Wednesday, July 28, 2004
posted by nile at 10:04 PM
::Berita Gempar::

Kes pembunuhan student master UKM, Norzi Ayu yang bakal grad Ogos depan menghiasi muka depan akhbar tempatan ari nie. Saya sebenarnya dah dengar cerita nie semalam lagi tapi agak terlewat dari orang lain. Masa demo petang semalam, pakcik pembantu makmal tu duk cerita pasal tu. Macam2 yang saya dengar, biasalah bila dah berpindah dari satu mulut ke mulut yang lain, ceritanya pun dah jadi lain. Saya lak jugak salah sorang pembawa cerita yang salah.. hehehee. Saya dengar budak sains makanan rupanya budak biosains.

Saya cuma mendapat berita yang agak tepat pagi tadi sewaktu breakfast bersama housemate. Kebetulan salah sorang dari housemate saya pernah menjalankan researchnya masa undergrad dulu di tempat yang sama dengan Kak Ayu tu. Faktor pembunuhan kerana kes cemburu. Dan yang membunuh pulak sebaya dengan saya berasal dari negeri Kelantan iaitu jiran pantai timur saya. Akibatnya, tempias tu dapat saya rasai. Semalam lepas balik demo saya terus di serang oleh seorang abang dari satu kumpulan penyelidikan dengan saya. Katanya orang sebelah sana memang macam nie... Lak! Saya pulak yang terkena. Siap dia bagi pesan, orang perempuan jangan main kayu tiga.

Saya memang la tak puas hati. Saya balas la, sekarang nie perempuan ramai dari lelaki. Belambak lagi perempuan lain, kenapa tak cari jer yang lain. Lelaki... susah nak menilai gerak hati mereka. Kata abang tu lagi yang kebetulan juga kenal dengan Kak Ayu, org yang membunuh (x-bf) dan kawan kak ayu yang datang menyelamatkannya (jurulatih silat) kerana mereka sama-sama belajar silat gayung di sini, salah satu maksud cinta dalam sastera arab ialah hilang akal. Itu saya tak pasti la betul ke tak. Akhirnya akal lelaki yang 9 itu hilang dek kerana cinta yang menguasai diri. Begitulah manusia bila hati bertuankan nafsu.

Sayang sungguh kerana dia dah mengadaikan masa depannya hanya kerana seorang perempuan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Kak Ayu... sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraannya... InsyaAllah.
 
Tuesday, July 27, 2004
posted by nile at 9:02 AM


Nil

Nil,
Bukankah kau,
Nil yang mengalir songsang itu?
Bukankah kau,
Nil sungai terpanjang itu?
Bukankah kau,
Nil yang dulu pernah menyaksikan
kelorah Firaun, Haman dan Qarun itu?
Ya, kaulah Nil,
yang mengalirkan Musa,
menakma pesonanya pada Asiah.
Malah, kaulah Nil yang bantu melampus dampit
manusia yang mengaku Tuhan itu.

Nil,
Kau menjadi saksi durjana manusiawi
di sepanjang alurmu itu.
Kau Nil, yang mendengar muluk-muluk
kata ketua-ketua manusia di sepanjang tubirmu itu.
Kau juga yang terpesona Nil,
dengan kata-kata bermatra sani mereka itu.
Sayang Nil,
semuanya sekadar indah di mulut.
Kau sendiri melihat abses ghurubnya
hadarah Baghdad dan Baitul Maqdis.
Kau sendiri menyaksikan porak ruhul dan
kharab nubari di sepanjang tubirmu itu.
Kau juga Nil,
yang memetia sendiri mafsadah mereka itu.
Bukankah kau Nil itu?
Atau kau hanya seorang gadis?

Seorang gadis yang bernama Nil?

21 Jun 04, Cairo

 
p/s: -10 JamadilAkhir 1425- dipetik dengan keizinan dari blog Amiza Khusyri. Kebetulan ia ditulis pada tarikh lahir saya dan nil sendiri merupakan nick saya. Jadi saya letakkan dalam blog ini. Semoga ada pengajaran yang boleh diambil oleh kita semua di situ
 
Monday, July 26, 2004
posted by nile at 8:43 AM
9 JamadilAkhir 1425

::MOY di UKM::

Hari ni dan esok kartunis MOY akan berkampung di UKM.. hehehe... tak der la. Diorang datang sempena Pesta Buku UKM dari 19-28hb Julai. Diorang akan adakan bengkel kartun kat sini. Sapa-sapa nak join datang lah yer.. kat Bangunan Pusanika UKM. Jom kita pegi!


