Monday, June 28, 2004
posted by nile at 3:29 PM
::Debar::

Minggu nie dah masuk minggu kedua semester baru bermula. Ini bermakna, saya akan jumpa balik dengan adik-adik junior saya yang mula menyambung perjuangan mereka di kampus UKM nie. Kadang-kadang tu rasa serabut pulak. 3 bulan diorang (termasuk semua budak2 ukm, bukan 'adik2 saya' je) cuti, tenang jer UKM nie. Sekarang dah meriah balik... tapi bukan menyampah kat adik-adik. Nanti tak pasal2 terasa hati lak diorang....

Cuma, bila semester baru nie bukak balik, hati saya pulak yang tak tenteram. Kenapa? Nie la penangan "Warkah Untuk Adik". Oleh kerana kisah tu cerita betul, dan 'adik' yang saya maksudkan dalam cerita tu hari-hari berkeliaran dalam UKM atau lebih spesifiknya di fakulti saya, kadang-kadang tu saya jadi takut bila nak keluar dari bangunan kimia nie. Takut bertembung dengannya. Apa yang saya mampu katakan ialah, saya tak mampu lagi untuk bertentang mata dengannya seperti biasa, tak mampu lagi nak bercakap dengannya dan saya mintak2 sangat saya tak akan berselisih dengannya. Saya masih sayangkan persahabatan kami dan tak pernah lagi saya melupai dirinya... tapi sikapnya buat hati saya pedih dan sakit.

Kisah sakit hati tu kisah dulu, sekarang dah tak ada... Yang ada sekarang cuma debar dan takut. Memaparkan kisah persahabatan kami di majalah bukan perkara kecil... itu yang menakutkan saya. Pandangannya tentang perkara tu sampai ke hari ini masih saya tidak pernah tahu kerana dia tak pernah ingin memberi sebarang komen. Tapi... dalam debar dan takut tu jugak saya menyimpan satu harapan untuk bertemu dengannya. Kalau boleh ingin berborak panjang sepertimana yang pernah kami lalui dulu. Dia tetap "adik" saya... itu tak pernah saya lupa lagi.