Thursday, June 03, 2004
posted by nile at 1:32 PM
::Aku Perlu Berubah!!::

Hari ini saya nekad. NEKAD!!!! Apa nak jadi, jadilah! Saya kena jumpa penyelia jugak hari ni! Sebelum keluar rumah ke lab pagi tadi, saya menghantar sms pada dua orang sahabat saya. Saya minta mereka berikan saya kekuatan. Kekuatan untuk berjumpa dengan orang yang saya amat takuti walaupun orang tu teramatlah baik melayan saya setiap kali saya berjumpa dengannya. Sudah sebulan lebih saya cuba mengelakkan diri dari bertembung dengannya. Tapi 2 hari lepas saya terserempak dengannya secara tidak sengaja. Nak luruh jantung kerana ketakutan!

Sms dibalas, bunyinya "Tarik nafas panjang2 pas 2 lepas.wat 3 kali. Selawat.bc ayat kursi". Saya buat seperti diajar. Saya print mana-mana result yang ada dan saya ketuk pintu, bagi salam dan masuk bila dia memberikan isyarat ok. Saya duduk memandang wajahnya dengan perasaan sayu dan takut. Saya tunjuk hasil saya dan dia cuma tersenyum. Segala-galanya sudah selesai dan saya sudah mendapat jawapannya. Yang ada cuma sedikit kesilapan yang tak sepatutnya berlaku, tapi tiada nada marah dalam kata-katanya.

Melangkah keluar dari biliknya, saya terus berlari ke lab. Sambil memakai lab coat saya menjerit2. kenapa saya begitu bodoh!!!! Bodoh kerana mengulangi kesilapan untuk kali yang kedua... kenapa saya takut berjumpa dengan penyelia? Kenapa saya ada sifat begini yang menyusahkan hidup saya dan masa depan saya? Saya cuma ada masa setahun lagi. Dan dalam masa setahun itulah yang bakal menentukan masa depan saya. Kalau berterusan saya ikutkan peangai lama saya nie, ia boleh hancur sekelip mata. Sebelum berjumpa sudah bermacam2 perkara berlegar di fikiran... yang utama saya rasa seperti mahu berhenti belajar. Betul! Selain tu rasa macam nak tukar projek, tukar research dan tukar penyelia!!! Perkara yang tak sepatutnya terlintas difikiran.

Tapi untuk berhenti saya sepatut berfikir seratus kali supaya saya sempat habis belajar dulu baru fikir nak berhenti. Keputusan berhenti adalah perkara yang tak boleh dipermainkan kerana saya bakal menyusahkan pihak lain. Bakal menyusahkan 2 orang kakak saya yang menjadi penjamin scholarship saya ni.

Tapi kini saya sudah lega. Lega untuk sekejap waktu menunggu hasil yang bakal diketahui dalam masa 8 jam dari sekarang. Kalau boleh saya tak mahu ulangi lagi kesilapan lalu. Kesilapan yang menyebabkan lab work yang boleh disiapkan dalam masa 2 minggu menjadi 2 semester. Saya tak nak hancurkan masa depan saya, jadi apa yang perlu saya buat ialah dengan "BERUBAH"