Wednesday, July 28, 2004
posted by nile at 10:04 PM
::Berita Gempar::

Kes pembunuhan student master UKM, Norzi Ayu yang bakal grad Ogos depan menghiasi muka depan akhbar tempatan ari nie. Saya sebenarnya dah dengar cerita nie semalam lagi tapi agak terlewat dari orang lain. Masa demo petang semalam, pakcik pembantu makmal tu duk cerita pasal tu. Macam2 yang saya dengar, biasalah bila dah berpindah dari satu mulut ke mulut yang lain, ceritanya pun dah jadi lain. Saya lak jugak salah sorang pembawa cerita yang salah.. hehehee. Saya dengar budak sains makanan rupanya budak biosains.

Saya cuma mendapat berita yang agak tepat pagi tadi sewaktu breakfast bersama housemate. Kebetulan salah sorang dari housemate saya pernah menjalankan researchnya masa undergrad dulu di tempat yang sama dengan Kak Ayu tu. Faktor pembunuhan kerana kes cemburu. Dan yang membunuh pulak sebaya dengan saya berasal dari negeri Kelantan iaitu jiran pantai timur saya. Akibatnya, tempias tu dapat saya rasai. Semalam lepas balik demo saya terus di serang oleh seorang abang dari satu kumpulan penyelidikan dengan saya. Katanya orang sebelah sana memang macam nie... Lak! Saya pulak yang terkena. Siap dia bagi pesan, orang perempuan jangan main kayu tiga.

Saya memang la tak puas hati. Saya balas la, sekarang nie perempuan ramai dari lelaki. Belambak lagi perempuan lain, kenapa tak cari jer yang lain. Lelaki... susah nak menilai gerak hati mereka. Kata abang tu lagi yang kebetulan juga kenal dengan Kak Ayu, org yang membunuh (x-bf) dan kawan kak ayu yang datang menyelamatkannya (jurulatih silat) kerana mereka sama-sama belajar silat gayung di sini, salah satu maksud cinta dalam sastera arab ialah hilang akal. Itu saya tak pasti la betul ke tak. Akhirnya akal lelaki yang 9 itu hilang dek kerana cinta yang menguasai diri. Begitulah manusia bila hati bertuankan nafsu.

Sayang sungguh kerana dia dah mengadaikan masa depannya hanya kerana seorang perempuan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Kak Ayu... sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraannya... InsyaAllah.