 
Sunday, July 25, 2004
posted by nile at 1:22 PM
::XAD-2::

Hari ini adalah hari terakhir saya 'bermain' dengan xad-2. Selepas sebulan lebih saya berusaha untuk memegunkan sensor saya pada bahan itu, akhirnya semalam selepas 3,4 kali supervisor menjenguk sendiri kerja-kerja lab saya, dia membuat keputusan yang bahan itu tidak sesuai digunakan untuk pemegunan reagen sensor saya tu. Tapi nasib baiklah data yang saya perolehi semalam dan hari ini boleh dimuatkan dalam tesis saya nanti.

Cuma sia-sialah kerja saya selama sebulan ini. But at least saya harus bersyukur, walaupun sedikit ia lebih baik daripada tiada langsung. Minggu depan saya akan bermula untuk sekali lagi bermain dengan bahan baru. Harap-harap hasilnya tidak seperti yang lepas. Saya cuma ada Ogos, September, dan Oktober untuk mengubah masa depan saya. InsyaAllah, segalanya akan OK.
 
Thursday, July 22, 2004
posted by nile at 4:35 PM
 


Sayang
Simboliknya perkataan itu
Tidak terucap hanya dengan perkataan
Tapi jua terzahir dengan perbuatan
 
Kakak sering bertanya
Mengapa saya sayangkannya
Maafkan saya
Waktu itu saya tiada jawabannya
 
Hati ini bertanya tatkala sunyi
Mengapa agaknya saya sayangkan kakak
Lalu ia membisik
Hati menyayangi kerana ingin disayangi
 
Selain dari itu
Saya tak tahu apa sebabnya
Mungkin kerana kakak juga sayang saya
Atau wujudnya keserasian antara kita
 
Jika kakak bertanya lagi
Sungguh saya tak tahu apa jawapannya
Tapi saya tetap sayangkan kakak
Biar apa saja yang berlaku
 
Soallah semahunya
Saya tetap sayangkan kakak
Mengapa itu usahlah ditanya
Kerana sayang tidak perlu alasan
 
Selagi hati ingin disayangi
Selagi itulah iakan menyayangi
Maaf kakak...
Tiada jawapan terhadap persoalan
 
Namun,setiap detik yang berlalu
Setiap saat yang menjelma
Saya sesekali takkan jemu
Utk berkata 'saya sayang kakak',buat selama-lamanya... 

p/s: Adik nile bagi.... thanks Nidya...

 
Wednesday, July 21, 2004
posted by nile at 7:09 PM
::Saya Kembali::
 
Tak sampai sebulan saya tinggalkan blog, dan dalam waktu tu la betapa rindunya nak menjenguknya kembali. Sepanjang peninggalan, saya bersungguh2 melakukan kerja2 lab namun apa yang saya dapat katakan di sini apa yang saya ingin cari tak jugak ketemu lagi. Inilah cabaran yang perlu saya tempuh sebagai student master. Telah saya cuba sedaya yang saya mampu. Tapi saya tak akan berputus asa, saya akan cuba untuk dapatkan jugak result tu.
 
Banyak perkara yang sering terlintas di fikiran untuk dicatatkan di blog namun kerana janji tu saya pendamkan sahaja sepanjang tempuh penyepian. Tak tahu nak tulis apa lagi, cuma saya nak promote tulisan saya di Blues Selamanya yang dah masuk siri ke 3. Jangan lupa beli yer.. hehehe. Masa wak demo semalam, saya tak habis2 dok promote kat bebudak tu. Diorang tu semua 80% bakal cikgu kimia. Cikgu2 pon ada yang baca blues tau! Buatlah lab report betul2 yer adik2 semua.. nanti akak bagi full mark.. hehehe. Tapi satu lagi syarat nak full mark jangan lupa masuk blog akak dan tinggal mesej kat tagboard.. hahahha.. jahat tak? Biar rasa bebudak tu........ Good Luck!
 

 
Friday, July 09, 2004
posted by nile at 8:54 PM
:: Buat Seketika...::

Salam terakhir

Sampaikan salam, buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Permergianku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucapkan salam terakhir kepadamu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah pada-Nya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
Bersamanya ku memohon keampunan
Melaluinya beri kemaafan kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masihku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku diingatan
Salamku yang terakhir


Kawan-kawan semua...

Dua hari lepas saya mengambil keputusan ini... yang bagi saya agak berat tapi terpaksa jua saya lakukannya. Buat seketika saya akan berhenti "berblog" dan juga merehatkan diri saya dari terlalu kerap melayari dunia internet ni. Mungkin sebulan, mungkin dua bulan... perkara tu belum tentu lagi... tengok kepada keadaan diri saya sekarang.

