Wednesday, June 09, 2004
posted by nile at 9:04 PM
::Minggu ini di suatu waktu dulu...::

Suasana dalam minggu yang sama, pada semester lepas, lebih kurang 6 bulan yang lalu. Saya beratur menunggu detik pendaftaran master untuk semester yang kedua. Menunggu dalam debar kerana beratur dengan tangan yang kosong... Segalanya tidak berjalan dengan baik... sesuatu yang sudah dijangka.
Berjalan keluar dari bangunan Pusat Pengajian Siswazah, selari dengan juraian airmata... selangkah kaki... perlahan..setitis airmata yang keluar... derap langkah dicepatkan... semakin laju pula airmata mengalir. Terus balik ke rumah... mood untuk ke lab terbantut. Seharian menangis mengenangkan nasib diri...

Minggu ini, suasana baru yang pasti tidak akan sama dengan semester lalu. Malahan masih lagi boleh bersikap selamba. Pendaftaran yang bermula semalam, tapi saya masih tidak ada rasa melangkah ke sana. Bukan kerana takut peristiwa lama berulang tetapi kerana EXTENDED ABSTRACT. Esok saya akan ke sana lagi, beratur menunggu giliran... masih dengan tangan kosong tapi hakikatnya hati ini langsung tiada debaran malah berbunga rasa gembira. Syukur pada Allah atas segala kurniaan... AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR