Sunday, July 25, 2004
posted by nile at 1:22 PM
::XAD-2::

Hari ini adalah hari terakhir saya 'bermain' dengan xad-2. Selepas sebulan lebih saya berusaha untuk memegunkan sensor saya pada bahan itu, akhirnya semalam selepas 3,4 kali supervisor menjenguk sendiri kerja-kerja lab saya, dia membuat keputusan yang bahan itu tidak sesuai digunakan untuk pemegunan reagen sensor saya tu. Tapi nasib baiklah data yang saya perolehi semalam dan hari ini boleh dimuatkan dalam tesis saya nanti.

Cuma sia-sialah kerja saya selama sebulan ini. But at least saya harus bersyukur, walaupun sedikit ia lebih baik daripada tiada langsung. Minggu depan saya akan bermula untuk sekali lagi bermain dengan bahan baru. Harap-harap hasilnya tidak seperti yang lepas. Saya cuma ada Ogos, September, dan Oktober untuk mengubah masa depan saya. InsyaAllah, segalanya akan OK.