Sejak seminggu dua ini saya berada dalam "ketakutan" bila mengenangkan Master saya masih terumbang-ambing. Tanpa hasil yang boleh memuaskan diri saya sendiri lebih-lebih lagi kepada kedua-dua supervisor saya. Paling kritikal bila sem baru nie bermula... dan saya mula disuruh membentangkan hasil yang saya peroleh selama 2 semester saya menjalankan penyelidikan. Saya mula rasa takut kerana saya rasa saya seperti orang yang tersangatlah BODOH... Saya akui sejak saya menyambung master satu biji buku mengenai research saya pun saya tak habis lagi membacanya. Saya tahu saya agak hanyut sejak title "Pelajar Siswazah" mula saya pegang. Saya jadi malu pada diri saya sendiri. Saya malu kerana memegang title "Best Student" masa undergrad dulu dan tapi hakikatnya sekarang saya tak lebih dari budak yang pemalas, bodoh dan tak punya result dalam penyelidikannya. Saya dah menangis mengenangkan nasib diri saya... Kenapa saya persiakan harapan semua orang pada saya? Kenapa ini yang berlaku? Yang cukup pasti, saya sebenarnya tidak tahu cara membahagikan masa dan mendahulukan apa yang penting dalam situasi kehidupan saya sekarang...

Hari ini... inilah kata-kata putus yang mampu saya buat. Lupakan seketika semuanya dan tumpukan pada research saya yang masih bertimbun. Saya cuma ada masa tak sampai setahun lagi tapi hasil yang saya ada sekarang sebenarnya boleh dibuat dalam masa 2 minggu. Andai saya ada masa, insyaAllah saya akan "berjalan-jalan" ke blog kawan-kawan semua. Suatu hari nanti akan tiba masanya saya akan kembali...
 
Tuesday, July 06, 2004
posted by nile at 6:38 PM
::Ahad, Isnin dan Selasa::

Hari ahad saya bangun agak lewat. Dekat kul 11 jugak rasanya... heheheh. Letih laaa... seminggu nie saya duk bangun awal pegi ke lab. So hari minggu nie qada balik la. Lepas tu terus basuh baju, mandi dan masa tu la ada phone call dari Jiji. Ari nie rancang nak ke rumahnya selepas zohor. Lepas mandi send sms kat Jiji. Dia tukar plan ke 4.30 petang. ok jugak tu...

Pas solat zohor, lunch, sidai baju saya pon keluar ke cc kat UKM. Duk tak sampai 1/2 jam saya terus ke komuter sebab dah pukul 3 petang. Nak budget sampai sana kul 4.30 nie. Saya sampai seremban hampi2 kul 4. Awal lagi, so duk lepak2 dulu la kat sana. Tiba2 Adik lak sms, dia nak chat ngan saya sebab dia ada problem. Masa tu kat seremban hujan sket, tapi tak lebat la. Saya pon try la cari cc kat Seremban Parade tapi bila tanya org kat sana mmg tak ada. Terpaksa balik ke komuter.

Tak lama kendian Jiji sampai. AKHIRNYA... kenal jugak SI JIJI nie... Tapi sepanjang perjalanan ke rumah Jiji, saya tak sempat nak berborak banyak. Adik call citer problem dia. Dan ia berpanjangan sehingga ke malam. SOri Jiji, nile pon tak sangka boleh jadi macam nie. Lain kali kita sembang panjang2 ok? Kul 9.30 abg Jiji hantar saya ke komuter. Sampai di UKM kul 10 lebih. Singgah di UNIKEB untuk call adik dan juga "manusia yang duk mengata kat saya". Saya benar2 berharap masalah akan berakhir di situ. Saya terpaksa balik cepat kerana pak guard di situ benar2 menakutkan saya kerana berulang2 alik di kawasan yang sama sambil2 menjeling2 ke arah saya. Waktu saya nak ke arah moto dia ikut jugak. Saya beranikan diri menegurnya. Lepas tu balik rumah.. simpang malaikat pasal guard2 nie.. dan banyak dengar citer pelik2 pasal diorg.

Isnin macam biasa saya ke lab. Saya puasa ari nie, jadi boleh awal sket ke lab. Punch card pastu masuk lab. Buat keje sket tapi lepas tu mood terus hilang bila dapat sms dari Adik. Ada problem yang tak boleh diselesai kali nie... Tengahari balik ke rumah. Tertidur sehinggalah kawan call cakap inorganic group ada meeting ari nie. YA Allah! kenapa tak der org cakap. Masa tu dah kul 3, solat zohor terus "rempit" ke Fak. Terlewat 1/2 jam, saya jadi tetamu kehormat ari nie. Masa meeting jumpa la adik2 saya masa kat Kolej lama saya dulu. Diorg terpengaruh kata2 saya dan sekarang diorg dah mintak untuk buat research final year dengan Supervisor saya.. hahahaha... pandai jugak saya pengaruh org. Bukan sorang, bukan dua tapi TIGA! Oh adik2 ku... heheheh. Pastu tu saya terus balik sebab dapat call dari kedai perabut diorang nak hantar almari yang saya order sabtu lepas. Makin best la bilik saya pas niiii!!!

