberikan isyarat ok. Saya duduk memandang wajahnya dengan perasaan sayu dan takut. Saya tunjuk hasil saya dan dia cuma tersenyum. Segala-galanya sudah selesai dan saya sudah mendapat jawapannya. Yang ada cuma sedikit kesilapan yang tak sepatutnya berlaku, tapi tiada nada marah dalam kata-katanya.

Melangkah keluar dari biliknya, saya terus berlari ke lab. Sambil memakai lab coat saya menjerit2. kenapa saya begitu bodoh!!!! Bodoh kerana mengulangi kesilapan untuk kali yang kedua... kenapa saya takut berjumpa dengan penyelia? Kenapa saya ada sifat begini yang menyusahkan hidup saya dan masa depan saya? Saya cuma ada masa setahun lagi. Dan dalam masa setahun itulah yang bakal menentukan masa depan saya. Kalau berterusan saya ikutkan peangai lama saya nie, ia boleh hancur sekelip mata. Sebelum berjumpa sudah bermacam2 perkara berlegar di fikiran... yang utama saya rasa seperti mahu berhenti belajar. Betul! Selain tu rasa macam nak tukar projek, tukar research dan tukar penyelia!!! Perkara yang tak sepatutnya terlintas difikiran.

Tapi untuk berhenti saya sepatut berfikir seratus kali supaya saya sempat habis belajar dulu baru fikir nak berhenti. Keputusan berhenti adalah perkara yang tak boleh dipermainkan kerana saya bakal menyusahkan pihak lain. Bakal menyusahkan 2 orang kakak saya yang menjadi penjamin scholarship saya ni.

Tapi kini saya sudah lega. Lega untuk sekejap waktu menunggu hasil yang bakal diketahui dalam masa 8 jam dari sekarang. Kalau boleh saya tak mahu ulangi lagi kesilapan lalu. Kesilapan yang menyebabkan lab work yang boleh disiapkan dalam masa 2 minggu menjadi 2 semester. Saya tak nak hancurkan masa depan saya, jadi apa yang perlu saya buat ialah dengan "BERUBAH"
 
Tuesday, June 01, 2004
posted by nile at 1:25 PM
::Antara Gembira dan Usaha::

Setelah hampir seminggu bertungkus lumus untuk mengejar deadline ke SKAM, hari ini saya mendapat berita baik bila tarikhnya dilanjutkan ke 9 Jun. Akhirnya saya boleh bernafas lega dan tersenyum kerana masih punya peluang menjadi pembentang di sana... tapi pada masa yang sama saya masih perlu berusaha untuk menghabiskan lab work yang tak penah surut. Saya kini sudah kepenatan... Berulang-ulang saya mencuba mendapatkan result yang terbaik tapi hampa kerana semuanya gagal menemui titik pengakhirannya. Saya jadi buntu... tapi saya masih tetap berkeras dengan sifat "syok sendiri" saya tu. Saya tetap meneruskan work lab saya tanpa bertanya pada orang yang sepatutnya...

Sudah berapa hari saya hanya akan tiba di rumah selepas pukul 12 tengah malam kerana membuat kerja2 tu. Penat tu memang tak tergambar. Kadang2 dalam sehari tak dapat tengok muka housemate sendiri sebab keluar pagi2 buta dan balik tengah malam. Dulu saya hanya pernah melihat housamete saya yang lain mengalami perkara ini, dan terfikir mampukah saya hadapi perkara yang sama. Kini saya sudah merasainya sendiri. Betapa peritnya rasa... Kenapa jadi begini? Apa yang saya sesali sebenarnya? Saya dah berusaha tapi... andai saya masih bersikap begini, pasti saya tak temui jalan penyelesaiannya....