Saturday, August 07, 2004
posted by nile at 1:44 PM
::Bulan Ini::

Minggu depan minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Saya masih pening dengan kajian saya. Setakat nie hasil masih tak memuaskan hati dan masih tak mencapai objektif. 24-27 Ogos nie lak saya ada seminar kat Kuantan. Rasanya sebulan nie akan burn macam tu gak. Nak praktis lagi, nak buat slide lagi, nak studi lagi... masih banyak benda yang belum selesai.

Saya baru balik dari jumpa kawan2 yang konvo di DECTAR. Sambil2 tu tengok orang dan suasana meriah kat sana. Terimbas balik kenangan sewaktu saya melalui detik yang sama satahun yang lalu. Saya juga tengok kawan-kawan yang amik master yang dah konvo. Mampukah saya pakai jubah yang sama 2 tahun lagi? Ada antaranya yang sambung PhD. Terfikir saya, berapa laratnya mereka belajar lagi di saat saya masih berhempas pulas dengan research saya yang masih belum menunjukkan yang ia boleh habis dalam masa 2 tahun.

Saya akan berusaha setakat yang saya mampu dan selebihnya saya serahkan kepada Allah dalam menentukan masa depan saya. InsyaAllah... saya akan habis jua tahun depan.