Pagi selasa yang nyaman.... lepas brekfes saya ke lab. Masa saya punch semalam sama ngan ari nie! 8.11 pagi... tak sangka... Saya buat keje lab seperti biasa. Dalam tengahari tu problem lab saya selama 2 minggu setel lepas abang ketua lab saya bantu saya dapatkan spektrum. Dr pon dah tengok result saya, ok dah cuma ada sket problem. Tak per la tu asal ok. Cuma tadi dia duk "menakut-nakutkan" saya pasal research saya nie. Dia kata saya dah sem 3 nie tapi hasil macam tak banyak lagi. Saya tahu pasal tu... dan saya tengah berusaha nie Doktor....

Sebelum saya balik ke rumah tengahari tadi, tiba2 saya dapat berita yang DEMO saya untuk budak2 undergrad tersilap tarikh rupanya. Bukan khamis nie tapi petang nie! Alamak! Lab coat baru tak der lagi. Malu la pakai lab coat sekarang nie, comot sangat.. heheheh. Manual amali pon belum dapat. Saya terus balik ke rumah utk solat dan berfikir2 di mana saya nak cari lab coat. Sampai rumah jumpa yang housemate punyer.. kebas la sekejap.

Kul 2-5 setiap hari selasa mulai minggu nie saya akan jadi demonstrator untuk AMALI KIMIA II bagi budak2 undergrad 2nd year. Tadi alhamdulillah tak ada masalah. Masa nie la nak berlagak macam doktor kan? Hehehehehe.....

 
Saturday, July 03, 2004
posted by nile at 3:03 PM
Spekku (2nd Episode)



Inilah spek saya yang hilang dari pandangan mata selama cukup2 sebulan setengah. Spek nie hilang masa pegi projek geju di KLD 16 Mei lepas. Sejak spek tu terjatuh dalam paya hari tu, saya tak pakai2 spek sehinggalah saya buat bingkai baru guna cermin lama dari spek yang patah(patah juga waktu projek main bowling geng jurnal)di Jitra 16 Jun baru2 nie. Maknanya cukup sebulan la saya tunggang moto tanpa pakai spek. Hehehehe. Saya amik spek nie dengan Kuchik pagi tadi di MMU. Masa pegi tu sesat la jugak. Saya berpusing-pusing dalam kawasan MMU tu ada la 3,4 kali sebelum ambil keputusan untuk tunggu di depan main building MMU yang berbentuk segitiga tu.

Akhirnya dapat jugak balik spek tu. Tak sangka masih berada dalam bentuk asal. Apa taknya dah masuk dalam paya orang duk pijak2.. tak sangka la elok lagi... heheheh. Buat Kuchik terima kasih banyak2 sebab tolong simpan spek tu. Thanks juga bagi tag MMU tu. Kenal jugak kuchik akhirnya.... nice to know u...
 
Friday, July 02, 2004
posted by nile at 8:49 PM
::Jun Yang Berlalu::

Sekarang dah masuk hari kedua bulan Julai... Bulan Jun yang penuh dengan segala kenangan manis dah pahit dah pun berlalu. Bulan Jun ni antara bulan yang tinggalkan banyak nostalgia buat saya. Dengan keje2 lab yang rasa macam nak giler buat ari tu dan juga dapat kenal kawan-kawan blogger yang lahir pada bulan nie yang juga bulan kelahiran saya. Juga berjalan jelajah Jitra.. hehehhe

Ia bulan yang jugak menguji tahap setia kawan dan juga menunjuk sikap saya yang sebenarnya... secara jujurnya... (hehehe... maksud tarikh lahir dari blog wawa). Saya juga dapat kenal dengan beberapa org kawan blog yang lahir pada bulan Jun, sapa lagi kalau bukan Wawa (30 Jun), Melati (20 Jun),Hilmy (30hb jugak) dan Ayares (24 Jun).

Bulan Jun jugak bermakna saya mula masuk sem ketiga master's. Sem yang menguji tahap sebenarnya prestasi saya. Kalau boleh saya nak berubah sem nie... saya nak perjalanan master saya nie berjalan dengan baik. Maksud saya lebih kepada tahap kerajinan saya membuat keje2 lab. Nak kurangkan ponteng lab dan nak dapat hasil yang baik. Itulah harapan saya..

Selain tu, saya juga menaruh harapan pada setiap persahabatan yang mula terjalin. Semoga ia akan terus subur dan ukhuwah fillah ini sentiasa dibawah rahmat Allah. Buat Adik saya... sama-samalah kita berdoa agar persahabatan kita akan kekal selamanya....

baper kali "jugak" saya ulang dalam entry nie...? hehehehe