Wednesday, July 21, 2004
posted by nile at 7:09 PM
::Saya Kembali::
 
Tak sampai sebulan saya tinggalkan blog, dan dalam waktu tu la betapa rindunya nak menjenguknya kembali. Sepanjang peninggalan, saya bersungguh2 melakukan kerja2 lab namun apa yang saya dapat katakan di sini apa yang saya ingin cari tak jugak ketemu lagi. Inilah cabaran yang perlu saya tempuh sebagai student master. Telah saya cuba sedaya yang saya mampu. Tapi saya tak akan berputus asa, saya akan cuba untuk dapatkan jugak result tu.
 
Banyak perkara yang sering terlintas di fikiran untuk dicatatkan di blog namun kerana janji tu saya pendamkan sahaja sepanjang tempuh penyepian. Tak tahu nak tulis apa lagi, cuma saya nak promote tulisan saya di Blues Selamanya yang dah masuk siri ke 3. Jangan lupa beli yer.. hehehe. Masa wak demo semalam, saya tak habis2 dok promote kat bebudak tu. Diorang tu semua 80% bakal cikgu kimia. Cikgu2 pon ada yang baca blues tau! Buatlah lab report betul2 yer adik2 semua.. nanti akak bagi full mark.. hehehe. Tapi satu lagi syarat nak full mark jangan lupa masuk blog akak dan tinggal mesej kat tagboard.. hahahha.. jahat tak? Biar rasa bebudak tu........ Good Luck!